Sunday, November 24, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 31-

Assalamu'alaikum,

Hangat sekarang nih, panas sekarang ini, bukan cuaca tapi suasana bolasepak Malaysia. Ini berlaku setiap kali Malaysia gagal, maknanya perkara ini telah berlaku banyak kali dalam masa 29 tahun ini sejak 1984. Isu yang satu Malaysia tahu ialah jurulatih dan pemain salah dan patut ditukar. Isu yang satu Malaysia tak tahu tapi hanya segelintir sahaja yang tahu dan terbuka mata untuk ambil tahu ialah Presiden FAM, FAM serta sistem bolasepak Malaysia yang perlu ditukar.

Aku seperti biasa memilih Presiden FAM untuk ditukar terlebih dahulu kemudian FAM dirombak dengan hala tuju yang baru dan baru lah boleh diatur dan disusun sistem bolasepak yang baru untuk Malaysia dengan visi dan misi untuk maju di pentas bolasepak dunia dan bersaing di peringkat Asia serta dunia. Kalau yang pertama itu tidak dilakukan dahulu(Presiden FAM ditukar) maka yang nombor dua(FAM dirombak) tidak akan berlaku dan seterusnya yang nombor tiga(sistem bolasepak yang baru) tidak akan wujud. Tak percaya?? Sebab apa aku cakap begitu?? sebab kalau memang Presiden FAM ini nak majukan bolasepak Malaysia dia dah buat dah dalam masa 29 tahun yang lepas bukan hari ini baru nak mula. Presiden FAM sebagai ketua(dengan kuasa serta status yang ada) sudah boleh mengerah anak-anak buahnya supaya melakukan kerja dengan teratur dan "WORLD CLASS". Tapi apa yang dibuat oleh Presiden FAM selama 29 tahun di tingkat 4 Wisma FAM itu?

Ini satu lagi, soalan yang sangat POPULAR akan diajukan apabila kita mengeluarkan ayat Presiden FAM perlu letak jawatan. Nak tahu apa soalannya? Soalannya ialah "Siapa boleh ganti jadi Presiden FAM?", ini soalan sangat popular.

Tapi bagi aku bila orang ajukan soalan itu kepada aku, aku akan berkata "soalan jenis apa tu?". Pada aku senang sahaja, dengan tahap pencapaian bolasepak Malaysia di bawah kendalian dan pimpinan presiden yang ada sekarang ini adakah terlalu sukar untuk kita cari pengganti yang cuma mungkin lebih baik sedikit dan berkaliber sedikit sahaja dari Presiden yang ada sekarang ini?? Maknanya adakah teruk sangat dalam FAM dan barisan kepimpinan bolasepak Malaysia ini sehinggakan tiada seorang pun yang berkemampuan untuk ambil alih tampuk pemerintahan dari presiden yang ada sekarang ini hanya untuk jadi lebih baik dari apa yang ada sekarang ini? Maksudnya adakah presiden yang ada sekarang ini dengan pencapaian bolasepak Malaysia sekarang ini adalah yang terbaik kita ada?? Sudah tidak ada yang lebih baik??

Mentaliti apakah itu? Dalam pada kita boleh membina KLCC, dalam pada kita boleh membina terowong SMART dalam pada kita boleh membina jambatan kedua Pulau Pinang dengan sistem yang canggih adakah terlalu sukar untuk kita mencari SEORANG dari 28 juta rakyat Malaysia ini untuk menjadi seorang presiden badan induk yang menguruskan bolasepak Malaysia supaya lebih maju dan lebih baik dengan sistem yang lebih efisyen dari apa yang ada sekarang?? Susah sangat ke??

Ataupun itu sebenarnya soalan perangkap untuk dia tahu kita ini berpihak kepada siapa sebenarnya. 

Ada pula yang berkata yang perlu ditukar ialah "MINDSET" atau cara pemikiran orang di dalam FAM itu sendiri. Betul, aku sangat bersetuju, kalau ditukar presiden yang baru juga tetapi cara kerja dan cara pemikiran masih sama, tak guna juga. Sebab itu kita mohon agar Presiden FAM letak jawatan, kemudian FAM dirombak dengan hala tuju yang baru supaya sistem bolasepak yang lebih berdaya saing dapat diterapkan dalam bolasepak Malaysia untuk kita menuju ke Piala Asia dan seterusnya Piala Dunia serta tidak lupa supaya boleh ada liga kebangsaan yang lebih baik grednya dari apa yang ada sekarang.

Satu lagi nak cerita pasal "MINDSET". Ketua, apa tugas ketua sesebuah organisasi?? kalau nak tukar "MINDSET" tanpa perlu tukar kepimpinan FAM, maka "MINDSET" ketua itu perlu tukar lah, ketua perlu berubah dan perlu memastikan anak-anak buah di bawahnya berubah dan perlu guna kuasa yang ada sebagai ketua untuk ubah "MINDSET" dalam organisasi yang dipimpinnya. Tapi di sini aku nak tanya, selama 29 tahun "MINDSET" siapa yang Presiden FAM ubah?? Hala tuju apa yang dia tetapkan untuk bolasepak Malaysia selaku ketua yang mengepalai badan induk yang menguruskan bolasepak Malaysia?? jadi sekarang nak cerita pasal "MINDSET"?? nak cerita apa kalau ketuanya pun dah tak tahu apa-apa dan tak ambil tahu. Kalau dah perlawanan penting pasukan kebangsaan pun tak hadir nak cerita "MINDSET"?? Ketua pun buat tak tahu, apa lagi anak-anak buahnya, tak begitu??

Bagi aku, bukan tugas aku sebagai penyokong dan penyokong yang lain untuk tentukan siapa yang patut menerajui jawatan mana dan sebagainya. Cukup sekadar kami memberitahu apa yang kami inginkan iaitu kemajuan dalam bolasepak Malaysia, kami mahu layak ke Piala Asia, mahu layak ke Piala Dunia, mahu pasukan di Malaysia boleh bersaing di AFC Champion's League. Jadi anda yang bijak-bijak dan ada kuasa untuk mengubah itu jalankan kerja dan tanggungjawab anda sebaiknya. Kami sebagai penyokong akan sentiasa menggunakan kuasa yang kami ada untuk kebaikkan sukan bolasepak yang kami sayangi. Kuasa yang kami ada hanya KUASA PENYOKONG jadi kami akan gunakan kuasa kami sebaik mungkin.

Sekadar tulisan dan pendapat.

