Assalamu'alaikum,
Meriah Piala Malaysia tahun 2011 dengan bermacam-macam kisah. Jurulatih Selangor meletak jawatan selepas 4 perlawanan kumpulan dan timbul pelbagai spekulasi dan teori, lima kad merah dalam perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu, prestasi pengadil menjadi isu hingga keluar berbagai-bagai pendapat dan kenyataan dari segenap golongan rakyat bolasepak di Malaysia dan yang terbaru isu kenaikkan harga tiket yang menimbulkan kekecohan 1Malaysia tetapi telah dapat diatasi dengan jayanya oleh kedua-dua persatuan negeri. Tahniah!!
Setelah selesai, timbul pula pendapat-pendapat mengenai cara penyelesaian itu, masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Oleh itu aku cuma nak kongsi pendapat aku di sini.
Pertama sekali, aku memang kurang bersetuju dengan pemberian subsidi oleh kedua-dua persatuan/kerajaan negeri dan juga mereka-mereka yang telah membeli tiket-tiket subsidi itu kerana cara itu bukanlah cara yang akan menguntungkan untuk kita semua sebagai penyokong di masa hadapan terutamanya sukan bolasepak itu sendiri. Kenapa?? Sebabnya;
- Harga RM50 itu akan menjadi titik penanda bagi harga-harga tiket untuk perlawanan-perlawanan lain selepas ini.
- Jika sebuah perlawanan domestik tiketnya berharga RM50, bagaimana pula dengan perlawanan antarabangsa nanti? Sudah pasti sebuah perlawanan antarabangsa tidak akan lebih murah tiketnya dari perlawanan domestik.
- Kenapa aku berkata demikian?? Tahun depan kita akan menganjurkan Piala AFF Suzuki 2012 dan aku rasa FAM sudah membuat kira-kira dan jika perancangan mereka berjaya pada 29hb Oktober 2011 ini nanti sudah pasti harga tiket bagi perlawanan antarabangsa akan menjadi lebih atau sama dengan RM50 bagi satu perlawanan. Mampukah aku nanti?? Aku terfikir...
- Kenapa aku cakap macam tu?? Cuba imbas kembali, pada tahun 2010 harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dinaikkan dari RM20 ke RM30, kemudian pada Disember tahun itu harga tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 juga berharga RM30. Kemudian untuk perlawanan persahabatan, kelayakan Olimpik 2012 dan Pra Piala Dunia 2014 berharga RM20 dan telah naik ke RM30 sewaktu Pra Piala Dunia 2014 Pusingan Ke-2 menentang Singapura kerana FAM dapat menghidu bahawa sambutan pasti menggalakkan dari rakyat bolasepak Malaysia ketika itu.
- Jadi imbas kembali ke No. 3, jika tahun ini perlawanan akhir Piala Malaysia telah ditetapkan harganya pada RM50, maka berapa pula harga tiket bagi perlawanan kelayakan Olimpik 2012 pada November 2011 nanti?? dan berapa pula harga tiket bagi perlawanan antarabangsa pada tahun 2012 nanti?? Pastinya bukan lagi RM30 kan?? cuba renung sejenak... :-)
- Kenapa beri subsidi?? Pendapat aku, ialah mungkin untuk menutup kesalahan pihak tertentu yang mungkin telah mempersetujui harga yang mungkin dicadangkan oleh FAM.
