Monday, April 23, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 8-

Assalamu'alaikum,

Berkisar tentang perlawanan Malaysia dengan Sri Lanka pada 28hb April ini. Kedengaran ramai yang tak puas hati sebab kena lawan Sri Lanka, kata mereka apa "apa standard lawan Sri lanka", "perlawanan Kelas A apa lawan Sri Lanka".

Inilah yang aku tekankan supaya kita sebagai penyokong jangan ikut bebal macam FAM dan perlu jadi lebih bijak dari FAM. Kita dah sedia maklum orang-orang dalam FAM itu bebal, tapi kenapa harus kita sebagai penyokong ikut bebal macam diaorang?? Itu yang aku tak faham??

Kita pung pang "Judin & Midin" bodoh lah, bangang lah, tapi kita?? Apa bezanya kita dengan FAM, Judin dan Midin kalau kita pun bebal macam diaorang jugak??

Pertama sekali FAHAMKAN APA ITU PERLAWANAN KELAS A BARU KITA BOLEH LAWAN. Perlawanan persahabatan kelas A adalah perlawanan yang membabitkan pasukan satu negara dengan satu negara yang lain dan pasukan ini mestilah berdaftar dibawah FIFA. Jadi dari Sepanyol hingga ke Turks & Caicos Islands semua itu adalah negara yang berdaftar dengan FIFA dan kesemua 205 negara itu jika berlawan sesama mereka dalam satu perlawanan persahabatan akan dikira sebagai perlawanan persahabatan Kelas A dan mata untuk "ranking" akan diambil kira. Tidak kira lah Sepanyol (1) lwn Turks & Caicos Islands (205) sekalipun, ianya akan tetap dianggap sebagai perlawanan kelas A walaupun satu negara berada di tangga teratas dan satu negara berada di tangga paling bawah.

Sekarang kita ke persoalan kenapa lawan Sri Lanka? Apa kelas?? Sri Lanka berada pada "ranking" 181 dunia manakala kita di 156 dunia. Aku ada baca satu artikel kawan aku bawak balik semalam, dia dapat masa dia pegi EPL Masters kat Stadium Malawati katanya. Aku tertarik dengan satu perenggan dalam artikel itu;

-   FIFA Calendar dikeluarkan 4 tahun sekali di mana segala tarikh kejohanan, persahabatan, acara undian, mesyuarat dsbnya ditetapkan tarikhnya 4 tahun lebih awal dan dimaklumkan kepada semua negara-negara yang berdaftar di bawah FIFA.
- Semua negara sudah boleh menyusun jadual untuk liga tempatan dan perlawanan antarabangsa bagi skuad kebangsaan 4 tahun lebih awal dari tarikh sebenar supaya tidak bertembung. Jadi timbul persoalan, mengapa FAM tidak boleh mendapatkan perlawanan kelas A untuk Harimau Malaya sedangkan jadual telah pun dikeluarkan 4 tahun lebih awal??
-  Alasan FAM selama ini bahawa tiada pasukan yang ingin berlawan dengan Malaysia betul dan mereka tidak menipu, tetapi kenapa?? walaupun surat rasmi telah dihantar oleh FAM adalah kerana negara lain telah memenuhi jadual persahabatan mereka 4 tahun lebih awal, manakala FAM hanya menghantar surat jemputan 3-4 bulan sebelum tarikh perlawanan, jadi mana mungkin mereka menerima kerana mereka sudah mempunyai perlawanan dengan pasukan lain. Jadi FAM memang tidak berbohong tapi FAM tidak buat kerja dengan efisyen.

Jadi dari situ pemahaman aku dan setelah diselidiki di laman web rasmi FIFA memang benar apa yang terkandung dalam artikel itu. Jadi di sini kenapa lawan Sri Lanka ialah kerana hanya pasukan itu sahaja yang "available" untuk menentang Malaysia pada tarikh 28hb ini kerana pasukan di tangga 155 ke atas mungkin sudah menyusun jadual perlawanan mereka 4 tahun lebih awal manakala FAM hanya 4-5 bulan sebelum tarikh perlawanan. Jadi Sri Lanka pun Sri Lanka lah..janji ROCK!!!

