Monday, July 09, 2012

Presiden FAM SIla Letak Jawatan -Bahagian 11-

Assalamu'alaikum,

Kali ini nak kongsi cerita pasal bookie. Dari apa yang aku lihat sekarang, perancangan bookie adalah untuk menarik pasukan-pasukan negeri untuk bermain dalam liga FAM. Ternyata sekarang mereka berjaya menarik pasukan Pulau Pinang, Melaka dan yang terbaru Perlis. Tidak mustahil bakal menyusul nanti ialah Kuala Lumpur.

Apa tujuan mereka?? Mereka mahu naikkan pasukan kelab ke Liga Super dan Premier kerana itu akan memudahkan lagi kerja mereka untuk mengatur perlawanan. Kenapa?? Kerana pasukan kelab tidak melibatkan exco-exco dalam pemilikan pasukan tetapi hanya akan dimiliki oleh individu oleh itu lebih mudah untuk mengatur.

Sebagai contoh, jika pasukan A dimiliki oleh individu dan individu itu ialah bookie, maka mudah untuk mereka melakukan kerja mengatur perlawanan kerana pemain seharusnya patuh pada pemilik kelab yang mereka bermain. Berbeza jika mereka ingin mengatur perlawanan untuk pasukan negeri, mereka tidak boleh atur dengan presiden FA Negeri kecuali presiden FA Negeri itu juga adalah seorang bookie. Jadi lebih sukar untuk mereka mengatur kerana perlu pergi kepada pemain-pemain dan kemungkinan juga mereka harus bersaing dengan bookie-bookie yang lain dalam pasukan itu kerana di situ tiada pemilikan ke atas pasukan.

Jadi di sini pihak bertanggungjawab seperti polis dan SPRM harus memainkan peranan dalam menghapus gejala ini. Saya percaya mereka sebenarnya sudah tahu siapa dan yang mana cuma tiada tindakan hingga kini, yang ada cuma ikan bilis yang ditangkap. Saya juga percaya pasukan-pasukan seperti Perlis, Melaka, Pulau Pinang tahu akan kewujudan kes mengatur perlawanan dalam pasukan masing-masing dan saya percaya pasti mereka sudah membuat laporan polis.

Persoalannya di sini ialah, MENGAPA SPRM DAN PDRM TIDAK BERTINDAK?? Adakah ada tangan atau kuasa hebat menahan?? Cuba kita fikir, kuasa dan kabel yang besar macam mana diperlukan untuk menahan pihak berkuasa seperti PDRM dan agensi besar seperti SPRM dari menjalankan tugas mereka?? Anda fikir lah, ini semua kalau tak dibendung bakal menjahanamkan bolasepak kita.

Liga-liga di negara lain juga ada gejala mengatur perlawanan seperti di Malaysia tetapi persoalannya mengapa liga mereka boleh maju dan berada di gred yang lebih baik tahapnya? Anda fikir sendiri apa perbezaan liga-liga luar dengan Liga-M. Susah kalau pemaju sendiri tidak mahu memajukan tetapi terus berada di situ sebagai pemaju.

Akhir kata PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN..

Sekadar tulisan dan pendapat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...