Thursday, March 29, 2012

Jenaka - Bahagian 5-

Assalamu'alaikum,

Saja nak kongsi satu jenaka petang-petang Khamis nih;

KUANTAN, 29 Mac (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah berkata timbalannya, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal di media.

Baginda berkata Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.


"Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Bandar Indera Mahkota di sini, Khamis.


Sultan Ahmad Shah berkata Annuar sepatutnya lebih arif mengenai peraturan yang telah ditetapkan FAM kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu telah menyatakan bahawa hal FAM tidak wajar disebar kepada media tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan.


Baginda berkata Annuar sepatutnya lebih tahu mengenai peraturan itu kerana ketika mesyuarat Exco baru-baru ini telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media tanpa kebenaran FAM.

Kesalahan selama 28 tahun yang menyebabkan bolasepak Malaysia jadi taik nak hadap ke jawatankuasa disiplin yang mana???

Wednesday, March 14, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -4-

...sambungan

Assalamu'alaikum,

Berdasarkan perbualan antara aku dengan Tuan Haji Ahmad Fuad, Penolong Setiausaha Agung FAM, kita semua boleh tahu bagaimana sebenarnya sikap orang-orang yang mentadbir bolasepak Malaysia ini. Mungkin akan ada yang cakap, tak semua dalam FAM macam tuh, tapi kalau dah polisi FAM sendiri ialah untuk bergantung pada individu untuk terus beroperasi sebagai sebuah persatuan yang mentadbir bolasepak Malaysia tidakkan kita boleh cakap bahawa secara keseluruhannya FAM adalah begitu sikapnya. 

Tidak salah rasanya jika seorang presiden ingin menyumbang dari segi kewangan jika mampu kepada persatuan tetapi adakah itu boleh menjadi satu tiket untuk individu itu memegang satu-satu jawatan sedangkan kita tahu bahawa individu itu tidak boleh membawa kebaikkan kepada kemajuan sukan yang ditadbir oleh persatuan itu. Bukankah lebih baik individu itu diletakkan di "department" penajaan dan pencarian dana dari kita memberikan jawatan yang memerlukan seorang yang memahami bolasepak ini secara menyeluruh dan mendalam.

Jadi dengan sebab itu saya sering tekankan bahawa Presiden FAM perlu letak jawatan kerana apa gunanya seorang presiden yang hanya dapat memberikan dana tetapi tidak dapat memberikan kemajuan dalam bolasepak Malaysia. Kalau kita nak harap orang dalam FAM nak suarakan pendapat ini memang tidak lah walau pada hakikatnya mungkin segelintir yang ada di dalam persatuan itu sependapat dengan aku.

Aku juga sangat tertarik dengan kenyataan Tuan Haji Ahmad Fuad "Cuba awak fikir, kalau orang lain boleh bagi tak duit macam tuh, tanpa ada soal siasat dari mana-mana pihak." bermakna di sini ada golongan-golongan atau individu di dalam FAM ini mempunyai "SUPERPOWER" dan kebal dari undang-undang. Jadi kalau kita renung balik kenyataan yang dibuat oleh Chris Eaton bahawa ada pegawai FAM yang terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan berkemungkinan besar ianya benar cuma kerana kekebalan segelintir individu dari undang-undang atau arahan-arahan dari "SUPERPOWER" menyebabkan perkara ini tersimpan rapi di Kelana Jaya dan yang dijatuhkan hukuman dan dituduh hanyalah kambing-kambing hitam untuk dijadikan berita sensasi di dada-dada akhbar atau di kaca televisyen.

