Thursday, September 29, 2011

MISI 33 - Bahagian 5-

Assalamu'alaikum,

Aku rasa kebanyakkan peminat bolasepak tempatan dah tahu Piala Malaysia dah sampai ke peringkat suku akhir dan pasukan yang terlibat adalah Perak, Sabah, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Felda United, T-Team & Selangor.

Pasukan yang bermisikan 33 akhirnya dapat meneruskan misi mereka walaupun hampir terkandas dek penangan pasukan Kuala Lumpur yang pada aku begitu hebat dan berbeza sekali permainan mereka berbanding musim lepas dan pada saingan Liga Super yang lalu dan juga masalah-masalah rumahtangga yang melanda.

Tapi apa yang aku nampak berbeza ialah moral pasukan Selangor, nampak berbeza dalam 2 perlawanan tanpa K.Devan. Aku tak tahu nak jelaskan macam mana perbezaan tu, tapi aku dapat rasakan perbezaan tu dari cara mereka bermain, sikap mereka di atas padang, cara mereka meraikan jaringan gol, cara interaksi antara pemain di atas padang, entahlah mungkin aku je yang rasa benda tu tetapi apa pun aku gembira atas perubahan itu, walaupun tak banyak dan keseluruhan, tapi ada perubahan.

Mengenai peluang Selangor, aku tak nak cakap atau ramal apa-apa, buat masa ni aku nak cakap pasal Selangor ni "game by game". Maksud aku di sini, kita selesaikan satu persatu, tak perlulah aku nak cakap Selangor akan juara ke, akan kalahkan pasukan ni ke, pasukan tu ke, Selangor hebat ke, Selangor itu lah, Selangor ini lah. Tak perlu semua itu, tapi biarlah perlawanan selesai satu persatu barulah kita bercakap mengenainya. Bukannya apa, aku sebenarnya berdebar dan tak boleh nak cakap pasal peluang Selangor musim ini.

Kalau dilihat dari perlawanan dengan Kuala Lumpur, kita hampir tumbang, tapi macam aku cakap, karakter pemain-pemain semua mengendali dan mengatasi tekanan membuatkan mereka boleh membuat "comeback" walaupun pasukan Kuala Lumpur bermain dengan cukup baik terutama mereka menguasai perlawanan pada separuh masa pertama. Jadi susah aku nak cakap mengenai peluang dan biarlah tunggu perlawanan dengan Perak di suku akhir nanti.

Apa-pun harapan mestilah tinggi ke atas pasukan kesayangan aku, siapa tak nak pasukan dia "champion" weyyy!! tapi takpe, kita selesai satu persatu, kemudian baru kita cerita.. :-)

Ingatkan MISI sudah habis bro!! sekali baru nak mula daa..hehe :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

Tuesday, September 27, 2011

MISI 33 - Bahagian 4-

Assalamu'alaikum,

Hari ini adalah hari penentuan adakah misi ini berhenti di sini dan disambung kembali musim hadapan atau akan berterusan. Apa pun yang terjadi Selangor mesti menang malam ini untuk layak. Bagi Kuala Lumpur, laluan mereka lebih mudah kerana mereka hanya perlu seri sahaja malam ini untuk melayakkan diri ke suku akhir, bermakna Kuala Lumpur hanya perlu memastikan gawang mereka tidak dibolosi sahaja. Mungkin Razip Ismail boleh menggunakan taktikal 8-1-1 yang diguna pakai oleh E.Elavarasan bagi pasukan Felda United ketika menewaskan Kelantan. Namun yang pasti Selangor perlu lebih berusaha kerana harus mempertahankan kubu sendiri serta membolosi kubu lawan, jadi ada dua tugasan penting buat Selangor malam ini berbanding Kuala Lumpur hanya satu iaitu menjaga agar kubu mereka tidak dibolosi. 