- Kenapa aku kata begitu?? Sebabnya, kalau tak salah kenapa nak mengalah?? Kalau betul kedua-dua persatuan negeri tidak bersetuju dengan harga tiket, kenapa perlu mengalah dengan keputusan jawatankuasa yang dikepalai oleh Dato' Hamidin?? Jadi mungkin ada "story" disebalik keputusan ini yang hanya mereka dan keluarga mereka sahaja tahu...hehehe
- "Story"nya mungkin orang berkuasa dalam FAM telah mengeluarkan arahan kepada PBNS & PBSNT yang FAM tidak akan menurunkan harga tiket kerana mungkin takut malu dan mungkin takut dikatakan mengalah dengan kuasa penyokong dan mereka akan lebih rasa tergugat selepas ini jika harga tiket diturunkan. Jadi jalan paling selamat supaya Stadium Shah Alam tidak dipenuhi dengan angin sepoi-sepoi bahasa sahaja adalah dengan cara pemberian subsidi ini, kerana mereka tahu yang rakyat Malaysia ni lemah dengan "RM" lebih-lebih lagi bila dengar ada "subsidi"..tersenyum lebar sampai ke telinga mereka walaupun sebelum nih masam mencuka muka disusuli dengan kata-kata cacian dan maki hamun terhadap FAM.
- Jadi kenapa aku tak setuju dengan tindakan mereka-mereka yang telah membeli tiket-tiket subsidi ini, kerana sebab-sebab yang telah aku berikan di No. 1 hingga 5 di atas (sila rujuk kembali kalau dah lupa)..hehe. Tindakan mereka ini aku lihat akan membebankan golongan-golongan yang selalu cuba untuk memenuhkan stadium setiap minggu walaupun tak penuh-penuh, sedangkan majoriti yang membeli tiket itu aku jamin, terdiri dari golongan yang datang stadium bila dan masuk "quarter" atau "semi" atau pun hanya setahun sekali menjengah ke stadium. Tak salah, aku tak cakap tindakan korang tu salah cuma aku kurang setuju jek, sebab aku memandang masa hadapan apa akan berlaku terhadap bolasepak Malaysia nanti, mungkin anda yang beli tiket tu tak pandang, tak kisah atau terlepas pandang.
- Kenapa aku cakap yang beli tiket itu majoritinya terdiri dari golongan yang datang stadium bila dan masuk "quarter" atau "semi" atau pun hanya setahun sekali menjengah ke stadium?? Sebab secara logiknya kalau mereka kata mereka sanggup berhabis duit untuk bersama pasukan kesayangan mereka, memberi sokongan dan semangat kepada para pemain, kenapa aku tengok SSINS Kuala Terengganu dan STAR Paroi tak penuh pun setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Penyu dan Rusa, kata setia memberi sokongan dan semangat tapi hanya penuh bila dah quarter dan semi dan mungkin untuk perlawanan tertentu sahaja. Setia ke dek non oii?
- FAM pandai menggunakan perkataan "kesetiaan" untuk merompak anda dan persatuan negeri anda semua. Kalau FAM kata hasil penjualan tiket dibahagi 50-50, memang betul, diaorang tak tipu, tapi yang bahagi 50-50 tu adalah untung hasil penjualan tiket, selepas ditolak sewa stadium, kos penyelegaraan perlawanan akhir(bayar RELA, Polis, pegawai tu, pgawai nih) barulah ianya dibahagi sama rata antara PBNS & PBSNT.
- Kenapa aku kata begitu?? Sebab, fikir secara logik, siapa nak tanggung kos-kos penganjuran perlawanan akhir tu?? FAM nak tolong bayar?? huh!! Jadi dengan anda membeli tiket-tiket subsidi itu bermakna anda telah mengurangkan kantung pasukan kesayangan anda sendiri tetapi telah memenuhkan sedikit kantung FAM.
