Friday, February 22, 2013

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 24-

Assalamu'alaikum,

Aku nak kongsi cerita aku semalam, aku tengah nak beli barang dekat Giant Seksyen 18, sekali jumpa pakcik nih, aku kenal lama dah dia nih, dia kira minat bola gila-gila jugak lah, penyokong Selangor dia nih, aku pun tegur dan dia pun tegur aku balik kemudian kami borak-borak sampai masuk bab bola, macam biasa lah dia tanya, "pegi stadium lagi?" aku pun jawab "pegi, mesti pegi", dia pun terus balas "acik malas dah nak pegi stadium, kita pegi tengok diaorang main bukan main betul-betul, dengan rasuah sana sini, buang masa". Aku macam biasa terus sambung "alaa cik, atur game nih dalam mana-mana liga kat dunia nih ada, bukan kat Malaysia je", kemudian dia balas "takde, cuba kau tengok orang putih main, diaorang main sungguh-sungguh, all out every game, kita nak tengok pun sedap, syok". Dia sambung lagi "takde lah kita rasa kena tipu, ini main nak tak nak, kita tengok buat sakit hati, main sebab duit, takde sungguh-sungguh". Aku masuk semula "serius cik, sekarang nih kat eropah sana tengah kecoh pasal pasal sindiket jual game dalam liga diaorang & champions league, sampai Interpol, Europol pun dah campur tangan" tambah aku lagi "katanya dekat 300 game lebih kat sana yang diaorang atur campur lah liga dengan champions league". Pakcik tu pun balas "ye ke? pakcik tak tahu pun, takde keluar berita ke suratkhabar pun cakap".

Aku pun sambung-sambung borak sampai setengah jam jugak lah berdiri berbual dengan dia, sampai aku sedar dah lewat, aku pun minta diri. Aku sebenarnya kongsi cerita nih sebab aku nak bezakan di Malaysia dan di luar. Di negara kita nih kalau cerita pasal atur perlawanan, walaupun cerita pemain tu baru dipanggil SPRM ataupun baru disyaki dan belum ada laporan apa-apa pun, terus dapat liputan meluas media, tapi bila ada berita tentang atur perlawanan liga luar takde pulak nak heboh-heboh.

Kenapa?? Nak jaga rating siaran langsung ke?

Ini kalau rajin baca lah;


Itu semua cerita-cerita panas mengenai gejala mengatur perlawanan yang dikatakan melibatkan beratus-ratus perlawanan dalam liga-liga utama di eropah dan UK serta perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Kenapa tiada liputan di media utama sebagaimana liputan terhadap gejala mengatur perlawanan tempatan?? Nak jaga sponsor liga-liga eropah ke?     

Aku bukan apa, cuma terkilan. Kita diceritakan tentang keburukan pemain kita liga kita sehinggakan ada yang tak mahu pergi stadium sebab takut ditipu. Itu persepsi sesetengah mungkin majoriti orang kita terhadap bolasepak Malaysia, tetapi kenapa mereka tiada persepsi sebegitu terhadap liga luar?? walaupun hakikatnya perkara yang sama juga berlaku di sana.

Sebabnya kalau pemain tu amik rasuah ceritanya keluar muka depan, tapi kalau pemain tu score hatrik, cerita dia kecik dekat hujung suratkhabar sebab cerita yang besarnya pula, cerita kehebatan liga luar, liga kita?? kalau cerita jual game dapatlah kalahkan cerita BPL baik di media elektronik mahupun media cetak. Macam mana orang kita nak ada pandangan atau persepsi yang baik terhadap liga Malaysia??

Orang luar tak jaja satu dunia keburukan liga diaorang ada gejala atur perlawan walaupun ada sebenarnya sampaikan umum tidak tahu dan menganggap segala-gala yang berlaku dalam liga diaorang itu semua "MIRACLE", "GREATEST COMEBACK", "GIANT KILLER CLUB", tapi berbeza terhadap persepsi umum pada Liga Malaysia, kerana apa? kerana orang kita disaji dengan cerita buruk gejala atur perlawanan ini.

INI HAKIKAT YANG PERLU DITERIMA DAN DIPERJELASKAN KEPADA UMUM BAHAWA GEJALA MENGATUR PERLAWANAN INI BUKAN HANYA ADA DALAM LIGA MALAYSIA SAHAJA TETAPI JUGA DALAM LIGA-LIGA SELURUH DUNIA TERMASUK LIGA-LIGA YANG DIPERTONTONKAN KEPADA KHALAYAK UMUM SABAN MINGGU DAN JUGA DALAM LIGA YANG UMUM SANGGUP BERSENGKANG MATA MENONTON YANG KONONNYA BOLASEPAK BERKUALITI. 

Alasan anda tidak mahu sokong liga Malaysia sebab rasuah aku rasa dah tak relevan lagi, jadi kenapa anda tidak menyokong pasukan tempatan yang ada kena mengena dengan anda?? Jawapan ada pada anda, mungkin kalau tiada jawapan, ada alasan yang boleh digunakan.

SUPPORT LOCAL FOOTBALL

Sekadar tulisan dan pendapat. 

5 comments:

  1. match-fixing ada dimana-mana, tapi foreigners berlakon lagi convincing dari pemain2 tempatan kita... kurang latihan menjual game kot. huhu.

    ReplyDelete
  2. geng2 pualam ni. kena panggil blackie settlekan

    ReplyDelete
  3. abang memberontak, nak tanya pendapat abang ni. saya memang penyokong tegar liga tempatan. cuma nak mintak pendapat abang, kalau saya lahir kat negeri lain, membesar kat negeri lain, saya patot sokong negeri mana bang? negeri saya lahir ke negeri saya membesar? mintak penjelasan ye bang. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Maybe lahir kt johor tapi membesar di perak..sokong la selangor..sebab selangor power

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...