Wednesday, November 23, 2011

Sukan SEA 2011 Episod Ibu Segala Pingat

Assalamua'laikum,

Tahniah Malaysia B-23 kerana telah mempertahankan pingat emas dalam acara bolasepak di Sukan SEA dan merupakan pingat emas yang ke-6 bagi negara dalam acara itu. 

Pingat emas itu sebenarnya membawa banyak maksud untuk bolasepak negara kita dan ianya terpulang kepada setiap individu ingin melihat atau menilai kemenangan Harimau Muda itu dengan apa cara sekalipun.

Seperti yang aku cakap sebelum ini, skuad Harimau Muda ini adalah yang terbaik setakat ini di Asia Tenggara dan pingat emas itu wajib menjadi milik mereka. Para pemain telah pun mensahihkan cakap-cakap aku sebelum ini. 

Majoriti rakyat bolasepak Malaysia amat gembira dengan kejayaan ini dan bermacam-macam kata-kata pujian yang manis-manis kedengaran untuk para pemain. Semuanya indah sekarang ini, yang nih comel lah, yang nih "cute" lah, yang nih hensem lah, yang nih gagah lah, yang ni dia punya lah, yang nih asal sini lah, asal situ lah. Semua orang sedang berbangga dengan kemenangan ini.

Bagi aku kemenangan penalti 4-3 ke atas Indonesia B-23 tempoh hari tidak membawa apa-apa erti dari segi memperbaiki mutu bolasepak Malaysia. Maksud aku di sini ialah mutu bolasepak yang ada sekarang dan buat masa nih. Tetapi kemenangan ini adalah sebagai pembuka jalan untuk kemajuan mutu bolasepak Malaysia, dengan syarat syarikat yang diberikan amanah untuk membina jalan itu membuatnya dengan betul serta mengikut prosedur yang betul. :-) 

Kenapa aku kata begitu?? sebabnya kemenangan emas pada Sukan SEA 2011 itu tidak menaikkan kedudukan Malaysia dalam "Ranking FIFA" dan juga ianya tidak akan dapat memberikan mana-mana pasukan dalam Liga-M supaya dapat beraksi dalam ACL(Asia Champions League). Jadi sebab itu aku cakap ianya tidak memberikan apa-apa erti atau kesan untuk mutu bolasepak Malaysia sekarang ini.

Namun kemenangan ini adalah permulaan langkah sang harimau untuk menakluk Asia tetapi bersyarat. Apa syaratnya??

Pemain seperti Syahrul Azwari, Nazmi Faiz, Wan Zaharul, Fandi Othman, Muslim Ahmad, K.Gurusamay, Gary Steven, Mahali dll tidak bermain dengan mana-mana pasukan Liga-M. Pastikan mereka ini semua bermain di liga luar. Bukan nak cakap liga kita tak bagus, tetapi ini untuk kebaikan Malaysia dan mutu bolasepak kita. Kalau mereka nih semua "graduate dari Harimau Muda dan meneruskan karier mereka di Liga-M, maka kita akan hanya jadi jaguh ASEAN sahaja untuk selama-lamanya.  

Liga Malaysia harus diperhebatkan lagi dan dinaikkan taraf supaya setaraf dengan liga-liga gred A seperti J-League, K-League &  A-league dan juga liga-liga di Asia Barat. Ini kerja FAM!!

Hantar pemain-pemain berumur 13 tahun - 17 tahun ke akademi bolasepak luar seperti di Australia, Jepun, Korea atau Eropah sekalipun, bukan untuk "short stint" 2-3 minggu tapi hantar sehingga mereka "graduate" dan dapat menempatkan diri dalam mana-mana pasukan di luar. Jangan nanti umur dah 27-28 tahun baru nak hantar pegi "trial" sana sini.

Pemain-pemain ini memerlukan perlawanan berkualiti tinggi yang cukup setiap tahun untuk membolehkan mereka bersaing dengan "game pace" pasukan-pasukan seperti Jepun, Korea, Iran dsbnya. 

Paling penting sekali, pihak pengurusan harus profesional dalam mentadbir kemudian barulah pemain-pemain semua akan ikut menjadi profesional.

