Wednesday, September 21, 2011

MISI 33 - Bahagian 3-

Assalamu'alaikum,

Terbaca di akhbar The Malay Mail hari ini;

Teori Konspirasi katanya...
Sila klik Malay Mail Online untuk membaca. 

Apa yang konspirasinya En. Devan? Menurut beliau ada orang yang mengupah sekumpulan penyokong supaya datang ke stadium dengan kain rentang "K.Devan Sila Letak Jawatan", benarkah tuduhan beliau itu?

Tapi pada pendapat aku, sebenarnya musim anda sudah berakhir K.Devan, terimalah hakikat ini kerana di Malaysia satu-satu jurulatih tidak akan bertahan lama dalam sesebuah pasukan, paling lama sekadar 3-4 musim, itu pun sudah ada perselisihan dan macam-macam masalah.

Jasa anda pada Selangor tetap kami tak lupakan, anda bukan seorang jurulatih yang tidak hebat, tetapi hakikatnya musim anda sudah habis. 

Menurut beliau lagi, kehilangan Safee adalah antara punca mengapa prestasi Selangor merudum musim ini. Jadi soalan saya kepada beliau ialah;

  1. Mengapa tidak mencari pengganti yang berkaliber?
  2. Mengapa Fadzli Saari & Sritharan? Bukan bermaksud mereka tidak bagus, tetapi musim ini prestasi mereka tidak layak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Safee
Alasan kehilangan Safee tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan diri beliau dari bertanggungjawab terhadap prestasi muram Selangor musim ini. Beliau sebagai pengurus dan jurulatih harus bersedia sebelum musim bermula lagi dalam mencari pengganti Safee kerana beliau sudah semestinya antara orang terawal yang mendapat tahu mengenai hasrat Safee untuk berhijrah, jadi sepatutnya persediaan sudah boleh dibuat.

Sewaktu Piala Malaysia juga, aku tak nampak yang dia cuba untuk mencari pengganti Safee sebagai penggempur Selangor, sebaliknya hanya mendapatkan 2 pemain Harimau Muda yang tidak pasti apa fungsinya dan seorang penjaga gol, hanya ini yang kita dapat lihat fungsinya. Jadi kepada siapa lagi kita harus menunding kalau tidak pada jurulatih dan pengurus pasukan itu?

Isu adanya konspirasi atau tidak, itu aku tak tahu, tapi apa yang aku boleh cakap ialah tidak semestinya seorang jurulatih yang mempunyai rekod cemerlang boleh menjadi cemerlang apabila membimbing mana-mana pasukan.

Apa-apa pun terima kasih K.Devan untuk Piala Liga Super(2x), Piala Sumbangsih(2x) & Piala FA.

Suka juga saya ingatkan kepada K.Devan dan bakal penggantinya nanti serta kepada semua pemain dan pengurusan bahawa pasukan ini namanya Selangor, namanya gah sehebat sejarahnya. Kami penyokong tidak suka hidup dalam lipatan sejarah dan jika anda memakai warna Merah Kuning, maka tiada perkataan "KALAH" dalam diari harian anda. Hanya "JUARA" matlamat kami setiap tahun kerana kami Selangor. 

Namun kalah atau menang kami akan tetap berada di sini tidak kira siapa pemain, siapa jurulatih, siapa pengurus, siapa presiden, siapa timbalan presiden, siapa bendahari, siapa AJK. Pastikan anda semua layak untuk memakai warna merah kuning itu jika tidak kami sebagai pendukung setia pasukan boleh membantu anda untuk menunjukkan jalan keluar.

Sekadar tulisan dan pendapat.


1 comment:

  1. Terima kasih kerana tepat sekali apa yang anda tulis. Saya sokong. Adalah tanggungjawab besar sekiranya anda setuju menyertai pasukan merah kuning, namanya harus dijaga no matter what. Sebenarnya BUKAN DEVAN seorang sahaja yang harus bertanggungjawab atas situasi Selangor sekarang, ramai lagi dalam 'team Selangor' yang sekarangnya masih mungkin tak sedar-sedar diri yang mereka pun adalah punca merudumnya Selangor..........cermin diri dan jujurlah pada diri dan GET LOST before you do anymore damage to the team.....terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...