Wednesday, November 23, 2011

Sukan SEA 2011 Episod Ibu Segala Pingat

Assalamua'laikum,

Tahniah Malaysia B-23 kerana telah mempertahankan pingat emas dalam acara bolasepak di Sukan SEA dan merupakan pingat emas yang ke-6 bagi negara dalam acara itu. 

Pingat emas itu sebenarnya membawa banyak maksud untuk bolasepak negara kita dan ianya terpulang kepada setiap individu ingin melihat atau menilai kemenangan Harimau Muda itu dengan apa cara sekalipun.

Seperti yang aku cakap sebelum ini, skuad Harimau Muda ini adalah yang terbaik setakat ini di Asia Tenggara dan pingat emas itu wajib menjadi milik mereka. Para pemain telah pun mensahihkan cakap-cakap aku sebelum ini. 

Majoriti rakyat bolasepak Malaysia amat gembira dengan kejayaan ini dan bermacam-macam kata-kata pujian yang manis-manis kedengaran untuk para pemain. Semuanya indah sekarang ini, yang nih comel lah, yang nih "cute" lah, yang nih hensem lah, yang nih gagah lah, yang ni dia punya lah, yang nih asal sini lah, asal situ lah. Semua orang sedang berbangga dengan kemenangan ini.

Bagi aku kemenangan penalti 4-3 ke atas Indonesia B-23 tempoh hari tidak membawa apa-apa erti dari segi memperbaiki mutu bolasepak Malaysia. Maksud aku di sini ialah mutu bolasepak yang ada sekarang dan buat masa nih. Tetapi kemenangan ini adalah sebagai pembuka jalan untuk kemajuan mutu bolasepak Malaysia, dengan syarat syarikat yang diberikan amanah untuk membina jalan itu membuatnya dengan betul serta mengikut prosedur yang betul. :-) 

Kenapa aku kata begitu?? sebabnya kemenangan emas pada Sukan SEA 2011 itu tidak menaikkan kedudukan Malaysia dalam "Ranking FIFA" dan juga ianya tidak akan dapat memberikan mana-mana pasukan dalam Liga-M supaya dapat beraksi dalam ACL(Asia Champions League). Jadi sebab itu aku cakap ianya tidak memberikan apa-apa erti atau kesan untuk mutu bolasepak Malaysia sekarang ini.

Namun kemenangan ini adalah permulaan langkah sang harimau untuk menakluk Asia tetapi bersyarat. Apa syaratnya??

Pemain seperti Syahrul Azwari, Nazmi Faiz, Wan Zaharul, Fandi Othman, Muslim Ahmad, K.Gurusamay, Gary Steven, Mahali dll tidak bermain dengan mana-mana pasukan Liga-M. Pastikan mereka ini semua bermain di liga luar. Bukan nak cakap liga kita tak bagus, tetapi ini untuk kebaikan Malaysia dan mutu bolasepak kita. Kalau mereka nih semua "graduate dari Harimau Muda dan meneruskan karier mereka di Liga-M, maka kita akan hanya jadi jaguh ASEAN sahaja untuk selama-lamanya.  

Liga Malaysia harus diperhebatkan lagi dan dinaikkan taraf supaya setaraf dengan liga-liga gred A seperti J-League, K-League &  A-league dan juga liga-liga di Asia Barat. Ini kerja FAM!!

Hantar pemain-pemain berumur 13 tahun - 17 tahun ke akademi bolasepak luar seperti di Australia, Jepun, Korea atau Eropah sekalipun, bukan untuk "short stint" 2-3 minggu tapi hantar sehingga mereka "graduate" dan dapat menempatkan diri dalam mana-mana pasukan di luar. Jangan nanti umur dah 27-28 tahun baru nak hantar pegi "trial" sana sini.

Pemain-pemain ini memerlukan perlawanan berkualiti tinggi yang cukup setiap tahun untuk membolehkan mereka bersaing dengan "game pace" pasukan-pasukan seperti Jepun, Korea, Iran dsbnya. 

Paling penting sekali, pihak pengurusan harus profesional dalam mentadbir kemudian barulah pemain-pemain semua akan ikut menjadi profesional.