Wednesday, September 11, 2013

Aduka Seri Perkasa

Assalamu'alaikum,





Satu tajuk khas untuk brader Aduka nih dan aku rasa kalau aku nak cerita pasal kes brader nih tak layak rasanya nak duduk bawah tajuk Presiden FAM Sila Letak Jawatan kerana aku rasa nilai brader nih lebih tinggi dari nilai presiden yang sedia ada sekarang ini walaupun brader nih takde pangkat atau status tertentu dalam hidup seharian dia.

Pada aku, susah nak dapat penyokong yang semangat macam brader nih dalam zaman serba moden dan urban sekarang nih tambahan pula brader nih datang dari kawasan lembah kelang. Mana nak ada dah makhluk macam nih kat kawasan bandaraya metropolitan nih, cuba tunjuk ada tak??

Lagi best ialah brader nih penyokong Kuala Lumpur, YA PASUKAN KUALA LUMPUR yang terjelepok ke Liga FAM dan brader nih masih lagi nak menyokong. Gila tak?? Mahu tak gila, majoriti anak kota mengambil langkah untuk tidak mempedulikan pasukan bolasepak Kuala Lumpur dan ada juga yang tidak tahu akan kewujudan pasukan ini dan ramai anak kota yang terpekik terlolong depan TV dan skrin gergasi sebab nak tengok bolasepak kualiti katanya tetapi makhluk ini masih lagi mempunyai JIWA UNTUK KUALA LUMPUR. Hah!!! Kau Adeeeeee????

Tanpa peruntukan jutaan ringgit dari kerajaan, tanpa penajaan jutaan ringgit dari badan korporat, tanpa jawatan besar dalam organisasi bolasepak Malaysia tanpa pangkat khas, masih punya JIWA UNTUK MALAYSIA. Orang dalam FAM yang dimandikan dengan peruntukan dan penajaan buat apa untuk bolasepak Malaysia selain dari menjahanamkan?? Siap ada pangkat siap ada jawatan, elaun sana elaun sini, tapi hasilnya?? Jiwa untuk Malaysia atau jiwa untuk peruntukan?? jiwa untuk duit penaja?? jiwa untuk jawatan dan pangkat?? Aku jamin kalau dalam FAM ada orang yang bersemangat macam ini, impian kita untuk ke Piala Dunia cerah, tapi kalau yang ada semua macam sekarang nih tambah pulak ketua dia tahu tak tahu je pasal bolasepak Malaysia, jawapannya...

Anda pun tahu jawapannya.

Agak-agak Presiden FAM terkilan tak dengan semangat brader nih?? sebab mungkin boleh mencabar kewibawaan Presiden FAM sebagai seorang PEJUANG.

Sekadar tulisan dan pendapat.


Monday, August 19, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 30-

Assalamu'alaikum,


NILAI..bukan berhajat untuk menulis berkenaan Nilai 3, Bandar Nilai atau Bandar Baru Nilai tetapi ingin menulis mengenai NILAI BOLASEPAK.

Kita semua sedia maklum setiap benda dalam dunia ini ada nilainya yang tersendiri, seperti kalau kita beli kereta, rumah ada nilai yang telah ditetapkan mengikut klasifikasi dan kriteria tertentu. Kalau kita beli bahan mentah, baju, kasut, semuanya ada nilai yang telah ditetapkan. Begitu juga dalam bolasepak ada nilainya, seperti harga tiket, harga pemain, harga sebuah kelab, harga sebuah liga, semua itu ada nilainya yang tersendiri. Namun nilai tidak semestinya diterjemahkan dalam wang ringgit. Ada juga nilai yang ditetapkan bukan dengan wang ringgit seperti maruah, nilai sebuah maruah, harapan, nilai sebuah harapan. Contoh maruah seorang wanita nilainya bukan wang ringgit, harapan ibubapa kepada anak-anak, nilainya melebih nilai wang ringgit, kasih sayang, nilai kasih sayang tu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau angka. Itu cerita serba sedikit mengenai NILAI.

Sekarang kita fokus pada NILAI BOLASEPAK sahaja. Seperti yang telah diterangkan di atas tadi, harga tiket, harga pemain, harga sebuah kelab, harga liga, itu semua termasuk dalam nilai bolasepak yang boleh diterjemahkan dengan wang ringgit atau angka. Namun dalam bolasepak juga ada maruah, harapan dan kasih sayang yang nilainya juga tidak mampu untuk dinilai dengan wang ringgit atau angka. Nilai inilah yang ramai peminat bolasepak tidak tahu akan kewujudannya kerana mungkin pada mereka bolasepak hanya sekadar bolasepak dan tidak ada nilai selain dari bayar tiket tengok bola, tengok pemain kacak, tengok pemain termahal, tengok kelab terkaya, tengok liga jutaan ringgit dan pada mereka nilai maruah dalam bolasepak itu tiada, nilai harapan dalam bolasepak itu tidak perlu dan nilai kasih sayang dalam bolasepak itu tidak wujud. Tidak ramai yang dikatakan GILA BOLA atau FANATIK BOLA yang dapat memahami atau nampak nilai yang tidak boleh diterjemahkan dengan wang ringgit atau angka ini.

Selepas apa yang berlaku dalam bolasepak Malaysia beberapa bulan yang lepas sehinggalah 10hb Ogos yang lepas, kita dapat lihat NILAI BOLASEPAK di Malaysia ini diletakkan pada tahap apa. Bila nilai bolasepak negara telah direndahkan martabatnya ke taraf kelab biasa di situ NILAI MARUAH bolasepak negara sudah jatuh. Bila harapan penyokong-penyokong bolasepak Malaysia inginkan kemajuan dalam bolasepak Malaysia tidak diambil peduli dan tidak diendahkan makanya di situ NILAI HARAPAN itu sudah tiada. Bila ramai yang bising-bising mengenai nilai maruah dan nilai harapan kemudian hampir semua membisu apabila kepentingan diri untuk melihat dan menonton kelab ternama, pemain terhebat makanya di situ NILAI KASIH SAYANG itu telah hilang dan lenyap.

