Thursday, June 02, 2011

Kenapa...Mengapa??? -Bahagian 2-

Assalamu'alaikum,

Aku tengah rajin nak menaip, jadi aku teruskan sahaja sambungannya walaupun sebenarnya tiada sambungan tetapi tiba-tiba ada benda berlegar-legar di kepala otak. 

Aku harap di sini semua penyokong dan peminat pasukan Arsenal, Chelsea ataupun Liverpool tidak salah anggap dengan aku. Aku sebenarnya bukan dengki jauh sekali hendak marah kepada anda semua. Pada aku terpulang kepada individu untuk menyokong sesiapa sahaja kerana itu adalah hak anda. Pendapat aku ini bukan bererti aku membenci BPL, La Liga, Serie A, Ligue 1 dan sebagainya tetapi ianya sekadar pendapat aku dan apa yang sedang aku fikirkan. 

Apa yang sedang aku fikirkan sebuah badan induk yang diiktiraf FIFA dan ditadbir oleh orang bijak pandai boleh membiarkan individu-individu atau syarikat-syarikat yang ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan tentang martabat dan kepentingan Skuad Harimau Malaya ini. KENAPA? MENGAPA?

Bukan aku hendak menghalang kedatangan pasukan gergasi dari Eropah dan membenci mereka, tidak sama sekali, cuma kedatangan mereka kali ini tidak kena pada waktunya. Kebencian aku sebenarnya adalah kepada juragan-juragan yang mempersetujui agar Skuad Harimau Malaya kesayangan kita semua ini dibabitkan dalam kegiatan pelacuran. Rakyat bolasepak dipaksa secara sukarela untuk melanggan pelacur dari Eropah untuk dilacurkan bersama secara terbuka di sebuah gelanggang nasional.

YA!!! Sememangnya aku tidak berpuashati dengan FAM yang telah merelakan perkara ini berlaku atas dasar dan sebab wang ringgit dengan alasan ianya akan digunakan untuk pembangunan sukan. Cuba kita semua fikir, tidak kiralah anda penyokong Chelsea ke, Liverpool ke, Arsenal ke, Perak ke, Kelantan ke, Selangor ke, Persija ke, Pelita Jaya ke, Nagoya Grampus Eight ke, Werder Bremen ke, Santos ke, Riverplate ke, fikirkan, ini bukan kali pertama kelab dari Eropah datang ke Malaysia untuk menentang Malaysia secara paksa. Arsenal pernah ke sini dahulu, Boca Juniors juga pernah hadir, begitu juga Dundee United, Manchester United, mereka semua dibayar untuk datang atas alasan pemain boleh menimba pengalaman dan demi kemajuan bolasepak negara. Tapi fikir dan renungkan, sejak dari dulu sampai sekarang dekat mana kita berada dalam "ranking" FIFA? Apa kemajuan yang telah diperolehi dari perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab gergasi dari luar? Tiada bukan, jadi bagi aku, semua ini adalah untuk keuntungan sesetengah pihak sahaja. Yang untung hanya syarikat penganjur yang bertindak menganjurkan perlawanan persahabatan ini serta FAM. Bolasepak kita? Liga kita? masih di tahap yang sama malah lebih merudum jatuh.

Walaupun anda ini semua penyokong tegar Arsenal, Chelsea dan Liverpool, tidakkah anda terasa yang anda ini telah dipergunakan oleh mereka-mereka ini untuk mengaut keuntungan. Anda membayar harga tiket yang tinggi dengan alasan untuk melihat pemain-pemain kesayangan anda beraksi dengan mutu permainan yang ditahap tinggi tetapi sedarkah anda bahawa mereka tidak akan mempamerkan aksi 100% atau 200% sebagaimana mereka beraksi saban minggu dikaca televisyen. Jadi mutu permainan apa yang anda nak tengok? Kehebatan apa yang anda nak tonton? Kalau anda ke Anfield atau Stamford Bridge atau ke Emirates Stadium barulah anda boleh katakan yang anda ingin melihat kehebatan Torres ataupun Van Persie ataupun Gerrard kerana mereka akan memberikan 100% malah lebih daripada itu.

