Monday, June 11, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 9-

Assalamu'alaikum,

Agak lama dah tak menaip, agak sibuk dan malas nak menaip walaupun dalam kepala nih banyak perkara yang ingin dikongsi. Kali ini bukan nak cerita pasal Presiden FAM, sebab dah tak tahu nak cerita apa pasal presiden walaupun banyak cerita sebenarnya, nanti-nantilah aku cerita pasal presiden.

Semua orang tahu selepas menang 6-0 dengan Sri Lanka, skuad Harimau Malaya hanya mampu seri dengan Filipina 0-0 dan Singapura 2-2 walaupun sudah mendahului 1 gol. Seperti biasa, kedengaran cakap-cakap komen-komen dari pakar-pakar bolasepak mengenai taktikal dan mempersoalkan tindakan jurulatih dan sebagainya. Tapi tidak mengapalah, memang sudah itu tugas mereka, biarlah mereka "mengomel" ;-) 

Apa yang aku nak kongsi di sini ialah mengenai "Boikot Perlawanan Yang Melibatkan Malaysia" kerana FAM itu bodoh atau bangsat kata mereka. Kata mereka lagi, disebabkan kebodohan FAM itu mereka akan boikot semua perlawanan yang melibatkan pasukan negara sehingga FAM dirombak atau dengan kata lain FAM jadi cerdik.

Aku nak tanya pada mereka ini. Adakah mereka baru sedar yang FAM itu bodoh dan bangsat?? Sebabnya sejak 28 tahun yang lepas memang itu lah pengurusan FAM, tidak pernah cerdik dan bijak. Satu lagi soalan, adakah waktu Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2 tahun lalu dan mereka-mereka yang nak boikot nih pergi ke stadium dan bersorak untuk Malaysia, adakah waktu itu FAM bijak dan cerdik?? sebab pada waktu itu mereka tidak boikot adakah bermakna FAM tidak bodoh pada waktu itu??

Atau sebenarnya boikot ini bukanlah kerana FAM itu bodoh tetapi demi kepentingan individu-individu yang mahu mempertahankan kepentingan individu-individu itu dalam sukan bolasepak tanahair.

Aku ini bukan lah peminat setia FAM, memang aku palang habis pengurusan FAM terutama sekali Presiden FAM, tapi tidak pula aku membenci bolasepak Malaysia secara keseluruhannya hanya kerana disebabkan oleh kebodohan FAM.

Kalau betul nak berjuang untuk bolasepak negara maka jangan berjuang untuk kepentingan sendiri. Sokong bolasepak Malaysia bukan kerana ada si polan nih sebagai pemimpin atau si polan tu jadi pemain kebangsaan atau si polan ni jadi jurulatih atau si polan nih dapat kesebelasan utama atau si polan nih dapat jadi kapten.

Aku memang nak bolasepak negara kita maju, dari pasukan kebangsaan hinggalah ke liga tempatan. Aku tidak sokong pasukan Malaysia sebab ada pemain kesukaan aku dalam pasukan, aku tidak pergi ke stadium kerana pakcik aku atau pemimpin kesukaan aku jadi presiden persatuan, aku tidak cakap yang FAM itu bodoh dan Presiden FAM sila letak jawatan hanya kerana mereka tidak berkepentingan untuk aku dan aku tidak pula memuji dan menyokong mereka bila ada kepentingan aku dengan mereka.

Tapi ini hanya pendapat aku sahaja, yang aku nak kongsi. Masing-masing punya pendapat dan pilihan sendiri jadi terpulanglah. Kalau anda rasa nak sokong sesuatu sebab ada individu tertentu yang ada suka terpulang, sebab aku sokong bolasepak Malaysia bukan kerana ada pemain kesukaan aku, bukan sebab ada orang yang aku suka jadi pemimpin persatuan dsbnya. Aku sokong sebab aku sokong bolasepak Malaysia walaupun satu hari nanti dalam padang jurulatih akan membariskan 11 ekor lembu sebagai pemain tetapi kalau lembu-lembu itu yang boleh memberikan kejayaan kepada bolasepak Malaysia maka aku akan sokong juga lembu itu, sebab objektif aku ialah nak lihat bolasepak Malaysia berjaya bukan nak lihat pemain tu dalam kesebelasan utama atau pemain nih jadi kapten atau orang tu jadi presiden atau orang nih jadi jurulatih.

Kalau bodoh kita sama-sama bangkang dan ajar, kalau bijak kita sama-sama sokong. Sebab yang bijak sekarang tak semestinya tak boleh jadi bodoh nanti dan yang bodoh sekarang tak semestinya tak boleh jadi bijak nanti. 

Kesimpulannya terus tekan FAM dan desak Presiden FAM supaya letak jawatan. Kalau rasa nak desak dan tekan dengan cara boikot, silakan, kalau rasa nak tekan dengan cara lepas geram di stadium silakan, yang penting objektif kita semua sama, tak perlu gaduh-gaduh sesama penyokong, tak perlu cakap yang ini begini yang itu begini hanya kerana berlainan cara. Yang penting FAM itu memang BANGANG dan Presiden FAM memang perlu letak jawatan dengan kadar segera.

Sekadar tulisan dan pendapat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...