Tuesday, July 16, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 29-

Assalamu'alaikum,

Hari ini 7 Ramadhan 1434 dan malam nanti 8 Ramadhan 1434 bakal berlangsungnya satu perlawanan sarkis antara Malaysia menentang Chonburi FC dari Thailand. Maka bermula episod perlawanan sarkis untuk Harimau Malaya dan ini merupakan sambungan dari episod sarkis di negara kangaroo bulan lepas. Nah jadual pertunjukan Harimau Malaya disarkiskan;

16 Julai: Malaysia lwn Chonburi FC (Thai Premier League)
21 Julai: Malaysia lwn Chelsea (English Premier League)
25 Julai: Malaysia lwn Shimizu S-Pulse (J-League)
28 Julai: Malaysia lwn Shonan Bellmare (J-League)
31 Julai: Malaysia lwn Tokyo Verdy (J-League)
10 Ogos:  Malaysia lwn FC Barcelona (La Liga)


Isu perlawanan menentang kelab nih bukan isu baru, dah lama dah, bertahun-tahun dah berlaku dari tahun 80-an sehinggalah tahun ini. Dulu tahun 2011 aku ada tulis juga pasal perlawanan sarkis nih, masa tu, Arsenal, Liverpool & Chelsea datang. Aku memang kutuk habis lah perlawanan sarkis nih. Pada aku, aku menganggap sukad kebangsaan kita telah dilacurkan. Maka ramai juga yang membangkang. Ramai yang kata bagus perlawanan seperti itu kerana pemain dapat belajar, ada yang kata pemain dapat bergeser bahu dengan pemain ternama, dapat tingkatkan kualiti permainan apabila bermain dengan pasukan-pasukan hebat walaupun bertaraf kelab. Ada yang marah-marah. Kalau nak baca klik kat sini Kenapa...Mengapa??? dan Kenapa...Mengapa??? -Bahagian 2-. Tahun 2012 punya perlawanan sarkis aku malas dah nak tulis apa-apa.

Apa yang peliknya ialah selepas 2 tahun iaitu pada tahun 2013, pada bulan Jun bukan main ramai lagi yang bising-bising, marah-marah FAM bawa pasukan Harimau Malaya ke Australia untuk menentang pasukan kelab dan membatalkan perlawanan persahabatan kelas A dengan Singapura. Kecoh heboh riuh satu Malaysia, semua marah, semua angin dengan FAM. Katanya lawan kelab ranking tak naik lah, tak standard lawan kelab divisyen 2 lah, pergi makan angin lah dan macam-macam lagi lah.

Jadi aku menjadi pelik, sebabnya bukan ke orang kita yang minat bola ni semua suka tengok pasukan kebangsaan kita lawan kelab?? tapi bila FAM buat persahabatan lawan kelab di Australia semua bising-bising, pelik!!

Dari situ kita boleh tahu dah kenapa bolasepak Malaysia tak maju, bukan sahaja kerana pengurusan bersikap FAM malah penyokong juga tidak konsisten dalam memaki hamun FAM. Bila kena perlawanan menentang kelab yang mereka suka dan boleh pergi tengok, mereka kata bagus untuk tingkatkan mutu bolasepak tapi bila lawan kelab yang mereka tak suka dan mereka tak boleh pergi tengok mereka lawan kata tak bagus lah apa lah. Cuba itu hari FAM buat rombongan penyokong sekali untuk pergi Australia tengok Harimau Malaya secara percuma, agak-agak ramai tak yang akan bising-bising pasal perlawanan menentang kelab di Australia tu??

Ok nanti ada pula yang guna alasan, kena lah tengok kelab mana nak lawan, kalau kelab divisyen 2 Australia baik tak payah, kalau kelab power-power macam Chelsea ke, Manchester United ke, Liverpool ke, Barcelona ke ok lah jugak, dapat jugak lah belajar sesuatu. HEK EH!!! apa bezanya?? Kelab tetap kelab, dan ranking tidak akan naik dan tidak akan turun juga. Nak belajar tiki taka dalam masa 90 minit?? Dey!!!! Xavi dengan Iniesta belajar tiki taka dari umur belasan tahun lah dey!!! nak suruh pemain Malaysia belajar dalam masa 90 minit campur 2-3 minit masa kecederaan?? Akal letak kat mana??

Dah lah tu, tiket beratus-ratus ringgit, siapa yang untung?? Penganjur yang untung, pemain Malaysia dapat apa?? dapat penat dan dapat habuk. Kelab yang datang di bayar berapa?? Pemain dari kelab tu berapa pulak dapat?? Semua itu sumbangan dari siapa kalau bukan PEMINAT TEGAR BOLASEPAK MALAYSIA..hek eh!!!

Tapi nanti ada jugak yang guna alasan, alaaaa dapat tiket free pergi je lah. Dey!! tiket tu memang kau dapat free tapi sebelum kau dapat free ada makhluk yang dah pegi beli tiket tu dan bagi percuma dekat kau, faham?? bermakna sama juga duit masuk kepada penganjur dan tiap-tiap tahun penganjur kutip duit percuma sahaja hasil kerjasama dengan FAM dalam usaha meningkatkan mutu bolasepak Malaysia yang dibiayai sepenuhnya oleh PEMINAT TEGAR BOLASEPAK MALAYSIA.

Tapi kali ini memang betul-betul terkena dan membuktikan sikap penyokong Malaysia yang sebenar..hahahaha...aku memang gelak je lah..lawan kelab nih kelab tu bising marah..lawan kelab BPL La Liga hurmmmm...ok gak tu...hahahaha...prinsip habis tunggang langgang sebab kepentingan peribadi..macam FAM jugak.

