Sunday, September 30, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 14-

Assalamu'alaikum,

FAM Bangsat!! Satu frasa atau ayat yang dibenci oleh sesetengah golongan dan digemari oleh sesetengah golongan yang lain.

Golongan yang membenci mengatakan perkataan "bangsat" itu tidak sesuai dan kasar serta tidak mencerminkan budaya masyarakat di Malaysia yang berbudi bahasa serta lemah lembut dan tidak elok untuk kanak-kanak kecil dengar.

Golongan yang menggemari pula hanya sekadar ingin melepaskan perasaan geram serta marah dan mungkin "bangsat" itu dapat menunjukkan serta menterjemahkan apa yang mereka rasa terhadap persatuan itu.

Pada aku, perkataan bangsat itu sememangnya keras dan kasar, itu betul tetapi ada tak perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan kecemerlangan FAM selama ini?? Bodoh sudah tidak sesuai, bebal juga tidak sesuai lagi kerana tahap kecemerlangan FAM sudah sampai ke tahap kalau dalam pencapaian akademik, sudah sampai ke tahap PHD, pencapaian paling tinggi, jadi perkataan yang paling sesuai untuk menterjemahkan pencapaian cemerlang itu sudah tentu perkataan yang paling tinggi kekerasannya serta kekasarannya. Jadi sesuai atau tidak pemilihan serta penggunaan perkataan "bangsat" itu??

Tidak sesuai dan tidak elok untuk didengari oleh anak-anak kecil. Boleh memberikan persepsi negatif kepada anak-anak kecil. Aku nak tanya, perkataan "referee bodoh" tu sesuai ke untuk anak kecil dengar?? Carutan seperti "babi", "lancau", "pukimak", "sial" dsbnya itu sesuai ke untuk didengari oleh anak-anak kecil?? Bagaimana pula tanggapan orang terhadap golongan ini yang caci mencaci di stadium dengan kata-kata kesat??

Aku bagi contoh, sewaktu aku berumur 10 tahun, di Stadium Merdeka. Waktu itu kes Selangor terjerumus ke Divisyen 2 di bawah kendalian Datuk Mazlan Harun dan M.Chandran. Laungan "Mazlan Bodoh" kedengaran dilaungkan oleh majoriti penyokong Selangor di stadium termasuk aku yang berumur 10 tahun. Adakah itu satu contoh yang baik untuk kanak-kanak seperti aku yang berumur 10 tahun ketika itu?? Bukankah laungan "Mazlan Bodoh" itu adalah terjemahan isi hati penyokong-penyokong Selangor ketika itu terhadap pengurusan pasukan. Mungkin ketika itu tahapnya hanya "bodoh" belum "bangsat" tetapi untuk situasi FAM ini mungkin golongan ini merasakan pencapaian FAM bukan lagi berada pada paras bodoh tetapi mungkin sudah sampai ke paras bangsat. Jadi macam mana kita nak menidakkan rasa hati seseorang terhadap sesuatu. Itu rasa dia, itu apa yang mereka rasa. 

Kalau kita rasa FAM masih belum bangsat, jadi kita tak perlu lah ikut laungan itu, kita laungkan FAM Bijak, buat banner besar-besar "FAM Bijak Maha Bijaksana", yang kita nak sibuk apa yang orang lain rasa nak buat apa?? Mereka juga ada hak seperti kita.

Kalau FAM buat kerja dengan betul, tak kan ada golongan yang nak suka-suka pegi hentam, cuba kita fikir dekat situ. Ada ke orang pergi Masjid Negara ramai-ramai lepas tu "chant" Imam Besar Bangsat, ada tak?? tidak ada kerana Imam Besar Masjid Negara membuat kerja serta memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan betul. Tak betul ke apa yang aku tulis nih??

Perkara kecil sahaja isu "FAM Bangsat' ini. Tu yang 28 tahun duduk kat situ tak ke mana-mana itu lagi isu besar yang sepatutnya diperkatakan dan diperbahaskan bukannya isu segelintir anak-anak muda yang pergi ke stadium melaungkan "FAM Bangsat".

Kalau kita rasa kita tak berani nak lawan atau suarakan atau mungkin kita ada kepentingan dengan FAM yang kita nak kena jaga jadi tak boleh hentam takut keistimewaan ditarik balik atau sebagainya atau takut kehilangan kerja, digantung kerja dan sebagainya, kita pegi stadium duduk diam-diam suddeeeyyyy.

Media tak berani nak suarakan kebebalan FAM serta kebodohan kepimpinan FAM yang ada, jadi di mana lagi golongan ini nak luahkan?? Stadium adalah medium yang paling sesuai untuk sampaikan mesej serta isi hati mereka kepada rejim FAM.

Jadi kesimpulannya FAM Itu Bijak atau FAM Itu Bodoh atau FAM Itu Pandai atau FAM Itu Bangsat, terpulang kepada masing-masing punya citarasa.