Bagi aku, kenapa aku sungguh-sungguh menentang perlawanan pertunjukan atau aku panggil sarkis adalah kerana NILAI MARUAH, NILAI HARAPAN dan NILAI KASIH SAYANG itu. Maruah pasukan kebangsaan aku, Malaysia, jersi pasukan kebangsaan aku, bendera yang dilekatkan megah di dada jersi setiap pemain itu dihenyak habis-habisan oleh segelintir individu yang mahu mengaut keuntungan. Harapan aku untuk melihat bolasepak Malaysia maju telah dipijak oleh mereka yang inginkan keuntungan dengan menganjurkan perlawanan yang tidak memberikan kemajuan untuk bolasepak Malaysia sebaliknya hanya memenuhkan poket segelintir individu sahaja dan aku bising-bising adalah kerana aku sayang benda tu dan maruah benda yang kita sayang tu dihenyak dan harapan aku untuk benda yang aku sayang itu dipijak jadi sebab ada NILAI KASIH SAYANG di situ, sebab itulah aku bising-bising macam orang gila. Ibaratnya seorang ibu dan seorang bapa yang marah dan bising apabila maruah anak daranya diragut dan segala harapan terhadap masa depan anak dara mereka itu musnah dan kerana mereka kasih dan sayang terhadap anak dara mereka itu maka mereka pastinya akan bising-bising macam orang gila mempertahankan maruah anak dara mereka yang telah dirobek. Begitulah perumpamaannya untuk bagi yang sedang membaca faham perasaan aku.

Pasti ada yang berkata "ahhh, itu lain, ini bola je kot". Itulah dia yang aku katakan tadi, tidak semua akan faham akan nilai ini. Hanya yang mengerti akan kewujudan nilai ini sahaja yang akan faham. Jika peminat bolasepak di Malaysia bersetuju dengan nilai bolasepak negara itu sama nilainya dengan bolasepak kelab maka perlukah lagi kita berbicara soal kemajuan dalam bolasepak Malaysia?? Jika fanatik bola di Malaysia beranggapan satu perlawanan NEGARA menentang KELAB TERNAMA itu sama nilainya dengan perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia maka perlukah lagi kita berbicara soal bagaimana hendak ke Piala Dunia? Jika penyokong bolasepak Malaysia sudah menganggap pencapaian beraksi dalam perlawanan sarkis sebagai satu pencapaian yang sama nilainya dengan pencapaian beraksi dalam satu perlawanan Piala Dunia maka perlukah lagi kita berbicara soal bila agaknya Malaysia nak layak ke Piala Dunia? Jika mereka yang gila bola menganggap hadir ke perlawanan pertunjukan adalah lebih penting dan tinggi nilainya dari menghadirkan diri dalam perlawanan Liga Malaysia maka perlukah lagi kita untuk teruskan liga kebangsaan??

Bukan kah lebih baik kita wujudkan LIGA SARKIS supaya stadium penuh setiap kali perlawanan. Liga Sarkis boleh dianjurkan dari bulan Jun hingga Julai setiap tahun. Boleh mendatangkan keuntungan yang besar. Tidak perlu berhabis duit untuk program akar umbi untuk melahirkan pemain bertaraf dunia kerana jemput sahaja mana-mana kelab ternama dan secara otomatik kita akan dapat pemain yang bertaraf dunia pencapaiannya apatah lagi kalau dapat menjaringkan gol dalam perlawanan itu sudah boleh masuk dalam senarai "100 Pemain Terbaik Malaysia Sepanjang Zaman". Tidak perlu bersusah payah letak objektif untuk layak ke Piala Dunia atau Piala Asia kerana dengan menganjurkan perlawanan dengan kelab-kelab ternama dari Eropah kita secara otomatik sudah dapat beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia dan Piala Asia.

Sedih untuk menerima hakikat ini berlaku dalam bolasepak Malaysia, namun itulah yang kita perlu terima sekarang ini. Bisinglah macam mana pun dekat FAM, caci macam mana pun dekat FAM, bincanglah taktikal macam mana pun di kedai mamak atau di page-page sukan di FB, berbual sampai berbuih mengenai apa yang perlu dibuat untuk menaikkan bolasepak Malaysia tetapi bila dibawa masuk kelab ternama dari Eropah, di bawa pemain terbaik dunia, nak tengok pemain kesukaan dari jarak dekat, semua lupa, semua lupa bahawa yang datang itu KELAB dan yang MALAYSIA itu sebuah NEGARA, semua lupa walaupun 5 minit sebelum itu dialah orang yang paling bising kerana FAM suruh Harimau Malaya dia lawan dengan kelab. Hakikat yang perlu kita semua terima INILAH NILAI BOLASEPAK MALAYSIA.

Jadi perlukah lagi kita berbicara soal untuk layak ke Piala Dunia dan Piala Asia bila kita sendiri telah meletakkan INILAH NILAI BOLASEPAK MALAYSIA??

Sekadar tulisan dan pendapat

Tuesday, July 16, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 29-

Assalamu'alaikum,

Hari ini 7 Ramadhan 1434 dan malam nanti 8 Ramadhan 1434 bakal berlangsungnya satu perlawanan sarkis antara Malaysia menentang Chonburi FC dari Thailand. Maka bermula episod perlawanan sarkis untuk Harimau Malaya dan ini merupakan sambungan dari episod sarkis di negara kangaroo bulan lepas. Nah jadual pertunjukan Harimau Malaya disarkiskan;

16 Julai: Malaysia lwn Chonburi FC (Thai Premier League)
21 Julai: Malaysia lwn Chelsea (English Premier League)
25 Julai: Malaysia lwn Shimizu S-Pulse (J-League)
28 Julai: Malaysia lwn Shonan Bellmare (J-League)
31 Julai: Malaysia lwn Tokyo Verdy (J-League)
10 Ogos:  Malaysia lwn FC Barcelona (La Liga)


Isu perlawanan menentang kelab nih bukan isu baru, dah lama dah, bertahun-tahun dah berlaku dari tahun 80-an sehinggalah tahun ini. Dulu tahun 2011 aku ada tulis juga pasal perlawanan sarkis nih, masa tu, Arsenal, Liverpool & Chelsea datang. Aku memang kutuk habis lah perlawanan sarkis nih. Pada aku, aku menganggap sukad kebangsaan kita telah dilacurkan. Maka ramai juga yang membangkang. Ramai yang kata bagus perlawanan seperti itu kerana pemain dapat belajar, ada yang kata pemain dapat bergeser bahu dengan pemain ternama, dapat tingkatkan kualiti permainan apabila bermain dengan pasukan-pasukan hebat walaupun bertaraf kelab. Ada yang marah-marah. Kalau nak baca klik kat sini Kenapa...Mengapa??? dan Kenapa...Mengapa??? -Bahagian 2-. Tahun 2012 punya perlawanan sarkis aku malas dah nak tulis apa-apa.

Apa yang peliknya ialah selepas 2 tahun iaitu pada tahun 2013, pada bulan Jun bukan main ramai lagi yang bising-bising, marah-marah FAM bawa pasukan Harimau Malaya ke Australia untuk menentang pasukan kelab dan membatalkan perlawanan persahabatan kelas A dengan Singapura. Kecoh heboh riuh satu Malaysia, semua marah, semua angin dengan FAM. Katanya lawan kelab ranking tak naik lah, tak standard lawan kelab divisyen 2 lah, pergi makan angin lah dan macam-macam lagi lah.

