Assalamu'alaikum,
Hangat sekarang nih, panas sekarang ini, bukan cuaca tapi suasana bolasepak Malaysia. Ini berlaku setiap kali Malaysia gagal, maknanya perkara ini telah berlaku banyak kali dalam masa 29 tahun ini sejak 1984. Isu yang satu Malaysia tahu ialah jurulatih dan pemain salah dan patut ditukar. Isu yang satu Malaysia tak tahu tapi hanya segelintir sahaja yang tahu dan terbuka mata untuk ambil tahu ialah Presiden FAM, FAM serta sistem bolasepak Malaysia yang perlu ditukar.
Aku seperti biasa memilih Presiden FAM untuk ditukar terlebih dahulu kemudian FAM dirombak dengan hala tuju yang baru dan baru lah boleh diatur dan disusun sistem bolasepak yang baru untuk Malaysia dengan visi dan misi untuk maju di pentas bolasepak dunia dan bersaing di peringkat Asia serta dunia. Kalau yang pertama itu tidak dilakukan dahulu(Presiden FAM ditukar) maka yang nombor dua(FAM dirombak) tidak akan berlaku dan seterusnya yang nombor tiga(sistem bolasepak yang baru) tidak akan wujud. Tak percaya?? Sebab apa aku cakap begitu?? sebab kalau memang Presiden FAM ini nak majukan bolasepak Malaysia dia dah buat dah dalam masa 29 tahun yang lepas bukan hari ini baru nak mula. Presiden FAM sebagai ketua(dengan kuasa serta status yang ada) sudah boleh mengerah anak-anak buahnya supaya melakukan kerja dengan teratur dan "WORLD CLASS". Tapi apa yang dibuat oleh Presiden FAM selama 29 tahun di tingkat 4 Wisma FAM itu?
Ini satu lagi, soalan yang sangat POPULAR akan diajukan apabila kita mengeluarkan ayat Presiden FAM perlu letak jawatan. Nak tahu apa soalannya? Soalannya ialah "Siapa boleh ganti jadi Presiden FAM?", ini soalan sangat popular.
Tapi bagi aku bila orang ajukan soalan itu kepada aku, aku akan berkata "soalan jenis apa tu?". Pada aku senang sahaja, dengan tahap pencapaian bolasepak Malaysia di bawah kendalian dan pimpinan presiden yang ada sekarang ini adakah terlalu sukar untuk kita cari pengganti yang cuma mungkin lebih baik sedikit dan berkaliber sedikit sahaja dari Presiden yang ada sekarang ini?? Maknanya adakah teruk sangat dalam FAM dan barisan kepimpinan bolasepak Malaysia ini sehinggakan tiada seorang pun yang berkemampuan untuk ambil alih tampuk pemerintahan dari presiden yang ada sekarang ini hanya untuk jadi lebih baik dari apa yang ada sekarang ini? Maksudnya adakah presiden yang ada sekarang ini dengan pencapaian bolasepak Malaysia sekarang ini adalah yang terbaik kita ada?? Sudah tidak ada yang lebih baik??
Mentaliti apakah itu? Dalam pada kita boleh membina KLCC, dalam pada kita boleh membina terowong SMART dalam pada kita boleh membina jambatan kedua Pulau Pinang dengan sistem yang canggih adakah terlalu sukar untuk kita mencari SEORANG dari 28 juta rakyat Malaysia ini untuk menjadi seorang presiden badan induk yang menguruskan bolasepak Malaysia supaya lebih maju dan lebih baik dengan sistem yang lebih efisyen dari apa yang ada sekarang?? Susah sangat ke??
Ataupun itu sebenarnya soalan perangkap untuk dia tahu kita ini berpihak kepada siapa sebenarnya.
Ada pula yang berkata yang perlu ditukar ialah "MINDSET" atau cara pemikiran orang di dalam FAM itu sendiri. Betul, aku sangat bersetuju, kalau ditukar presiden yang baru juga tetapi cara kerja dan cara pemikiran masih sama, tak guna juga. Sebab itu kita mohon agar Presiden FAM letak jawatan, kemudian FAM dirombak dengan hala tuju yang baru supaya sistem bolasepak yang lebih berdaya saing dapat diterapkan dalam bolasepak Malaysia untuk kita menuju ke Piala Asia dan seterusnya Piala Dunia serta tidak lupa supaya boleh ada liga kebangsaan yang lebih baik grednya dari apa yang ada sekarang.
Satu lagi nak cerita pasal "MINDSET". Ketua, apa tugas ketua sesebuah organisasi?? kalau nak tukar "MINDSET" tanpa perlu tukar kepimpinan FAM, maka "MINDSET" ketua itu perlu tukar lah, ketua perlu berubah dan perlu memastikan anak-anak buah di bawahnya berubah dan perlu guna kuasa yang ada sebagai ketua untuk ubah "MINDSET" dalam organisasi yang dipimpinnya. Tapi di sini aku nak tanya, selama 29 tahun "MINDSET" siapa yang Presiden FAM ubah?? Hala tuju apa yang dia tetapkan untuk bolasepak Malaysia selaku ketua yang mengepalai badan induk yang menguruskan bolasepak Malaysia?? jadi sekarang nak cerita pasal "MINDSET"?? nak cerita apa kalau ketuanya pun dah tak tahu apa-apa dan tak ambil tahu. Kalau dah perlawanan penting pasukan kebangsaan pun tak hadir nak cerita "MINDSET"?? Ketua pun buat tak tahu, apa lagi anak-anak buahnya, tak begitu??
Bagi aku, bukan tugas aku sebagai penyokong dan penyokong yang lain untuk tentukan siapa yang patut menerajui jawatan mana dan sebagainya. Cukup sekadar kami memberitahu apa yang kami inginkan iaitu kemajuan dalam bolasepak Malaysia, kami mahu layak ke Piala Asia, mahu layak ke Piala Dunia, mahu pasukan di Malaysia boleh bersaing di AFC Champion's League. Jadi anda yang bijak-bijak dan ada kuasa untuk mengubah itu jalankan kerja dan tanggungjawab anda sebaiknya. Kami sebagai penyokong akan sentiasa menggunakan kuasa yang kami ada untuk kebaikkan sukan bolasepak yang kami sayangi. Kuasa yang kami ada hanya KUASA PENYOKONG jadi kami akan gunakan kuasa kami sebaik mungkin.
Sekadar tulisan dan pendapat.