Tuesday, October 16, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 17-

Assalamu'alaikum,

Sambungan dari "posting" Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 12- mengenai nasib bekas pemain Liga Malaysia Ezmi Md Jan.

Kedengaran dan kelihatan ramai yang membantu, seperti biasa rakyat Malaysia memang pemurah, itu kita tidak boleh nafikan, syukur kita dilahirkan dengan keadaan sekeliling yang sebegini, bila susah ramai tangan yang mahu menghulurkan bantuan, Alhamdulillah.

Satu lagi inisiatif dari rakan-rakan serta bekas pelajar Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 iaitu sekolah lama Ezmi, akan mengadakan satu cucian kereta amal serta jualan amal di perkarangan sekolah pada 21hb Oktober 2012(Ahad) bersamaan 4 Zulhijjah 1433(6 hari sebelum Aidiladha). 


Jadi perkara baik mengapa tidak disebarkan, kepada sesiapa yang nak cuci kereta boleh hantar kereta anda ke Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 pada hari Ahad bermula 9:00am hingga 5:00pm. 

Mohon perkara ini disebarkan dan berharap agar semua pegawai FAS dapat turun menghantar kereta mereka untuk dicuci. Dato' Mokhtar, Dato' Hamidin dan konco-konco diharap dapat turun, kalau rasa malas dan susah nak bangun pagi, mohon hantar pemandu peribadi supaya dapat menghantar kereta untuk dicuci, saya percaya tentu banyak kereta Dato'-Dato' serta pegawai FAS yang lain untuk dicuci dan sekaligus membantu bekas pemain Selangor ini.

Lebih mengharukan aku jika Presiden FAM juga dapat turun untuk menghantar 3-4 biji kereta untuk dicuci, mereka tidak minta RM50,000 seperti yang telah dihadiahkan kepada ATM, cuma kalau boleh bantulah sedikit yang mampu sebab ini semua berlaku pun ada sedikit dari serpihan peristiwa gelap 28 tahun menjahanamkan bolasepak Malaysia.

Pesanan kepada Presiden PFA, tak perlu pinjam "along" untuk membantu bekas pemain Perlis ini.

Kepada sesiapa sahaja yang membaca, jika berdekatan mungkin boleh singgah cuci kereta, kalau rasa malas atau tiada masa mungkin boleh sebarkan berita ini kepada rakan-rakan. 

Kalau ada yang terbaca blog ini dari kalangan pegawai FAM atau FAS atau PFA, mohon tolong panjangkan perkara ini kepada presiden masing-masing serta pegawai, ahli majlis tertinggi yang lain. Pesan kat diaorang, jangan nak duduk sedap je kat pejabat tuh.

Terima kasih diucapkan!!

Sekadar tulisan dan pendapat. 

Thursday, October 11, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 16-

Assalamu'alaikum,

Ringgit Malaysia Lima Puluh sekali lagi menjadi perbualan hangat seantero Malaysia. Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang telah ditetapkan pada nilai RM50.

Isu ini sebenarnya bukan pada pasukan mana yang ke perlawanan akhir atau isu rakyat Malaysia nak semuanya murah sahaja serta tidak mahu menyokong kemajuan sukan bolasepak di Malaysia.

Aku dah tulis pasal isu ini tahun lepas, boleh rujuk #RinggitMalaysiaLimaPuluh dan #PialaMalaysia2011 dan sekali lagi isu ini menjadi hangat tahun ini sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang bakal berlangsung walaupun separuh akhir belum lagi selesai.

Kenaikan harga tiket ini adalah isu global(bak kata seorang sahabat Pok Jeng), memang benar, seluruh dunia mengalami isu ini dalam kehidupan seharian seorang rakyat bolasepak. Namun apalah daya 1-2 orang yang tidak bersetuju sedangkan yang lain sibuk memenuhi segenap ruang stadium apabila tiba perlawanan akhir kononnya dengan semangat sayangkan pasukan dan sanggup berkorban untuk pasukan serta wang ringgit bukanlah penghalang. Sekali kita bersetuju dengan tindakan FAM maka mereka akan menganggap misi rompakan mereka berjaya dan mereka akan teruskan usaha mereka itu kerana ada majoriti yang sanggup ditipu dan dipergunakan. 

Sebenarnya majoriti yang datang perlawanan akhir tu tak kisah pasal harga RM50 sebab ada diantara mereka dapat tiket percuma, ada pula yang setahun sekali sahaja mengeluarkan belanja untuk ke stadium jadi tak terasa lah setahun sekali keluarkan RM50 untuk penuhkan stadium dan menyokong pasukan kesayangan katanya.

Yang terasa perit ialah mereka-mereka yang saban minggu bodoh nak pergi penuhkan stadium, mereka-mereka ini yang akan rasa bagaikan dirompak kesetiaan mereka. Yang jengah setahun sekali atau setahun 2-3 kali atau yang dapat tiket percuma tak rasa benda-benda macam ini.

