Saturday, February 05, 2011

Medan Selera Ikan Bakar Kg. Telok, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Assalamu'alaikum,

Kali ni aku nak kongsi dengan anda semua tentang satu tempat makan di Port Dickson. Lokasi terletak di Kg Telok, Pasir Panjang. Kalau anda berada di sekitar Port Dickson atau kawasan yang sewaktu dengannya dan anda terasa nak makan ikan bakar, anda boleh cuba ke Medan Selera Ikan Bakar Kg. Telok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Aku ke Port Dickson bulan lepas, dan aku nak cari tempat makan ikan bakar sebab keluarga aku semua teringin nak "pekena" ikan bakar. Aku cadangkan semua ke Umbai, Melaka tetapi jauh pula dari lokasi kami di Port Dickson. Aku pun seperti biasa menggunakan kecanggihan teknologi "Google Search" untuk mencari tempat "power" untuk ikan bakar di sekitar PD. Selepas menekan butang "Search" keluar banyak ulasan mengenai tempat ini lalu aku pun menelifon dan SMS rakan aku rakyat Negeri Sembilan, Kak Liza(bekerja di MPPD), Muzammil(budak Rantau) & Azlan(budak Seremban) untuk mengesahkan lagi mengenai ulasan-ulasan yang diberikan dalam internet mengenai tempat ini. Mereka semua mengesahkan bahawa tempat itu sesuai untuk menikmati ikan bakar dan boleh untuk aku serta keluarga pergi mencuba.

Jadi di sini ada sedikit petunjuk untuk ke sana. Dari Port Dickson anda pandu terus menghala ke Teluk Kemang, Tanjung Tuan dan terus sahaja sehingga anda tiba di Pasir Panjang dan apabila memasuki pekan Pasir Panjang, pastikan mata anda meliar mencari papan tanda Medan Selera Ikan Bakar dan anda ikut sahaja arah papan tanda itu, pasti anda akan tiba di lokasi yang disebutkan. Perjalanan akan mengambil masa sekitar 30-45 minit dari pekan Port Dickson.


Pada malam itu aku mencuba Gerai No. 5, Zakaria Ikan Bakar dan kami memesan 4 ekor ikan (Siakap 3 & Pari 1), Sotong Goreng Tepung 1kg, Sayur Kangkung Belacan 3, Udang Mentega(Butter Prawn), Air 3 Jug. Semuanya termasuk nasi putih dan nasi lemak berharga RM250.00. Pada aku harganya sangat murah, jadi kepada anda yang ingin mencuba aku rasa agak berbaloi kerana rasanya juga enak. Amat berbaloi perjalanan selama 30 minit dari Regency Tanjung Tuan untuk ke Pasir Panjang menikmati ikan bakar.


Aku sertakan sedikit foto untuk anda;


Gerai No. 5

Siakap Bakar & Masak 3 Rasa

Udang Mentega

Sotong Goreng Tepung

Ikan Siakap Bakar

Masak Tiga Rasa
Selamat Mencuba kepada anda semua!! :-)

4 comments:

  1. Kedai abg sy nie..abh saya dah sakit..dah tak.niaga dah.. kakak pun dah meninggal..bnyk kenangan kedai nie..sy klu balik dr k.l..mesti dtg kedai ..aruah kakak sy..!!rindu aruah kakak sy!!tapi sekarang klu balik g mkan..selalu ke.kedai no 3..sedap bg tekak sy!!

    ReplyDelete
  2. Kedai abg sy nie..abg saya dah sakit..dah tak.niaga dah.. kakak pun dah meninggal..bnyk kenangan kedai nie..sy klu balik dr k.l..mesti dtg kedai ..aruah kakak sy..!!rindu aruah kakak sy!!tapi sekarang klu balik g mkan..selalu ke.kedai no 3..sedap bg tekak sy!!

    ReplyDelete
  3. Kedai abg sy nie..abg saya dah sakit..dah tak.niaga dah.. kakak pun dah meninggal..bnyk kenangan kedai nie..sy klu balik dr k.l..mesti dtg kedai ..aruah kakak sy..!!rindu aruah kakak sy!!tapi sekarang klu balik g mkan..selalu ke.kedai no 3..sedap bg tekak sy!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...