Sunday, April 01, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -6-

Assalamu'alaikum,

Masih lagi berkisar tentang kes Tan Sri Annuar Musa vs FAM. Aku tiba-tiba terfikir, aku rasa TSAM akan bebas dari hukuman berat, mungkin akan di denda sahaja. Kenapa?? Sebab masa inilah FAM nak main politik, Presiden FAM dan orang-orangnya mungkin sudah dapat rasa sedikit tekanan dari rakyat bolasepak jadi mungkin ini sahaja jalan yang mereka ada untuk menutup segala tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka selama ini. Ini pendapat aku sahaja yang mungkin kebarangkalian untuk berlaku adalah 1 dalam skala 100..hahaha. Kita tunggu dan lihat sahaja 040412 nanti.

Ramai yang akan sokong terutama rakyat bolasepak Kelantan sekiranya tampuk pemerintahan diambil oleh TSAM atau orang yang berkaliber seperti beliau. Namun apakah benda ini akan berlaku selagi FAM diterajui oleh Presiden FAM yang ada kini?? 

Adakah dengan membawa sejuta sepanduk yang menyatakan sokongan terhadap TSAM akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Adakah dengan berhimpun sejuta umat menuntut supaya FAM dirombak akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Adakah jika TSAM terlepas dari penggantungan yang berat Rabu ini akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Jadi apa rasionalnya semua ini??

Adakah dengan menukar jurulatih dan mengambil jurulatih asing akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Adakah dengan melantik CEO MSL Sdn Bhd yang berkaliber akan membawa apa-apa perubahan?? kerana presiden yang sama masih di situ. Jadi apa rasionalnya semua ini??

Maksud aku di sini ialah segala apa yang kita lakukan untuk bolasepak Malaysia tidak akan berhasil dan memberi kesan sekiranya presiden yang menjaga Kelana Jaya masih sama. Terbukti sudah selama 28 tahun tidak ada apa-apa kemajuan langsung. Jadi kita perlu berpaksikan kepada realiti.

Jika anda inginkan TSAM menjadi presiden, bukan dengan cara membawa sejuta sepanduk "TSAM For President" tapi kena lebih dahulu bawa sejuta sepanduk "Presiden FAM Sila Letak Jawatan", kalau dia tak letak jawatan jangan kan TSAM, Najib Tun Razak pun tak kan dapat rampas kerusi empuk itu di Kelana Jaya. Jadi harus berpaksikan kepada realiti dan berfikir secara logik dan harus lebih bijak dari orang yang di Kelana Jaya. Pokoknya, orang bebal tak akan dapat menewaskan orang bebal yang lain, hanya orang bijak sahaja dapat menewaskan orang bebal. Jadi rakyat bolasepak semua harus jadi lebih bijak dari orang-orang di Kelana Jaya. 

Macam mana nak jadi bijak?? kita semua harus bersatu, boleh ke kita semua nak bersatu?? atau kita semua pun macam FAM jugak berpuak-puak dan bersifat terlalu kenegerian??

Kita semua inginkan bolasepak malaysia maju. Semua inginkan Liga Malaysia menjadi liga gred A, pasukan kebangsaan layak ke Piala Asia dan bermain di Piala Dunia kalau tidak pun menjadi pasukan yang bertaraf dunia. Kita semua ingin melihat ada pasukan dari liga Malaysia yang dapat bermain dalam AFC Champions League dsbnya.

Tapi adakah kita inginkan Liga-M menjadi liga gred A kita perlu mengangkat sejuta sepanduk "Kami mahukan Liga Gred A"?? Adakah kita mahu pasukan kebangsaan layak ke Piala Asia kita harus membawa sejuta sepanduk "Kami sokong Harimau Malaya, Ayuh Ke Piala Asia"?? Ke semua ini tidak akan berlaku selagi FAM ditadbir oleh presiden yang sama sejak 28 tahun lalu.

Jadi kesimpulannya di sini ialah penekanan terhadap perletakan jawatan Presiden FAM harus diberi keutamaan dahulu baru kita boleh cerita pasal liga gred A, Piala Asia, pemain bermain di liga luar, ranking FIFA dsbnya. Tak guna kita bercerita mengenai biarlah TSAM hilang dari FAM tetapi beliau menjadi simbol untuk bebaskan FAM dari cengkaman Feudalism tapi realitinya Presiden FAM masih tidak meletakkan jawatan.

Kesemua perkara yang kita mahukan berlaku di dalam bolasepak Malaysia hanya perlu diterjemahkan dalam satu ayat 5 perkataan sahaja iaitu;

PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN

Mudah bukan?? dari kita angkat berjuta sepanduk dengan pelbagai tulisan, lebih baik angkat sejuta sepanduk dengan satu tulisan 5 perkataan, tak ke senak perut yang berkenaan nanti. 




Sekadar tulisan dan pendapat.

2 comments:

  1. 28-4-2012, perhimpunan baju merah anti-FAM 3.0 di kelana jaya, untuk menekan FAM turun turun turun.... (xde kaitan dengan politik, sekadar kebetulan sama tarikh)

    ReplyDelete
  2. aku rasa elok juga kita berkumpul bntah FAM 28-4 ni, ini peluang untuk kerajaan dengar suara peminat, kerajaan harus masuk campur dan selesaikanlah hal FAM sebelum 28-4, peminat takkan berkumpul kalau bleh settle dan ubah FAM.... mcm mana? setuju x... (ni bukan politik, ini just peluang untuk bg fam dgr...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...