Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia 2011

Assalamu'alaikum,

Meriah Piala Malaysia tahun 2011 dengan bermacam-macam kisah. Jurulatih Selangor meletak jawatan selepas 4 perlawanan kumpulan dan timbul pelbagai spekulasi dan teori, lima kad merah dalam perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu, prestasi pengadil menjadi isu hingga keluar berbagai-bagai pendapat dan kenyataan dari segenap golongan rakyat bolasepak di Malaysia dan yang terbaru isu kenaikkan harga tiket yang menimbulkan kekecohan 1Malaysia tetapi telah dapat diatasi dengan jayanya oleh kedua-dua persatuan negeri. Tahniah!!

Setelah selesai, timbul pula pendapat-pendapat mengenai cara penyelesaian itu, masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Oleh itu aku cuma nak kongsi pendapat aku di sini.

Pertama sekali, aku memang kurang bersetuju dengan pemberian subsidi oleh kedua-dua persatuan/kerajaan negeri dan juga mereka-mereka yang telah membeli tiket-tiket subsidi itu kerana cara itu bukanlah cara yang akan menguntungkan untuk kita semua sebagai penyokong di masa hadapan terutamanya sukan bolasepak itu sendiri. Kenapa?? Sebabnya;

  1. Harga RM50 itu akan menjadi titik penanda bagi harga-harga tiket untuk perlawanan-perlawanan lain selepas ini.
  2. Jika sebuah perlawanan domestik tiketnya berharga RM50, bagaimana pula dengan perlawanan antarabangsa nanti? Sudah pasti sebuah perlawanan antarabangsa tidak akan lebih murah tiketnya dari perlawanan domestik.
  3. Kenapa aku berkata demikian?? Tahun depan kita akan menganjurkan Piala AFF Suzuki 2012 dan aku rasa FAM sudah membuat kira-kira dan jika perancangan mereka berjaya pada 29hb Oktober 2011 ini nanti sudah pasti harga tiket bagi perlawanan antarabangsa akan menjadi lebih atau sama dengan RM50 bagi satu perlawanan. Mampukah aku nanti?? Aku terfikir...
  4. Kenapa aku cakap macam tu?? Cuba imbas kembali, pada tahun 2010 harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dinaikkan dari RM20 ke RM30, kemudian pada Disember tahun itu harga tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 juga berharga RM30. Kemudian untuk perlawanan persahabatan, kelayakan Olimpik 2012 dan Pra Piala Dunia 2014 berharga RM20 dan telah naik ke RM30 sewaktu Pra Piala Dunia 2014 Pusingan Ke-2 menentang Singapura kerana FAM dapat menghidu bahawa sambutan pasti menggalakkan dari rakyat bolasepak Malaysia ketika itu.
  5. Jadi imbas kembali ke No. 3, jika tahun ini perlawanan akhir Piala Malaysia telah ditetapkan harganya pada RM50, maka berapa pula harga tiket bagi perlawanan kelayakan Olimpik 2012 pada November 2011 nanti?? dan berapa pula harga tiket bagi perlawanan antarabangsa pada tahun 2012 nanti?? Pastinya bukan lagi RM30 kan?? cuba renung sejenak... :-)
  6. Kenapa beri subsidi?? Pendapat aku, ialah mungkin untuk menutup kesalahan pihak tertentu yang mungkin telah mempersetujui harga yang mungkin dicadangkan oleh FAM.
  7. Kenapa aku kata begitu?? Sebabnya, kalau tak salah kenapa nak mengalah?? Kalau betul kedua-dua persatuan negeri tidak bersetuju dengan harga tiket, kenapa perlu mengalah dengan keputusan jawatankuasa yang dikepalai oleh Dato' Hamidin?? Jadi mungkin ada "story" disebalik keputusan ini yang hanya mereka dan keluarga mereka sahaja tahu...hehehe
  8. "Story"nya mungkin orang berkuasa dalam FAM telah mengeluarkan arahan kepada PBNS & PBSNT yang FAM tidak akan menurunkan harga tiket kerana mungkin takut malu dan mungkin takut dikatakan mengalah dengan kuasa penyokong dan mereka akan lebih rasa tergugat selepas ini jika harga tiket diturunkan. Jadi jalan paling selamat supaya Stadium Shah Alam tidak dipenuhi dengan angin sepoi-sepoi bahasa sahaja adalah dengan cara pemberian subsidi ini, kerana mereka tahu yang rakyat Malaysia ni lemah dengan "RM" lebih-lebih lagi bila dengar ada "subsidi"..tersenyum lebar sampai ke telinga mereka walaupun sebelum nih masam mencuka muka disusuli dengan kata-kata cacian dan maki hamun terhadap FAM.
  9. Jadi kenapa aku tak setuju dengan tindakan mereka-mereka yang telah membeli tiket-tiket subsidi ini, kerana sebab-sebab yang telah aku berikan di No. 1 hingga 5 di atas (sila rujuk kembali kalau dah lupa)..hehe. Tindakan mereka ini aku lihat akan membebankan golongan-golongan yang selalu cuba untuk memenuhkan stadium setiap minggu walaupun tak penuh-penuh, sedangkan majoriti yang membeli tiket itu aku jamin, terdiri dari golongan yang datang stadium bila dan masuk "quarter" atau "semi" atau pun hanya setahun sekali menjengah ke stadium. Tak salah, aku tak cakap tindakan korang tu salah cuma aku kurang setuju jek, sebab aku memandang masa hadapan apa akan berlaku terhadap bolasepak Malaysia nanti, mungkin anda yang beli tiket tu tak pandang, tak kisah atau terlepas pandang.
  10. Kenapa aku cakap yang beli tiket itu majoritinya terdiri dari golongan yang datang stadium bila dan masuk "quarter" atau "semi" atau pun hanya setahun sekali menjengah ke stadium?? Sebab secara logiknya kalau mereka kata mereka sanggup berhabis duit untuk bersama pasukan kesayangan mereka, memberi sokongan dan semangat kepada para pemain, kenapa aku tengok SSINS Kuala Terengganu dan STAR Paroi tak penuh pun setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Penyu dan Rusa, kata setia memberi sokongan dan semangat tapi hanya penuh bila dah quarter dan semi dan mungkin untuk perlawanan tertentu sahaja. Setia ke dek non oii?
  11. FAM pandai menggunakan perkataan "kesetiaan" untuk merompak anda dan persatuan negeri anda semua. Kalau FAM kata hasil penjualan tiket dibahagi 50-50, memang betul, diaorang tak tipu, tapi yang bahagi 50-50 tu adalah untung hasil penjualan tiket, selepas ditolak sewa stadium, kos penyelegaraan perlawanan akhir(bayar RELA, Polis, pegawai tu, pgawai nih) barulah ianya dibahagi sama rata antara PBNS & PBSNT.
  12. Kenapa aku kata begitu?? Sebab, fikir secara logik, siapa nak tanggung kos-kos penganjuran perlawanan akhir tu?? FAM nak tolong bayar?? huh!! Jadi dengan anda membeli tiket-tiket subsidi itu bermakna anda telah mengurangkan kantung pasukan kesayangan anda sendiri tetapi telah memenuhkan sedikit kantung FAM.
  13. Kenapa aku cakap macam tu?? Jom kita buat kira-kira sedikit secara kasar;
    Jika kita boikot & paksa FAM turunkan harga tiket mengikut 2010
    