Pertemuan dengan PDRM Sabtu lalu menampakkan perubahan sedikit dalam permainan pasukan Selangor. Aku tak cakap Selangor main gempak gila..tak..tapi mengikut pemerhatian aku yang tak berapa nak pandai nih, ada perubahan dan kelainan dari segi permainan dan semangat pemain. Namun perlawanan dengan PDRM tidak boleh dijadikan ukuran, kita perlu lihat malam ini, bagaimana pemain Selangor bermain dalam keadaan tekanan yang tinggi dan bagaimana mereka hendak mengatasi Kuala Lumpur.

Apa pun tunggu malam ini..AYUH ORANG SELANGOR KE STADIUM SHAH ALAM 8:45pm malam ini.. perlawanan penentuan...pertembungan dua pasukan lembah kelang... :-)

Tak sabar nak tunggu malam.. :-) malam ni matlamat nak dapatkan bola Nike dari pemain..hahahaha...

Sekadar tulisan dan pendapat.

Wednesday, September 21, 2011

Jepun B-23 lwn Malaysia B-23

Assalamu'alaikum,

Perghhhh!!! Memang hebat pasukan Jepun dari segi teknikal pemain dan taktikal. Memang tak boleh nak sangkal apa dah, mereka memang hebat.
Kalau kita tengok tadi sebenarnya permainan kita jauh berbeza dengan mereka dari aspek teknikal terutamanya. Bukan pemain kita tidak bagus, tetapi hakikatnya pemain-pemain "Blue Samurai" lebih hebat.

Beza yang sangat ketara antara pemain Jepun dan pemain Malaysia sebentar tadi adalah;
  1. "Technique" (passing,long ball,shooting,heading)
  2. "Pace"
  3. "Quick Thinking" (pantas dalam membuat keputusan untuk merencanakan permainan)
  4. "Experience"
Teknik pemain-pemain Jepun dalam hantaran pendek dan jauh sangat tepat berbanding kita, dari segi kawalan bola juga begitu. Bukan teknik pemain Malaysia tidak hebat tetapi cuma Jepun lebih hebat.

Pemain Jepun juga lebih cekap dan cepat dalam membuat "passing" dan kerap bermain "short pass" dan bermain dalam kadar kelajuan yang tinggi, bukan pemain kita tidak laju, cuma mereka lebih laju dan pemain kita mungkin tidak biasa dengan "game pace" yang sebegitu rupa. 

Pemain Jepun lebih pantas dalam membuat keputusan di dalam permainan manakala pemain kita mengambil masa yang sedikit lama dari mereka, jadi setiap kali kita memegang bola, pemain Jepun dapat menutup ruang kerana "decision making" yang sedikit lambat tadi telah memberi peluang kepada mereka untuk membaca permainan Malaysia.

Pengalaman juga nampak memainkan peranan dalam perlawanan tadi, di mana pemain Malaysia seperti gugup atau mungkin "nervous" bukan mereka tak boleh main, mereka hebat cuma pemain Jepun lebih berpengalaman dan dapat mengawal permainan mengikut kehendak mereka.

Pasti ramai yang akan berkata, abis pegi training kat Slovakia tu buat apa?? Ingin dijelaskan di sini, kita pergi berlatih di negara yang "ranking" dunianya nombor 39 untuk persediaan menghadapi pasukan yang ranking dunianya nombor 15, apa ke halnya?? hehehe...Jepun pun lebih hebat dari Slovakia, kita pergi berguru dengan mereka, sudah pasti lah tak dapat menandingi kehebatan Jepun.

Asyik Jepun je hebat kan, peduli apa aku, pemain kita tadi telah menunjukkan permainan yang bersemangat dan telah bermain 100% kecuali Apek kerana dia telah bermain 200% cuma kita kena akur, tahap pemain-pemain kita hanya di tahap itu sahaja. Kita pun bolos 2 gol je, apa ada hal?? 

Kepada semua Harimau Muda,jangan kecewa..sikit punya hal saja adoinya pun!! jangan putus asa, jangan putus semangat, kita cuba buat lain tengok macam mana. Kami ekor-ekor kamu semua sentiasa akan berada dibelakang kamu...steady!!!

TAHNIAH HARIMAU MUDA!!! ;-)

MISI 33 - Bahagian 3-

Assalamu'alaikum,

Terbaca di akhbar The Malay Mail hari ini;

Teori Konspirasi katanya...
Sila klik Malay Mail Online untuk membaca. 