Jadi mengapa kita harus menghukum Harimau Malaya, sedangkan yang bebal dalam hal ini ialah persatuan?? Apa salah pemain?? Kalau dah persatuan induk mengatakan "ranking" tidak penting maka pemain dan jurulatih nak kata apa?? kalau cakap lebih kena gantung, jadi mengapa perlu hukum pasukan sedangkan yang salah ialah persatuan yang diterajui oleh presiden yang menggelapkan bolasepak Malaysia selama 28 tahun.

Jadi aku nak tanya kat sini, kat mana bijaknya kita sebagai penyokong nih kalau kita boikot pasukan kebangsaan atau liga Malaysia, kat mana bijaknya??

Apa korang ingat FAM kisah ke stadium penuh ke stadium kosong ke? Selama nih diaorang kisah ke ada penyokong ke takde penyokong ke? jadi kalau korang boikot tak nak datang stadium, korang ingat diaorang nak sedar?? kalau diaorang amik kisah pasal stadium kosong dalam 28 tahun nih diaorang dah majukan bolasepak Malaysia nih dengan macam-macam cara. Tapi apa diaorang buat?? stadium masih tidak penuh?? Jadi BIJAKNYA di mana kalau kita boikot?? 

Jadi sebab itu semua penyokong perlu jadi lebih bijak dari FAM, tak puas hati dengan FAM pegi stadium bagitau, kalau boikot duduk rumah ingat FAM peduli ke?? tapi kalau ramai-ramai turun stadium bawak banner desak FAM di rombak, Presiden FAM Sila Letak Jawatan dsbnya, nyanyi desak presiden FAM supaya letak jawatan tak ke diaorang akan tak senang duduk, baru diaorang amik kisah, nampak tak beza kat situ?? Bila nak lawan orang bebal kita kena jangan jadi bebal macam diaorang.

Ini hanya pendapat aku sahaja, kalau korang rasa dengan boikot tu boleh majukan bolasepak Malaysia teruskan, tapi dari hasil pemerhatian dan fakta-fakta apa yang telah berlaku dalam bolasepak Malaysia selama 28 tahun ini, aku tak rasa FAM akan ambil peduli kalau stadium kosong.

Satu lagi nak kongsi gambar dan video dari acara EPL Masters di Stadium Malawati, Shah Alam.



Jadi fikir-fikirkanlah, ini hanya pendapat aku sahaja, tak semestinya korang setuju. Apa-apa pun yang kita buat aku yakin objektif kita sama iaitu mahukan PRESIDEN FAM LETAK JAWATAN!! YEAH!!

Sekadar tulisan dan pendapat.

Monday, April 16, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -7-

Assalamu'alaikum,

Aku sedar ramai yang "tension" dengan perihal FAM dan presidennya. Aku tahu ramai yang marah dan "stress" dengan presiden FAM. Aku saja nak kongsi satu video untuk meleraikan tekanan anda;


Layan lah video ini dikala anda tertekan memikirkan permasalahan bolasepak Malaysia dan Presiden FAM. Sambil-sambil nak tunggu Presiden FAM letak jawatan tu, boleh lah pasang layan video nih sambil minum teh ke kopi ke.

Selamat semua, jangan luntur semangat anda!!

Sekadar tulisan dan pendapat.

Saturday, April 14, 2012

Kelahiran

Assalamu'alaikum,

Ini bukan pasal bolasepak..hehe..tiba-tiba aku terfikir..aku dilahirkan ke dunia ini dan dibenarkan hidup selama 30 tahun untuk apa? Apa tujuan DIA memperkenankan kelahiran aku dan membenarkan aku hidup selama 3 dekad?

Pernah tak anda semua terfikir?? Kenapa kita dilahirkan??

Adakah kita dilahirkan untuk jadi kaya? atau miskin?

Adakah kita dilahirkan untuk jadi peguam atau doktor?

Adakah kita dilahirkan untuk jadi cikgu atau pensyarah?