    Kita ambil harga tiket sebagai RM30(ikut harga 2010)
    60,000 tiket(30k T'ganu & 30k N.Sembilan)
    60,000 x RM30 = RM1.8j
    (+)5,000 tiket dijual hari Sabtu
    5,000 x RM30 = RM150k
    Jumlah penjualan tiket = RM1.95j

    Andaikan pembahagian dibuat begini;
    Stadium = 10% x RM1.95j = RM195k
    Kos penganjuran = 10% x RM1.95j = RM195k
    FAM = 30% x RM1.95j = RM585k 
   (mustahil FAM tak amik "percent" kunun tak amik katanya)

Jadi baki yang tinggal untuk dibahagi kepada PBNS & PBSNT ialah sebanyak RM975k;
PBNS = RM487,500
PBSNT = RM487,500

Untuk pengetahuan itu PENDAPATAN BERSIH pasukan kesayangan anda jika kita semua berjaya mendesak FAM menurunkan harga tiket ke RM30. 

Kini kita lihat pula pendapatan pasukan kesayangan anda selepas anda semua membeli tiket subsidi;

    Tiket Besubsidi
    
    Kita ambil harga tiket sebagai RM50(ikut harga FAM)
    60,000 tiket(30k T'ganu & 30k N.Sembilan)
    60,000 x RM50 = RM3j
    (+)5,000 tiket dijual hari Sabtu
    5,000 x RM50 = RM250k
    Jumlah penjualan tiket = RM3.25j

    Andaikan pembahagian dibuat begini;
    Stadium = 10% x RM3.25j = RM325k
    Kos penganjuran = 10% x RM3.25j = RM325k
    FAM = 30% x RM1.95j = RM975k 
   (mustahil FAM tak amik "percent" kunun tak amik katanya)

Jadi baki yang tinggal untuk dibahagi kepada PBNS & PBSNT ialah sebanyak RM1.625j;
PBNS = RM812,500
PBSNT = RM812,500

Untuk pengetahuan itu BUKAN PENDAPATAN BERSIH pasukan kesayangan anda kerana perlu ditolak subsidi yang dikeluarkan oleh PBNS & PBSNT sebanyak RM600k & RM750k, makanya...

