Tuesday, April 16, 2013

Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos a.k.a. Stadium Larkin

Assalamu'alaikum,

Tajuk bukan lagi Presiden FAM Sila Letak Jawatan, kerana aku ingin memberi sedikit penghormatan kepada Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos atau lebih dikenali dengan nama Stadium Larkin.

Pada 6hb April 2013 yang lalu aku ke Stadium Larkin untuk menyaksikan perlawanan Suku Akhir Piala FA antara JDT dan Selangor. Walaupun agak dah lama berlalu tapi aku saja nak kongsi pengalaman aku ke sana walaupun aku tahu bukan aku sorang je yang ada pengalaman ke sana. Aku bukan nak bercerita pasal taktikal atau game play. Aku ank cerita pasal suasana atau atmosfera di Stadium Larkin. 

Dalam masa 2-3 tahun ini aku dapat rasa suasana bolasepak yang sebenar hanya di Stadium Sultan Muhammad ke-IV tapi kini ada satu lagi stadium di Malaysia yang boleh memberikan anda atmosfera yang menaikkan bulu roma atau suasana bolasepak yang sebenar iaitu di Stadium Larkin. Seperti yang kita sedia maklum orang-orang Johor sudah mula keluar tengok bola di stadium sejak Presiden PBNJ melakukan perubahan yang drastik dalam bolasepak Johor. Tahun-tahun sebelum ini Stadium Larkin memang lengang dan adalah 40-50 orang yang datang tengok bola Johor di stadium sehingga lah tahun ini, tidak pernah lagi Larkin itu kosong tanpa penonton.

Satu perkembangan yang baik untuk bolasepak Malaysia dan bolasepak Johor khususnya. Memang aku sangat teruja di saat aku masuk sahaja ke kawasan Datin Halimah menuju ke Larkin, sudah kelihatan kereta dan motorsikal berpakaian seba merah dan biru memberitahu secara langsung yang mereka akan ke stadium. Masuk sahaja kawasan larkin dari Jalan Langkasuka sebelah Balai Polis Larkin, TU DIAAAAAAAAAAAAAAA!! dah beratur kereta tepi jalan sampai ke lampu isyarat balai polis. Hampir satu jam juga aku baru dapat tempat untuk letak kereta. Aku cakap "pergh!! 2-3 tahun lepas datang Larkin senang lenang nak cari parking". Deus yang pandu kereta dah membebel itu ini pasal susah nak cari tempat letak kereta. Satu perkembangan yang baik, aku mula dah teruja dengan suasana sebegitu, memang kelas A.

Aku berjalan dengan Adel(capo UltraSel), Kaede(TV Al-Hijrah) dan Deus(pemilik Lejen Press & Mr. On The Way) menuju ke stadium dan perasaan teruja aku semakin membuak-buak disebabkan oleh suasana dan keadaan persekitaran Stadium Larkin ketika itu. Tiket sudah "sold out" tetapi masih lagi ada orang yang mencari tiket. Susah nak dapat keadaan sebegitu selain dari di SSM ke-IV Kota Bharu. Semua dengan baju Harimau Selatan, Luaskan Kuasamu dan warna Merah Biru. Agak sukar untuk mencari warna lain selain merah dan biru. Jersi kelab-kelab luar kebanggaan Malaysia juga sukar ditemui walaupun ada seorang dua yang menyarungnya tetapi orang kata "tak bersepah" lah, yang bersepah hanya warna merah dan biru. Aku jumpa Tom a.k.a. Zulkifli Syabas untuk dapatkan tiket aku dan terima kasih banyak-banyak Tom sebab sanggup datang sehari awal hanya untuk belikan kami semua tiket. Lepas dapat tiket aku terus masuk ke dalam stadium, dan waktu tu dalam jam 8:00pm kalau tak silap aku, dah penuh seluruh, segenap pelusuk stadium.

Ini masa warm up pun dah rabak penuh


Ini Larkin
Itu buktinya, penuh sepenuh-penuhnya dengan orang-orang Johor yang datang mungkin ada dari Segamat, Muar, Pontian, Kota Tinggi, Batu Pahat, Benut dan lain-lain kawasan di Johor. Sepanjang pengalaman aku di Larkin ada satu benda yang paling buat aku gila menjerit ialah ini;

Ini namanya KEGILAAN..INI GILA!!
Selesai lagu negeri Johor, satu stadium dengan sehati sejiwa melontarkan resit ke dalam padang, masa kejadian ini, aku punya lah teruja, menjerit aku dan aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku waktu itu, tetapi memang terbaik, satu stadium betul-betul sehati sejiwa untuk pasukan mereka bukan untuk kumpulan atau kelompok masing-masing. Ini memang "RARE" dan ini adalah sejarah bagi aku.

Itu bukan saja satu-satunya benda yang RARE berlaku di Stadium Larkin, penyokong Selangor juga semuanya sehati sejiwa menyokong pasukan Merah Kuning di Larkin. Memang sesuatu yang gempak bila SSFC dan UltraSel bergabung tenaga untuk gergasi merah. Satu perkembangan yang baik juga untuk bolasepak Selangor dan harap ianya akan berterusan untuk kita lebih maju ke hadapan bukan ke belakang. Bila uS sorak SSFC ikut dengan pukulan gendang mereka, bila SSFC sorak uS ikut alunan sorakan mereka, tak boleh nak gambarkan perasaan aku waktu itu, terbaik!! BERSATU KITA LEBIH TEGUH BERSENGKETA KITA AKAN ROBOH. Semua yang hadir ke Stadium Larkin pada malam itu Tip Top.

Ada satu ketika itu satu stadium bersorak dengan lagu Ale Ale Ale..Ayuh Johor, Ayuh Johor, Luaskan Kuasamu Johor, Kami ada, Kami ada, Setia bersamu Johor..Ale Ale..Ale Ale..Ale Ale Ale Ale..SATU STADIUM sorak lagu tu, memang naik bulu roma bila dengar.

Aku cuma nak kongsi sedikit pendapat sahaja. Apa yang diusahakan oleh Presiden PBNJ itu memang terbaik dan berjaya mengubah lanskap bolasepak Johor serta menarik kembali minat warga Johor untuk ke stadium. Fasa pertama telah pun berjaya dengan cemerlang dan kini tibalah keadaan yang paling susah dan sukar iaitu bagaimana hendak mengekalkan keadaan, situasi serta atmosfera yang menaikkan bulu roma itu untuk tahun-tahun yang akan datang. Benda tengah baru dan panas semua orang akan suka dan teruja tetapi bila lama kelamaan nanti adakah atmosfera yang sama akan kekal di Larkin??

Pada aku untuk mengekalkan suasana dan atmosfera seperti di Larkin atau di SSMIV, setiap orang yang hadir ke stadium itu perlu ada PASSION atau semangat dalam jiwa untuk pasukan. Jangan datang sokong pasukan sebab individu, jangan datang sokong Johor sebab Presiden PBNJ, sokong Johor sebab anda anak Johor, Johor pasukan anda. 


FOOTBALL IS NOT A TREND OR FASHION..IT IS A PRIDE AND PASSION

Aku harap suasana dan atmosfera yang menaikkan bulu roma ini akan kekal di Larkin dan akan menular ke stadium-stadium lain di Malaysia ini. SUPPORT LOCAL FOOTBALL dan tahniah orang-orang Johor, KEKALKAN BOLASEPAK SEBENAR DI STADIUM MU!!

Sekadar tulisan dan pendapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...