Jadi aku menjadi pelik, sebabnya bukan ke orang kita yang minat bola ni semua suka tengok pasukan kebangsaan kita lawan kelab?? tapi bila FAM buat persahabatan lawan kelab di Australia semua bising-bising, pelik!!

Dari situ kita boleh tahu dah kenapa bolasepak Malaysia tak maju, bukan sahaja kerana pengurusan bersikap FAM malah penyokong juga tidak konsisten dalam memaki hamun FAM. Bila kena perlawanan menentang kelab yang mereka suka dan boleh pergi tengok, mereka kata bagus untuk tingkatkan mutu bolasepak tapi bila lawan kelab yang mereka tak suka dan mereka tak boleh pergi tengok mereka lawan kata tak bagus lah apa lah. Cuba itu hari FAM buat rombongan penyokong sekali untuk pergi Australia tengok Harimau Malaya secara percuma, agak-agak ramai tak yang akan bising-bising pasal perlawanan menentang kelab di Australia tu??

Ok nanti ada pula yang guna alasan, kena lah tengok kelab mana nak lawan, kalau kelab divisyen 2 Australia baik tak payah, kalau kelab power-power macam Chelsea ke, Manchester United ke, Liverpool ke, Barcelona ke ok lah jugak, dapat jugak lah belajar sesuatu. HEK EH!!! apa bezanya?? Kelab tetap kelab, dan ranking tidak akan naik dan tidak akan turun juga. Nak belajar tiki taka dalam masa 90 minit?? Dey!!!! Xavi dengan Iniesta belajar tiki taka dari umur belasan tahun lah dey!!! nak suruh pemain Malaysia belajar dalam masa 90 minit campur 2-3 minit masa kecederaan?? Akal letak kat mana??

Dah lah tu, tiket beratus-ratus ringgit, siapa yang untung?? Penganjur yang untung, pemain Malaysia dapat apa?? dapat penat dan dapat habuk. Kelab yang datang di bayar berapa?? Pemain dari kelab tu berapa pulak dapat?? Semua itu sumbangan dari siapa kalau bukan PEMINAT TEGAR BOLASEPAK MALAYSIA..hek eh!!!

Tapi nanti ada jugak yang guna alasan, alaaaa dapat tiket free pergi je lah. Dey!! tiket tu memang kau dapat free tapi sebelum kau dapat free ada makhluk yang dah pegi beli tiket tu dan bagi percuma dekat kau, faham?? bermakna sama juga duit masuk kepada penganjur dan tiap-tiap tahun penganjur kutip duit percuma sahaja hasil kerjasama dengan FAM dalam usaha meningkatkan mutu bolasepak Malaysia yang dibiayai sepenuhnya oleh PEMINAT TEGAR BOLASEPAK MALAYSIA.

Tapi kali ini memang betul-betul terkena dan membuktikan sikap penyokong Malaysia yang sebenar..hahahaha...aku memang gelak je lah..lawan kelab nih kelab tu bising marah..lawan kelab BPL La Liga hurmmmm...ok gak tu...hahahaha...prinsip habis tunggang langgang sebab kepentingan peribadi..macam FAM jugak.

Bagi aku semua perlawanan pasukan kebangsaan lawan kelab memang tidak membawa hasil apa-apa. Itu bukan perlawanan persahabatan itu perlawanan pertunjukkan. Biar ke Jepun sekalipun kalau setakat nak main dengan kelab untuk pendedahan tak payah lah, kalau nak pendedahan bawak pasukan bawah 17 tahun ke Jepun lawan dengan kelab-kelab sana, ya itu boleh panggil pendedahan, ini dah besar panjang, pasukan senior baru kau nak dedah sana dedah sini itu namanya FAM.

BERPRINSIP BIAR KONSISTEN

Sekadar tulisan dan pendapat.

Monday, July 01, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 28-

Assalamu'alaikum,

Kalau minggu lepas aku tulis pasal "TEORI DATUM" dan teori itu tak menjadi dalam perlawanan minggu lepas, makanya minggu ini aku nak kongsi satu lagi keindahan bolasepak Malaysia.

Kita semua tahu sekarang Lions XII duduk paling atas dengan 40 mata diikuti Selangor & JDT masing-masing dengan 36 mata dan baki perlawanan Liga Super tinggal 2 perlawanan iaitu berjumlah 6 mata.

Untuk perlawanan ke-21 esok aku rasa Selangor & JDT akan menang untuk menaikkan jumlah mata mereka ke 39 mata masing-masing manakala Lions XII akan seri dengan Felda United dan jadikan jumlah mata mereka 41 mata.

Makanya perbezaan mata hanya 2 di antara tempat ke-3, ke-2 dan teratas, dan perbezaan 2 mata itu ialah 1 perlawanan yang mana akan berlangsung perlawanan liga terakhir pada Sabtu ini 6hb Julai. JDT akan menentang Selangor di Larkin, Kelantan akan menentang Lions XII di Kota Bharu.

Ingat lagi musim 2011-2012 dalam BPL macam mana diaorang main sampai hari terakhir untuk rebut kejuaraan antara Manchester City & Manchester United. Itu antara 2 pasukan sahaja, ini 3 pasukan sekaligus. lagi masyukkkkkkk!!

Kenapa aku kata masyuk? Bayangkan 3 pasukan, kebetulan 2 pasukan akan berentap sesama sendiri pula dan satu lagi akan menentang pasukan yang baru dapat kejuaraan Piala FA. HOT tak?? Naik tak rating di TV untuk siaran langsung nanti?? 2 siaran langsung, berapa ramai penonton seluruh Malaysia nanti? berapa banyak iklan yang akan di beli nanti?? UNTUNG BUKAN??

Masyuk lagi?? kutipan tiket, di Larkin sudah pasti penuh melimpah-limpah sebab perlawanan nak rebut kejuaraan, sudah tu dengan Selangor pula. Kota Bharu juga sudah pasti melimpah kerana menentang Lions, untuk elak piala menyeberang tambak pula ditambah baru lepas jadi juara Piala FA. Melimpah tak stadium MASYUK TAK?? Tapi setiap perlawanan pun dua-dua stadium tu penuh cuma kalau perlawanan begini melimpah lah.

Bookmakers pun masyuk jugak kerana sudah pasti pertaruhan akan melonjak kerana ianya melibatkan 3 pasukan besar dan 2 perlawanan besar. ADA UNTUNG?? 

