Thursday, January 10, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 23-

Assalamu'alaikum,

Kes perpindahan pemain yang menarik. Norsharul Idlan Talaha dan Affizie Faisal Mamat.

Kes Pertama 

Idlan Talaha ada kontrak ngan KAFA dan sijil perpindahan pemain ada pada KAFA. Idlan Talaha tandatangan kontrak dengan DTFC dan sudah bermain serta menjaringkan gol untuk DTFC bermakna KAFA telah release SIJIL PERPINDAHAN PEMAIN Idlan Talaha kepada DTFC walaupun katanya Idlan Talaha masih berhutang dengan KAFA sebab itu Idlan Talaha boleh main kalau tidak jadi macam kes;

Kes Kedua 

Affizie Faisal pemain milik Terengganu(mengikut peraturan FAM-pemain HM adalah milik pasukan dari mana dia diambil sebelum masuk Harimau Muda[ada ke tidak peraturan tu entah]) tetapi sudah tandatangan kontrak dengan ATM(sama macam Mat Yo dan tandatangan dengan DTFC) cuma bezanya, Affizie tidak dapat main untuk ATM lagi sebab PBSNT tak lepaskan SIJIL PERPINDAHAN PEMAIN kepada ATM lagi, kerana mereka nak tuntut hak mereka apa entah sebab katanya Affizie patut bermain dengan Terengganu.  

Persoalan 

Kenapa KAFA lepaskan sijil perpindahan pemain Idlan Talaha kepada DTFC kalau Idlan Talaha masih belum jelaskan hutang?? Kerana PBSNT tidak melepaskan sijil perpidahan Affizie kepada ATM walaupun dia dah ada kontrak dengan ATM sebab PBSNT nak tuntut hak mereka dahulu sebelum lepaskan Affizie.

Aku tak pasti macam mana perjanjian antara KAFA dan Idlan Talaha, macam mana proses pembayaran sebagainya dan adakah semua itu dibuat kontrak atau hanya sekadar "verbal agreement" sahaja antara KAFA dan Idlan Talaha.

Cuma yang aku pelik macam mana KAFA lepaskan sijil perpindahan pemain kepada DTFC sedangkan pembayaran belum selesai lagi. Sedangkan kes satu lagi, PBSNT tak lepaskan sijil perpindahan pemain Affizie kepada ATM kerana mereka kata itu pemain mereka.

Itu persoalan yang timbul dalam kepala otak aku.

Cerita aku 

Pemain adalah milik kelab/persatuan. Itu aku setuju benar. Pemain terikat dengan kontrak dan juga peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kelab dan juga FA. Itu pun aku setuju benar. Kelab/FA berhak menentukan yuran perpindahan kepada barang yang dimilikinya kepada pihak ketiga untuk beli(macam kita jual beli kereta, pemilik yang letak harga bukan yang nak beli letak harga). Ini memang aku setuju benar. Pemain boleh ditandatangan secara percuma dan kelab terlepas hak ke atas pemain apabila pemain memasuki bulan ke-6 terakhir dalam kontrak mereka di bawah peraturan Bosman Rule. Ini kita terpaksa setuju sebab undang-undang FIFA. Pemain boleh minta untuk disenaraikan dalam senarai "transfer list" tetapi itu hanya jika kelab/FA bersetuju, kalau tidak, mereka terpaksa akur dengan kontrak. Ini pun kena setuju sebab dah termaktub dalam undang-undang apabila berkontrak.

Contoh terbaik ialah kes Carlos Tevez dengan Manchester City. Walaupun Tevez ingin berpindah dan sudah ada kelab yang ingin membeli tetapi Man City tidak lepaskan selagi tidak memenuhi tuntutan mereka dari segi yuran perpindahan kerana Tevez masih mempunyai kontrak dengan kelab dan kes ini tidak terjatuh dalam undang-undang Bosman jadi Tevez sebagai pemain harus akur dengan kontrak dan kehendak kelabnya yang tidak mahu lepaskannya. Sudahnya Tevez masih lagi di Man City sehingga hari ini walaupun satu ketika dulu dia sudah tidak ada hati dengan Man City dan memang 100& hatinya ingin meninggalkan kelab tersebut. Bermakna di sini Man City tidak lepaskan milik mereka sehingga mereka dapat apa yang mereka kehendaki. 

Itu yang aku pelik dengan kes Idlan, dia ada kontrak berbaki 1 1/2 tahun lagi bermakna tidak jatuh di bawah Bosman Rule, dan KAFA ada hak mutlak ke atas Idlan walaupun Idlan mohon untuk dilepaskan(sama macam kes Tevez, dia mohon dilepaskan tetapi Man City tak benarkan). Dalam hal Idlan KAFA setuju lepaskan dan persetujuan KAFA dan Idlan Talaha itu yang menjadi masalah dan isu sampai sekarang.

Tapi masih pelik ialah kenapa KAFA lepaskan Idlan sebelum tuntutan dan kehendak mereka dipenuhi. Itu yang pelik sangat.

Tak mengapa, moga-moga selesai lah kes nih, saranan aku ialah kalau betul ada kes dan ada bukti "in writing" pelanggaran syarat-syarat dalam kontrak boleh bawa kes kepada FIFA. Banyak kes-kes perpindahan pemain yang diadukan kepada FIFA dan diselesaikan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kes tidak akan selesai di Mahkamah Facebook jadi bawa ke mahkamah, atau bawa kepada FIFA supaya kes ini boleh dijadikan "benchmark" atau punca perubahan dalam perpindahan pemain dalam Liga Malaysia di masa hadapan. Macam kes Affizie juga, adakah ada peraturan jelas mengenai pemain Harimau Muda adalah milik pasukan di mana mereka diambil sebelum ke Harimau Muda, ada kontrak atau sekadar perjanjian mulut atau ada termaktub dalam peraturan FAM. Perkara dan isu seperti ini tidak akan berlaku sekiranya ada "guideline" yang jelas dalam perpindahan pemain.

Kes ini bagaimanapun menunjukkan kenapa liga kita berada pada kategori D. Tiada peraturan yang jelas dalam perpindahan pemain dalam Liga Malaysia bermakna pengurusan Liga-M masih belum menepati ciri-ciri atau kriteria "PROFESIONALISM" yang telah ditetapkan oleh AFC PRO League Committee. Selain dari "PROFESIONALISM" kriteria lain yang turut diambil kira dalam menentukan gred sesebuah liga ialah "FOOTBALL COMPETETIVENESS", "MARKETABILITY" dan "FINANCIAL STATUS OF THE LEAGUE & CLUBS". 

Liga Malaysia liga kategori D, terpaksalah kita terima walau sakit hati ini. 

Pesanan aku, sesiapa yang nak jual tanah, rumah atau kereta atau motor, jangan tukar nama dulu pada geran selagi pembeli tak bayar duit mengikut harga perjanjian yang telah dituntut oleh anda penjual dan pemilik.

MASIH PELIK......

Sekadar tulisan dan pendapat.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...