Adakah kita dilahirkan untuk jadi tukang kebun dan tukang sapu sampah?

Adakah kita dilahirkan untuk jadi penganggur atau CEO?

Adakah kita dilahirkan untuk jadi baik atau jahat?

Adakah kita dilahirkan untuk jadi apa yang kita jadi sekarang ini?

Adakah kita dilahirkan untuk jadi menteri atau raja? 

Adakah kita dilahirkan untuk jadi imam atau makmum?

Atau sebenarnya kita semua dilahirkan semata-mata untuk jadi HAMBA?? walaupun anda seorang CEO atau tukang kebun, walaupun anda cikgu atau peguam, walaupun anda presiden atau timbalan presiden, walaupun anda menteri atau peniaga pasar malam, walaupun anda imam atau pencuri.

Makanya, kalau kita semua ini dilahirkan semata-mata untuk jadi HAMBA, jadi apa bezanya AKU dengan KAU?????? Aku HAMBA kau pun HAMBA..so???

Kalau dah HAMBA buat cara HAMBA..hidup cara HAMBA..patuh pada TUAN kita..jangan lawan TOWKEY..

Sekadar tulisan dan pendapat.

Sunday, April 01, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -6-

Assalamu'alaikum,

Masih lagi berkisar tentang kes Tan Sri Annuar Musa vs FAM. Aku tiba-tiba terfikir, aku rasa TSAM akan bebas dari hukuman berat, mungkin akan di denda sahaja. Kenapa?? Sebab masa inilah FAM nak main politik, Presiden FAM dan orang-orangnya mungkin sudah dapat rasa sedikit tekanan dari rakyat bolasepak jadi mungkin ini sahaja jalan yang mereka ada untuk menutup segala tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka selama ini. Ini pendapat aku sahaja yang mungkin kebarangkalian untuk berlaku adalah 1 dalam skala 100..hahaha. Kita tunggu dan lihat sahaja 040412 nanti.

Ramai yang akan sokong terutama rakyat bolasepak Kelantan sekiranya tampuk pemerintahan diambil oleh TSAM atau orang yang berkaliber seperti beliau. Namun apakah benda ini akan berlaku selagi FAM diterajui oleh Presiden FAM yang ada kini?? 

Adakah dengan membawa sejuta sepanduk yang menyatakan sokongan terhadap TSAM akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Adakah dengan berhimpun sejuta umat menuntut supaya FAM dirombak akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Adakah jika TSAM terlepas dari penggantungan yang berat Rabu ini akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Jadi apa rasionalnya semua ini??

Adakah dengan menukar jurulatih dan mengambil jurulatih asing akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Adakah dengan melantik CEO MSL Sdn Bhd yang berkaliber akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Jadi apa rasionalnya semua ini??

Maksud aku di sini ialah segala apa yang kita lakukan untuk bolasepak Malaysia tidak akan berhasil dan memberi kesan sekiranya presiden yang menjaga Kelana Jaya masih sama. Terbukti sudah selama 28 tahun tidak ada apa-apa kemajuan langsung. Jadi kita perlu berpaksikan kepada realiti.

Jika anda inginkan TSAM menjadi presiden, bukan dengan cara membawa sejuta sepanduk "TSAM For President" tapi kena lebih dahulu bawa sejuta sepanduk "Presiden FAM Sila Letak Jawatan", kalau dia tak letak jawatan jangan kan TSAM, Najib Tun Razak pun tak kan dapat rampas kerusi empuk itu di Kelana Jaya. Jadi harus berpaksikan kepada realiti dan berfikir secara logik dan harus lebih bijak dari orang yang di Kelana Jaya. Pokoknya, orang bebal tak akan dapat menewaskan orang bebal yang lain, hanya orang bijak sahaja dapat menewaskan orang bebal. Jadi rakyat bolasepak semua harus jadi lebih bijak dari orang-orang di Kelana Jaya. 

Macam mana nak jadi bijak?? kita semua harus bersatu, boleh ke kita semua nak bersatu?? atau kita semua pun macam FAM jugak berpuak-puak dan bersifat terlalu kenegerian??