Jadi sebab itu saya tekankan bahawa Presiden FAM perlu letak jawatan kerana selama 27 tahun mentadbir FAM kejayaan yang paling hebat sekali untuk bolasepak Malaysia ialah apabila pembersihan rasuah secara besar-besaran dalam bolasepak Malaysia pada tahun 90-an namun kini seolah-olah masalah itu kembali timbul. Apakah maksud pembersihan yang dulu itu tidak betul-betul bersih?? atau yang dibersihkan itu hanyalah habuk-habuk manakala sampah-sampah itu disorokkan di bawah permaidani tetapi apabila bertahun-tahun disorokkan sampah itu mula terkeluar apabila sudah tidak dapat diselindung di bawah permaidani lagi. "Ranking" FIFA Malaysia makin menjunam dan semua memandang ianya adalah masalah jurulatih dan pemain yang tidak bagus dan tidak mencapai tahap kompetitif antarabangsa tanpa menyedari akar permasalahannya adalah dari Kelana Jaya itu sendiri dan pucuk pimpinan di Wisma FAM. 

Aku juga tertarik dengan satu komen "cerita pasal Presiden bantu FAM tu aku setuju..mmg tak dapat dinafikan....tapi betulkah sbb bola kita tak maju disebabkan presiden? apa pandangan ex player malaysia? saja nak tau..sbb ada veteran x malaysia penah bagitau aku yg FAM x salah, yg salah state FA sbb tak produce player..FAM cuma facilitate/organize competition saja" --> kenapa FA Negeri tidak melahirkan pemain?? FA Negeri ini pengurusan bukan?? FA Negeri ini berdaftar dengan FAM bukan?? Mereka yang mentadbir FAM datang dari FA Negeri bukan?? jadi FA Negeri ini bebal sebab ditadbir oleh orang bebal makanya mereka ini masuk ke FAM dan FAM turut jadi bebal, dan presidennya pula tidak boleh menjadikan orang-orang di bawah pentadbirannya itu cerdik sebaliknya menjadi lebih bebal. Jadi di sini maksud aku, kalau kita tukar yang paling atas sekali makanya yang bawah-bawah turut akan bertukar sebab kalau asyik tukar yang bawah-bawah sahaja tetapi yang atas tetap sama, makanya kita akan tetap di takuk ini. Mereka semua ini terlalu selesa sehingga tidak berwawasan lagi kerana ditadbir oleh pentadbiran yang salah dan tidak profesional, "takde duit, dihulur duit".."takde penaja..gunakan kuasa individu untuk tarik penaja" tetapi tidak pula gunakan kuasa individu untuk menekan dan menerapkan polisi kepada FA Negeri supaya melahirkan pemain dari akademi bolasepak dan untuk memajukan liga Malaysia sekaligus menaikkan martabat bolasepak Malaysia, jadi salah siapa?? ini bukan soal salah siapa lagi dah, ini soal 27 tahun tanpa sebarang kemajuan dalam bolasepak Malaysia, jadi sebagai orang yang memegang tampuk pemerintahan paling tinggi dalam carta organisasi pentadbiran bolasepak Malaysia, haruslah bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Kini kedengaran pula yang pasukan kelab dari Eropah akan datang ke Malaysia untuk bermain dalam perlawanan persembahan pada bulan Jun nanti dengan pasukan kebangsaan, nah terbukti satu lagi kebodohan FAM yang tidak memikirkan "ranking" bolasepak negara kita. Janji-janji perlawanan kelas A untuk pasukan Harimau Malaya mana????? Sudahlah liga kita berada pada tahap yang rendah dari segi taraf pengurusannya, penontonnya dan macam-macam lagi, mereka di Wisma FAM masih lagi selesa berehat. Jadi kerana itu saya katakan di sini bahawa Presiden FAM harus bertanggungjawab atas kegagalan sejak tahun 1984 sehingga hari ini dan harus berundur untuk memberi nafas baru dari pentadbiran yang baru.

Jadi sememangnya Presiden FAM harus meninggalkan Kelana Jaya jika kita ingin melihat transformasi dalam bolasepak Malaysia untuk kita lebih maju. Cukuplah salahkan jurulatih dan pemain, pengurusan harus diubah dulu baru kita boleh cerita pasal taktikal, jurulatih asing dan "first touch" pemain. Jika ini tidak berlaku maka bolasepak kita akan tetap berada pada tahap yang sama dan kita akan terus mengejar kegemilangan di Piala AFF dan Sukan SEA(yang tarafnya atas sikit dari SUKMA jek) sahaja.