- Kenapa aku cakap macam tu?? Jom kita buat kira-kira sedikit secara kasar;
Jika kita boikot & paksa FAM turunkan harga tiket mengikut 2010
Kita ambil harga tiket sebagai RM30(ikut harga 2010)
60,000 tiket(30k T'ganu & 30k N.Sembilan)
60,000 x RM30 = RM1.8j
(+)5,000 tiket dijual hari Sabtu
5,000 x RM30 = RM150k
Jumlah penjualan tiket = RM1.95j
Andaikan pembahagian dibuat begini;
Stadium = 10% x RM1.95j = RM195k
Kos penganjuran = 10% x RM1.95j = RM195k
FAM = 30% x RM1.95j = RM585k
(mustahil FAM tak amik "percent" kunun tak amik katanya)
Jadi baki yang tinggal untuk dibahagi kepada PBNS & PBSNT ialah sebanyak RM975k;
PBNS = RM487,500
PBSNT = RM487,500
Untuk pengetahuan itu PENDAPATAN BERSIH pasukan kesayangan anda jika kita semua berjaya mendesak FAM menurunkan harga tiket ke RM30.
Kini kita lihat pula pendapatan pasukan kesayangan anda selepas anda semua membeli tiket subsidi;
Tiket Besubsidi
Kita ambil harga tiket sebagai RM50(ikut harga FAM)
60,000 tiket(30k T'ganu & 30k N.Sembilan)
60,000 x RM50 = RM3j
(+)5,000 tiket dijual hari Sabtu
5,000 x RM50 = RM250k
Jumlah penjualan tiket = RM3.25j
Andaikan pembahagian dibuat begini;
Stadium = 10% x RM3.25j = RM325k
Kos penganjuran = 10% x RM3.25j = RM325k
FAM = 30% x RM1.95j = RM975k
(mustahil FAM tak amik "percent" kunun tak amik katanya)
Jadi baki yang tinggal untuk dibahagi kepada PBNS & PBSNT ialah sebanyak RM1.625j;
PBNS = RM812,500
PBSNT = RM812,500
Untuk pengetahuan itu BUKAN PENDAPATAN BERSIH pasukan kesayangan anda kerana perlu ditolak subsidi yang dikeluarkan oleh PBNS & PBSNT sebanyak RM600k & RM750k, makanya...
Pendapatan Bersih;
PBNS | PBSNT |
Pendapatan RM812,500 (-)Subsidi RM600,000 BERSIH RM212,500 | Pendapatan RM812,500 (-)Subsidi RM750,000 BERSIH RM 62,500 |
Nah..renung-renungkan lah :-)
Dalam hal ini tidak dinafikan FAM adalah golongan yang paling bijak mungkin kerana mereka banyak pengalaman dalam kegiatan rompakan secara besar-besaran begini dari pengalaman untuk memajukan sukan bolasepak itu sendiri..hehe.
Golongan yang yang kena tindas dan ditipu oleh kata-kata manis FAM ialah penyokong dan persatuan negeri masing-masing.
Dalam hal ini aku bukan nak sibuk-sibuk hal negeri korang, aku hanya nak kongsi dengan anda semua pandangan dan pendapat aku tentang isu ini sebab pada aku ini membabitkan dan berkait dengan hal bolasepak Malaysia juga. Namun akhirnya terpulang kepada penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu dalam membuat pilihan. Yang mana dah buat pilihan untuk membeli tiket demi kesetiaan anda untuk bersama-sama pasukan kesayangan anda, aku tak boleh nak kata apa, itu pilihan anda, aku cuma boleh kata "Good Luck" dan harapkan selepas ini anda fikir secara menyeluruh dan lihat perkara-perkara tersirat dalam bolasepak ini. Kepada yang masih berdegil tidak mahu membeli tiket kerana sayangkan dan tidak mahu pasukan anda serta bolasepak Malaysia digadai maruahnya sebab wang ringgit, maka aku tabik kepada anda kerana aku bersama kalian semua.
Apa-apa pun aku nak ucapkan semoga berjaya kepada pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan. Kepada penyokong kedua-dua pasukan, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Tahniah kepada anda kerana pasukan anda berjaya melangkah ke perlawanan akhir.
