Sunday, May 15, 2011

6° 07’ 26.17” N 102° 14’ 35.80” E

Assalamu'alaikum,

Kembali semula selepas 21 hari berlalu dengan perasaan yang berlainan kali ini serta harapan yang secara realistiknya tidak perlu berharap apa-apa namun tidak salah meletakkan harapan. Apa-apa pun;

Tak peduli apa orang nak kata;

KERANA

Aku Tak Percaya Tapi Aku Faham Kenapa,
Aku Kecewa Tapi Aku Datang,
Aku Tetap Layan Semoga Berjaya Gergasi Merah!!!

Sekadar tulisan dan pendapat

Enam Belas Mei


Assalamu'alaikum,

Sempena dengan sambutan hari guru pada 16hb Mei setiap tahun maka aku nak berkongsi sedikit apa yang terlintas di fikiran aku. Silakan...

G.U.R.U. mengikut kamus Dewan Bahasa & Pustaka membawa maksud orang yang menyampaikan dan mendidik ilmu terutama di sekolah. Di sini aku ingin berkongsi mengenai asal usul perkataan guru ini. Mengikut apa yang aku telah selidik dan rujuk, perkataan “GURU” itu berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud;

GU = bermaksud kejahilan ilmu yang manusia sedang alami
RU = bermaksud pengetahuan ilmu yang menghilangkan kejahilan ilmu

Jadi di sini apabila “GU” dan “RU” digabungkan ianya membawa maksud lebih kurang begini “seseorang yang menghilangkan kejahilan ilmu yang dialami oleh manusia dengan memberikan ilmu pengetahuan”. Jika dilihat dari maksud itu memang sesuailah seperti maksud “GURU” dalam kamus Dewan Bahasa & Pustaka. Jika dilihat dari sejarah kita juga Bahasa Malaysia ini sebahagian asalnya adalah dari Bahasa Sanskrit dan jika dilihat dari fakta-fakta sejarah bahawa pedagang-pedagang dari India singgah berlabuh di Tanah Melayu pada ketika itu, tidak mustahil perkataan “GURU” dalam Bahasa Malaysia sekarang ini diambil dari perkataan “GU” dan “RU” dari Bahasa Sanskrit dan diberikan makna serta maksud tersendiri oleh pakar-pakar bahasa di Malaysia.

Sambutan hari guru disambut setiap tahun pada tanggal 16hb Mei  di Malaysia dan diberi nama Hari Guru manakala di negara lain ianya dipanggil mengikut bahasa rasmi negara tersebut dan ianya disambut pada tarikh yang berlainan bagi setiap negara.  Mengapa tanggal 16hb Mei? Adalah bersempena dengan Laporan Razak yang dibentangkan dan disokong oleh “Federal Legislative Council of the Federation of Malaya” pada 16hb Mei 1956 berkenaan dengan pelajaran di Malaysia.

Jadi itu serba sedikit mengenai asal usul hari guru di negara kita dan juga maksud perkataan guru itu serba sedikit. Apa yang aku ingin kongsi ialah mengenai sambutan hari guru di Malaysia. Rata-rata kita beranggapan bahawa hari guru hanyalah untuk mereka yang bergelar cikgu, ustaz, ustazah dan mengajar di sekolah rendah,  menengah ataupun tadika. Manakala mereka yang mengajar di peringkat lebih tinggi seperti di universiti seperti pensyarah atau profesor tidak disambut pada hari tersebut. Pelik bukan?? Atau mungkin pensyarah dan profesor yang mengajar di universiti yang tidak mahu mereka diberi taraf yang sama seperti cikgu,ustaz atau ustazah kerana mereka berpendapat bahawa mereka mempunyai kelayakan serta taraf lebih tinggi dari orang yang mengajar di sekolah . Wallahu’alam.

Pada pendapat aku, tidak kira apa gelaran anda, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah, profesor, sifu, tok guru dan sebagainya, anda sebenarnya adalah guru jika anda pernah menurunkan atau mengajarkan sesuatu ilmu pada seseorang. Contoh; jika seorang tukang jahit mengajar seseorang yang lain tentang cara-cara menjahit, maka secara otomatik dia bergelar seorang guru walaupun dia tidak mengajar di sekolah dan tidak mempunyai sijil begitu juga jika jiran anda mengajar anda membaca Al-Quran, maka jiran anda adalah guru anda walaupun dia tidak pernah lulus SPM dan tidak pernah memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris.