Pada aku FAM Itu .... tak perlu lah aku beritahu, korang tahu rasanya mana satu ;-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

Thursday, September 27, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 13-

Assalamu'alaikum,

Aku tak pasti ini adalah kebodohan atau kepandaian.FAM ingin pinda kod tatatertib. Mengikut artikel dari Berita Harian itu FAM akan memasukkan pindaan baru di mana pemain atau pasukan yang sengaja atau tidak bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan

Taufik berkata "antara pindaan yang akan dimasukkan dalam kod baru itu ialah mengenai pemain atau pasukan yang sengaja atau tidak bersungguh-sungguh untuk menang dalam sesuatu perlawanan."

Aku terfikir macam mana nak tahu atau ukur kesungguhan pemain untuk memenangi sesuatu perlawanan?? Jawapannya;

“Contohnya, pemain bawa bola ke depan pintu gol tetapi tiba-tiba berpatah balik dan kemudian tidak menjaringkan gol,” katanya.

Aku terfikir lagi, maknanya selepas ini pemain tidak boleh memainkan bola ke belakang atau tidak boleh berpatah balik apabila berada di depan pintu gol dan bila berada di depan pintu gol dan tidak menjaringkan gol juga akan menjadi satu kesalahan tatatertib.  

Aku pening memikirkan dan aku rasa selepas ini jurulatih lagi pening nak menyusun taktikal sebab kalau salah barangkali akan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib. Pemain pula selepas ini tidak boleh membawa bola ke belakang semula apabila sudah berada di depan gol dan mesti jaringkan gol bila dah berada di depan gol ataupun akan menerima nasib digantung perlawanan.

Tapi sampai sekarang aku masih buntu memikirkan samaada ini satu pindaan yang bijak atau sebaliknya.

Tetapi apa yang jelas ialah pindaan ini adalah bertujuan bagi memastikan peraturan tatatertib yang diguna pakai lebih jelas serta mengikut perkembangan semasa.

Aku terfikir lagi, yang ada dalam FAM tu semua boleh diguna pakai dan ikut perkembangan semasa ke?? Kalau dah 28 tahun kat situ tak kira outdated ke?? kenapa tak pinda juga yang itu?? Korang takuuuutttt ekkkkkk??? hehehe.. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

Tuesday, September 18, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 12-

Assalamu'alaikum,

Lama sungguh tak menulis dan kali ini pun memang sengaja luangkan masa untuk kongsi satu benda nih.

Nasib pemain-pemain bolasepak di Malaysia, kesian sebenarnya bila tengok nasib pemain-pemain di Malaysia nih.

Ezmi Md Jan
Itu bekas pemain Selangor(1999) dan Perlis(2000) sebelum bermain untuk MPSJ dalam Liga FAM.


Ezmi Md Jan
Itu juga dia setelah berhenti bermain bolasepak kerana menghidapi kanser hidung dan kini berada pada tahap 4.

Kini tidak lagi bekerja di MSPJ kerana tidak berkemampuan untuk bekerja.

Apa yang aku nak kata kat sini ialah, nasib pemain-pemain kita di Malaysia nih apabila waktu mereka bermain mereka tidak dibayar dan dijaga sewajarnya jadi di masa hadapan mereka terpaksa menagih simpati orang ramai bagi meneruskan kehidupan apatah lagi bila ada yang mengalami nasib sebegini.

Ditempat lain pemain profesional menggunakan duit mereka untuk membantu masyarakat tetapi di Malaysia masyarakat terpaksa membantu pemain-pemain profesional ini bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Pengurusan??? Diaorang jarang susah, diaorang selalu senang lenang. Pernah kita dengar di Malaysia nih Presiden FA sakit kronik dan memerlukan bantuan untuk merawat sakit mereka?? Pernah tak?? Baik Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ahli Exco dan sebagainya semua dijaga dengan baik dan mereka ini boleh buat duit untuk masa depan mereka ketika menerajui FA. Tetapi berlainan dengan pemain-pemain yang dikerah, baik yang umur 12, 14, 15, 16, 18 hinggalah ke umur bersara. Yang mana bernasib baik, untunglah, yang mana kurang bernasib baik?? gaji tak dibayar, elaun bertahun-tahun tertunggak, insurans ntah ada ntah tidak, habis mereka semua nih nak makan apa?? anak bini nak di suap rumput padang??

Inilah nasib pemain-pemain bolasepak di Malaysia...

Untuk pengetahuan anda ex-Selangor akan menentang MPSJ dalam satu perlawanan amal bagi membantu meringankan beban keluarga Ezmi Md Jan.

Nak tunggu FAS, FAM, PFA?? hurmmm...YAKEB??? hurmm..katanya kalau YAKEB nak bantu sekurang-kurangnya perlu main kebangsaan untuk peringkat Sukan SEA...hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......

Jadi semua bekas pemain ini mengambil inisiatif sendiri untuk membantu rakan mereka dengan mengadakan perlawanan amal. Jadi bagi sesiapa yang kelapangan boleh lah ke Stadium MPSJ untuk menyokong dan membantu sekadar boleh. Butiran seperti di bawah;

ex-Selangor lwn MPSJ
Stadium MPSJ Subang Jaya
19hb September 2012(Rabu)
8:00pm

Antara pemain yang ada;

Aiman Firdaus Tan, Rauf Ahmad, Fareed Shah, Nazzab Hidzan, Zami Md Nor, Nazrul Erwan, Nidzam Jamil dll

Sekadar tulisan dan pendapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...