Cuba fikir, selalunya perlawanan liga nih susunannya ialah siapa yang kita lawan masa perlawanan pertama dulu kita akan lawan semula pada perlawanan terakhir liga kalau ikut susunan yang standard lah, tapi di Malaysia nih mereka susun jadual ikut suka hati, jadi adakah secara kebetulan yang JDT akan berjumpa dengan Selangor untuk perlawanan terakhir liga dan dalam pada masa yang sama kedua-dua pasukan berpotensi merebut kejuaraan Liga Super manakala pasukan teratas liga pula akan bermain dengan "TOP TEAM" di Malaysia iaitu Kelantan walaupun pasukan ini tidak ada dalam radar kejuaraan Liga Super. Kenapa susunannya begitu?? Adakah ianya betul secara kebetulan?? ATAUUUUUUUUUUUUUUU....

Benda-benda macam nih tak kan pemain yang buat ye dak?? tak kan jurulatih yang susun kan?? tak kan pak guard yang bikin?? ini semua pihak pengurusan lah. Sama seperti "TEORI DATUM" aku minggu lepas, itu bukan kerja pemain dan jurulatih, itu kerja pengurusan tertinggi pasukan. Tetapi bila dah ditulis dan di stadium di pekik di jerit akan "TEORI DATUM" ini minggu lalu, Alhamdulillah tak menjadi teorinya.

Esok kita lihat sama ada teori ini akan berlaku atau tidak. Mungkin bila dah ditulis dan disebarkan, toeri ini sekali lagi tidak akan menjadi kenyataan. kita tunggu dan lihat esok perlawanan ke-21 Liga Super musim 2013.

Walau apa pun aku tetap akan turun ke stadium untuk pasukan Merah Kuning aku. InsyaALLAH esok ke Stadium Shah Alam dan Sabtu ini ke Larkin kalau tiada aral melintang. Kenapa??

Sebab dalam keadaan sekarang bukan masanya untuk boikot, kerana mereka tidak kisah kalau kita tidak hadir, tetapi kalau kita hadir dan bising-bising pasal kegiatan mereka, mereka akan panas pungkok. Contoh paling baik ialah apa yang dilakukan oleh KLU(Kuala Lumpur Ultras) untuk pasukan mereka. Dalam pada ramai anak kota tidak peduli ada sekelompok kecil yang masih peduli dan sayang pada bolasepak Malaysia telah membuatkan orang-orang ini panas pungkoknya.

Sekadar tulisan dan pendapat.

Tuesday, June 25, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 27-

Assalamu'alaikum,

Aku lama dah tak menaip nih, tiba-tiba hari ini ada kelapangan dan ada ketenangan jiwa untuk menaip. Sebenarnya aku nak cerita pasal pasukan Selangor & pasukan Selangor PKNS yang kedua-duanya bermain dalam Liga Super.

Malam ini Selangor PKNS akan menentang Selangor di Stadium Shah Alam tetapi Selangor akan bermain sebagai pasukan pelawat bukan tuan rumah. Tetapi itu bukan apa yang aku nak cerita, bukan mengenai pemain, taktikal dan sebagainya.



Aku cuma ingin berkongsi keindahan bolasepak Malaysia sahaja. Semua tahu yang di belakang jersi pasukan Selangor tertera nama DATUM CORP. Apa itu Datum Corporation?? Apa kena mengena Datum dengan PKNS dan Selangor??

Semua tahu Selangor PKNS adalah pasukan di bawah seliaan dan tajaan syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), apa kena mengena dengan Datum?? Datum pula syarikat yang ada kena mengena dengan PKNS, jadi apa kena mengenanya dengan Selangor FA?? Selangor FA ditaja oleh Datum Corporation sebanyak RM500k dengarnya. Jadi apa masalahnya??

Memang nampak seperti tiada masalah bukan??? Ok mari aku terangkan sikit, Selangor FA ditaja Datum, Datum ada kena mengena dengan PKNS dan PKNS miliki Selangor PKNS FC. Jadi?? mana masalahnya??

Masih tak nampak lagi kan?? memang licik. Baik, sekarang aku terangkan lagi sikit, Selangor PKNS yang akan menentang Selangor malam ini adalah sebenarnya pasukan yang menaja Selangor FA, maksudnya ialah pemilik Selangor PKNS FC adalah syarikat yang sama menaja pasukan Selangor FA. Nampak dah masalahnya??

Kalau tak nampak lagi, senangnya begini, macam mana nanti satu pasukan yang ditaja nak main dengan pasukan yang menaja mereka?? Bagi pemain mungkin tiada masalah, mereka boleh bermain tetapi bagi pengurusan, bagaimana pengurusan pasukan yang ditaja nak menjaga hati pengurusan pasukan yang menaja? Tak kan nak malukan penaja, betul??

Masa nak duit dulu melobi bukan main, hari-hari tunjuk muka, lobi sana lobi sini, nah diberikan RM500k, jadi bila dah dapat tak kan kita nak makan balik orang yang bagi duit ke kita, betul??

Sudahnya apa akan jadi dengan perlawanan malam ini?? Selangor PKNS FC lwn Selangor FA, apa akan jadi??

Harap tiadalah usaha-usaha dari pihak pengurusan pasukan yang ditaja untuk mengatur perlawanan supaya dapat keputusan yang boleh menggembirakan dan menjaga hati penaja hanya kerana RM500k yang diberikan oleh penaja. Apa?? ingat mengatur perlawanan ni kerja bookie jek?? Kes-kes macam nih pun patut diambil kira dan dipandang serta disiasat.

Indah bukan bolasepak Malaysia?? :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.


Tuesday, April 16, 2013

Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos a.k.a. Stadium Larkin

Assalamu'alaikum,

Tajuk bukan lagi Presiden FAM Sila Letak Jawatan, kerana aku ingin memberi sedikit penghormatan kepada Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos atau lebih dikenali dengan nama Stadium Larkin.

Pada 6hb April 2013 yang lalu aku ke Stadium Larkin untuk menyaksikan perlawanan Suku Akhir Piala FA antara JDT dan Selangor. Walaupun agak dah lama berlalu tapi aku saja nak kongsi pengalaman aku ke sana walaupun aku tahu bukan aku sorang je yang ada pengalaman ke sana. Aku bukan nak bercerita pasal taktikal atau game play. Aku ank cerita pasal suasana atau atmosfera di Stadium Larkin. 