Jadi mengapa sambutan hari guru ini hanya dikhususkan kepada mereka yang mengajar di sekolah-sekolah sahaja. Sepatutnya perkara ini ditanamkan kepada semua umat manusia di tanah Malaysia ini pada setiap sambutan hari guru di Malaysia. Jangan hanya ditanamkan dalam minda kita bahawa 16hb Mei adalah sambutan hari guru untuk mereka-mereka yang mengajar di sekolah-sekolah sahaja. Kalau hendak begitu, lebih baik ditukar sahaja kepada sambutan “Selamat Hari Guru Sekolah Rendah, Menengah & Tadika” sahaja. Jadi pada pendapat aku semua yang bergelar “GURU” tidak kira dibawah gelaran cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah, profesor, tok guru, guru silat atau sebagainya, seharusnya mereka ini semua diraikan pada tanggal 16hb Mei di Malaysia ini. Marilah kita semua sama-sama ingat kembali jasa-jasa guru-guru kita yang telah memberikan kita ilmu pengetahuan walaupun sebesar kuman sekalipun, dia tetap telah menjadi guru anda.

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia.

Sekadar tulisan dan pendapat.

Saturday, May 14, 2011

Tiga Belas Mei Dua Ribu Sebelas

Assalamu'alaikum


Kalau aku percaya, aku sakit hati. Jadi lebih baik jangan percaya tetapi kecewa. Kalau aku faham apa yang berlaku, aku sakit hati. Jadi lebih baik buat-buat tidak faham dan terus layankan sahaja. 

Semoga Berjaya!!

Tahniah kepada semua yang hadir semalam!! ;-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

Wednesday, May 04, 2011

Ada Apa Dengan Cinta? -Bahagian 3-

Assalamu'alaikum,

Sahabat aku Khairul Faisal ada bertanya, "Fad, bila nak buat sambungan Ada Apa Dengan Cinta?-Bahagian 3-?" Hah..inilah dia sambungannya. ;-)


Fasa 1 - Perkenalan/Perjumpaan
Fasa 2 - Operasi "mengayat"
Fasa 3 - Bulan Madu
Fasa 4 - Keselesaan/Zon Selesa atau Selamat
Fasa 5 - Tolak Ansur/Toleransi
Fasa 6 - Kedinginan dalam hubungan
Fasa 7 - Putus Hubungan

Apakah anda pernah merasa semua fasa di atas? Atau ada beberapa fasa yang belum anda lalui? Atau kesemua fasa di atas anda sudah berkali-kali lalui?

Aku rasa fasa-fasa yang disebutkan di atas memang berlaku dalam setiap perhubungan, cuma apa yang aku nak kongsi di sini ialah  apa yang menjadi dasar ikutan kita dalam setiap fasa yang kita lalui di atas, itu sebenarnya menjadi persoalan. ;-)

Apapun syabas kepada Wong Fu Productions kerana telah menghasilkan satu penceritaan yang sangat menarik. 

Sekadar tulisan dan pendapat.

Sikap

Assalamu'alaikum,

Beginikah sikap penduduk sesebuah negara maju? Aku ke CIMB Bank Cawangan Seksyen 18, Shah Alam jam 8:00am tadi dan apabila tiba sahaja, aku agak terkejut dan kecewa kerana pengawal di bank tersebut masih tidur, dari bila beliau tidur tidaklah aku ketahui. Pelanggan sudah mula keluar masuk ke bank tersebut namun beliau masih tidak sedarkan diri. Hendak sahaja aku kejutkan tetapi tidak sampai hati pula kerana mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau bersikap demikian pada ketika sepatutnya beliau menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan iaitu menjaga keselamatan bank tersebut. Apa yang sempat aku lakukan hanyalah dengan merakamkan gambar beliau yang sedang tidur.

Tidak sedarkan diri
Pekerja membersihkan bank pun sudah masuk kerja, dia masih tidur
Beginikah sepatutnya sikap penduduk sebuah negara maju dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka?

Sekadar tulisan dan pendapat




Monday, May 02, 2011

Kaunter Ekspress

Assalamu'alaikum,

Semalam aku ke Pasaraya GIANT Kemuning Utama untuk membeli barangan keperluan untuk meniaga. Aku membeli sebanyak 10 botol tomato dan kemudian aku beratur di kaunter ekspress yang tertera di situ untuk pembelian 10 barangan ke bawah sahaja.