Macam yang aku selalu cakap, jurulatih dah berapa kali tukar, lampu di Wisma FAM dah berapa kali tukar, exco-exco FAM juga dah berapa kali tukar, rumput di padang Wisma FAM juga dah berganti, pemain silih berganti, jersi dah tukar, cuma yang satu tu je yang kita belum tukar, jadi harap sedarlah dan rasa bertanggungjawablah demi kemajuan bolasepak Malaysia atau seharusnya rakyat bolasepak yang menolong untuk menukar???

Sekadar tulisan dan pendapat. 

Monday, March 12, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -3-

Assalamu'alaikum,

Perkara ini dah lama aku nak kongsikan cuma entah kenapa asyik tertangguh dan tertangguh sampai hari ini. Kisah ini berlaku tahun lepas dan kisah ini adalah berkenaan dengan FAM di Kelana Jaya itu.

Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Daud pada ketika itu telah menarik tangan aku sambil berkata;

"Saya tertarik dengan kata-kata awak yang terakhir tadi"...

Kata-kata itu adalah berupa satu ungkapan yang menuntut supaya pucuk pimpinan FAM ditukar dengan erti kata lain Presiden FAM sila letak jawatan. Lalu aku hanya menurut dan bermulalah satu perbualan mengenai FAM antara aku dan Penolong Setiausaha Agung FAM serta sesekali dicelah masuk oleh isteri Tuan Haji Ahmad Fuad. Berikut adalah antara perbualan aku(AM) dan Tuan Haji Ahmad Fuad(AF);

AF:- kenapa awak kata macam tu?
AM:- sebabnya dalam masa 27 tahun nih, apa pembangunan dan 
     peningkatan bolasepak Malaysia yang telah berlaku?? Semua 
     kita dah tukar, coach, pemain, jersi, diver bas, rumput kat  
     FAM, pengawal keselamatan semua kita dah tukar, cuma satu tu 
     jek kita belum tukar.
AF:- awak cakap macam tu awak tahu tak yang kalau takde presiden 
     nih takde lah FAM, tak berjalanlah FAM.
AM:- itulah macam mana sampai persatuan boleh bergantung pada 
     seorang individu, kenapa tidak bergantung pada sukan itu 
     sendiri.
AF:- awak tak tahu macam mana dalam organisasi ni, awak boleh 
     cakap tapi awak tak tahu.
AM:- memang saya tak tahu, ada cara tak macam mana saya nak tahu?? 
     sebab sekarang nih yang saya tahu dalam masa 27 tahun nih, 
     takde apa-apa pun peningkatan dan kemajuan dalam bolasepak 
     Malaysia, oleh sebab itu Presiden harus bertanggungjawab dan 
     letak jawatan.
AF:- boleh, awak tulis surat rasmi dekat FAM dan kita akan tengok 
     macam mana.
AM:- saya dah pernah hantar email dekat Setiausaha Agung, sampai 
     hari ni takde balas.
AF:- email, hantar surat rasmi, kita nak urusan rasmi mesti dengan 
     surat.
AM:- ok, saya akan tulis nanti.
AF:- awak tak tahu yang dia banyak sumbang duit dekat FAM, kalau 
     tidak mana FAM nak dapat duit. Awak tau kenapa ASTRO sponsor 
     kita, sebab presiden lah.Dulu masa Harimau Muda nak pegi 
     Slovakia dia tanya Datuk Azzudin "Datuk, ada duit tak kita 
     nih?" Datuk cakap "takde", dia bagi RM3 juta duit dia. Cuba 
     awak fikir, kalau orang lain boleh bagi tak duit macam tuh, 
     tanpa ada soal siasat dari mana-mana pihak.
AM:- bagi duit tu bagus, tapi kalau 27 tahun tak membangun nak 
     buat apa. Tak kan tugas presiden nak sumbang duit untuk 
     persatuan sahaja. Macam mana itu boleh berlaku? macam mana 
     persatuan boleh takde duit? kita dah PRO tapi pengurusan 
     masih tak PRO lagi. Bolasepak nih boleh datangkan duit kalau 
     betul kena gayanya tapi macam mana FAM boleh takde duit?? itu 
     lah sebab kenapa saya cakap Presiden FAM kena letak jawatan 
     sebabnya takde kemajuan dalam bolasepak Malaysia kalau macam 
     nih gayanya...aku terus membebel..macam mana dalam bolasepak 
     boleh hanya bergantung pada seseorang individu kenapa tidak 
     pada sukan itu sendiri. Macam mana FAM boleh takde duit, apa 
     yang FAM buat selama nih?? Macam mana FAM tak boleh nak tarik 
     sponsor dengan nama sukan itu sendiri tapi terpaksa 
     menggunakan kedudukan dan pangkat individu untuk tarik  
     sponsor. Itu Tuan Haji panggil profesional?? Tapi nak suruh 
     pemain jadi profesional, pengurusan sendiri pun tak 
     profesional macam mana?? sebab tu lah saya cakap presiden 
     kena letak jawatan, kalau tak sampai bila pun macam nih 
     je lah tahap bolasepak kita.

