Thursday, October 11, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 16-

Assalamu'alaikum,

Ringgit Malaysia Lima Puluh sekali lagi menjadi perbualan hangat seantero Malaysia. Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang telah ditetapkan pada nilai RM50.

Isu ini sebenarnya bukan pada pasukan mana yang ke perlawanan akhir atau isu rakyat Malaysia nak semuanya murah sahaja serta tidak mahu menyokong kemajuan sukan bolasepak di Malaysia.

Aku dah tulis pasal isu ini tahun lepas, boleh rujuk #RinggitMalaysiaLimaPuluh dan #PialaMalaysia2011 dan sekali lagi isu ini menjadi hangat tahun ini sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang bakal berlangsung walaupun separuh akhir belum lagi selesai.

Kenaikan harga tiket ini adalah isu global(bak kata seorang sahabat Pok Jeng), memang benar, seluruh dunia mengalami isu ini dalam kehidupan seharian seorang rakyat bolasepak. Namun apalah daya 1-2 orang yang tidak bersetuju sedangkan yang lain sibuk memenuhi segenap ruang stadium apabila tiba perlawanan akhir kononnya dengan semangat sayangkan pasukan dan sanggup berkorban untuk pasukan serta wang ringgit bukanlah penghalang. Sekali kita bersetuju dengan tindakan FAM maka mereka akan menganggap misi rompakan mereka berjaya dan mereka akan teruskan usaha mereka itu kerana ada majoriti yang sanggup ditipu dan dipergunakan. 

Sebenarnya majoriti yang datang perlawanan akhir tu tak kisah pasal harga RM50 sebab ada diantara mereka dapat tiket percuma, ada pula yang setahun sekali sahaja mengeluarkan belanja untuk ke stadium jadi tak terasa lah setahun sekali keluarkan RM50 untuk penuhkan stadium dan menyokong pasukan kesayangan katanya.

Yang terasa perit ialah mereka-mereka yang saban minggu bodoh nak pergi penuhkan stadium, mereka-mereka ini yang akan rasa bagaikan dirompak kesetiaan mereka. Yang jengah setahun sekali atau setahun 2-3 kali atau yang dapat tiket percuma tak rasa benda-benda macam ini.

Tiket telah ditetapkan pada RM50 jadi siapa yang boleh membantah?? Jika ATM layak, tiada masalah kerana pastinya tiket percuma menanti penyokong mereka, jika Lions XII layak juga tiada masalah aku kira, jika Selangor layak pastinya tidak berani membantah dan penyelesaian mungkin subsidi(lebih-lebih lagi PRU nak dekat) kerana nak harapkan "kuasa penyokong" memang jauh sekali lah, jika Kelantan pula layak juga mungkin tiada masalah kerana aku kira rakyat Kelantan sebenarnya kaya-raya banyok "pitih". Jadi kesimpulannya stadium akan penuh dan FAM berjaya dengan misinya dan harga tiket akan kekal buat selama-lamanya sehinggalah dinaikkan ke RM60 suatu hari nanti pula.

Aku bukan kisah pun pasal harga tiket RM50, kalau nak ikut perbelanjaan nak sokong bolasepak Malaysia nih dah berkali-kali ganda lebih dari RM50 sekeping. Cuma di sini ialah kenapa kita suka ditunjal, diterajang, dipermainkan oleh FAM?? itu persoalannya.

Tiket naik harga, tapi tak pernah dengar pun usaha FAM untuk naikkan gred Liga Malaysia, naikkan "ranking" skuad kebangsaan, naikkan mutu pengurusan persatuan ke arah lebih profesional. Itu semua kita tak pernah dengar pun dalam rancangan FAM. 

Tetapi penyokong pula lain halnya, tak setuju tetapi bila disuap dengan bantuan, disuap tiket percuma, sapu bersih sehinggakan dari tak setuju tadi terus setuju.

Masing-masing punya pendapat masing-masing dan boleh buat pilihan masing-masing. Kalau nak hentikan kebodohan FAM nih kita sebagai penyokong perlu bersatu tapi aku rasa itu adalah satu perkara mustahil untuk berlaku.

Nak kurangkan harga tiket senang sahaja caranya, jangan beli tiket, dapat tiket free jangan pergi sebab yang dapat anda sahaja, bagaimana dengan yang lain?? jangan pentingkan diri, bersatu. Dapat subsidi, jangan beli, rakyat negara kelas ke-3 sahaja yang memerlukan subsidi, jika nak bolasepak kita maju, mentaliti dan sikap kita pun mesti mahu maju macam negara yang bolasepak mereka maju. Percayalah, kalau tiket mula dijual hari Isnin hadapan, kalau sampai Rabu tak bergerak walau sekeping, aku yakin FAM akan turunkan harga tiket.

Tapi percayalah cakap aku, itu semua tak kan berlaku di Malaysia ini, percayalah yang kita akan terus ditunjal, diterajang dan dipermainkan oleh mereka yang berada di Kelana Jaya dan stadium akan terus penuh untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 nanti.

Berani untuk berubah?? Jangan haraplah ianya berlaku di Malaysia. 

Selamat membelanjakan Ringgit Malaysia Lima Puluh kepada anda yang akan ke perlawanan akhir nanti.


Sekadar tulisan dan pendapat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...