Dalam masa 2-3 tahun ini aku dapat rasa suasana bolasepak yang sebenar hanya di Stadium Sultan Muhammad ke-IV tapi kini ada satu lagi stadium di Malaysia yang boleh memberikan anda atmosfera yang menaikkan bulu roma atau suasana bolasepak yang sebenar iaitu di Stadium Larkin. Seperti yang kita sedia maklum orang-orang Johor sudah mula keluar tengok bola di stadium sejak Presiden PBNJ melakukan perubahan yang drastik dalam bolasepak Johor. Tahun-tahun sebelum ini Stadium Larkin memang lengang dan adalah 40-50 orang yang datang tengok bola Johor di stadium sehingga lah tahun ini, tidak pernah lagi Larkin itu kosong tanpa penonton.

Satu perkembangan yang baik untuk bolasepak Malaysia dan bolasepak Johor khususnya. Memang aku sangat teruja di saat aku masuk sahaja ke kawasan Datin Halimah menuju ke Larkin, sudah kelihatan kereta dan motorsikal berpakaian seba merah dan biru memberitahu secara langsung yang mereka akan ke stadium. Masuk sahaja kawasan larkin dari Jalan Langkasuka sebelah Balai Polis Larkin, TU DIAAAAAAAAAAAAAAA!! dah beratur kereta tepi jalan sampai ke lampu isyarat balai polis. Hampir satu jam juga aku baru dapat tempat untuk letak kereta. Aku cakap "pergh!! 2-3 tahun lepas datang Larkin senang lenang nak cari parking". Deus yang pandu kereta dah membebel itu ini pasal susah nak cari tempat letak kereta. Satu perkembangan yang baik, aku mula dah teruja dengan suasana sebegitu, memang kelas A.

Aku berjalan dengan Adel(capo UltraSel), Kaede(TV Al-Hijrah) dan Deus(pemilik Lejen Press & Mr. On The Way) menuju ke stadium dan perasaan teruja aku semakin membuak-buak disebabkan oleh suasana dan keadaan persekitaran Stadium Larkin ketika itu. Tiket sudah "sold out" tetapi masih lagi ada orang yang mencari tiket. Susah nak dapat keadaan sebegitu selain dari di SSM ke-IV Kota Bharu. Semua dengan baju Harimau Selatan, Luaskan Kuasamu dan warna Merah Biru. Agak sukar untuk mencari warna lain selain merah dan biru. Jersi kelab-kelab luar kebanggaan Malaysia juga sukar ditemui walaupun ada seorang dua yang menyarungnya tetapi orang kata "tak bersepah" lah, yang bersepah hanya warna merah dan biru. Aku jumpa Tom a.k.a. Zulkifli Syabas untuk dapatkan tiket aku dan terima kasih banyak-banyak Tom sebab sanggup datang sehari awal hanya untuk belikan kami semua tiket. Lepas dapat tiket aku terus masuk ke dalam stadium, dan waktu tu dalam jam 8:00pm kalau tak silap aku, dah penuh seluruh, segenap pelusuk stadium.

Ini masa warm up pun dah rabak penuh


Ini Larkin
Itu buktinya, penuh sepenuh-penuhnya dengan orang-orang Johor yang datang mungkin ada dari Segamat, Muar, Pontian, Kota Tinggi, Batu Pahat, Benut dan lain-lain kawasan di Johor. Sepanjang pengalaman aku di Larkin ada satu benda yang paling buat aku gila menjerit ialah ini;

Ini namanya KEGILAAN..INI GILA!!
Selesai lagu negeri Johor, satu stadium dengan sehati sejiwa melontarkan resit ke dalam padang, masa kejadian ini, aku punya lah teruja, menjerit aku dan aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku waktu itu, tetapi memang terbaik, satu stadium betul-betul sehati sejiwa untuk pasukan mereka bukan untuk kumpulan atau kelompok masing-masing. Ini memang "RARE" dan ini adalah sejarah bagi aku.

Itu bukan saja satu-satunya benda yang RARE berlaku di Stadium Larkin, penyokong Selangor juga semuanya sehati sejiwa menyokong pasukan Merah Kuning di Larkin. Memang sesuatu yang gempak bila SSFC dan UltraSel bergabung tenaga untuk gergasi merah. Satu perkembangan yang baik juga untuk bolasepak Selangor dan harap ianya akan berterusan untuk kita lebih maju ke hadapan bukan ke belakang. Bila uS sorak SSFC ikut dengan pukulan gendang mereka, bila SSFC sorak uS ikut alunan sorakan mereka, tak boleh nak gambarkan perasaan aku waktu itu, terbaik!! BERSATU KITA LEBIH TEGUH BERSENGKETA KITA AKAN ROBOH. Semua yang hadir ke Stadium Larkin pada malam itu Tip Top.

Ada satu ketika itu satu stadium bersorak dengan lagu Ale Ale Ale..Ayuh Johor, Ayuh Johor, Luaskan Kuasamu Johor, Kami ada, Kami ada, Setia bersamu Johor..Ale Ale..Ale Ale..Ale Ale Ale Ale..SATU STADIUM sorak lagu tu, memang naik bulu roma bila dengar.

Aku cuma nak kongsi sedikit pendapat sahaja. Apa yang diusahakan oleh Presiden PBNJ itu memang terbaik dan berjaya mengubah lanskap bolasepak Johor serta menarik kembali minat warga Johor untuk ke stadium. Fasa pertama telah pun berjaya dengan cemerlang dan kini tibalah keadaan yang paling susah dan sukar iaitu bagaimana hendak mengekalkan keadaan, situasi serta atmosfera yang menaikkan bulu roma itu untuk tahun-tahun yang akan datang. Benda tengah baru dan panas semua orang akan suka dan teruja tetapi bila lama kelamaan nanti adakah atmosfera yang sama akan kekal di Larkin??

Pada aku untuk mengekalkan suasana dan atmosfera seperti di Larkin atau di SSMIV, setiap orang yang hadir ke stadium itu perlu ada PASSION atau semangat dalam jiwa untuk pasukan. Jangan datang sokong pasukan sebab individu, jangan datang sokong Johor sebab Presiden PBNJ, sokong Johor sebab anda anak Johor, Johor pasukan anda. 


FOOTBALL IS NOT A TREND OR FASHION..IT IS A PRIDE AND PASSION

Aku harap suasana dan atmosfera yang menaikkan bulu roma ini akan kekal di Larkin dan akan menular ke stadium-stadium lain di Malaysia ini. SUPPORT LOCAL FOOTBALL dan tahniah orang-orang Johor, KEKALKAN BOLASEPAK SEBENAR DI STADIUM MU!!

Sekadar tulisan dan pendapat.