Kepada yang memboikot, dengar cerita esok ramai-ramai akan berada di luar stadium?? hurmm..macam menarik...boleh ke kalau yang sokong boikot nih dari negeri lain semua turun turut serta?? Apa kata mereka yang tak setuju dengan tindakan FAM nih?? nak join orang Negeri Sembilan dan Terengganu yang tidak membeli tiket di luar Stadium Shah Alam pada 29hb Oktober 2011?? Jommm lahh kumpul di tempat letak kereta Go-Kart Stadium Shah Alam sebelum jam 6:00pm..supaya bolasepak Malaysia tidak terus dihenyak dan dipijak FAM serta semoga mentaliti penyokong di Malaysia ini berubah dan maju seperti negara yang bolasepaknya maju. :-)
Sekadar tulisan dan pendapat.
pergh.. gilalah.. kira2 bagai.. terbaek!!
ReplyDeletegua sokong!! kasi tukar je sume yg ada dlm FAM tuh!!
ReplyDeletewell said bro..
ReplyDeletemmg...gila fam ni prompk..
ReplyDeleteFAM ni dah macam zionis yahudi dah aku tgk..sial!
ReplyDeletepanggil media elektronik join skali.,
ReplyDeletemencelah cket....rasanya PBNS & PBSNT untong gak dlm kes ni....rasanya mmg dowg dah pakat ngan fam bangsat nk naik hrga tkt coz klu xclap dwet subsidi 2 dr kerajaan ngri....so....krjn ngri msg2 la yg dirompk.....n dwet krjn ngri 2 dwet RAKYAT....rncgn teliti coz nk mtk subsidi buta2 mmg pyh la.....
ReplyDeleteAnalisis terbaik ni....keputusan ditgn rakyat mampu mengubahnya
ReplyDeleteFAM equal KOTEY
ReplyDeletehahah, setuju sgt . FAM bangsatt . hidup bangsattt !
ReplyDeleteperghhhhh, sabor jela. kalo btol biar depa yg kena blsn di akhirat :)
ReplyDeleteterbaek!!!!
ReplyDeletekira2 yg tepat dan betul
ReplyDeleteaku tak nampak poin bila kerusi stadium dah penuh, ada lagi puak yang nak boikot ramai2 duduk luar stadium...ye, nak demo...tp siapa nak peduli? masa ada peluang boikot betul2 tak nak ambik.
ReplyDeleteAnyway, good entry.
artikel terbaik!!!!
ReplyDeletewa respek lu bro.
entry patut hantar kat FAM ni bior diorang terbeliak bijik mate....
ReplyDeleteterbaekkkk!!!!!
ReplyDeleteInilah dia Melayu. Nak benda murah je. Support la kemajuan sukan anda. Sukan ialah kerja orang kaya.
ReplyDeletebetoi ler 2..... walaupon aku tak g stadium time team negeri main... tp time national team main... aku tak pnh missed.... tp mmg rs kecewa sgt ngan FAM.. 2 blum masuk kes ulat tiket....
ReplyDeletetransformasikan FAM..dh tua sgt dh 2 presidennya..konco2 pemusnah bolasepak malaysia pn blh dh dgulinggkan..terutama hamidin & azzudin..habuk tadak haprak je lebih..
ReplyDeleteSangat muram cuaca hari ini sama aje dengan suramnya masa depan sukan negara bukan sahaja bolasepak tetapi segalanya kalau mereka-mereka yang diberi kuasa dan tanggungjawab tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan jujur dan tulus. Tak takut ke pada 'ALLAH' bagi mereka yang Islam....... Bagi aku ini bukan lagi soal harga tiket RM50, ia dah lebih dah, ini soal maruah, soal harga diri....sungguh sedih kerana sungguh rendah nilainya bila dengan mudah dibeli dengan harga yang begitu murah RM25/RM20 (nilai subsidi bagi penyokong T'ganu/N9). Tak faham ke kita BUKAN HENDAK SUBSIDI.......kita rakyat yang tak mahu lagi bergantung kepada SUBSIDI....KITA MAHU TIKET DITURUNKAN MENGIKUT KEADAAN EKONOMI SEMASA DAN TAHAP SUKAN KITA......bolasepak adalah sukan 'rakyat' mengapa dipermainkan rakyat........