Pendapatan Bersih;

PBNS
PBSNT
Pendapatan RM812,500
(-)Subsidi RM600,000
BERSIH     RM212,500

Pendapatan RM812,500
(-)Subsidi RM750,000
BERSIH     RM 62,500


Nah..renung-renungkan lah :-) 

Dalam hal ini tidak dinafikan FAM adalah golongan yang paling bijak mungkin kerana mereka banyak pengalaman dalam kegiatan rompakan secara besar-besaran begini dari pengalaman untuk memajukan sukan bolasepak itu sendiri..hehe.

Golongan yang yang kena tindas dan ditipu oleh kata-kata manis FAM ialah penyokong dan persatuan negeri masing-masing.

Dalam hal ini aku bukan nak sibuk-sibuk hal negeri korang, aku hanya nak kongsi dengan anda semua pandangan dan pendapat aku tentang isu ini sebab pada aku ini membabitkan dan berkait dengan hal bolasepak Malaysia juga. Namun akhirnya terpulang kepada penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu dalam membuat pilihan. Yang mana dah buat pilihan untuk membeli tiket demi kesetiaan anda untuk bersama-sama pasukan kesayangan anda, aku tak boleh nak kata apa, itu pilihan anda, aku cuma boleh kata "Good Luck" dan harapkan selepas ini anda fikir secara menyeluruh dan lihat perkara-perkara tersirat dalam bolasepak ini. Kepada yang masih berdegil tidak mahu membeli tiket kerana sayangkan dan tidak mahu pasukan anda serta bolasepak Malaysia digadai maruahnya sebab wang ringgit, maka aku tabik kepada anda kerana aku bersama kalian semua.

Apa-apa pun aku nak ucapkan semoga berjaya kepada pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan. Kepada penyokong kedua-dua pasukan, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Tahniah kepada anda kerana pasukan anda berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Kepada yang memboikot, dengar cerita esok ramai-ramai akan berada di luar stadium?? hurmm..macam menarik...boleh ke kalau yang sokong boikot nih dari negeri lain semua turun turut serta?? Apa kata mereka yang tak setuju dengan tindakan FAM nih?? nak join orang Negeri Sembilan dan Terengganu yang tidak membeli tiket di luar Stadium Shah Alam pada 29hb Oktober 2011?? Jommm lahh kumpul di tempat letak kereta Go-Kart Stadium Shah Alam sebelum jam 6:00pm..supaya bolasepak Malaysia tidak terus dihenyak dan dipijak FAM serta semoga mentaliti penyokong di Malaysia ini berubah dan maju seperti negara yang bolasepaknya maju. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat. 

Tuesday, October 25, 2011

Ringgit Malaysia Lima Puluh

Assalamu'alaikum,

Tahniah Terengganu & Tahniah Negeri Sembilan.
Kecoh satu Malaysia, itu tiket harga sudah FAM kasi letak RM50 untuk tengok Akhir Perlawanan Malaysia Piala 2011.

Tiada kaitan dengan aku, sebab aku pasukan punya sudah kena terajang keluar oleh Terengganu.

Macam ni lah senang, daripada kecoh dekat Facebook, Twitter, buat poster tu, design poster nih, sign petition sana, sign petition sini, hari ni dah Selasa, bila lagi nak hantar petition, pagi nanti kaunter tiket dah dibuka, tiket dah dijual dengan harga RM50, lambat.

Menyenangkan kerja, kita guna kuasa penyokong, korang semua tau tak yang kita nih ada kuasa??? tak tau kan?? haaa...aku nak kasi tau kat korang yang kita rakyat bolasepak nih semua ada kuasa dan kalau kita semua bergabung dan satukan kuasa kita semua, insyaALLAH akan tewas kuasa wang ringgit itu.

Macam ni;

  1. Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong Negeri Sembilan & Terengganu jangan beli tiket.
  2. Jangan beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium.
  3. Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini. 
  4. Tunjukkan sokongan anda dan rasa cinta anda kepada pasukan bahawa anda sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.
  5. Tunjukkan yang penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan tidak sanggup dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu.
  6. Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM.
Sanggup??????? Boleh buat???? Memekak, pung-pang kat alam maya nih, korang ingat FAM ambil peduli, takde punya, jangan harap lah.
Kacau kantung wang mereka, baru mereka kelam kabut. Kalau sampai Khamis jualan tiket tidak berganjak walau satu keping, cuba korang fikir, tak ke menggelupur diaorang kat Kelana Jaya tuh...cuba fikir... :-)

Diaorang kacau kita, kita kacau balik!! Apa susah..gunakan kuasa kita. Sokong tetap sokong tapi jangan sampai kesetiaan dan kecintaan menggila kita terhadap sukan ini dan pasukan kita disalahgunakan oleh orang lain untuk keuntungan mereka.  Tak logik dan tak masuk akal, kenapa kos baik pulih stadium harus dipikul tanggungjawab oleh penyokong???? mana sekolah, mana universiti diaorang belajar?? SMKFAM ke? atau UFAM??

