Assalamu'alaikum,
Perkara ini dah lama aku nak kongsikan cuma entah kenapa asyik tertangguh dan tertangguh sampai hari ini. Kisah ini berlaku tahun lepas dan kisah ini adalah berkenaan dengan FAM di Kelana Jaya itu.
Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Daud pada ketika itu telah menarik tangan aku sambil berkata;
"Saya tertarik dengan kata-kata awak yang terakhir tadi"...
Kata-kata itu adalah berupa satu ungkapan yang menuntut supaya pucuk pimpinan FAM ditukar dengan erti kata lain Presiden FAM sila letak jawatan. Lalu aku hanya menurut dan bermulalah satu perbualan mengenai FAM antara aku dan Penolong Setiausaha Agung FAM serta sesekali dicelah masuk oleh isteri Tuan Haji Ahmad Fuad. Berikut adalah antara perbualan aku(AM) dan Tuan Haji Ahmad Fuad(AF);
AF:- kenapa awak kata macam tu?
AM:- sebabnya dalam masa 27 tahun nih, apa pembangunan dan
peningkatan bolasepak Malaysia yang telah berlaku?? Semua
kita dah tukar, coach, pemain, jersi, diver bas, rumput kat
FAM, pengawal keselamatan semua kita dah tukar, cuma satu tu
jek kita belum tukar.
AF:- awak cakap macam tu awak tahu tak yang kalau takde presiden
nih takde lah FAM, tak berjalanlah FAM.
AM:- itulah macam mana sampai persatuan boleh bergantung pada
seorang individu, kenapa tidak bergantung pada sukan itu
sendiri.
AF:- awak tak tahu macam mana dalam organisasi ni, awak boleh
cakap tapi awak tak tahu.
AM:- memang saya tak tahu, ada cara tak macam mana saya nak tahu??
sebab sekarang nih yang saya tahu dalam masa 27 tahun nih,
takde apa-apa pun peningkatan dan kemajuan dalam bolasepak
Malaysia, oleh sebab itu Presiden harus bertanggungjawab dan
letak jawatan.
AF:- boleh, awak tulis surat rasmi dekat FAM dan kita akan tengok
AF:- boleh, awak tulis surat rasmi dekat FAM dan kita akan tengok
macam mana.
AM:- saya dah pernah hantar email dekat Setiausaha Agung, sampai
hari ni takde balas.
AF:- email, hantar surat rasmi, kita nak urusan rasmi mesti dengan
surat.
AM:- ok, saya akan tulis nanti.
AF:- awak tak tahu yang dia banyak sumbang duit dekat FAM, kalau
tidak mana FAM nak dapat duit. Awak tau kenapa ASTRO sponsor
kita, sebab presiden lah.Dulu masa Harimau Muda nak pegi
Slovakia dia tanya Datuk Azzudin "Datuk, ada duit tak kita
nih?" Datuk cakap "takde", dia bagi RM3 juta duit dia. Cuba
awak fikir, kalau orang lain boleh bagi tak duit macam tuh,
tanpa ada soal siasat dari mana-mana pihak.
AM:- bagi duit tu bagus, tapi kalau 27 tahun tak membangun nak
buat apa. Tak kan tugas presiden nak sumbang duit untuk
persatuan sahaja. Macam mana itu boleh berlaku? macam mana
persatuan boleh takde duit? kita dah PRO tapi pengurusan
masih tak PRO lagi. Bolasepak nih boleh datangkan duit kalau
betul kena gayanya tapi macam mana FAM boleh takde duit?? itu
lah sebab kenapa saya cakap Presiden FAM kena letak jawatan
sebabnya takde kemajuan dalam bolasepak Malaysia kalau macam
nih gayanya...aku terus membebel..macam mana dalam bolasepak
boleh hanya bergantung pada seseorang individu kenapa tidak
pada sukan itu sendiri. Macam mana FAM boleh takde duit, apa
yang FAM buat selama nih?? Macam mana FAM tak boleh nak tarik
sponsor dengan nama sukan itu sendiri tapi terpaksa
menggunakan kedudukan dan pangkat individu untuk tarik
sponsor. Itu Tuan Haji panggil profesional?? Tapi nak suruh
pemain jadi profesional, pengurusan sendiri pun tak
profesional macam mana?? sebab tu lah saya cakap presiden
kena letak jawatan, kalau tak sampai bila pun macam nih
je lah tahap bolasepak kita.
Sedang aku membebel ke Tuan Haji datang isteri dia mencelah..
"sudahlah bang, dia nih cakap pandai lah, suruh dia buat lah nanti dia tahu macam mana, dah jom kita balik"
Lalu Tuan Haji Ahmad Fuad pun berlalu pergi bersama isterinya meninggalkan aku yang masih banyak lagi perkara nak dibebelkan.
bersambung...
cerita pasal Presiden bantu FAM tu aku setuju..mmg tak dapat dinafikan....tapi betulkah sbb bola kita tak maju disebabkan presiden? apa pandangan ex player malaysia? saja nak tau..sbb ada veteran x malaysia penah bagitau aku yg FAM x salah, yg salah state FA sbb tak produce player..FAM cuma facilitate/organize competition saja
ReplyDeleteaku nak tengok anuar musa kritik sultan bola plak camner,sbb dia kritik badan induk takpe, tapi bila bekas juruletih dia sendiri kritik dia dan KAFA, terus kena gantung, dan macam2 lagi ayat dia pusing dia putar dia belit kat FB, salahkan wartawan itu dan ini untuk selamatkan diri dia, aku bleh terima pendapat nuar musa kritik rajagobal dan bcadang utk menguatkan liga domestik kita, tp nuar musa jgn ckp x serupa bikin laa, sampai kadang2 aku tgk telatah nuar musa ni mencari populariti untuk kepentingan politik beliau.
ReplyDeleteTapi betul ke kalo liga kita kuat national team pon akan kuat, tgk indon, ngn thailand sudah camner... liga meriah giler.. tp national team takde la power mana pon.. level lebih kurang je ngn malaysia.. nak salahkan presiden semata2 aku tak setuju.. orang2 bawahkan pon kena buat kerja jga.. jgn nnt jadi mcm indon sudah.. bertambah2 kontroversi dan masalah dalaman bila jawatan presiden dipegang oleh politikus pencen yg syok sendiri bertindak secara autokratik... terus terang aku cakap.. Presiden skang mmg patut pencen dah secara terhormat.. aku lebih suka kalo TM Pahang jadi Presiden... Anuar Musa No!...
Presiden kena bertanggungjawab dgn apa yg berlaku atas organisasi beliau.dgn hanya membberi duit x bermakna tugas sbg presiden dh selesai...klo presiden x main peranan mcm mana plak ngn timb.presiden.
ReplyDeleteMcm mana plak dgn setiausaha..abis klo semua dah xnak main peranan hanya melepas batuk ditangga sj.tu pasal bola sepak negara tak maju.
Yg tau nak menang jer.bgmana dgn coach..apa yg diterakan oleh coach..masih relevan ker cara coach mgajar team malaysia main bola..nie semua presiden kena amik tahu.klo terlalu sibuk,presiden boleh suruh timb dia pergi ushar..klo timb sibuk boleh suruh timbalan punya timbalan pergi tengok..ni tidak..tau dok goyang kaki ajer..
Aku bkn ingin mencemuh FAM tapi demi kebaikan negara kita juga.untuk memperbaiki mutu bola sepak negara..
Coach kena main peranan.bagi aku 2 thn dh cukup utk buat team malaysia berjaya..tapi..hanya gaji sahaja kot yg masih di ambil kira....