Apa yang konspirasinya En. Devan? Menurut beliau ada orang yang mengupah sekumpulan penyokong supaya datang ke stadium dengan kain rentang "K.Devan Sila Letak Jawatan", benarkah tuduhan beliau itu?

Tapi pada pendapat aku, sebenarnya musim anda sudah berakhir K.Devan, terimalah hakikat ini kerana di Malaysia satu-satu jurulatih tidak akan bertahan lama dalam sesebuah pasukan, paling lama sekadar 3-4 musim, itu pun sudah ada perselisihan dan macam-macam masalah.

Jasa anda pada Selangor tetap kami tak lupakan, anda bukan seorang jurulatih yang tidak hebat, tetapi hakikatnya musim anda sudah habis. 

Menurut beliau lagi, kehilangan Safee adalah antara punca mengapa prestasi Selangor merudum musim ini. Jadi soalan saya kepada beliau ialah;

  1. Mengapa tidak mencari pengganti yang berkaliber?
  2. Mengapa Fadzli Saari & Sritharan? Bukan bermaksud mereka tidak bagus, tetapi musim ini prestasi mereka tidak layak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Safee
Alasan kehilangan Safee tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan diri beliau dari bertanggungjawab terhadap prestasi muram Selangor musim ini. Beliau sebagai pengurus dan jurulatih harus bersedia sebelum musim bermula lagi dalam mencari pengganti Safee kerana beliau sudah semestinya antara orang terawal yang mendapat tahu mengenai hasrat Safee untuk berhijrah, jadi sepatutnya persediaan sudah boleh dibuat.

Sewaktu Piala Malaysia juga, aku tak nampak yang dia cuba untuk mencari pengganti Safee sebagai penggempur Selangor, sebaliknya hanya mendapatkan 2 pemain Harimau Muda yang tidak pasti apa fungsinya dan seorang penjaga gol, hanya ini yang kita dapat lihat fungsinya. Jadi kepada siapa lagi kita harus menunding kalau tidak pada jurulatih dan pengurus pasukan itu?

Isu adanya konspirasi atau tidak, itu aku tak tahu, tapi apa yang aku boleh cakap ialah tidak semestinya seorang jurulatih yang mempunyai rekod cemerlang boleh menjadi cemerlang apabila membimbing mana-mana pasukan.

Apa-apa pun terima kasih K.Devan untuk Piala Liga Super(2x), Piala Sumbangsih(2x) & Piala FA.

Suka juga saya ingatkan kepada K.Devan dan bakal penggantinya nanti serta kepada semua pemain dan pengurusan bahawa pasukan ini namanya Selangor, namanya gah sehebat sejarahnya. Kami penyokong tidak suka hidup dalam lipatan sejarah dan jika anda memakai warna Merah Kuning, maka tiada perkataan "KALAH" dalam diari harian anda. Hanya "JUARA" matlamat kami setiap tahun kerana kami Selangor. 

Namun kalah atau menang kami akan tetap berada di sini tidak kira siapa pemain, siapa jurulatih, siapa pengurus, siapa presiden, siapa timbalan presiden, siapa bendahari, siapa AJK. Pastikan anda semua layak untuk memakai warna merah kuning itu jika tidak kami sebagai pendukung setia pasukan boleh membantu anda untuk menunjukkan jalan keluar.

Sekadar tulisan dan pendapat.


Tuesday, September 20, 2011

MISI 33 - Bahagian 2-

Assalamu'alaikum,

Petang tadi waktu tengah meniaga, aku dapat satu panggilan dari Tapa, dia beritahu aku yang K.Devan sudah letak jawatan. Aku terus tergelak besar dekat gerai aku. Lepas tu aku terus SMS rakan-rakan yang lain akan berita ini dan ada diantara mereka yang dah tahu. Sewaktu aku sedang kemas-kemas, bersiap nak balik, lalu Nasriq dan aku pun terus panggil;

"Eric!!!" dia pandang dan aku terus tanya "Devan apa cer?" dia jawab dengan isyarat tangan mengatakan Devan sudah tiada sambil satu senyuman kegembiraan terukir diwajahnya lalu aku pun membalas dengan isyarat tangan tanda bagus kepadanya sambil tersenyum.