Tapi benda nih nak berlaku perlukan semua penyokong dari kedua-dua negeri bersatu dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Tapi susah kat Malaysia nih, pasal nanti nak kena jaga hati si polan nih, si polan nih, maklumlah ada orang-orang politik dalam persatuan kan. Yang sakitnya orang-orang biasa yang menggelupur saban minggu cari duit nak beli tiket pegi stadium. Aku cuma risau puak-puak yang dapat tiket subsidi dan tajaan nih nanti, sanggupkah mereka bersama-sama dengan yang lain di luar stadium nanti????

Setidak-tidaknya rakyat bolasepak marhaen silalah bersatu untuk kepentingan kita sendiri rakyat bolasepak. Biarlah golongan bangsawan yang dapat tiket percuma tu mengipas dan terus mengipas. Sekali nih kalau kita biar mereka memijak, maka mereka akan terus memijak. Sokong bukan dengan semangat dan kesetiaan jek, tapi kadangkala perlu disertakan dengan otak dan fikiran juga.

Renung-renungkan lah..Selamat Beramal.

Sekadar tulisan dan pendapat.

Wednesday, October 19, 2011

MISI 33 - Bahagian 8-

Assalamu'alaikum,

Wow!!! Hebat, taktikal, disiplin pemain, "pressing" yang baik setiap kali lawan memegang bola, "counter attack" yang laju, itulah yang menyebabkan Selangor tewas 0-2 di Stadium Shah Alam semalam pada separuh akhir 1 Piala Malaysia 2011. 

Gol awal Manaf Mamat juga memberi kejutan dan tekanan kepada pemain Selangor serta moral pemain juga menurun setelah Manaf menyumbat gol peliknya itu.

Namun pemain Selangor terus berusaha mencari gol tetapi tiada penyudah apabila berada di hadapan pintu gawang Terengganu. Pemain Selangor bagaikan hilang arah dan tertekan dengan gol Manaf tadi, kemudian ditekan sekali lagi dengan gol kedua oleh Manaf menerjah masuk gawang Selangor. 

Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenai perlawanan semalam, ternyata Terengganu hebat merencanakan permainan dan pasukan Selangor seolah-olah tidak mempunyai hala tuju di dalam padang. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi...sokong tetap sokong.. :-)

Mungkin pemain Selangor terkejut semalam kerana stadium agak penuh, kerana kebiasaannya bermain hanya dihadapan sekitar 500 orang penyokong sahaja, jadi bila tiba-tiba ramai pulak, terus "panjat boboi"..langsung huru-hara jadinya mungkin "nervous" barangkali tengok penyokong penuh kan..hehe.

Lepas tu ada pulak yang "boo" Amirulhadi, langsung tekanan mamat tu nak main. Sudah lah datang stadium 2-3 kali setahun, datang pulak pegi boo pemain...ntahlah..masing-masing punya perangai, apa boleh buat dan pe'el nya begitu. Tapi seharusnya P.Maniam sudah mengeluarkan Amirul kerana begitu pasti dia berada di bawah par dalam perlawanan semalam, tapi mungkin tindakan Maniam untuk tidak mengeluarkan Amirul adalah supaya moral pemain itu tidak jatuh terduduk. Mau tak nya..dah la kena "boo" dekat "home" sendiri oleh orang sendiri, kena keluar pulak nanti, langsung koyak mamat tu nanti. 

Cuba anda bayangkan jika yang dalam padang tu anak anda atau saudara-mara anda, apa perasaan bila mereka di "boo" oleh penyokong sendiri, kalau penyokong lawan tu faham jugak lah. Contohnya, jika anak kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara, tak kan kita nak "boo" dia tak?? Rileks la...Torres pun tak score gol walaupun dibeli dengan harga 50 juta pound sterling tapi tak pernah pulak dengar penyokong Chelsea "boo" pemain itu setiap kali dia memegang bola. Ini baru datang bayar RM15 (itu pun kalau bukan tiket free) dah pandai-pandai nak boo pemain, kalau ye pun pemain tu "off form" tak payah lah "boo" pasalnya nanti lagi koyak lah pemain tuh. Kalau marah sangat dan benci sangat, balik jek..tinggalkan stadium kalau dah tak suka dan tak tahan tengok Selangor main cam gitu. Sikap tu..sikap tu...datang stadium bawak otak, jangan tinggal otak dalam kereta atau ikat kat motor macam helmet.