Kemenangan itu juga adalah sangat manis kerana ianya berlaku di gelanggang keramat Sang Garuda dan sememangnya Malaysia dan Indonesia adalah "rival" yang utama dalam sukan bolasepak ASEAN ini. Lebih manis kerana ada ratusan penyokong Malaysia yang masuk ke Gelora Bung Karno menemani harimau-harimau muda. Siapa kata bahaya nak ke GBK?? Kalau kena cara pengurusannya, mana-mana stadium pun insyaALLAH kita selamat. Boleh pun pihak pengurusan uruskan penyokong-penyokong Malaysia nih semua dari segi tiket, keselamatan dan sebagainya. Masa Perlawanan Akhir ke-2 Piala AFF Suzuki 2010 kenapa tak boleh?? Maaf, teringat kenangan lama..hehe :-) pengurusan betul buat keja, semua boleh jadi dan jalan.
 
Kilaun emas di leher setiap pemain dan pegawai itu juga adalah petanda baik kerana, media-media semua bagaikan sudah mula memberikan perhatian terhadap pasukan bolasepak negara dan agenda atau objektif seterusnya adalah supaya Liga-M juga akan mendapat liputan sebegitu hebat sepanjang musim bukan hanya dipromosikan pada peringkat perlawanan akhir sahaja. 

Tapi aku nak ingatkan jangan terpedaya dengan propaganda media yang mengatakan bolasepak Malaysia sudah meningkat maju. Itu semua propa dari pihak media bila pasukan negara menjuarai sesebuah pertandingan sahaja tetapi bila kalah sesuatu perlawanan dicaci-cacinya.  Bolasepak kita belum maju lagi, tetapi sedang menuju ke arah itu dan kita sekarang berada pada jalan yang betul, cuma si tukang buat jalan tu kena betul jugak.

Jadi semua pihak harus bersabar terutama jurulatih "part time" pasukan kebangsaan B-23 dan juga senior kerana kita baru jadi juara ASEAN jadi tahap bolasepak kita sebenarnya hanya pada tahap ASEAN sahaja lagi, belum sampai tahap Asia. Jadi bila kita kalah dengan pasukan-pasukan yang lebih gah dan hebat, harap janganlah keterlaluan menjatuhkan moral dan mental pemain-pemain serta pasukan. Yang kita perlu beri tekanan sekarang ialah kepada pihak pengurusan iaitu FAM supaya mereka ini semua tak tidur dekat Kelana Jaya sana. Terus beri tekanan kepada mereka supaya mereka tahu apa yang kita rakyat bolasepak inginkan. Jangan menekan pasukan dan pemain kerana mereka telah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pengurusan iaitu juara ASEAN dan kita telah pun mencapai objektif tersebut dan sekarang ialah untuk mengorak langkah mempertahankan kejuaraan ASEAN dan seterusnya menakluki Asia.

Andai kata kita tewas dengan Syria hari ini, janganlah pula segala puji-pujian sejak Isnin lalu bertukar menjadi kejian dan caci makian pula. Ingat semua, terimalah hakikat yang kita baru jadi jaguh Asia Tenggara sahaja, masih jauh perjalanan sang harimau kita nih. Jangan mengharapkan keajaiban berlaku dalam masa terdekat ini, ini adalah permulaan sahaja, jadi jika anda ingin melihat pasukan kita berada setaraf dengan pasukan-pasukan hebat dunia, maka terus memberi sokongan dan terus menekan pihak pengurusan FAM supaya mereka tahu kuasa kita kuasa penyokong agar mereka tidak lena dibuai mimpi di Kelana Jaya sana.

Emas ke-6 itu tidak akan bermakna sekiranya ianya terhenti di situ sahaja. Sekali lagi TAHNIAH kepada Skuad Malaysia B-23!! Lu orang memang handal..

Sekadar tulisan dan pendapat.

JOM KE BUKIT JALIL RAMAI-RAMAI BERI SOKONGAN!!!

