Friday, July 06, 2012

Presiden FAM SIla Letak Jawatan -Bahagian 10-

Assalamu'alaikum,

Ramai tengah kecoh pasal FAM tidak kemukakan bantahan kepada AFC mengenai kes pasukan Myanmar menggunakan pemain lebih umur. Aku tak terkejut pun, nak kecewa pun tidak kerana kebodohan mereka ini sudah sampai tahap yang kau tak larat nak kecewa, nak sedih, nak marah tapi kebodohan mereka dah sampai tahap untuk aku gelak sahaja. Perasaan marah, sakit hati, kecewa itu semua telah kurang akibat kebodohan yang melampau.

Ini pendapat dan perkiraan aku, betul atau tidak aku tak tahu. Kenapa FAM tidak mahu menghantar bantahan. Mungkin satu sahaja alasanya iaitu Presiden FAM barangkali tidak mahu bermusuhan dengan MFF(Myanmar Football Federation) kerana Presiden FAM mungkin akan memerlukan sokongan dari pihak MFF sekiranya Presiden FAM ingin bertanding dalam merebut kembali kerusi Presiden AFC dan juga tidak mahu menggugat kedudukannya sebagai Presiden AFF. Jadi pendekatan lebih kurang telah diambil bagi merealisasikannya. Biar bolasepak Malaysia rugi, biar penyokong bertempik marah kerana kepentingan peribadi lebih penting dalam situasi ini.

Bagaimana untuk merealisasikan impian rakyat bolasepak Malaysia yang ingin menyaksikan skuad Harimau Muda beraksi di pentas akhir Piala Asia B22?? FAM akan melobi dengan kuasa, kedudukan serta kabel yang ada untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah dan dengan itu secara otomatik pasukan Harimau Muda akan layak. Jadi itu lah permainan mereka di Kelana Jaya.

Sekiranya ini berlaku maka kepentingan peribadi dapat dibela dan impian rakyat bolasepak dapat direalisasikan juga dalam masa yang sama.

Apa-apa pun bolasepak Malaysia bakal dipimpin oleh presiden yang sama jika benar Presiden FAM yang ada sekarang ingin merebut kerusi Presiden AFC. Mustahil untuk Presiden FAM meletakkan jawatan kerana jika letak jawatan maka peluang untuk jadi Presiden AFC tertutup terus.

Jangan percaya bulat-bulat apa yang aku tulis kerana ini hanyalah pendapat peribadi aku sahaja yang aku ingin kongsikan dengan anda semua. Saja seronok-seronok. 

Ayuh semua terus berharap agar Presiden FAM meletakkan jawatan.



Sekadar tulisan dan pendapat.

6 comments:

  1. apa lagi nak jaga pangkat dan nama sebab tu tak nak buat bantahan....macam biasa orang lama masih pegang jawatan tu....kena kondem baru nak buat keje...hahaha

    ReplyDelete
  2. Dah lah lepaskan aje jawatan tu kalau tak nak buat bantahan memalukan penyokong dan rakyat malaysia aje yang selama ini keluar duit pergi stadium nak malaysia main. Porrrah....Puuuih

    ReplyDelete
  3. Cibai FAM. Dari atas sampai bawah tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  4. kalo nak compare FAM dgn kelab perumahan atau kampung2 aku rasa team kampung lagi cerdik guna otak...kalo buat bantahan memang betol2..nie FAM..xkan xmau keluar duit utk buat bantahan...FAM memang bangsat!..peace

    ReplyDelete
  5. Allah maha berkuasa. don't worry people, mereka-mereka yang melacurkan maruah negara akan menerima balasannya, tak di dunia di akhirat nanti insya'Allah. Ini lah dunia mereka-mereka yang kononnya ada 'kuasa', kepentingan diri di utamakan. to them its 'Go to hell with the rest of the world, who cares....'. Doa banyak-banyak okay supaya Allah menunjukkan kebenaran kepada kita semua...Amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...