Apa-apa pun, atas kertas sememangnya kita boleh kata yang Terengganu sudah boleh siap-siap untuk ke perlawanan akhir, tapi seperti biasa ayat stereotaip, bola itu bulat, macam-macam boleh jadi. Bagi aku, jika Terengganu bermain seperti semalam, peluang Gergasi Merahku tipis. Tetapi jika Selangor mengubah permainan dan sedikit taktikal serta bermain dengan 200%, insyaALLAH boleh mara.

Bukan tak nak percaya atau menidakkan peluang Selangor, tapi secara logiknya, peluang Selangor sangat tipis sebesar lubang jarum yang paling kecil sekali. Namun sebagai penyokong, aku masih menaruh harapan, ye lah, siapa tak nak pasukan kesayangan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia kan.

Tak boleh cakap apa-apa..tak tau nak cakap apa..tunggu je lah..

InsyaALLAH aku akan bersama-sama anda pemain-pemain semua di Kuala Terengganu nanti, kalah menang tetap bersama!!

Sekadar tulisan dan pendapat.
 

Sunday, October 16, 2011

MISI 33 - Bahagian 7-

Assalamu'alaikum,

Kenangan yang indah dan membuatkan aku rasa teruja di Ipoh, ketika Rudie Ramli menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin bagi menenggelamkan suara "The Yobs" dan teriakan Sang Gergasi Merah memonopoli ruang udara Stadium Perak di Kampung Simee, Ipoh. 

Namun kami terpaksa meraikan gol itu dengan hadiah-hadiah yang terdiri dari pelbagai perisa air dari penyokong Seladang yang berada di tingkat 2. Itu perkara biasa, kemudian tercetus sedikit pergaduhan kecil antara Sang Gergasi dan Seladang, biasalah yang ini provokasi, yang itu tak tahan, lumrah dalam bolasepak.

Tapi yang buat aku tak puas hati ialah kawalan keselamatan yang diberikan oleh RELA, FRU dan Polis. Cukup aku tak faham. Pada awalnya nampak dah teratur dan tersusun cara mereka memisahkan penyokong Perak dan Selangor. Mereka membahagikan dengan meletakkan anggota RELA yang pada aku cukup untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku diantara kedua-dua penyokong. Tetapi apabila lebih kurang jam 8:30pm, aku lihat mereka membenarkan penyokong Perak duduk di tempat yang mereka telah sediakan untuk penyokong Selangor. Seterusnya aku kurang faham, ke mana hilangnya anggota RELA yang ramai-ramai tadi, bila perlawanan bermula. Kemudian bahagian hujung tingkat 2 juga sepatutnya kosong, telah dipenuhi oleh penyokong Perak.  

Dalam hal ni aku tak salahkan penyokong Perak atau penyokong Selangor kerana sudah jadi lumrah dan kemestian dalam sesuatu perlawanan tambahan pula perlawanan besar seperti ini ada provokasi-provokasi dari penyokong kedua-dua pasukan. Tapi yang penting ialah bagaimana caranya untuk mengurangkan dan mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku. Bila dah bertumbuk, baru FRU sibuk-sibuk nak datang, dah lah baru nak datang berkawad pulak tuh, adoiiiyaaii..!! kenapa tak diletakkan dari awal FRU di kawasan sempadan antara kedua penyokong. Bila dah tak terkawal barulah sekumpulan polis berbaju biasa datang untuk membantu, itupun terlupa bawak bip Polis, kena patah balik pulak nak ambil bip..adoiiiii nya pun..!! Kenapalah perkara ini boleh berlaku, bukan pertama kali jaga perlawanan besar dan panas macam ni..ntah lah..hanya mereka yang tahu.

Bila tiba waktu keluar pula, sudah dicadangkan supaya penyokong Selangor semua keluar ikut pintu utama supaya tidak bertembung dengan penyokong Perak yang keluar dari pintu biasa, tetapi oleh kerana kebijaksanaan pasukan keselamatan malam itu yang terdiri dari FRU, PDRM dan RELA mereka "escort" penyokong Selangor semua keluar ikut pintu yang sama dengan penyokong Perak. Nah seperti yang telah kami jangkakan, pertempuran berlaku, seorang penyokong Selangor cedera akibat terkena lemparan batu. Kemudian semua diarah berpatah balik dan akhirnya semua diarahkan keluar ikut pintu utama seperti yang telah dicadangkan tadi. Adoiii nya pun lah...terlalu bijak PDRM, FRU dan RELA pada malam itu. Bila kita cakap, mereka marah pada kita balik, dah lah salah..tak nak mengaku pulak tu..bikin panassss jekk!!