Pernah kita dengar England menentang Real Madrid, atau Jepun menentang Barcelona? Kenapa tidak? Sedangkan kelab-kelab tersebut mempunyai peminat yang ramai di negara-negara yang disebutkan. Ini kerana FA of England dan Jepun menjaga prestij dan martabat bolasepak negara mereka serta skuad negara mereka, lihat di mana mereka berada sekarang, tahap sukan bolasepak negara mereka berada di mana, liga mereka bagaimana. Jadi dengan membawa pasukan-pasukan ternama dari Eropah mahupun dari mana-mana sekalipun tidak akan membantu dalam pembangunan sukan bolasepak sesebuah negara. Jadi mengapa perlu kita sebagai rakyat Malaysia membelanjakan wang yang banyak hanya untuk merosakkan negara sendiri dan juga merosakkan orang kita sendiri dan selepas itu bercerita dan bersungut di kedai-kedai mamak mengenai mutu bolasepak Malaysia, mengenai liga kita yang hambar, tapi sedarkah anda, apa sumbangan anda terhadap kemajuannya? dengan memberikan wang hasil titik peluh anda, jerih payah anda ke pejabat setiap hari dirampas sebahagiannya untuk kesenangan dan kekayaan sesetengah dan setengah pihak lagi kerugian.

Aku tidak ingin menghalang hak anda semua jauh sekali bermusuh dan mencaci anda semua hanya kerana anda penyokong Arsenal atau Chelsea atau Liverpool. Itu terpulang kepada anda semua, kerana ianya adalah wang anda dan hak anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas. Tapi apa yang aku nak kongsi ialah supaya semua berfikir sejenak;

1. Siapa sebenarnya yang untung?
2. Tidakkah anda rasa seperti dipermain-mainkan, membayar tiket 
   yang mahal hanya untuk menyaksikan pemain-pemain kesayangan anda 
   bermain sambil lewa tidak 100%.
3. Seringkali kita membebel dan merungut tentang kemunduran dan 
   kesuraman bolasepak serta liga kita, apakah yang anda telah 
   lakukan untuk sama-sama menaikkan martabat bolasepak Malaysia 
   atau anda hanyalah "kaki sembang pung pang pung pang".
4. Alasan anda untuk ke sana pasti "Aku nak tengok kehebatan 
   Arsenal/Chelsea/Liverpool main" tapi mana yang hebatnya? mana 
   mutu permainan yang tingginya? jika mereka datang sekadar 
   membuat persembahan.
5. Tidakkah "True Fans" Arsenal atau Liverpool atau Chelsea di 
   Malaysia fikir yang masa yang bernilai itu lebih baik digunakan  
   oleh Daglish, Wenger atau pengurus Chelsea yang baru untuk 
   mengatur skuad dan membina kesefahaman serta meningkatkan mutu 
   taktikal Arsenal, Liverpool dan Chelsea untuk merampas kejuaraan 
   liga dari tangan Manchester United dari masa itu terbuang untuk 
   perlawanan persembahan yang tidak menguntung pemain serta 
   jurulatih Liverpool, Arsenal dan Chelsea. 

Cuba duduk sejenak fikir. Kepada penyokong Arsenal, Chelsea dan Liverpool harap anda semua terhibur oleh persembahan mereka tetapi anda lebih The Gunners atau The Reds atau The Blues jika anda ke Anfield, Stamford Bridge ataupun Emirates Stadium untuk bersama-sama pasukan tanah tumpah darah anda. Orang-orang mereka sendiri pun tidak pergi tengok dan menolak perlawanan persembahan seumpama ini.

Apa yang aku nak katakan di sini adalah aku tidak gemar dengan pihak-pihak yang suka mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dari orang lain tanpa memikirkan apakah kerugian yang bakal dihadapi oleh yang lain kemudian hari.