Sedang aku membebel ke Tuan Haji datang isteri dia mencelah..

"sudahlah bang, dia nih cakap pandai lah, suruh dia buat lah nanti dia tahu macam mana, dah jom kita balik"

Lalu Tuan Haji Ahmad Fuad pun berlalu pergi bersama isterinya meninggalkan aku yang masih banyak lagi perkara nak dibebelkan. 

bersambung...
 
  

Friday, March 09, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -2-

Assalamu'alaikum,

Selalu kita dengar suruh K.Rajagobal letak jawatan, Ong Kim Swee letak jawatan dan digantikan dengan jurulatih luar yang lebih handal taktikalnya dan sebagainya lah.

Di sini aku ada sediakan satu undian untuk mengetahui berapa ramai diantara anda diluar sana yang mahukan FAM dirombak dan Presiden yang sudah memegang tampuk pemerintahan selama 27 tahun tanpa sebarang kemajuan dalam bolasepak negara meletakkan jawatan.

Seperti yang aku dah beritahu sebelum nih selama 27 tahun, segala-galanya kita dah cuba tukar, jurulatih dah dekat 20 orang bertukar ganti, padang dah tukar, stadium dah tukar, jersi dah tukar, pengawal keselamatan dah tukar, pemain dah tukar ganti, tapi yang tak tukar lagi ialah FAM dan Presidennya..itu sahaja, jadi apa kata kali ini kita melihat satu perubahan yang besar dalam bolasepak negara dari asyik selalu jurulatih sahaja yang ditukar dan pemain ditukar ganti, apa kata tampuk pemerintahan pula ditukar kerana terbukti mereka gagal mengangkat martabat bolasepak negara kita.

SILA BUAT UNDIAN ANDA DI BAHAGIAN KANAN BAWAH SEKALI..SILAKAN.. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

Thursday, March 08, 2012

Gol

Assalamu'alaikum,

Gol adalah sebahagian dari bolasepak, bila gol semua gembira dan bila tak gol semua sedih malah ada yang mencaci maki.

Jadi aku nak kongsi dengan anda satu gambar;

gambar dari selangorfc.com
Aku sengaja nak buat contoh sahaja, bukan nak bangga dengan Selangor atau apa. Ini adalah pengiraan yang aku telah buat mengenai purata jaringan gol oleh 4 penyerang di atas; 

Azman Adnan
13 gol/tahun selama 8 tahun bersama Selangor

Amri Yahya 
10 gol/tahun selama 10 tahun(hingga 2011 pengiraan aku kerana dia masih lagi bermain) 

Brian Fuentes
24 gol/tahun selama 3 tahun bersama Selangor 

Safee Sali 
11 gol/tahun selama 6 tahun bersama Selangor & masih belum bersara dari bolasepak 

Apa yang aku ingin kongsi di sini ialah bukan jumlah jaringan yang mereka telah lakukan tetapi masalah yang terdapat disebalik angka jaringan itu.