Apa-apa pun tahniah kepada penyokong Perak yang hadir memenuhi stadium bagi memberikan sokongan dan kepada penyokong Selangor yang hadir juga sebesar tahniah untuk diri kita semua!!!

Satu banner telah menarik perhatian aku;


"33 Tahyul" kata mengkome...hehe


Satu soalan balik kepada yob-yob sekalian, "Tahyul ke??" hehe...aku takde jawapan untuk soalan itu setakat ini, kena tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku minggu depan dan seterusnya. Nak cakap pun segan, jadi tunggu dan lihat je jawapannya sama-sama. Teman bedebor nih Yob!!! 

Sekadar tulisan dan pendapat


(Foto oleh: Shahfreshtilldeath Photography)

Friday, October 14, 2011

Malaysia U-23 lwn Nepal

Assalamu'alaikum,

RM20?????? Aku dengar-dengar harga tiket bagi perlawanan pemanas badan untuk pasukan Bwh-23 Malaysia. Apa tujuan FAM mengenakan bayaran sebegitu di mana ia setanding dengan harga tiket bagi sesuatu perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA kelas A?? Apa motif mereka?? 

Mentang-mentang 2 perlawanan pemanas badan sebelum ini yang melibatkan pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sambutan luar biasa dari penyokong Malaysia, di mana perlawanan menentang Arbil di Padang FAM dan menentang Oman Bwh-23 di Stadium UiTM dipenuhi penyokong maka mereka cuba mengait keuntungan atas angin dari kesetiaan penyokong-penyokong ini semua.

Bukan nak kata yang kita nak berkira dalam memberikan sokongan tapi "kemon la", RM20 untuk perlawanan yang tak kan memberikan kebaikkan dari segi ranking FIFA kepada negara?? Apakah tujuan sebenarnya?? 

Jadi aku sarankan kepada sesiapa yang mempunyai hajat untuk ke Stadium MBPJ esok bagi menyaksikan perlawanan, aku harap anda semua fikir dan renung-renungkan lah kembali. Kadang-kadang kita perlu tunjukkan kuasa kita sebagai penyokong kepada FAM nih, jangan diaorang boleh buat sesuka hati diaorang jek. Ingat, bukan kita tak nak sokong, tapi kesetiaan kita kepada bolasepak Malaysia cuba disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka.

Kalau alasan nak bayar sewa stadium sekalipun, berapa puluh ribu pulak MBPJ letak sewa sampai kena letak harga tiket RM20. Tak kan FAM dah sengkek sampai RM5k-7k pun takde, katalah stadium tu disewa dengan harga tu. Hurm...

Pada aku tak patut harga tiket RM20 kalau betul lah esok dia kenakan harga sebanyak tu. Kalau ye pun nak kenakan bayaran, letak lah seminimum boleh RM5 atau RM8 ke, ini RM20 dah setaraf harga tiket perlawanan kelas A...apa cer?? tak ke majal si FAM nih...selalu bikin orang panassss jek. haishh!! 

Sebab tu lah stadium kita kosong, sebab ada bebal-bebal yang macam nih..

Sekadar tulisan dan pendapat.

Tuesday, October 11, 2011

MISI 33 - Bahagian 6-

Assalamu'alaikum,

Fuh!! 3 gol + 1 kad merah...fuh!! Apa-apa pun ada 90 minit di Ipoh, dan belum boleh gelak besar lagi, cuma tadi pergi stadium lain sikit, pasal rasa panas, selalu berangin je rasa..hehe..mungkin sebab ramai kot..maklum lah dah tak biasa tengok bola dengan penonton lebih 10 ribu orang..hehe..selalu ratus-ratus jek..hihihi..

Apa pun tahniah lah yang hadir, mungkin dapat berpeluh selalu lah bila ke Stadium Shah Alam ye dak..hehe..

Jumpa di Ipoh..insyaALLAH..

nasi ganja sattuuu!! ayam mau thigh, telur masin, sambal kelapa tak mau, minum kasi sirap pandan satu, kopi putih ais kasi bungkus satu..perghh!! :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

Saturday, October 08, 2011

Kangaroo baham Harimau???


Assalamu'alaikum,

Pelik bukan, bila menerima berita seekor haiwan herbivor telah membaham seekor haiwan karnivor. Apa ke jadahnya!! 

Lalu kedengaranlah pelbagai suara-suara, teriakan-teriakan, idea-idea bernas, cemuhan-cemuhan, caci-maki, pendapat-pendapat dari segenap lapisan masyarakat bolasepak di Malaysia mahupun yang berada di luar Malaysia apabila pasukan Malaysia tewas 0-5 kepada Australia dalam perlawanan persahabatan di Canberra pada 9 Zulkaedah 1432 bersamaan 7hb Oktober 2011.


