Wednesday, June 15, 2011

OK ke TAK OK??

Assalamu'alaikum,

Aku cuma nak kongsi satu ruangan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15hb Jun 2011;


Apa pendapat anda tentang kartun di atas? Disaat anda membacanya apa yang terlintas dalam fikiran anda?

Bila aku baca, aku faham yang disebelah kiri tu adalah berdasarkan undang-undang ALLAH dan disebelah kanan adalah berdasarkan undang-undang ciptaan manusia yang diluluskan oleh manusia juga. Aku juga faham yang undang-undang disebelah kiri itu tidak dapat melindungi wanita yang dirogol itu manakala undang-undang sebelah kanan itu pula boleh melindungi wanita yang dirogol.


Persoalannya, apakah motif kartun ini? apakah yang cuba dibuktikan oleh sang penulis ini? Apa pendapat anda?


Sekadar tulisan dan pendapat.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Mesej disampaikan dalam kartun ini tidak jelas hanya dengan dialog yang singkat. Tidak ada penjelasan yang munasabah mengenai undang-undang mahupun fakta tetapi apa yang cuba disampaikan hanyalah perbezaan antara dua cara tindakan yang berbeza antara dua pendapat dalam menyelesaikan isu rogol. Mengenai undang-undang mengikut Islam perlu diperincikan supaya tidak ada yang salah anggapan dan tidak pula ia mengabaikan dari melindungi wanita-wanita yang teraniaya. Itu pendapat dari aku..:)

    ReplyDelete
  3. simple je la.... lebih dari 6 minggu aku semayang jumaat di sebuah masjid di shah alam dan kerap jugak kutbah dia pasal kes video seks...

    khatib kata takleh refer rakaman video pasal ntah betul ntah tidak....

    kartun ni sindir imam imam yang kata rakaman video takleh guna sebagai bukti...

    itu sahaja....

    ReplyDelete
  4. Undang-undang Islam bukan ciptaan manusia.Termaktub dalam kitab suci Al-Quran dan diperkuatkan lagi dengan nas-nas dari hadis nabi S.A.W.ada sapa yang berani melawan undang-undang Allah yang telah difirmankan Nya dalam kitan suci Al-Quran.Memang ada...solat pun culas.Puasa tebuk sana-sini.

    Tiba-tiba cuba menjadi jagoan Islam sedangkan tak tahu apa pun tentang undang-undang islam yang diturunkan oleh Allah melaui wahyunya didalam Al-Quran.

    Kitab keterangan hadis dan ayat Al-Quran banyak jual.Beli la.Baru tahu.Baru tak tuduh sebarangan kat khatib ke kat sapa ke.

    ReplyDelete
  5. political misleading ni.

    laporan ke jabatan agama melibatkan kes zina. polis kes rogol.

    dalam kes zina perlu 4 saksi. kes rogol hanya perlukan bukti yg releven sahaja.

    ReplyDelete
  6. tapi dekat sebelah kiri tu pun dia cakap dia dirogol kan? so, both kes rogol.

    cumanya, dia perli someone bila orang tu kata video ini tak boleh jadi bahan bukti, sebab tak ada mata, tak ada telinga. entah, bila kes polis kasari peserta perhimpunan, semua pakai video jugak aku tengok. hm...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...