ReplyDeleteSalam Bro, saya sangat kagum dengan 'passion' Bro terhadap bolasepak negara, tapi Bro may advice to you is don't waste your energy, your time, your money and your life on this cause kerana di sini kita semua bagaikan 'anjing menyalak bukit' tiada apa-apa yang akan berlaku yang akan mengubah mereka ini yang telah melacurkan kuasa yang diberi kepada mereka. Kita berserah kepada ALLAH kerana hanya dia yang dapat mengubah segalanya. You take care BRO.........we all love you.
ReplyDeleteyes. agreed bout that. duit oii duit :) *kcau pala sat
ReplyDeleteanda mmg true.....keep the faith
ReplyDeletebro. itu tak kira duit Hak Penyiaran yang FAM dapat yd dok cover siaran langsung tu dari ASTRO ARENA n RTM. iklan2 kat padang tu lagi.. masyuukk wehh..
ReplyDeletesgt nice. orang yang membaca menatang ni sekurang2 belajar cara rompakan ala2 italian job ni. bro, mmg menyalak x guna, tp kalau 10 orang yg baca, sebarkan kpd 10 yg lain, dan lain, dan lain, x ke bagus usaha pemilik blog ni. x besar pon efek die, sekelumit pn cukuplah. at least kite sedar kite ni dirompak dlm x sedar.
ReplyDeletetahniah dan jutaan tahniah.
Saya setuju dengan pendapat di atas, it is the 'domino effect' (10 baca dan sebarkan kepada 10 yang lain dan seterusnya) dari penulisan blog ini yang insya'ALLAH akan membuat kita sekelian berfikir dan tidak sewenang-wenangnya menjadi 'pak turut' atau membenarkan diri dipijak. Bro penulis blog ini sangat pandai menganalisa dan sangat luas dan mendalam pemikirannya yang adakalanya tak terfikir oleh kita yang lain. Good for you Bro insya'ALLAH usaha Bro akan mendapat keredaan Allah dan Allah akan tolong kita untuk detikkan di hati orang-orang yang 'melacurkan' kuasa mereka untuk bertaubat dan memelihara masa depan sukan demi bangsa, negara dan agama kita. Semoga Bro dan yang lain-lain yang menyokong usaha Bro dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dan hidayah dariNya. Amin.
ReplyDeleteI like your post! Real, realistic...and brave!!! Harap pihak2 yg berkenaan baca blog ni...buka mata,dan buka juga minda mereka (sbb kalu tak buka minda, tandanya tak boleh terima,kan?).
ReplyDeletebunga2hati.blogspot.com
FAM dok cari dana nak bawa semua pegawai2 FAM pegi tengok EOURE 2012 tahun depan siap bawa anak beranak......
ReplyDeleteterbaik bro,,,yg lg best,,stadium shah alam pon dpt untung,,haha
ReplyDeleteteruskan bersuara.. sy sokong dgn entri 'Anak Memberontak' ni. hopefully FAM takkan terus diterajui oleh org2 yg hanya pentingkan keuntungan duit semata-mata. tp kita tak boleh salahkan penyokong yg sanggup membeli tiket subsidi tersebut kerana niat mereka utk menyokong negeri masing2. tambahan perlawan besar macam ni yg berlaku setahun sekali. ape pun tahniah kpd kedua2 team yg berjaya memasuki final. Majulah Sukan Untuk Negara.
ReplyDeleteni sebenarnya cermin pemikiran orang melayu, senang dicatur dan diperbodohkan. Tak boleh kata apalah, sebab tu kita kena jajah beratus tahun.
ReplyDeleterambo, lu memang terer. terima kasih atas analisis yg diberikan
ReplyDelete