Dalam perjalanan pulang dari Pasar Malam Seksyen 6 ke rumah, aku tertanya, adakah ini sebenarnya MISI 33 mereka? Entahlah, hanya yang berkenaan sahaja yang tahu. Apa yang aku tahu, aku nak Selangor menjadi juara, menjadi pasukan yang hebat, menjadi raja bolasepak di Malaysia bukan pada sejarahnya tetapi "King of Malaysia" Dulu, Kini & Selamanya.  

Oleh yang demikian, aku tidak kisah siapa jurulatih, siapa pemain, siapa kapten, siapa pengurus, siapa presiden, siapa bendahari, yang penting Selangor GAH di Malaysia dan Asia. Jadi kalau apa yang ada sekarang tidak memadai atau tidak boleh menggalas tanggungjawab itu, maka sebaik-baiknya dipersilakan keluar. Ada nampak itu pintu besar?? Get out!! Ini semua bukan untuk jurulatih sahaja, tetapi semua secara keseluruhan dalam pasukan Selangor, "lu rasa lu takde hati..baik lu lari" sebelum lu disuruh lari..hehehe.

Apa-apa pun, kita tunggu perlawanan Sabtu ini menentang PDRM di STAR Paroi, Negeri Sembilan. Apakah percaturan P.Maniam dan bagaimana perubahan dalam skuad Selangor dan semangat serta cara permainan Selangor. Kata tak suka Devan, nah sekarang dia dah takde, kita tengok apa perubahan yang akan berlaku. 

Selangor sekarang perlu memenangi baki 2 perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar supaya berada dalam kedudukan yang selesa untuk layak ke suku akhir namun bergantung kepada keputusan perlawanan antara Kuala Lumpur & T-Team Sabtu ini, jika Kuala Lumpur menang maka perlu mengharapkan PDRM untuk menumpaskan T-Team pada perlawanan terakhir kumpulan pada 27hb September nanti.

Tunggu je lah Sabtu nanti...tak sabau plak rasanya..hehe... 

Sekadar tulisan dan pendapat.

Friday, September 09, 2011

1001 kisah

Assalamu'alaikum,

Aku nak kongsi satu kisah yang aku terbaca pada "Notes" ini di facebook.

Aku "paste" juga kisah itu di sini;

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
 
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Hebat bukan kisah itu, kagum..kagum..besar sungguh JIWA kanak-kanak itu walaupun hanya seorang penjual kuih.. :-)
 

Wednesday, September 07, 2011

MISI 33

Assalamu'alaikum,

Selangor kalah perlawanan pembukaan saingan Piala Malaysia 2011..apooo lahhh..hahaha..MISI 33??? Ke mana arah tujunya?? 

Aku bukan nak jadi bijak pandai atau nak jadi jurulatih, cuma perlawanan dengan T-Team itu tidak menunjukkan bahawa Selangor sedang menuju ke arah MISI 33 itu jauh sekali mereka berjuang untuk misi yang telah dilancarkan pada Syawal yang ke-6 tempoh hari.

Aku cuma nak jadi realistik di sini, memang kita perlu sokong walau menang atau kalah sekalipun, namun sokongan yang tidak berbelah bagi itu mestilah disertakan dengan akal dan fikiran, jangan sokong membabi buta sahaja sedangkan pihak yang lain tidak ada langsung sekelumit dalam hati untuk bersungguh-sungguh dalam menjayakan misi. 

Permainan, taktikal dan semangat pemain tersangatlah hambar bukan bermaksud mereka tidak memberikan 100% apabila di dalam padang, mereka telah memberikan lebih dari 100% tetapi dalam cara yang hambar lagi membosankan.

Taktikal K.Devan adalah perkara yang paling aku tidak fahami sejak dari Liga Super sehinggalah perlawanan semalam, aku cukup tidak faham apakah sebenarnya yang K.Devan ingin buktikan. Kita semua sudah tahu bahawa serangan Selangor amat tumpul, tetapi tiada langsung tindakan untuk menajamkannya.  