Masalah yang tersirat itu sebenarnya ialah masalah untuk menjaringkan gol. Kita boleh lihat seorang penyerang luar boleh menyumbat purata 24 gol untuk setahun hanya dalam masa 3 tahun dia bermain dalam Liga Malaysia untuk satu pasukan manakala seorang penyerang berbisa negara satu ketika dahulu hanya mampu menyumbat
13 gol setahun selama 8 tahun dia berkhidmat untuk satu pasukan. Saya hanya membuat perbandingan untuk satu pasukan ini sahaja tanpa mengambil kira jaringan pemain di atas dalam karier bolasepak mereka.  

Bayangkan seorang pemain yang tidak begitu menonjol dan tidak bertaraf bintang di negara asalnya datang ke liga bertaraf gred D, sudah pasti mampu untuk menyinar, tetapi penyerang tempatan tidak mampu menyaingi taraf penyerang luar yang di negaranya tidak begitu penting. Jadi persoalannya dimanakah taraf penyerang kita berada?? Bermain di negara sendiri pun tidak mampu membuat jaringan sedangkan hanya bermain di sebuah liga gred D sahaja mana mungkin mereka mampu menyinar di liga-liga luar bukan.. :-)

Aku sebenarnya bukan nak kutuk pemain atau liga kita sebaliknya aku nak katakan yang selagi pemain-pemain Malaysia ini terus bermain di liga Malaysia dan tiada usaha oleh pihak berwajib untuk menaikkan taraf liga Malaysia makanya bolasepak kita tidak akan ke mana-mana, setakat berpuas hati untuk peringkat ASEAN sahaja.

Program pembangunan pemain juga penting di sini, di mana seorang pemain yang berbakat menjadi penyerang berbisa harus digilap dari umurnya 10-17 tahun, bukannya umur 21 atau 27 tahun baru nak hantar ke luar bagi pendedahan. Pendedahan di luar harus bermula dari umur 12 tahun hingga 17 tahun dan umur 18 tahun ke atas sepatutnya mereka sudah mampu untuk bersaing dalam pasukan senior dan pentas antarabangsa atau mewakili kelab-kelab asing.

Aku amat berharap kepada semua pemain-pemain muda di Malaysia ini tanamkan lah di dalam kepala anda untuk anda memajukan bolasepak Malaysia dan ingat itu tidak akan berlaku sekiranya anda terus bermain di dalam liga Malaysia. Jangan ingat nak menang Piala Malaysia, harus mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dari itu. Kalau setiap tahun dalam otak sudah tanam ingin menang Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA sahaja, bila kita akan merasa Piala AFC atau Piala Juara-Juara Kelab Asia.

Kita sudah sedia maklum bahawa pengurusan FA Negara dan Negeri di Malaysia ini kurang cerdik, jadi harap pemain-pemain muda dan yang membimbing mereka ini lebih cerdik dan lebih terbuka minda mereka serta lebih profesional dan tidak bermain politik supaya bakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja.

Sampai bila kita nak tengok penyerang tempatan berhempas pulas bermain selama 10 tahun baru nak merasa 100 gol?? Zaman sekarang penyerang dah boleh jaring 100 gol dalam masa 3-4 tahun sahaja bermain.

Ingat aku bukan nak kutuk, tapi cuma nak minta anda semua pemain-pemain muda dan jurulatih yang membimbing mereka supaya berfikiran terbukan dan jauhhhhhhhhhhh...buangkan Liga Malaysia dalam objektif anda semua...pandang Liga-J, Liga-K, Liga-A atau Liga di negara seratau Asia Tenggara kita. Ingat kita tak akan maju selagi pemikiran kita sempit dan hanya melihat Liga Super, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia sahaja. INGATTT!!!!!!

Sekadar tulisan & pendapat.

Macam biasa Presiden FAM dah boleh letak jawatan dah tuh..silalah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...