Friday, March 22, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 26-

Assalamu'alaikum,

Sebentar sahaja lagi perlawanan ke-2 Kelayakan Piala Asia 2015 antara Malaysia dan Yemen akan berlangsung di Stadium Shah Alam jam 8:45pm

Secara statistiknya, Harimau Malaya dan Yemen ini boleh dikatakan lawan buku temu ruas, lebih kurang sama kekuatan kalau dinilai dari segi prestasi liga tempatan mereka dan juga ranking.

Malaysia berada di kedudukan ke-164 manakala Yemen di kedudukan ke-170 bermakna Malaysia lebih baik prestasi berdasarkan ranking. Liga Malaysia diletakkan di bawah kategori D oleh penilaian AFC Pro League Comittee manakala Liga Kebangsaan Yemen pula tidak dinilai langsung oleh AFC Pro League Comittee, bermakna di sini prestasi pemain-pemain kita sepatutnya lebih baik dari Yemen kerana kita bermain dalam liga yang lebih baik dari mereka. Pasukan dari liga Yemen juga tidak layak untuk beraksi dalam kejohanan ACL atau AFC Cup berbanding kita mempunyai 2 slot untuk beraksi di kejohanan Piala AFC. Jadi sepatutnya memang Harimau Malaya kita mempunyai banyak kelebihan dalam perlawanan malam ini.

Kredit :- Dunia Sukan
Namun dalam bolasepak, apa yang berlaku bukan bergantung pada apa yang tertulis di atas kertas atau apa yang terjadi di atas padang hijau, ia juga melibatkan faktor-faktor lain.  

Dari apa yang aku lihat kita ada peluang untuk menang malam ini sekaligus membuka ruang kembali untuk layak ke Piala Asia 2015. Berat hati aku mengatakan yang Malaysia akan memperolehi kemenangan malam ini dan kita semua yang ke stadium akan pulang dengan gembira. Namun jika berlaku sebaliknya, itu bukan aku yang tentukan.

Apa-apa pun jom kita ke stadium malam ini, esok pun cuti, aku rasa kita boleh malam ni, kita boleh menang insyaALLAH.

Kredit :- UM07
JOM KE STADIUM SOKONG MALAYSIA DAN MAKI HAMUN FAM!! 

Sekadar tulisan dan pendapat.  

P/S:- Terima kasih Norazman sahabat PFSLJ aku atas sedikit info yang diberikan pada hal yang aku tak pasti 

Wednesday, March 20, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 25-

Assalamu'alaikum,

Agak lama tak menaip nih, ini aku nak berkongsi pasal perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 pada Jumaat ini jam 8:45pm antara Malaysia dan Yemen. Seperti yang kita semua sedia maklum, Harimau Malaya telah tewas pada perlawanan pertama dengan Qatar 0-2 dan Jumaat ini merupakan perlawanan ke-2 peringkat kumpulan di mana kita harus menang bagi membuka laluan untuk kita layak ke Piala Asia 2015, seri pun ok cuma kalau menang lebih mudah untuk pasukan kita.

Mengenai peluang kita, rata-rata rakyat bolasepak tidak memberikan keyakinan terhadap pasukan Harimau Malaya untuk menang dengan Yemen, begitu juga aku, tetapi itu semua tidak mustahil, sebagai penyokong aku memang mahukan Malaysia menang dan pergi ke Piala Asia 2015 nanti. Namun kadang-kadang dalam hidup kita perlu menerima hakikat sebenar kemampuan kita. Walau apa pun aku mengharapkan yang terbaik dari barisan pemain dan seboleh-bolehnya kita menang Jumaat nanti. Boleh bukan tak boleh.

Keduanya aku nak cakap pasal BOIKOT GAME MALAYSIA. Kita dengar-dengar ada yang boikot game Harimau Malaya sebab bengang dengan FAM. Aku banyak kali diajukan soalan mengenai boikot game nih. Pendapat aku senang jek, nak boikot apa? Stadium pun setiap kali game dah macam kena boikot walaupun takde yang boikot, apa lagi yang nak diboikot?? Pada aku boikot game nih tak sesuai diguna pakai di Malaysia buat masa sekarang ini. Kenapa? Sebab kalau kita boikot atau tidak, FAM tidak peduli, mereka dapat peruntukan dari kerajaan walaupun takde seorang pun yang datang menonton perlawanan. Lagipun orang kita nih susah bab-bab boikot nih.

Kemudian ada yang kata, "dari aku bagi duit kat FAM baik aku makan atau belanja benda lain". Betul, itu aku setuju, tapi ingat nak ke stadium bukan semestinya anda ada tiket ye tak?? Satu lagi, pada aku, aku anggap aku bayar tiket untuk setiap perlawanan itu bukan untuk FAM tetapi untuk Harimau Malaya aku dan juga itu adalah tiket untuk aku caci maki kutuk FAM supaya dia dengar. Kenapa?? Sebab kalau kita pergi stadium, kita laungkan maki hamun pada FAM dalam stadium, diaorang dengar. Cuba bayangkan satu stadium bergema "FAM Bodoh" atau "FAM Bangsat" atau "Presiden FAM Letak Jawatan", cuba anda bayangkan, tak merah pekak telinga orang Kelana Jaya. Kalau kita tak pegi stadium duk maki dalam FB & Twitter, diaorang dengar??

Lagipun orang kita nih kan pandai dalam bab maki hamun caci mencaci, jadi kenapa tak gunakan kepakaran yang ada pada kita untuk menentang FAM. Bukankah lebih baik. Kita semua ada kepakaran dalam maki hamun caci mencaci, pegi stadium gunakan kepakaran yang kita ada. Ini ada yang marah bukan main marah, bila masuk stadium diam seribu bahasa, bila ada orang kutuk caci, dia katanya bukan budaya kita, habis BODOH BERPANJANGAN MACAM FAM tu budaya kita ke?? Tapi dia bila di alam maya, dia lah paling hebat mengutuk, mengkeji sana sini, itu ini bagai semuanya, tapi tak nak gunakan kepakaran yang dia ada di alam realiti. 

Memang bukan budaya kita itu semua, tapi macam aku cakap, kita kena terima hakikat yang orang kita memang pakar dalam aspek nih, aspek caci maki hamun nih, jadi kenapa tak gunakan kepakaran yang ada??

