Wednesday, January 11, 2012

Liga Malaysia Musim 2012 -Bahagian 2-

Assalamu'alaikum,

Aku nak share video yang dibuat khas untuk bolasepak negara Kanada. Aku rasa yang buat nih adalah penyokong-penyokong TFC, Toronto Football Club. Apa yang tertarik ialah kata-kata yang keluar dari mulut setiap orang yang ditemuramah dalam video ini. Video ini bukan untuk Liga Malaysia tetapi anda boleh tengok dan hayati video ini;


Kembalilah ke tanahairmu wahai sahabat-sahabatku yang sudah sekian lama "migrate" ke luar negara. Anak jiran anda, senior/junior di sekolah anda, budak satu taman/kampung anda, anak kepada kawan ibubapa anda, bakal jodoh anda semuanya memerlukan sokongan dan "passion" anda. Harap anda semua dapat faham bahasa "owang putih" dalam video nih, memandangkan anda pun dah lama migrate mesti dah fasih dan dapat faham.

Sekadar tulisan dan pendapat.
P/S :- PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN..

Saturday, January 07, 2012

Liga Malaysia Musim 2012

Assalamu'alaikum,

Hari ini akan bermulalah saingan yang bakal sengit(mengikut minoriti rakyat Malaysia, majoriti menganggap ianya membosankan dan mungkin ada juga yang tidak tahu..hehe) sebuah liga gred D di negara yang menjadi juara ASEAN sejak 2 tahun ini.

FUH!! Sebulan lebih tak menaip lebih tepat 44 hari..haha. Aku cuma mengharapkan agar kemeriahan liga pada musim ini tidak terganggu akibat kebodohan-kebodohan yang kita sudah pun dengar dari pihak pengurusan-pengurusan negeri dan juga FAM(yang nih tok sah cakap lah, bila pun pandai).

Banyak kes-kes yang kedengaran, yang paling hangat ialah isu pemain import. Masalah kualiti stadium juga turut menghangatkan suasana. Kesimpulannya pra-liga Malaysia(off season kalau BPL panggil) dipenuhi dan diwarnai dengan kontroversi dan kebodohan pihak pengurusan lebih banyak dari berita-berita perpindahan pemain persiapan pasukan dan sebagainya. Sehingga hari ini, lagi lebih kurang 5-6 jam sahaja perlawanan pertama musim 2012 akan dilangsungkan, masih kita kurang tahu mengenai senarai pemain mana pindah ke mana, tidak sama sewaktu liga eropah mahu bermula, akhbar tempatan pasti menyiarkan 1 atau 2 mukasurat senarai perpindahan pemain, dari mana ke mana. Tetapi hingga hari ini tiada untuk Liga Malaysia(aku tak pasti hari ini sebab belum tengok akhbar hari ini). Kalau ada dalam akhbar hari ini Alhamdulillah. Barangkali untuk senarai liga eropah mudah didapati di laman web yang kemudian di "copy paste" sahaja sebelum dihantar ke editor. Untuk liga Malaysia barangkali perlu membuat sedikit pergerakan dari "cubicle" mereka di pejabat, perlu naik turun tangga. 

Begitu juga dengan rancangan-rancangan berbentuk bolasepak di Malaysia, tiada info mengenai Liga Malaysia, perindahan pemain dan sebagainya sebaliknya hanya kedengaran dipromosikan mengenai isu-isu kebodohan persatuan-persatuan negeri dan negara. Itu semua kami dah tahu mengenai kebodohan mereka jadi tak perlu disiar selalu pun kami tahu, yang kami tak tahu ialah info mengenai liga Malaysia.

Apapun tahniah kepada peminat-peminat bolasepak yang bertungkus lumus dan cuba sedaya upaya untuk memberikan info mengenai Liga Malaysia yang beritanya tidak berkisar mengenai kontroversi dan kebodohan pengurusan tetapi sebaliknya info-info berguna seperti perpindahan pemain, pelancaran jersi terbaru pasukan masing-masing, perlawanan persahabatan pra-musim dan banyak lagi. Tahniah saya ucapkan atas usaha anda itu, teruskan usaha anda dalam memberikan info kepada saya dan seluruh rakyat bolasepak Malaysia. TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!! (ala-ala Hafizal) hehe.

Ini apa yang aku harapkan untuk musim ini, kita semua sedia maklum yang kebanyakkan pengurusan pasukan di Malaysia ini memiliki kebodohan yang di tahap kritikal, jadi kepada semua rakyat bolasepak jangan lah kita juga menjadi bodoh serta terikut-ikut dengan kebodohan mereka itu kerana kelak nanti kita yang akan diperbodohkan dan kita juga yang akan rugi.

Kepada persatuan-persatuan negeri yang sudah menandatangani pemain import tetapi tidak dibenarkan untuk didaftar bagi liga musim 2012, maka mungkin anda boleh memohon subsidi dari kerajaan negeri masing-masing untuk membantu membayar gaji pemain-pemain itu. Dulu waktu diperbodohkan oleh FAM boleh dapat subsidi tak kan kali ini diperbodohkan sekali lagi tak boleh nak mintak subsidi. :-)

Kepada penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan, semoga berjaya malam ini. Ingat jangan jadi bodoh macam pengurusan, biar kita cerdik dari mereka supaya kita tidak diperbodohkan lagi.

Akhir kata eh silap, Permulaan kata, PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN..

Sekadar tulisan dan pendapat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...