Kita semua inginkan bolasepak malaysia maju. Semua inginkan Liga Malaysia menjadi liga gred A, pasukan kebangsaan layak ke Piala Asia dan bermain di Piala Dunia kalau tidak pun menjadi pasukan yang bertaraf dunia. Kita semua ingin melihat ada pasukan dari liga Malaysia yang dapat bermain dalam AFC Champions League dsbnya.

Tapi adakah kita inginkan Liga-M menjadi liga gred A kita perlu mengangkat sejuta sepanduk "Kami mahukan Liga Gred A"?? Adakah kita mahu pasukan kebangsaan layak ke Piala Asia kita harus membawa sejuta sepanduk "Kami sokong Harimau Malaya, Ayuh Ke Piala Asia"?? Ke semua ini tidak akan berlaku selagi FAM ditadbir oleh presiden yang sama sejak 28 tahun lalu.

Jadi kesimpulannya di sini ialah penekanan terhadap perletakan jawatan Presiden FAM harus diberi keutamaan dahulu baru kita boleh cerita pasal liga gred A, Piala Asia, pemain bermain di liga luar, ranking FIFA dsbnya. Tak guna kita bercerita mengenai biarlah TSAM hilang dari FAM tetapi beliau menjadi simbol untuk bebaskan FAM dari cengkaman Feudalism tapi realitinya Presiden FAM masih tidak meletakkan jawatan.

Kesemua perkara yang kita mahukan berlaku di dalam bolasepak Malaysia hanya perlu diterjemahkan dalam satu ayat 5 perkataan sahaja iaitu;

PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN

Mudah bukan?? dari kita angkat berjuta sepanduk dengan pelbagai tulisan, lebih baik angkat sejuta sepanduk dengan satu tulisan 5 perkataan, tak ke senak perut yang berkenaan nanti. 




Sekadar tulisan dan pendapat.

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -5-

Assalamu'alaikum,

Sekarang nih tengah kecoh pasal kes Tan Sri Annuar Musa dengan FAM. Tak pelik pun benda nih, pernah berlaku apabila pegawai-pegawai dalam FAM bersuara kerana mengikut Artikel 88 dalam peraturan FAM(seperti yang dijelaskan oleh Datuk Azzudin, Setiausaha Agung FAM) bahawa hanya Presiden dan Setiausahan Agung persatuan sahaja yang boleh memberikan kenyataan/kritikan di media mengenai masalah atau hal-hal berkaitan pasukan atau persatuan(aku tak berapa pasti ayat dalam artikel tu bagaimana tapi lebih kurang macam nih lah dia cakap).

Lalu ramai yang yang berkata "bodoh punya peraturan", "FAM Bangsat", "tak boleh nak bersuara langsung" dan bermacam lagi kata maki hamun dilemparkan kepada FAM di kedai-kedai kopi, Facebook & Twitter. Tapi ramai lupa yang kebodohan dan bebal nih dah bermula sejak 28 tahun yang lalu dan berterusan sehingga sekarang. Namun kebodohan dan kebebalan itu telah ditutup dengan perlantikan dan pemecatan hampir 17 orang jurulatih, pertukaran 4 orang setiausaha agung, pertukaran naib presiden dan timbalan presiden. Namun presiden tetap berada disitu dan menjadi punca utama mengapa perkara-perkara seperti ini berlaku, tapi pelik kenapa yang kena caci dan maki hanya FAM dan orang-orang bawah sahaja?? kenapa tidak ada yang menekan Presiden FAM???

Kedengaran pada 4hb Mac 2012, Rabu akan berlangsungnya Himpunan Merah di Wisma FAM anjuran penyokong-penyokong Kelantan untuk memberkan sokongan kepada Tan Sri Annuar Musa.