Monday, November 21, 2011

Sukan SEA 2011 Episod Gelora Bung Karno

Assalamu'alaikum,

Indonesia lwn Malaysia, satu perlawanan yang memang "HOT" dari dulu sampailah sekarang, tapi nampaknya sekarang nih makin "HOT" lah pulak. Takde apa pun, aku saja nak tulis sikit pasal perlawanan yang bakal berlangsung lebih kurang dalam 4 jam sahaja lagi.

Malaysia wajib menang dalam perlawanan akhir ini jika kita sandarkan pada prestasi pasukan kebangsaan kita di atas kertas, tapi seperti biasa di dalam padang macam-macam boleh berlaku di tambah pula dengan faktor-faktor lain dari luar padang seperti penyokong, suasana stadium, cuaca, bookie dan banyak lagi.

Ini hanya cakap-cakap kosong sahaja, Malaysia akan kalah pada perlawanan akhir ini kerana Indonesia telah beri kita kemenangan pada peringkat kumpulan. Ini adalah ramalan-ramalan berdasarkan faktor-faktor luaran. Tapi apa yang aku harapkan ialah biarlah perlawanan malam ini ditentukan 100% oleh mereka yang berada di dalam padang sahaja dan tentunya aku nak Malaysia menang maaa!! hehe

Barracuda, apa menatang nya tuh? Ini satu lagi benda yang aku tak puas hati, sepatutnya pasukan kita menolak sekeras-kerasnya cadangan pihak penganjur untuk membawa Harimau Muda ke GBK dengan menaiki barracuda. Kerana apa?? kerana sebab apa sampai nak kena naik barracuda ke stadium? maksudnya kita kena naik barracuda nih sebabnya memang dah tak selamat sungguh lah di Jakarta tu. Pihak pengurusan kita seharusnya membantah dan mengatakan yang pasukan kita tidak akan main di GBK atas alasan keselamatan. Ini tidak, kita hanya turutkan sahaja apa yang mereka perlakukan ke atas kita, jadi lepas nih setiap kali ada perlawanan di Jakarta, makanya barracuda akan jadi kenderaan rasmi pasukan Malaysia??? itu semua BULLSHIT!!! Siapa yang ada kuasa dalam pengurusan tu tolong lah berkeras sikit, ini bukan soal tolak ansur dan diplomatik bagi menjaga hubungan dua negara, tapi ini soal profesionalisme dan hak atlet!! apa ke jadahnya mereka nak kena naik kereta perang?? itu bermakna Jakarta tidak selamat untuk dijadikan venue perlawanan, jadi mengapa kita harus merisikokan pemain-pemain kita?? kita patut bantah dan minta main di gelanggang lain, jangan asyik turutkan kemahuan mereka dengan menyuruh kita naik barracuda, itu BULLSHIT!! sekali lagi BULLSHIT!!! Kepada yang punya kuasa tolong jangan jadi PONDAN!!!

Aku rasa gembira bila baca akan ada penyokong kita di sana nanti untuk menyokong Harimau Muda di sangkar Sang Garuda. "Gelora Bung Karno is not forbidden for Malaysian". Ini sukan, kita pergi dengan niat untuk menyokong insyaALLAH selamat kita, ia hanya sebuah stadium bolasepak seperti stadium-stadium yang lain juga, cuma bezanya penjaga stadium itu a.k.a tentera merah begitu taksub terhadap sukan yang mereka cintai dan negara mereka. Itu lumrah kerana kadangkala akibat ketaksuban yang tinggi maka fikiran tidak boleh dikawal lagi namun yang penting kita bertandang ke tempat orang, kita buat cara kita bertandang, insyaALLAH tiada apa akan berlaku. Dalam setandan pisang bukan semuanya busuk, jadi kita janganlah beli pisang yang busuk, cari yang elok.:-)

Yang terakhir sekali, tak sabar nak tunggu komen-komen dari jurulatih "part-time" negara selepas tamat perlawanan. Huh!! berdebar rasanya boboi..!!

Sekadar tulisan dan pendapat.

Friday, November 18, 2011

Menang Emas???

Assalamu'alaikum,

Wahhh!!! dah macam menang pingat emas gembiranya semua rakyat bolasepak di Malaysia. Macam-macam pujian melambung-lambung mengalahkan Mael Lambung diberikan kepada skuad Harimau Muda.