Tiket telah ditetapkan pada RM50 jadi siapa yang boleh membantah?? Jika ATM layak, tiada masalah kerana pastinya tiket percuma menanti penyokong mereka, jika Lions XII layak juga tiada masalah aku kira, jika Selangor layak pastinya tidak berani membantah dan penyelesaian mungkin subsidi(lebih-lebih lagi PRU nak dekat) kerana nak harapkan "kuasa penyokong" memang jauh sekali lah, jika Kelantan pula layak juga mungkin tiada masalah kerana aku kira rakyat Kelantan sebenarnya kaya-raya banyok "pitih". Jadi kesimpulannya stadium akan penuh dan FAM berjaya dengan misinya dan harga tiket akan kekal buat selama-lamanya sehinggalah dinaikkan ke RM60 suatu hari nanti pula.

Aku bukan kisah pun pasal harga tiket RM50, kalau nak ikut perbelanjaan nak sokong bolasepak Malaysia nih dah berkali-kali ganda lebih dari RM50 sekeping. Cuma di sini ialah kenapa kita suka ditunjal, diterajang, dipermainkan oleh FAM?? itu persoalannya.

Tiket naik harga, tapi tak pernah dengar pun usaha FAM untuk naikkan gred Liga Malaysia, naikkan "ranking" skuad kebangsaan, naikkan mutu pengurusan persatuan ke arah lebih profesional. Itu semua kita tak pernah dengar pun dalam rancangan FAM. 

Tetapi penyokong pula lain halnya, tak setuju tetapi bila disuap dengan bantuan, disuap tiket percuma, sapu bersih sehinggakan dari tak setuju tadi terus setuju.

Masing-masing punya pendapat masing-masing dan boleh buat pilihan masing-masing. Kalau nak hentikan kebodohan FAM nih kita sebagai penyokong perlu bersatu tapi aku rasa itu adalah satu perkara mustahil untuk berlaku.

Nak kurangkan harga tiket senang sahaja caranya, jangan beli tiket, dapat tiket free jangan pergi sebab yang dapat anda sahaja, bagaimana dengan yang lain?? jangan pentingkan diri, bersatu. Dapat subsidi, jangan beli, rakyat negara kelas ke-3 sahaja yang memerlukan subsidi, jika nak bolasepak kita maju, mentaliti dan sikap kita pun mesti mahu maju macam negara yang bolasepak mereka maju. Percayalah, kalau tiket mula dijual hari Isnin hadapan, kalau sampai Rabu tak bergerak walau sekeping, aku yakin FAM akan turunkan harga tiket.

Tapi percayalah cakap aku, itu semua tak kan berlaku di Malaysia ini, percayalah yang kita akan terus ditunjal, diterajang dan dipermainkan oleh mereka yang berada di Kelana Jaya dan stadium akan terus penuh untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 nanti.

Berani untuk berubah?? Jangan haraplah ianya berlaku di Malaysia. 

Selamat membelanjakan Ringgit Malaysia Lima Puluh kepada anda yang akan ke perlawanan akhir nanti.


Sekadar tulisan dan pendapat.

Wednesday, October 03, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 15-

Assalamu'alaikum,

Aku tak pasti sama ada ini adalah satu tindakan yang bijak atau bodoh.


Kalau betul lah jadinya nih, kronik sangat dah bolasepak Malaysia nih, gila apa sampai nak kena pinjam "Along" untuk membiayai pasukan bolasepak N.E.G.E.R.I.

Mana peruntukan dari kerajaan negeri?? Orang-orang dalam PFA buat apa?? Tidur ke?? Macam PFA diurus tadbir oleh Presidennya?? Gila..gila..ini sudah gila dan tak masuk akal.

Kalau nak cari simpati orang, janganlah sampai keluar "statement" yang menampakkan kebodohan diri dan menunjukkan yang awak tak buat kerja.

Banyak pihak mungkir janji konon, macam mana boleh mungkir janji kalau dah sign "agreement" ye dak?? ini semua kerja tak profesional lah nih, kerja main-main nak besarkan tembolok sendiri jek nih.

Sudah lah Pok Dan, kamu turun je lah takhta, sememangnya awak gagal dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, bukan bermakna awak tak bagus, cuma awak kurang sesuai barangkali, sudahlah pagi peluang kat orang lain pula. Sudahlah...

Mohon jangan Presiden FAM keluar kenyataan serupa ini, satu hari bangun tajuk akhbar "Presiden FAM pinjam along demi bolasepak Malaysia".

Jangan buat gila woii..!! korang nih..gila lah weyyy!! sudah-sudah lah gila kuasa tuh, ingatlah amanah dan tanggungjawab tu bukan untuk tembolok sendiri, kesian lah kat pemain, penyokong tu weyh!! hormat lah orang sikit, jangan sampai kau dan seluruh keturunan kau nanti tak dihormati hanya sebab dengan perangai bodoh kau tuh.

Sekadar tulisan dan pendapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...