Monday, July 09, 2012

Presiden FAM SIla Letak Jawatan -Bahagian 11-

Assalamu'alaikum,

Kali ini nak kongsi cerita pasal bookie. Dari apa yang aku lihat sekarang, perancangan bookie adalah untuk menarik pasukan-pasukan negeri untuk bermain dalam liga FAM. Ternyata sekarang mereka berjaya menarik pasukan Pulau Pinang, Melaka dan yang terbaru Perlis. Tidak mustahil bakal menyusul nanti ialah Kuala Lumpur.

Apa tujuan mereka?? Mereka mahu naikkan pasukan kelab ke Liga Super dan Premier kerana itu akan memudahkan lagi kerja mereka untuk mengatur perlawanan. Kenapa?? Kerana pasukan kelab tidak melibatkan exco-exco dalam pemilikan pasukan tetapi hanya akan dimiliki oleh individu oleh itu lebih mudah untuk mengatur.

Sebagai contoh, jika pasukan A dimiliki oleh individu dan individu itu ialah bookie, maka mudah untuk mereka melakukan kerja mengatur perlawanan kerana pemain seharusnya patuh pada pemilik kelab yang mereka bermain. Berbeza jika mereka ingin mengatur perlawanan untuk pasukan negeri, mereka tidak boleh atur dengan presiden FA Negeri kecuali presiden FA Negeri itu juga adalah seorang bookie. Jadi lebih sukar untuk mereka mengatur kerana perlu pergi kepada pemain-pemain dan kemungkinan juga mereka harus bersaing dengan bookie-bookie yang lain dalam pasukan itu kerana di situ tiada pemilikan ke atas pasukan.

Jadi di sini pihak bertanggungjawab seperti polis dan SPRM harus memainkan peranan dalam menghapus gejala ini. Saya percaya mereka sebenarnya sudah tahu siapa dan yang mana cuma tiada tindakan hingga kini, yang ada cuma ikan bilis yang ditangkap. Saya juga percaya pasukan-pasukan seperti Perlis, Melaka, Pulau Pinang tahu akan kewujudan kes mengatur perlawanan dalam pasukan masing-masing dan saya percaya pasti mereka sudah membuat laporan polis.

Persoalannya di sini ialah, MENGAPA SPRM DAN PDRM TIDAK BERTINDAK?? Adakah ada tangan atau kuasa hebat menahan?? Cuba kita fikir, kuasa dan kabel yang besar macam mana diperlukan untuk menahan pihak berkuasa seperti PDRM dan agensi besar seperti SPRM dari menjalankan tugas mereka?? Anda fikir lah, ini semua kalau tak dibendung bakal menjahanamkan bolasepak kita.

Liga-liga di negara lain juga ada gejala mengatur perlawanan seperti di Malaysia tetapi persoalannya mengapa liga mereka boleh maju dan berada di gred yang lebih baik tahapnya? Anda fikir sendiri apa perbezaan liga-liga luar dengan Liga-M. Susah kalau pemaju sendiri tidak mahu memajukan tetapi terus berada di situ sebagai pemaju.

Akhir kata PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN..

Sekadar tulisan dan pendapat.

Friday, July 06, 2012

Presiden FAM SIla Letak Jawatan -Bahagian 10-

Assalamu'alaikum,

Ramai tengah kecoh pasal FAM tidak kemukakan bantahan kepada AFC mengenai kes pasukan Myanmar menggunakan pemain lebih umur. Aku tak terkejut pun, nak kecewa pun tidak kerana kebodohan mereka ini sudah sampai tahap yang kau tak larat nak kecewa, nak sedih, nak marah tapi kebodohan mereka dah sampai tahap untuk aku gelak sahaja. Perasaan marah, sakit hati, kecewa itu semua telah kurang akibat kebodohan yang melampau.

Ini pendapat dan perkiraan aku, betul atau tidak aku tak tahu. Kenapa FAM tidak mahu menghantar bantahan. Mungkin satu sahaja alasanya iaitu Presiden FAM barangkali tidak mahu bermusuhan dengan MFF(Myanmar Football Federation) kerana Presiden FAM mungkin akan memerlukan sokongan dari pihak MFF sekiranya Presiden FAM ingin bertanding dalam merebut kembali kerusi Presiden AFC dan juga tidak mahu menggugat kedudukannya sebagai Presiden AFF. Jadi pendekatan lebih kurang telah diambil bagi merealisasikannya. Biar bolasepak Malaysia rugi, biar penyokong bertempik marah kerana kepentingan peribadi lebih penting dalam situasi ini.

Bagaimana untuk merealisasikan impian rakyat bolasepak Malaysia yang ingin menyaksikan skuad Harimau Muda beraksi di pentas akhir Piala Asia B22?? FAM akan melobi dengan kuasa, kedudukan serta kabel yang ada untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah dan dengan itu secara otomatik pasukan Harimau Muda akan layak. Jadi itu lah permainan mereka di Kelana Jaya.

Sekiranya ini berlaku maka kepentingan peribadi dapat dibela dan impian rakyat bolasepak dapat direalisasikan juga dalam masa yang sama.

Apa-apa pun bolasepak Malaysia bakal dipimpin oleh presiden yang sama jika benar Presiden FAM yang ada sekarang ingin merebut kerusi Presiden AFC. Mustahil untuk Presiden FAM meletakkan jawatan kerana jika letak jawatan maka peluang untuk jadi Presiden AFC tertutup terus.

Jangan percaya bulat-bulat apa yang aku tulis kerana ini hanyalah pendapat peribadi aku sahaja yang aku ingin kongsikan dengan anda semua. Saja seronok-seronok. 

Ayuh semua terus berharap agar Presiden FAM meletakkan jawatan.



Sekadar tulisan dan pendapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...