Monday, July 01, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 28-

Assalamu'alaikum,

Kalau minggu lepas aku tulis pasal "TEORI DATUM" dan teori itu tak menjadi dalam perlawanan minggu lepas, makanya minggu ini aku nak kongsi satu lagi keindahan bolasepak Malaysia.

Kita semua tahu sekarang Lions XII duduk paling atas dengan 40 mata diikuti Selangor & JDT masing-masing dengan 36 mata dan baki perlawanan Liga Super tinggal 2 perlawanan iaitu berjumlah 6 mata.

Untuk perlawanan ke-21 esok aku rasa Selangor & JDT akan menang untuk menaikkan jumlah mata mereka ke 39 mata masing-masing manakala Lions XII akan seri dengan Felda United dan jadikan jumlah mata mereka 41 mata.

Makanya perbezaan mata hanya 2 di antara tempat ke-3, ke-2 dan teratas, dan perbezaan 2 mata itu ialah 1 perlawanan yang mana akan berlangsung perlawanan liga terakhir pada Sabtu ini 6hb Julai. JDT akan menentang Selangor di Larkin, Kelantan akan menentang Lions XII di Kota Bharu.

Ingat lagi musim 2011-2012 dalam BPL macam mana diaorang main sampai hari terakhir untuk rebut kejuaraan antara Manchester City & Manchester United. Itu antara 2 pasukan sahaja, ini 3 pasukan sekaligus. lagi masyukkkkkkk!!

Kenapa aku kata masyuk? Bayangkan 3 pasukan, kebetulan 2 pasukan akan berentap sesama sendiri pula dan satu lagi akan menentang pasukan yang baru dapat kejuaraan Piala FA. HOT tak?? Naik tak rating di TV untuk siaran langsung nanti?? 2 siaran langsung, berapa ramai penonton seluruh Malaysia nanti? berapa banyak iklan yang akan di beli nanti?? UNTUNG BUKAN??

Masyuk lagi?? kutipan tiket, di Larkin sudah pasti penuh melimpah-limpah sebab perlawanan nak rebut kejuaraan, sudah tu dengan Selangor pula. Kota Bharu juga sudah pasti melimpah kerana menentang Lions, untuk elak piala menyeberang tambak pula ditambah baru lepas jadi juara Piala FA. Melimpah tak stadium MASYUK TAK?? Tapi setiap perlawanan pun dua-dua stadium tu penuh cuma kalau perlawanan begini melimpah lah.

Bookmakers pun masyuk jugak kerana sudah pasti pertaruhan akan melonjak kerana ianya melibatkan 3 pasukan besar dan 2 perlawanan besar. ADA UNTUNG?? 

Cuba fikir, selalunya perlawanan liga nih susunannya ialah siapa yang kita lawan masa perlawanan pertama dulu kita akan lawan semula pada perlawanan terakhir liga kalau ikut susunan yang standard lah, tapi di Malaysia nih mereka susun jadual ikut suka hati, jadi adakah secara kebetulan yang JDT akan berjumpa dengan Selangor untuk perlawanan terakhir liga dan dalam pada masa yang sama kedua-dua pasukan berpotensi merebut kejuaraan Liga Super manakala pasukan teratas liga pula akan bermain dengan "TOP TEAM" di Malaysia iaitu Kelantan walaupun pasukan ini tidak ada dalam radar kejuaraan Liga Super. Kenapa susunannya begitu?? Adakah ianya betul secara kebetulan?? ATAUUUUUUUUUUUUUUU....

Benda-benda macam nih tak kan pemain yang buat ye dak?? tak kan jurulatih yang susun kan?? tak kan pak guard yang bikin?? ini semua pihak pengurusan lah. Sama seperti "TEORI DATUM" aku minggu lepas, itu bukan kerja pemain dan jurulatih, itu kerja pengurusan tertinggi pasukan. Tetapi bila dah ditulis dan di stadium di pekik di jerit akan "TEORI DATUM" ini minggu lalu, Alhamdulillah tak menjadi teorinya.

Esok kita lihat sama ada teori ini akan berlaku atau tidak. Mungkin bila dah ditulis dan disebarkan, toeri ini sekali lagi tidak akan menjadi kenyataan. kita tunggu dan lihat esok perlawanan ke-21 Liga Super musim 2013.

Walau apa pun aku tetap akan turun ke stadium untuk pasukan Merah Kuning aku. InsyaALLAH esok ke Stadium Shah Alam dan Sabtu ini ke Larkin kalau tiada aral melintang. Kenapa??

Sebab dalam keadaan sekarang bukan masanya untuk boikot, kerana mereka tidak kisah kalau kita tidak hadir, tetapi kalau kita hadir dan bising-bising pasal kegiatan mereka, mereka akan panas pungkok. Contoh paling baik ialah apa yang dilakukan oleh KLU(Kuala Lumpur Ultras) untuk pasukan mereka. Dalam pada ramai anak kota tidak peduli ada sekelompok kecil yang masih peduli dan sayang pada bolasepak Malaysia telah membuatkan orang-orang ini panas pungkoknya.

Sekadar tulisan dan pendapat.

3 comments:

  1. Aku harap kau jawab satu soalan aku ni..Andai kata Lions tak masuk Liga kita, Bookie tak ada dalam liga, kau rasa ada harapan pasukan Malaysia ni akan jadi pandai main bola ke?..kita ni Piala Asia pun tak layak layak sebelum Lions main liga kita lagi..

    aku nak faham kan benda ni je..tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bookie akan sentiasa ada, dalam mana-mana liga di dunia nih pun ada "match fixing" tapi ibaratkan begini, kau tahu dah Si A nih pencuri tapi kau jemput dia bermalam di rumah kau dan esok kau bangun semua barang kau lesap dengan Si A sekali lesap..tapi kalau kau tak jemput Si A bermalam di rumah kau tak semestinya rumah kau tak akan dimasuki pencuri betul?? macam tu lah ibaratnya Lions XII nih..kau dah tahu Singapura itu negara bookmakers berleluasa, kenapa jemput Lions??? Apa motif Lions berada dalam Liga-M?? kalau bukan sebab duit..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...