Untuk dijadikan cerita, ada pulak makhluk ALLAH S.W.T ni yang pergi bayar di kaunter tersebut dengan membawa troli dan barangan belian dalam lebih kurang 20 barang. Itu yang seingat aku sebab aku kira. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang menunggu untuk membayar sebotol air minuman orennya dan dibelakangnya ada 2 orang perempuan yang beratur menunggu giliran untuk membayar coklat dan air minuman mereka. Kemudian barulah aku berdiri.

Secara spontannya aku terus bertanya kepada juruwang;

Anak Memberontak :- "Dik, ni kaunter ekspress ya?"
Juruwang         :- "Ya bang."

Kemudian aku terus menegur makhluk ALLAH yang datang ke kaunter tersebut dengan troli;

Anak Memberontak :- "Excuse me Sir, this counter is only for 
                    those with 10 items and below. You have more 
                    than 10 items Sir"
Makhluk ALLAH    :- "I'm sorry, that is your interpretation"

Dengan tanpa rasa bersalah dan selamba beliau menjawab kembali kepada aku dan jawapannya itu telah membuatkan darah yang mengalir di dalam badan ini bergelogak. Terus aku menjawab;

Anak Memberontak :- "Your interpertation really sucks old man. 
                     That means if you buy 100 bottles of Coke 
                     and 100 bottles of Pepsi, it means that 
                     you only buy 2 items is it?"
Makhluk ALLAH    :- "Yes"

Pada tafsiran beliau, "10 items" itu bermaksud 10 kategori barangan, bermaknanya jika anda membeli 100 peket Maggi, 100 botol susu dan 100 rempah kari anda hanya membeli 3 barangan sahaja. Itu adalah apa yang beliau faham atau beliau sengaja buat begitu kerana mungkin beliau tersedar yang beliau sudah salah dan ingin menutup malu beliau. Aku pun menyambung;

Anak Memberontak :- "That means you teach your children and 
                     grandchildren, if you have 2 Myvi at home, 
                     you gonna ask your children or 
                     grandchildren how many cars do we have? and 
                     they will answer 1 car right?" 

Beliau terdiam dan kemudian aku sambung lagi;

Anak Memberontak :- "Yang cashier ni pun satu, dah tau ni 
                     kaunter ekpress, kalau ada orang datang 
                     bawak troli penuh amik jugak kira.Baik tak 
                     payah buat kaunter ekspress.Brader ni nak 
                     beli air satu pun nak kena tunggu orang tua 
                     tu punya satu troli."

Kemudian makhluk ALLAH tadi menjawab;

Makhluk ALLAH    :- "If you can't wait just put your things 
                     there and go buy somewhere else"

Aku pun dengan spontan dan kurangajarnya terus menjawab;

Anak Memberontak :- "Shhssshh!!(sambil jari aku letak kat mulut) 
                     You just bayar lepas tu blah cepat sikit, 
                     orang lain mau bayar jugak 
                     nih...shhhsssshh!!diam saja..bayar lepas tu 
                     blah!!"

Kemudian selepas selesai upacara pembayaran beliau dan orang-orang di depan aku, tiba giliran aku dan sambil juruwang itu membuat kira-kira aku pun terus menyekolahkan juruwang itu sambil beliau tersenyum tersipu malu ke, segan ke, marah ke, tahan marah ke, bengang ke aku pun sendiri tidak tahu. Dalam pada aku sedang menyekolahkan juruwang itu, ada pulak seorang makcik datang bersama troli penuh dengan barang-barang, aku pun terus sahaja membuka mulut;

Anak Memberontak :- "Makcik, ini kaunter ekspress untuk barang 
                     kurang dari 10 sahaja. Makcik dengan troli 
                     penuh ni tolong pegi bayar kat kaunter 
                     lain."

Makcik tu pun dengan tersipu-sipu malu, beredar dari situ. 

Sepatutnya itu tugas juruwang untuk memberitahu dan secara tidak langsung akan mengajar rakyat Malaysia ini semua supaya memikirkan tentang orang lain, ini tidak asyik dia sahaja ingin senang.

Kesimpulannya di sini, hormatilah orang lain, jangan fikir tentang diri anda sahaja, kita hidup bermasyarakat, jadi fikir-fikirkanlah. Kalau anda sahaja yang ingin senang dan mudah kehidupannya bagaimana dengan makhluk-makhluk lain ciptaan ALLAH di muka bumi ini?

Sekadar tulisan dan pendapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...