Sekadar tulisan dan pendapat.

8 comments:

  1. FAM dapat untung..
    pasukan Malaysia dapat pengalaman..
    buktinya sukan sea dan piala AFF suzuki cup kita menjadi juara.

    -harimau malaya-

    ReplyDelete
  2. bagi gua yang tak berapa cerdiknya ni....

    gol paling terbaik dan cantik pernah gua saksikan bila anak tanjung karang (sebuah daerah di selangor) menumpaskan penjaga gol yang beraksi di Piala dunia...

    dan gua rasa berbaloi walaupun kalah sambil menconteng arang dimuka barisan pelacur....

    maknanya pelacor tu tak la hebat sangat sebab kita boleh gigit dia

    ReplyDelete
  3. masalahnye pelacur tu pun main sambil lewa je..

    ReplyDelete
  4. FAM takkan baca luahan bro ni... sbab mereka sedang sibuk berkira-kira.. apakah perlu dibuat dengan duit2 untuk yang berjuta lipat kali ganda itu...

    ReplyDelete
  5. organiser aka bapa ayam lah yg paling untung.....sape yg organise benda nie yer? ada syarikat kan?...hmmmmp.

    ReplyDelete
  6. setuju der! mereka ni hanya memikirkan keuntungan & ke'glamour'an bg pihak masing2..sampai bila pon martabat bolasepak negara kita terus diperlecehkan..dgn kata yg sesuai utk FAM..'Ape pon tak boleh' !

    ReplyDelete
  7. AK RASA LA KAN...PTT NYA FAM WAT PERLAWANAN ARSENAL LWN CHELSEA...CHELSEA LWN LIVERPOOL...PENYOKG DAPT G STADIUM DGN SENG HATI TANPA MEMIKIRKAN NAK PKI BJU APA...XDA LA JD ISU X PATRIOTIK LA APA LA....PEMINAT SETIA EPL DPT TGK PEMAIN KESAYANGAN MEREKA....BAB NAK KN P EMIRATES KE ANFIELD KE...AGAK2 LA BRO...BKN NYA KAYA SGT PUN NAK P SN...MS NI LA PELUANG NAK TGK PEMAIN2 Y BERKUALITI DPN MATA....WAT APA NAK P JAUH2 KLU MEREKA SNDRI BLEH DTG SNI....LGPUN JUST FOR FUN KAN...BILA ORG MEREMPIT KORG MARAH...ADA DUIT ISAP DADAH KORG MARAH...BL NAK P STADIUM ISI MASA LAPANG KORG MARAH....BL EPL KATA MALAYSIA X SPORTING SBB XDA PEMINAT KORG MELENTING...KALAU WENGER KATA XNAK DATANG MALAYSIA SBB X BEST KORG MENGAMUK...SETIAP BENDA ADA JE KORG X PUAS HATI...AK PLIK BTOL LA...

    -emadri-

    ReplyDelete
  8. Aku rasa isi dengan friendly match antarabangsa kelas A lagi bagus daripada lawan Team chelsea,liverpool ataupun arsenal yang langsung tak naikkan ranking malaysia...sekurang-kurangnya bila lawan team antarabangsa team malaysia boleh la dapat mata untuk naikkan ranking.. lagi bagus kalau dapat friendly lawan team eropah yang kelas bawah2 sikit macam romania ke, slovakia ke, croatia ke...baru la nampak seriusnye main bola untuk dapatkan point ranking..ini tidak, team2 EPL datang malaysia lepas tu main acah-acah(bersahaja) lepas tu team malaysia kalah... lepastu orang luar mula la cakap yg bukan-bukan pasal malaysia ( ade aku terbaca wall kat page ni, org indonesia kata malaysia hanya jaguh kampung,pastu arsenal main macam petang2 buli malaysia )...malu oo malu...TAPI AKU TETAP TRUE FAN MALAYSIA !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...