Friday, November 18, 2011

Menang Emas???

Assalamu'alaikum,

Wahhh!!! dah macam menang pingat emas gembiranya semua rakyat bolasepak di Malaysia. Macam-macam pujian melambung-lambung mengalahkan Mael Lambung diberikan kepada skuad Harimau Muda.

Jurulatih-jurulatih "part time" juga memberikan komen positif dan kurang pedas atas kemenangan 1-0 ke atas Indonesia B-23.

Alhamdulillah kita menang tapi kemenangan tidak akan memberikan apa-apa makna tanpa pingat emas. Skuad Harimau Muda kita adalah yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini kerana jika di atas kertas hanya pasukan ini sahaja yang layak ke peringkat akhir Kelayakan Olimpik 2012 makanya hanya emas sahaja yang memberikan makna kepada kemenangan hari ini.

Game belum habis bro...rilekss!! hehehe..nanti kalau kalah kang caci maki hamun plak..jadi tenangkan diri anda semua..tarik nafas dalam-dalam hehe..tunggu 19hb nih..tengok apa sambungan cerita hari ini.. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

1 comment:

  1. Perjalanan masih belum sampai ke hujung belum boleh berpuas hati, masih bnyk yg perlu diperbaiki..terutamanya bahagian serangan yg perlu di pertajamkan lagi...semoga berjaya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...