Thursday, September 29, 2011

MISI 33 - Bahagian 5-

Assalamu'alaikum,

Aku rasa kebanyakkan peminat bolasepak tempatan dah tahu Piala Malaysia dah sampai ke peringkat suku akhir dan pasukan yang terlibat adalah Perak, Sabah, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Felda United, T-Team & Selangor.

Pasukan yang bermisikan 33 akhirnya dapat meneruskan misi mereka walaupun hampir terkandas dek penangan pasukan Kuala Lumpur yang pada aku begitu hebat dan berbeza sekali permainan mereka berbanding musim lepas dan pada saingan Liga Super yang lalu dan juga masalah-masalah rumahtangga yang melanda.

Tapi apa yang aku nampak berbeza ialah moral pasukan Selangor, nampak berbeza dalam 2 perlawanan tanpa K.Devan. Aku tak tahu nak jelaskan macam mana perbezaan tu, tapi aku dapat rasakan perbezaan tu dari cara mereka bermain, sikap mereka di atas padang, cara mereka meraikan jaringan gol, cara interaksi antara pemain di atas padang, entahlah mungkin aku je yang rasa benda tu tetapi apa pun aku gembira atas perubahan itu, walaupun tak banyak dan keseluruhan, tapi ada perubahan.

Mengenai peluang Selangor, aku tak nak cakap atau ramal apa-apa, buat masa ni aku nak cakap pasal Selangor ni "game by game". Maksud aku di sini, kita selesaikan satu persatu, tak perlulah aku nak cakap Selangor akan juara ke, akan kalahkan pasukan ni ke, pasukan tu ke, Selangor hebat ke, Selangor itu lah, Selangor ini lah. Tak perlu semua itu, tapi biarlah perlawanan selesai satu persatu barulah kita bercakap mengenainya. Bukannya apa, aku sebenarnya berdebar dan tak boleh nak cakap pasal peluang Selangor musim ini.

Kalau dilihat dari perlawanan dengan Kuala Lumpur, kita hampir tumbang, tapi macam aku cakap, karakter pemain-pemain semua mengendali dan mengatasi tekanan membuatkan mereka boleh membuat "comeback" walaupun pasukan Kuala Lumpur bermain dengan cukup baik terutama mereka menguasai perlawanan pada separuh masa pertama. Jadi susah aku nak cakap mengenai peluang dan biarlah tunggu perlawanan dengan Perak di suku akhir nanti.

Apa-pun harapan mestilah tinggi ke atas pasukan kesayangan aku, siapa tak nak pasukan dia "champion" weyyy!! tapi takpe, kita selesai satu persatu, kemudian baru kita cerita.. :-)

Ingatkan MISI sudah habis bro!! sekali baru nak mula daa..hehe :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

3 comments:

  1. Ingatkan MISI sudah habis bro!! sekali baru nak mula daa..hehe :-)

    mmg terbaik ayat ini hahaha..mmg misi yang bakal menjadi MISS kalau tiadanya perubahan atau apa yg dikatakan desakan hehehe..Tapi cuba bayangkan jika benar perkara ini berlaku mmg alamat berasap la telinga FAS..mungkinkah P.MANIAM untuk Piala Malaysia?Kita tunggu dan hayati musim yang amat mencabar untuk semua anak2 Selangor..

    ReplyDelete
  2. Kalau main snooker, kita panggil. One ball at a time, One frame at a time & One match at a time.

    ReplyDelete
  3. Sekali potong last lap..I love KL/Selangor..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...