Apa yang dikatakan oleh semua masyarakat bolasepak di Facebook, Twitter, forum-forum, kedai kopi, pejabat, Pavillion, Sunway Pyramid, suratkhabar, blog-blog dan di mana-mana sekalipun mengenai mutu bolasepak kita adalah benar belaka. Tetapi apa yang aku kasihankan di sini ialah jurulatih dan para pemain, mereka selalu menerima kritikan dan kutukan dari masyarakat bolasepak Malaysia setiap kali tewas dalam perlawanan baik persahabatan mahupun kejohanan.

Mari kita berfikir sejenak;

Australia berada pada tangga ke-19 dunia dan Malaysia di tangga ke-146 dunia, bila mereka bertemu apakah yang diharapkan sebenarnya oleh masyarakat bolasepak Malaysia? Supaya peristiwa 20 tahun lalu di Jakarta berulang kembali? 20 tahun dulu kita menewaskan Australia 0-1 dan sejak itu Australia tidak memandang ke belakang lagi, FFA(Football Federation Australia) terus memajukan dan menaikkan taraf bolasepak mereka dalam kancah bolasepak dunia. Begitu juga sering kedengaran masyarakat bolasepak kita bercakap mengenai dulu Malaysia menewaskan Jepun dan Korea Selatan, tapi sejak dari dulu JFA(Japan Football Association) dan KFA(Korea Football Association) tidak menoleh ke belakang lagi dan terus memajukan dan menaikkan taraf bolasepak mereka dalam kancah bolasepak dunia. Tapi cuba renungkan bolasepak kita? Di mana kita berada? Jadi persoalan di sini apa yang FAM(Football Association of Malaysia) buat dalam menaikkan dan memajukan bolasepak Malaysia? Mengapa 3 pasukan yang kita tewaskan dulu dan dahulunya berada setaraf dengan kita telah memecut laju meninggalkan kita dalam dunia bolasepak? Prestasi dan kemajuan bolasepak sesebuah negara amat memberi kesan kepada prestasi pasukan bolasepak negara tersebut. Liga tempatan amat penting dalam pembangunan bolasepak sesebuah negara dan amat membantu dalam menaikkan prestasi pasukan bolasepak sesebuah negara.

Mengapa pemain kita tidak boleh bersaing dengan pemain dari pasukan seperti Jepun, Australia adalah kerana pemain-pemain mereka sudah berada pada tahap “game pace” yang berlainan dengan kita. Pemain-pemain mereka didedahkan dengan begitu banyak perlawanan berprofil tinggi di peringkat kelab apabila pemain-pemain ini bersaing dalam kejohanan Asian Champions League dan AFC Cup dan ada juga antara pemain-pemain mereka bermain di Eropah dimana “game pace” di sana lebih tinggi dari kita di Asia apatah lagi di ASEAN, jadi apabila bermain untuk negara mereka tidak kekok untuk menghadapi perlawanan yang dikategorikan sebagai “high intensity” kerana pemain telah bersedia dan biasa dengan keadaan begitu. Berbeza dengan pemain kita, hanya didedahkan dengan persaingan peringkat tempatan sahaja, tidak pernah bermain di peringkat Asia, sedangkan besaing dengan kelab-kelab ASEAN pun tidak pernah. Jadi apabila sesekali bertemu pasukan seperti Jepun dan Australia, mereka gugup kerana tidak biasa.

Bagaimana hendak mengatasi masalah di atas? Prestasi liga kita tidak melayakkan pasukan dari Liga-M bertanding di ACL dan kita hanya layak bertanding untuk kejohanan AFC Cup sahaja itu pun pasukan negeri akan tarik diri atas sebab-sebab tertentu. Jadi bagaimana pemain hendak maju jika pengurusan sendiri tidak mempunyai visi dan misi untuk memajukan pasukan itu sendiri. Balik-balik “target” Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA, bila nak main ACL? Bila nak jadi juara AFC Cup? BILA NAK MAJUUUU DEYYHH!! Untuk pengetahuan anda semua pretasi sesebuah liga dinilai oleh AFC Pro-League Committee dari aspek “football competitiveness”, “professionalism”,”marketability” dan “financial status of the league and clubs”. Jadi anda semua fikir adakah liga kita melepasi kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas?? Gaji pemain tak bayar, penonton tiada, padang teruk, pengurusan kucar-kacir, permainan tidak kompetitif, jadi haruskah K.Rajagobal dan pemain-pemain disalahkan?? TIDAKKKK…ini semua kerja FAM dan FA Negeri. Pengurusan macam #%^@!!! Sebab tu lah bolasepak kita masih di tahap ini sejak dari dulu walaupun pesaing-pesaing kita telah maju ke hadapan seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia yang mana kita kata “dulu kita penah kalahkan diaorang nih” itu semua duluuuuuuuuuuu…!!!