Masalah penjaga gawang aku kira sudah diperbaiki sedikit dengan kehadiran G.Jeevanathan, boleh dianggap lebih baik dari Iqbal dan Saiful Amar walaupun baru hanya 1 perlawanan kompetitif jadi masih tidak boleh mengatakan bahawa dia adalah yang terbaik tetapi setakat ini YA, dialah orangnya.

Pertahan juga aku kira "boleh pegi lah" kata orang dengan Nasriq kembali berganding dengan Yosri serta Razman dan Gunalan di kanan dan kiri. Harapan cuma mereka ini semua betul-betul bermain bolasepak, bukan sekadar masuk ke padang memenuhi kehendak kontrak. 

Tengah pula tidak seimbang dengan Hardi Jaafar berganding bersama Fadzli Saari. Hardi aku kira bermain dengan baik seperti biasa sebagai "Defensive Midfielder" tetapi peranan Fadzli Saari, aku tidak nampak peranan dia dibahagian enjin pasukan itu. Ini adalah tempat yang memang ada kerosakan besar, jadi sebab itu kita lihat tiada "gameplay" dalam setiap perlawanan Selangor. Pihak lawan sudah boleh membaca taktikal Selangor iaitu dengan cuba menembusi kubu lawan menerusi kanan dan kiri kemudian hantaran ke dalam petak penalti untuk  Amri & Co menyudahkan, yang setakat ini tidak langsung nampak keberhasilannya. Telalu banyak ruang diantara "Attacking Department" & "Defensive Department" bermakna tengah selalunya kosong apabila pasukan lawan melakukan "Counter Attack". Kelemahan inilah yang selalunya digunakan oleh pihak lawan untuk menembusi benteng Selangor terutama bagi pasukan seperti Kelantan dan Terengganu yang memiliki "Attacking Department" yang sangat agresif.

Penyerang, tiada kata untuk menilai bahagian ini. Safiq Rahim kali ini diletakkan di belakang Amri sebagai "back-up" dan Amri bermain sebagai "top"(ini apa yang aku nampak) tetapi sebenarnya Safiq & Amri masing-masing cuba menjadi "back-up" atau "free role" jadi setiap kali serangan dijana, tiada penyerang yang menanti di hadapan untuk melakukan penyudah, ataupun mungkin taktik K.Devan bermain tiada "striker" bermakna "Midfield" dan "Attacker" itulah "Striker", boleh jadi juga. Sebab itulah aku cakap aku sampai sekarang tak faham apa yang cuba diterapkan oleh K.Devan dalam permainan Selangor. Tetapi yang aku nampak adalah permainan dan taktikal stereotaip sejak dari dulu hinggalah hari ini, yang hasilnya memang telah terbukti tiada hasil :-)

Seperti biasa selepas kekalahan, maka kedengaran suara-suara kritikan dan sokongan yang tidak berbelah bagi di sana sini. Pada aku untuk kes Selangor ini, memang perlu dikritik secara keras supaya mereka semua sedar yang sebenarnya penyokong-penyokong bukan tidak mahu sokong, tetapi muak dengan gaya persembahan 110% di dalam padang tetapi dengan cara yang membosankan. Sokong tetap sokong, tapi jangan membabi buta. :-)

Sampai bila pemain, jurulatih dan pengurusan mahu penyokong-penyokong setia Gergasi Merah hidup dengan bayangan sejarah masa lampau, dan terpaksa mengagung-agungkan kenangan lalu untuk kebanggaan. Sedangkan pasukan yang dahulunya kerdil dan baru memenangi kurang dari 10 trofi secara keseluruhan sejak mula ditubuhkan telah mendahului kita yang kononnya "King Of Malaya" dari semua sudut permainan, taktikal, pembangunan remaja, pengurusan, promosi, penjualan tiket, budaya penyokongnya, visi dan juga misi pasukan.

Nak kami sokong, kami dah sokong, macam-macam kami dah bantu, tetapi...hurmmm :-)

Apa sudah jadi FAS???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...