Bagi aku semua perlawanan pasukan kebangsaan lawan kelab memang tidak membawa hasil apa-apa. Itu bukan perlawanan persahabatan itu perlawanan pertunjukkan. Biar ke Jepun sekalipun kalau setakat nak main dengan kelab untuk pendedahan tak payah lah, kalau nak pendedahan bawak pasukan bawah 17 tahun ke Jepun lawan dengan kelab-kelab sana, ya itu boleh panggil pendedahan, ini dah besar panjang, pasukan senior baru kau nak dedah sana dedah sini itu namanya FAM.

BERPRINSIP BIAR KONSISTEN

Sekadar tulisan dan pendapat.

Monday, July 01, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 28-

Assalamu'alaikum,

Kalau minggu lepas aku tulis pasal "TEORI DATUM" dan teori itu tak menjadi dalam perlawanan minggu lepas, makanya minggu ini aku nak kongsi satu lagi keindahan bolasepak Malaysia.

Kita semua tahu sekarang Lions XII duduk paling atas dengan 40 mata diikuti Selangor & JDT masing-masing dengan 36 mata dan baki perlawanan Liga Super tinggal 2 perlawanan iaitu berjumlah 6 mata.

Untuk perlawanan ke-21 esok aku rasa Selangor & JDT akan menang untuk menaikkan jumlah mata mereka ke 39 mata masing-masing manakala Lions XII akan seri dengan Felda United dan jadikan jumlah mata mereka 41 mata.

Makanya perbezaan mata hanya 2 di antara tempat ke-3, ke-2 dan teratas, dan perbezaan 2 mata itu ialah 1 perlawanan yang mana akan berlangsung perlawanan liga terakhir pada Sabtu ini 6hb Julai. JDT akan menentang Selangor di Larkin, Kelantan akan menentang Lions XII di Kota Bharu.

Ingat lagi musim 2011-2012 dalam BPL macam mana diaorang main sampai hari terakhir untuk rebut kejuaraan antara Manchester City & Manchester United. Itu antara 2 pasukan sahaja, ini 3 pasukan sekaligus. lagi masyukkkkkkk!!

Kenapa aku kata masyuk? Bayangkan 3 pasukan, kebetulan 2 pasukan akan berentap sesama sendiri pula dan satu lagi akan menentang pasukan yang baru dapat kejuaraan Piala FA. HOT tak?? Naik tak rating di TV untuk siaran langsung nanti?? 2 siaran langsung, berapa ramai penonton seluruh Malaysia nanti? berapa banyak iklan yang akan di beli nanti?? UNTUNG BUKAN??

Masyuk lagi?? kutipan tiket, di Larkin sudah pasti penuh melimpah-limpah sebab perlawanan nak rebut kejuaraan, sudah tu dengan Selangor pula. Kota Bharu juga sudah pasti melimpah kerana menentang Lions, untuk elak piala menyeberang tambak pula ditambah baru lepas jadi juara Piala FA. Melimpah tak stadium MASYUK TAK?? Tapi setiap perlawanan pun dua-dua stadium tu penuh cuma kalau perlawanan begini melimpah lah.

Bookmakers pun masyuk jugak kerana sudah pasti pertaruhan akan melonjak kerana ianya melibatkan 3 pasukan besar dan 2 perlawanan besar. ADA UNTUNG?? 

Cuba fikir, selalunya perlawanan liga nih susunannya ialah siapa yang kita lawan masa perlawanan pertama dulu kita akan lawan semula pada perlawanan terakhir liga kalau ikut susunan yang standard lah, tapi di Malaysia nih mereka susun jadual ikut suka hati, jadi adakah secara kebetulan yang JDT akan berjumpa dengan Selangor untuk perlawanan terakhir liga dan dalam pada masa yang sama kedua-dua pasukan berpotensi merebut kejuaraan Liga Super manakala pasukan teratas liga pula akan bermain dengan "TOP TEAM" di Malaysia iaitu Kelantan walaupun pasukan ini tidak ada dalam radar kejuaraan Liga Super. Kenapa susunannya begitu?? Adakah ianya betul secara kebetulan?? ATAUUUUUUUUUUUUUUU....

Benda-benda macam nih tak kan pemain yang buat ye dak?? tak kan jurulatih yang susun kan?? tak kan pak guard yang bikin?? ini semua pihak pengurusan lah. Sama seperti "TEORI DATUM" aku minggu lepas, itu bukan kerja pemain dan jurulatih, itu kerja pengurusan tertinggi pasukan. Tetapi bila dah ditulis dan di stadium di pekik di jerit akan "TEORI DATUM" ini minggu lalu, Alhamdulillah tak menjadi teorinya.

Esok kita lihat sama ada teori ini akan berlaku atau tidak. Mungkin bila dah ditulis dan disebarkan, toeri ini sekali lagi tidak akan menjadi kenyataan. kita tunggu dan lihat esok perlawanan ke-21 Liga Super musim 2013.

Walau apa pun aku tetap akan turun ke stadium untuk pasukan Merah Kuning aku. InsyaALLAH esok ke Stadium Shah Alam dan Sabtu ini ke Larkin kalau tiada aral melintang. Kenapa??

Sebab dalam keadaan sekarang bukan masanya untuk boikot, kerana mereka tidak kisah kalau kita tidak hadir, tetapi kalau kita hadir dan bising-bising pasal kegiatan mereka, mereka akan panas pungkok. Contoh paling baik ialah apa yang dilakukan oleh KLU(Kuala Lumpur Ultras) untuk pasukan mereka. Dalam pada ramai anak kota tidak peduli ada sekelompok kecil yang masih peduli dan sayang pada bolasepak Malaysia telah membuatkan orang-orang ini panas pungkoknya.

Sekadar tulisan dan pendapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...