Aku suka benda nih cuma aku tak pasti ianya berkesan atau tidak. Pergi berhimpun ramai-ramai biarpun 100,000 ribu orang yang akan turun, tapi apa hasilnya?? adakah FAM akan berubah?? adakah bolasepak Malaysia akan maju?? maksud aku di sini ialah kita harus buka minda kita sikit, fikir dan cari punca permasalahan ini. Kenapa semua ini berlaku. Semua ini adalah disebabkan oleh Presiden FAM yang memerintah selama 28 tahun dengan kegagalan. Jadi itu sepatutnya yang menjadi isu utama dan perbualan hangat kita semua sebagai penyokong bolasepak Malaysia tak kira lah anda dari Kelantan, Perlis, Terengganu, Selangor, Sabah, Sarawak, Kedah atau mana-mana sahaja. Ingin selesaikan masalah ini senang sahaja, kita hanya perlu tekan Presiden FAM supaya letak jawatan.

Cuba fikir sejenak, ini bukan nak kata aku tak sokong apa yang penyokong Kelantan usahakan, bagus usaha mereka menunjukkan "sek-sek demo" bersatu. Cuma aku kongsi sikit sahaja, walau 100,000 ribu sekalipun yang akan turun pada hari tersebut, adakah ianya akan merubah pendirian FAM?? Adakah Presiden FAM akan mengambil kira suara kita semua??Adakah mereka semua nih kisah pasal bolasepak Malaysia?? Ya aku sokong TSAM kerana cara dia membawa naik bolasepak Kelantan, tapi aku tak fikir kalau ramai-ramai turun ke sana dengan objektif untuk memberi sokongan kepada Annuar Musa dan meminta FAM tidak menghukum beliau adalah berkesan. Tapi bukan bermakna korang tak boleh turun ramai-ramai, boleh, ini cuma pendapat aku sahaja, aku pun insyaALLAH akan turun kalau berkesempatan.

Perlu di ingat yang kita nak lawan nih bukan anak ayam, jadi perlu lebih sistematik dan lawan dengan menggunakan akal bukan hati dan perasaan. Kenapa aku cakap begitu?? Sebab mereka tu semua tak sistematik dan tak guna akal, jadi kalau kita lawan diaorang tak guna akal, makanya kita pun dah sama tahap bebal macam diaorang. Paling penting semua rakyat bolasepak perlu bersatu tak kira warna bendera anda. Benda nih mudah sahaja, tukar presiden maka akan berubahlah FAM dan bolasepak Malaysia. Pertama sekali perlu tukar presiden, Presiden FAM perlu letak jawatan, itu yang paling penting dan perlu semua beri penekanan.

Bolasepak kita merudum dalam pemerintahan presiden, Arwah Basri Akil kena bawah presiden, B.Sathianathan kena bawah presiden, Liga bolasepak kita gred D bawah presiden, format liga bertukar-tukar sejak jadi liga profesional bawah presiden jugak, dulu ada sekali liga main sampai 3 pusingan, "home away" berterabur bawah presiden jugak dan kini kes TSAM pula pun masih lagi bawah presiden yang sama, apa tak nampak lagi ke korang-korang semua sebenarnya apa yang patut kita buat????

Korang boleh sokong TSAM, boleh benci Azzudin, boleh caci Hamidin, bawak lah dan angkat lah sejuta sepanduk sekalipun berarak lah 100km sekalipun, berkumpul lah sejuta umat sekalipun, selagi anda tak tekan Presiden FAM untuk letak jawatan, selagi tu lah masalah ini akan berterusan dan tidak akan selesai. Sekarang ini adalah masa untuk tekan Presiden FAM supaya letak jawatan, tekan dan terus tekan hingga letak jawatan dan FAM dirombak dengan hala tuju yang baru serta kepimpinan yang baru. Selagi Presiden duduk di Kelana Jaya maka tiada apa akan berlaku.

Pokoknya di sini kita sebagai rakyat bolasepak perlu bertindak lebih bijak dari FAM dan Presiden, jangan jadi bebal seperti mereka. Kita rakyat bolasepak perlu bersatu tak kira warna bendera anda, jangan jadi macam mereka dengki mendengki dan jatuh menjatuh antara mereka. Kita rakyat bolasepak perlu guna akal dan fikiran bukan hati dan perasaan, jangan jadi macam mereka buat kerja tak guna otak. 

Sekadar tulisan dan pendapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...