Thursday, June 02, 2011

Kenapa...Mengapa???

Assalamu'alaikum,

WOOOO!! Lama sekali aku tak menjenguk ke ruangan ini, sebabnya aku sibuk dengan perkara-perkara lain dan aku tidak ada idea untuk menaip walaupun sebenarnya aku ada perkara untuk dikongsi. Idea tidak hadir mungkin kepala otak ini telah dipenuhi oleh perkara-perkara lain barangkali. Ketika ini persoalan muncul "Kenapa? dan Mengapa?". Mengenai apa? Sini aku jelaskan. 

Kita semua pasti sudah tahu akan perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dengan Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Jadi aku tertanya-tanya kenapa? mengapa?

KENAPA lawan Arsenal? MENGAPA tidak menentang England? KENAPA lawan Liverpool? MENGAPA tidak lawan Trinidad & Tobago? KENAPA lawan Chelsea? MENGAPA tidak jemput Republik Ireland?

Jawapannya kalau kita tanya pada pihak yang bertanggungjawab di dalam sebuah persatuan yang menjaga pasukan kebangsaan ialah, 
1. peluang yang baik untuk pemain-pemain kebangsaan menimba  
   pengalaman dan ilmu dengan bermain bersama bintang-bintang hebat 
   seperti Van Persie, Fabregas, Torres, Drogba, Suarez, Reina, 
   Cech dan sebagainya.

2. peluang untuk peminat-peminat Arsenal, Liverpool dan Chelsea 
   untuk melihat kelab tanah tumpah darah mereka dari dekat kerana 
   selama ini ada yang tidak berkemampuan kerana kos untuk menonton 
   perlawanan pasukan di stadium agak tinggi kerana ianya melebihi 
   RM20. 

Dua alasan di atas adalah alasan yang aku baca di akhbar tempatan apabila orang yang dipertangungjawabkan untuk menaikkan martabat bolasepak tempatan diajukan soalan tentang kedatangan tiga pasukan gergasi dari tanah Ratu Elizabeth ke tanah bekas jajahan nenek moyang beliau. Tetapi apa yang aku pelik ialah, MENGAPA tiada jawapan seperti di bawah;

1. Kita membawa 3 pasukan ini ke Malaysia adalah semata-mata untuk 
   mengaut keuntungan dari rakyat Malaysia yang pasti sanggup untuk 
   berbelanja dan berkorban apa sahaja untuk bersama pasukan tanah 
   tumpah darah mereka dan harga tiket yang tinggi bukanlah alasan 
   atau halangan bagi penyokong tegar 3 pasukan tanah tumpah darah 
   mereka ini untuk bersama pasukan mereka. 

Satu lagi persoalan berjalan dalam fikiran aku, KENAPA perlawanan ini dijadualkan disaat skuad Harimau Malaya kita akan bersaing dalam Kelayakan Piala Dunia 2011(jika menang dengan Taiwan) beberapa hari selepas perlawanan dengan kelab gergasi Eropah itu. MENGAPA perlawanan kelayakan itu tidak dianggap penting? 

KENAPA sanggup menghambakan pemain-pemain tempatan dalam saingan Liga Super dengan 3 perlawanan dalam seminggu demi untuk menghabiskan liga sebelum kedatangan bintang-bintang terhandal itu. 

MENGAPA liga paling elit di Malaysia ini tidak diberikan keutamaan berbanding dengan kedatangan 3 pasukan itu yang bukan datang untuk memanas badan, jauh sekali untuk persediaan pasukan mereka bagi menghadapi musim baru tetapi mereka datang kerana telah dibayar untuk datang umpama pelacur yang telah dilanggan terpaksa melayan pelanggannya itu walaupun dia sebenarnya tidak mahu. Kerana hakikatnya Arsene Wenger, Kenny Daglish mahupun siapa sahaja pengurus Chelsea pasti tidak akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi untuk mereka membuat persediaan bagi pasukan mereka tetapi kerana mereka sudah dilanggan, mereka terpaksa melayan pelanggan mereka yang telah membuat langganan di kaunter-kaunter yang sudah dibuka sejak 2 minggu lepas.

Masih terpinga-pinga memikirkan KENAPA? dan MENGAPA?

Sekadar tulisan dan pendapat.


4 comments:

  1. cayalah bro...kau buat aku berfikir.

    ReplyDelete
  2. persoalan yang kritikus......

    ReplyDelete
  3. tp byk gme yg dorg dtg cni tu mlsia klh...xde menang pon kn???lain lah kalo mlsia boleh bedok team2 epl tu...baru lah leh kate wasting..yg pntg team mlsia yg improve prestasi tuk klhkan dorg bia pon dorg men ikut percent yg tah bape tah yg ko ckp tu...aku rase ko patut pk luas lg dr ape yg ko pk skang...nk ikutkan segale bnde duit je kt mlsia nih...aku tau ko phm mksud aku tu kn...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...