Wednesday, November 16, 2011

S.U.S.A.H.

Assalamu'alaikum,

Pernah tak anda semua rasa SUSAH?? Susah hati, susah makan, susah tido, susah takde duit, susah nak bangun pagi, susah nak tegur orang, susah nak ikut peraturan dan susah macam-macam lagi lah. 

Saja aku terfikir pasal SUSAH nih sebab untuk melengkapkan 24 jam dalam kehidupan seharian kita, pasti kita akan tempuhi pelbagai kesusahan. Tapi pernah tak kita fikir;

Kita susah nak bangun pagi, terus susah hati kita sebab nanti lambat pergi kerja tapi kenapa sikit pun kita tak susah hati sebab kita tak dapat tunaikan kewajipan yang sepatutnya dilakukan setiap pagi. 

Kita selalu susah hati memikirkan tentang apa yang akan diperkatakan oleh masyarakat terhadap diri kita atas setiap tindakan kita seharian, tapi kenapa kita tak pernah susah hati memikirkan tentang apa yang DIA rasa terhadap kita.

Kita selalu sanggup bersusah-susah untuk orang yang kita cintai dan sayangi tapi pernah tak kita bersusah payah untuk-NYA.

Kita selalu cakap dan kategorikan orang itu susah bila takde duit, tapi kenapa kita tak pernah cakap dan kategorikan orang itu susah bila orang itu tak pernah nak laksanakan kehidupan hariannya mengikut ketetapan-NYA. e.g. "Sian orang tuh, takde duit, susah dia nak hidup, sian dia" tapi kenapa tak pernah dengar "Sian orang tuh, tak pandai baca Quran, susah dia nak hidup, sian dia" hehehe.. :-)

Kita selalu susah hati memikirkan pakaian yang sesuai untuk ke sebuah majlis atau untuk keluar dari rumah sebab takut orang cakap tak "up to date" atau "eh..asyik pakai baju sama jek" atau "kau nih dressing kampung lah" tapi kenapa kita tak pernah susah hati memikirkan, suka ke DIA dengan apa yang kita pakai.

Pokoknya, kenapa kita selalu rasa susah?? 

Sebab kita tak pernah nak susah kerana-NYA tapi kita selalu sanggup bersusah-payah untuk perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh manusia. Kita selalu nak puaskan hati dan gembirakan seorang manusia yang lain tapi kita tak pernah pun nak pun nak gembirakan-NYA. Kita selalu nak jaga hati seorang manusia yang lain tapi tak pernah nak jaga suruhan-NYA. Sebab tu kita selalu rasa susah, sebab kita terlalu mengikut panduan hidup yang diciptakan oleh manusia, sampai bila pun kita tak kan rasa senang, hari-hari akan susahhhhh jek.. ;-)

Aku rasa sebab tuh lah aku selalu rasa susah dalam kehidupan seharian aku...disebabkan kesusahan yang diciptakan sendiri oleh manusia walhal DIA telah menyediakan panduan bagaimana untuk senang dalam menjalani kehidupan seharian kita. Salah siapa?? Salah aku lah!! Siapa suruh ikut benda susah, benda senang kan ada hehe..

Aku harap korang tak susah baca "posting" kali nih. 

Sekadar tulisan dan pendapat.

2 comments:

  1. Alhamdulillah kerana sedar dan berani mengaku kesilapan yang telah dilakukan. Allah menyayangi kamu kerana telah mendetikkan di hati kamu kesedaran ini maka sekarang kamu harus ambil langkah seterusnya untuk memperbaiki diri. Belum terlambat untuk sesiapa pun berusaha menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Apa yang dikatakan adalah sangat benar, Allah dah sediakan kita cara/jalan/garispanduan/peta/halatuju untuk memudahkan kehidupan kita seharian. Ramai antara kita sahaja yang tidak mengikutinya, mungkin kerana tidak tahu atau pun belum sedar-sedar. ISLAM is a perfect religion in all aspects, it covers everything. It is a 'WAY OF LIFE' already set for its followers. So Alhamdulillah, syukur pada NYA yang kamu tahu/sedar akan ini, maka usahalah........

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Bro, terima kasih atas teguran di atas......mari lah kita semua cuba dengan hati yang tulus untuk menjadi 'tidak susah'....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...