Anda pejam mata dan bayangkan setiap perlawanan membabitkan Malaysia stadium ramai dan penuh, kemudian bergema dengan teriakan dan sorakan FAM Bodoh atau FAM Bangsat, macam mana sorakan Referee Bodoh, atau teriakan Booo pada pihak lawan, cuba bayangkan sorakan sebegitu kita bagi pada FAM setiap kali perlawanan, bayangkan kesan psikologi terhadap orang-orang di FAM, itu sebenarnya salah satu cara untuk kita lepaskan geram kepada mereka, jalan dan saluran yang kita ada hanyalah di stadium dan SUARA adalah medium paling utama dan penting untuk kita tekan FAM sebab HANYA SUARA YANG MEREKA TIDAK BOLEH RAMPAS DARI KITA.

CUMANYA KITA KENA LABUR SIKIT WANG LAH UNTUK KERJA-KERJA DIATAS, tapi kita dapat pakej apa, dapat tengok bola, dapat sokong pasukan kita, pada masa yang sama dapat menjahanamkan rejim Kelana Jaya.

JUMAAT 11 JAMADILAWAL 1434(22HB APRIL 2013), STADIUM SHAH ALAM JAM 8:45PM KITA KE SANA BAWA SEMANGAT NAK SOKONG MALAYSIA DAN BAWA SEKALI PERASAAN BENCI, BENGANG, DENDAM PADA FAM, KITA BUANG SEMUA KAT DALAM STADIUM..KITA MAKI!!!KITA MAKI!!!KITA MAKI!!! INGAT INI SOAL KEPAKARAN YANG ADA PADA ORANG KITA, JADI AYUH KITA GUNAKAN KEPAKARAN INI UNTUK BOLASEPAK MALAYSIA.


MAKI FAM JE BUKAN PASUKAN YE ;-)

Sekadar tulisan dan pendapat.     

Friday, February 22, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 24-

Assalamu'alaikum,

Aku nak kongsi cerita aku semalam, aku tengah nak beli barang dekat Giant Seksyen 18, sekali jumpa pakcik nih, aku kenal lama dah dia nih, dia kira minat bola gila-gila jugak lah, penyokong Selangor dia nih, aku pun tegur dan dia pun tegur aku balik kemudian kami borak-borak sampai masuk bab bola, macam biasa lah dia tanya, "pegi stadium lagi?" aku pun jawab "pegi, mesti pegi", dia pun terus balas "acik malas dah nak pegi stadium, kita pegi tengok diaorang main bukan main betul-betul, dengan rasuah sana sini, buang masa". Aku macam biasa terus sambung "alaa cik, atur game nih dalam mana-mana liga kat dunia nih ada, bukan kat Malaysia je", kemudian dia balas "takde, cuba kau tengok orang putih main, diaorang main sungguh-sungguh, all out every game, kita nak tengok pun sedap, syok". Dia sambung lagi "takde lah kita rasa kena tipu, ini main nak tak nak, kita tengok buat sakit hati, main sebab duit, takde sungguh-sungguh". Aku masuk semula "serius cik, sekarang nih kat eropah sana tengah kecoh pasal pasal sindiket jual game dalam liga diaorang & champions league, sampai Interpol, Europol pun dah campur tangan" tambah aku lagi "katanya dekat 300 game lebih kat sana yang diaorang atur campur lah liga dengan champions league". Pakcik tu pun balas "ye ke? pakcik tak tahu pun, takde keluar berita ke suratkhabar pun cakap".

Aku pun sambung-sambung borak sampai setengah jam jugak lah berdiri berbual dengan dia, sampai aku sedar dah lewat, aku pun minta diri. Aku sebenarnya kongsi cerita nih sebab aku nak bezakan di Malaysia dan di luar. Di negara kita nih kalau cerita pasal atur perlawanan, walaupun cerita pemain tu baru dipanggil SPRM ataupun baru disyaki dan belum ada laporan apa-apa pun, terus dapat liputan meluas media, tapi bila ada berita tentang atur perlawanan liga luar takde pulak nak heboh-heboh.

Kenapa?? Nak jaga rating siaran langsung ke?

Ini kalau rajin baca lah;


Itu semua cerita-cerita panas mengenai gejala mengatur perlawanan yang dikatakan melibatkan beratus-ratus perlawanan dalam liga-liga utama di eropah dan UK serta perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Kenapa tiada liputan di media utama sebagaimana liputan terhadap gejala mengatur perlawanan tempatan?? Nak jaga sponsor liga-liga eropah ke?     

Aku bukan apa, cuma terkilan. Kita diceritakan tentang keburukan pemain kita liga kita sehinggakan ada yang tak mahu pergi stadium sebab takut ditipu. Itu persepsi sesetengah mungkin majoriti orang kita terhadap bolasepak Malaysia, tetapi kenapa mereka tiada persepsi sebegitu terhadap liga luar?? walaupun hakikatnya perkara yang sama juga berlaku di sana.

Sebabnya kalau pemain tu amik rasuah ceritanya keluar muka depan, tapi kalau pemain tu score hatrik, cerita dia kecik dekat hujung suratkhabar sebab cerita yang besarnya pula, cerita kehebatan liga luar, liga kita?? kalau cerita jual game dapatlah kalahkan cerita BPL baik di media elektronik mahupun media cetak. Macam mana orang kita nak ada pandangan atau persepsi yang baik terhadap liga Malaysia??

Orang luar tak jaja satu dunia keburukan liga diaorang ada gejala atur perlawan walaupun ada sebenarnya sampaikan umum tidak tahu dan menganggap segala-gala yang berlaku dalam liga diaorang itu semua "MIRACLE", "GREATEST COMEBACK", "GIANT KILLER CLUB", tapi berbeza terhadap persepsi umum pada Liga Malaysia, kerana apa? kerana orang kita disaji dengan cerita buruk gejala atur perlawanan ini.

INI HAKIKAT YANG PERLU DITERIMA DAN DIPERJELASKAN KEPADA UMUM BAHAWA GEJALA MENGATUR PERLAWANAN INI BUKAN HANYA ADA DALAM LIGA MALAYSIA SAHAJA TETAPI JUGA DALAM LIGA-LIGA SELURUH DUNIA TERMASUK LIGA-LIGA YANG DIPERTONTONKAN KEPADA KHALAYAK UMUM SABAN MINGGU DAN JUGA DALAM LIGA YANG UMUM SANGGUP BERSENGKANG MATA MENONTON YANG KONONNYA BOLASEPAK BERKUALITI. 

Alasan anda tidak mahu sokong liga Malaysia sebab rasuah aku rasa dah tak relevan lagi, jadi kenapa anda tidak menyokong pasukan tempatan yang ada kena mengena dengan anda?? Jawapan ada pada anda, mungkin kalau tiada jawapan, ada alasan yang boleh digunakan.

SUPPORT LOCAL FOOTBALL

Sekadar tulisan dan pendapat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...