Ramai juga yang bersuara supaya tukar jurulatih, tukar pemain, ambil pemain itu, buang pemain ini. Aku nak anda semua fikir sejak tahun 1984 hingga tahun 2011 selama 27 tahun jurulatih telah bertukar ganti, pemain datang dan pergi, perabot di Wisma FAM telah berapa kali tukar aku tak pasti, padang di FAM telah diganti dan dinaik taraf, lampu di Wisma FAM sudah berkali-kali diganti, kerani juga mungkin sudah bertukar, Setiausaha, Naib Presiden, AJK semuanya sudah bertukar, bas FAM juga berganti, jersi pasukan Malaysia juga berganti, stadium bertukar dari Stadium Merdeka ke Stadium Nasional, tapi bolasepak kita masih lagi tidak maju dan tidak membangun. Jadi apa masalahnya?? Cuba kita teliti apa yang sudah diganti namun masih ada satu perkara lagi yang belum ditukar dan masih berada disitu sejak 27 tahun yang lalu dan tidak membawa apa-apa kebaikkan langsung kepada bolasepak Malaysia.

Jadi dari pemerhatian dan pembacaan aku tentang komen-komen dan idea-idea bagaimana nak memajukan bolasepak Malaysia, begitu ramai yang memberikan idea dan komen yang bernas dan boleh berhasil jika betul caranya, dalam rancangan bual bicara sukan di televisyen ramai panel-panel yang hebat dan berkaliber dan bekas-bekas pemain dipanggil untuk memberikan pendapat bagaimana untuk memajukan bolasepak Malaysia, semua memberikan idea dan komen yang bernas dan mereka semua termasuk semua masyarakat bolasepak di Malaysia memang inginkan bolasepak kita maju dalam kancah bolasepak dunia dan ramai yang ternyata hampa dan kecewa dengan kemunduran bolasepak Malaysia dan selalunya hanya jurulatih dan pemain menjadi sasaran kritikan dan dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan bolasepak kita.

Jadi pada padangan aku, bolasepak kita merosot adalah disebabkan oleh pihak pengurusan yang menguruskan bolasepak Malaysia ini begitu “bijak” dalam menjalankan pentadbiran dan memajukan bolasepak Malaysia. Pendapat aku, segala idea-idea bernas, teriakan, komen-komen bernas, suara-suara yang mahukan bolasepak Malaysia maju tidak akan tercapai selagi pucuk pimpinannya tidak ditukar. Jadi perkara pertama yang perlu dilakukan demi kemajuan bolasepak Malaysia dan sukan yang paling aku cintai ini ialah;


Ini adalah satu-satunya idea yang aku tak pernah dengar keluar dari mulut panel-panel yang hebat dan bekas-bekas pemain serta kolum-kolum disuratkhabar apabila diajukan soalan "Bagaimana hendak memajukan bolasepak Malaysia" ataupun bercerita mengenainya walaupun pada hakikatnya dalam hati mereka, mereka berkata perkara ini amat perlu.

Kita sebenarnya memerlukan pengurusan yang baru dengan visi dan misi yang baru, FAM harus dirombak semula dari jawatan pengawal keselamatan sehinggalah ke jawatan presiden. Setiap orang harus bertanggungjawab atas kemerosotan bolasepak Malaysia dan jangan hanya menyalahkan jurulatih dan para pemain. Kalau disenaraikan tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk memajukan bolasepak Malaysia, aku rasa semua langkah dah buat, ambil jurulatih asing, hantar jurulatih kursus sana-sini, hantar pemain ke Eropah untuk  latihan pendek, infrastruktur telah dinaik taraf, dan bermacam-macam lagi telah dilakukan namun semuanya tidak berhasil dan sebenarnya hanya satu perkara ini sahaja lah yang kita belum cuba lagi.

Berapa lama lagi kita harus tunggu??? Pengurusan tetap begitu, bolasepak tidak maju-maju. Jadi aku rasa tindakan ini perlu, kerana aku yakin selagi kepimpinan FAM tidak berubah selagi itu lah bolasepak kita akan berada pada tahap yang begini. 

Sekadar tulisan dan pendapat.

Monday, October 03, 2011

Jenaka

Assalamu'alaikum,

Aku nak kongsi satu jenaka yang buat aku ketawa pagi tadi..kahkahkah..



alamakkkk eiiiiiii...maluuuunyeeee akuuuuuu....kihkihkihkih

kahkahkahkahkahkah...tapi jenaka nih memang telah menghiburkan aku hari ini...kahkahkahkahkahkah...

Sekadar tulisan dan pendapat.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...