Jurulatih-jurulatih "part time" juga memberikan komen positif dan kurang pedas atas kemenangan 1-0 ke atas Indonesia B-23.

Alhamdulillah kita menang tapi kemenangan tidak akan memberikan apa-apa makna tanpa pingat emas. Skuad Harimau Muda kita adalah yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini kerana jika di atas kertas hanya pasukan ini sahaja yang layak ke peringkat akhir Kelayakan Olimpik 2012 makanya hanya emas sahaja yang memberikan makna kepada kemenangan hari ini.

Game belum habis bro...rilekss!! hehehe..nanti kalau kalah kang caci maki hamun plak..jadi tenangkan diri anda semua..tarik nafas dalam-dalam hehe..tunggu 19hb nih..tengok apa sambungan cerita hari ini.. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

Wednesday, November 16, 2011

S.U.S.A.H.

Assalamu'alaikum,

Pernah tak anda semua rasa SUSAH?? Susah hati, susah makan, susah tido, susah takde duit, susah nak bangun pagi, susah nak tegur orang, susah nak ikut peraturan dan susah macam-macam lagi lah. 

Saja aku terfikir pasal SUSAH nih sebab untuk melengkapkan 24 jam dalam kehidupan seharian kita, pasti kita akan tempuhi pelbagai kesusahan. Tapi pernah tak kita fikir;

Kita susah nak bangun pagi, terus susah hati kita sebab nanti lambat pergi kerja tapi kenapa sikit pun kita tak susah hati sebab kita tak dapat tunaikan kewajipan yang sepatutnya dilakukan setiap pagi. 

Kita selalu susah hati memikirkan tentang apa yang akan diperkatakan oleh masyarakat terhadap diri kita atas setiap tindakan kita seharian, tapi kenapa kita tak pernah susah hati memikirkan tentang apa yang DIA rasa terhadap kita.

Kita selalu sanggup bersusah-susah untuk orang yang kita cintai dan sayangi tapi pernah tak kita bersusah payah untuk-NYA.

Kita selalu cakap dan kategorikan orang itu susah bila takde duit, tapi kenapa kita tak pernah cakap dan kategorikan orang itu susah bila orang itu tak pernah nak laksanakan kehidupan hariannya mengikut ketetapan-NYA. e.g. "Sian orang tuh, takde duit, susah dia nak hidup, sian dia" tapi kenapa tak pernah dengar "Sian orang tuh, tak pandai baca Quran, susah dia nak hidup, sian dia" hehehe.. :-)

Kita selalu susah hati memikirkan pakaian yang sesuai untuk ke sebuah majlis atau untuk keluar dari rumah sebab takut orang cakap tak "up to date" atau "eh..asyik pakai baju sama jek" atau "kau nih dressing kampung lah" tapi kenapa kita tak pernah susah hati memikirkan, suka ke DIA dengan apa yang kita pakai.

Pokoknya, kenapa kita selalu rasa susah?? 

Sebab kita tak pernah nak susah kerana-NYA tapi kita selalu sanggup bersusah-payah untuk perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh manusia. Kita selalu nak puaskan hati dan gembirakan seorang manusia yang lain tapi kita tak pernah pun nak pun nak gembirakan-NYA. Kita selalu nak jaga hati seorang manusia yang lain tapi tak pernah nak jaga suruhan-NYA. Sebab tu kita selalu rasa susah, sebab kita terlalu mengikut panduan hidup yang diciptakan oleh manusia, sampai bila pun kita tak kan rasa senang, hari-hari akan susahhhhh jek.. ;-)

Aku rasa sebab tuh lah aku selalu rasa susah dalam kehidupan seharian aku...disebabkan kesusahan yang diciptakan sendiri oleh manusia walhal DIA telah menyediakan panduan bagaimana untuk senang dalam menjalani kehidupan seharian kita. Salah siapa?? Salah aku lah!! Siapa suruh ikut benda susah, benda senang kan ada hehe..

Aku harap korang tak susah baca "posting" kali nih. 

Sekadar tulisan dan pendapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...