Kemenangan itu juga adalah sangat manis kerana ianya berlaku di gelanggang keramat Sang Garuda dan sememangnya Malaysia dan Indonesia adalah "rival" yang utama dalam sukan bolasepak ASEAN ini. Lebih manis kerana ada ratusan penyokong Malaysia yang masuk ke Gelora Bung Karno menemani harimau-harimau muda. Siapa kata bahaya nak ke GBK?? Kalau kena cara pengurusannya, mana-mana stadium pun insyaALLAH kita selamat. Boleh pun pihak pengurusan uruskan penyokong-penyokong Malaysia nih semua dari segi tiket, keselamatan dan sebagainya. Masa Perlawanan Akhir ke-2 Piala AFF Suzuki 2010 kenapa tak boleh?? Maaf, teringat kenangan lama..hehe :-) pengurusan betul buat keja, semua boleh jadi dan jalan.
 
Kilaun emas di leher setiap pemain dan pegawai itu juga adalah petanda baik kerana, media-media semua bagaikan sudah mula memberikan perhatian terhadap pasukan bolasepak negara dan agenda atau objektif seterusnya adalah supaya Liga-M juga akan mendapat liputan sebegitu hebat sepanjang musim bukan hanya dipromosikan pada peringkat perlawanan akhir sahaja. 

Tapi aku nak ingatkan jangan terpedaya dengan propaganda media yang mengatakan bolasepak Malaysia sudah meningkat maju. Itu semua propa dari pihak media bila pasukan negara menjuarai sesebuah pertandingan sahaja tetapi bila kalah sesuatu perlawanan dicaci-cacinya.  Bolasepak kita belum maju lagi, tetapi sedang menuju ke arah itu dan kita sekarang berada pada jalan yang betul, cuma si tukang buat jalan tu kena betul jugak.

Jadi semua pihak harus bersabar terutama jurulatih "part time" pasukan kebangsaan B-23 dan juga senior kerana kita baru jadi juara ASEAN jadi tahap bolasepak kita sebenarnya hanya pada tahap ASEAN sahaja lagi, belum sampai tahap Asia. Jadi bila kita kalah dengan pasukan-pasukan yang lebih gah dan hebat, harap janganlah keterlaluan menjatuhkan moral dan mental pemain-pemain serta pasukan. Yang kita perlu beri tekanan sekarang ialah kepada pihak pengurusan iaitu FAM supaya mereka ini semua tak tidur dekat Kelana Jaya sana. Terus beri tekanan kepada mereka supaya mereka tahu apa yang kita rakyat bolasepak inginkan. Jangan menekan pasukan dan pemain kerana mereka telah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pengurusan iaitu juara ASEAN dan kita telah pun mencapai objektif tersebut dan sekarang ialah untuk mengorak langkah mempertahankan kejuaraan ASEAN dan seterusnya menakluki Asia.

Andai kata kita tewas dengan Syria hari ini, janganlah pula segala puji-pujian sejak Isnin lalu bertukar menjadi kejian dan caci makian pula. Ingat semua, terimalah hakikat yang kita baru jadi jaguh Asia Tenggara sahaja, masih jauh perjalanan sang harimau kita nih. Jangan mengharapkan keajaiban berlaku dalam masa terdekat ini, ini adalah permulaan sahaja, jadi jika anda ingin melihat pasukan kita berada setaraf dengan pasukan-pasukan hebat dunia, maka terus memberi sokongan dan terus menekan pihak pengurusan FAM supaya mereka tahu kuasa kita kuasa penyokong agar mereka tidak lena dibuai mimpi di Kelana Jaya sana.

Emas ke-6 itu tidak akan bermakna sekiranya ianya terhenti di situ sahaja. Sekali lagi TAHNIAH kepada Skuad Malaysia B-23!! Lu orang memang handal..

Sekadar tulisan dan pendapat.

JOM KE BUKIT JALIL RAMAI-RAMAI BERI SOKONGAN!!!

11 comments:

  1. hantar Ahmad Fakri main kat Indo, baru tau langit tinggi rendah .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pon hantar Faiz Subri.hahaha

      Delete
  2. Pendapat aku?

    menang nasib ajer.

    penalti beb.

    hahahaha. bola kita improve. tak nafikan..

    tapi masih JAUUUHHHHHH lagi.

    hahaha.

    ReplyDelete
  3. Good post (sentiasa good post!!!). Please FAM & sekutu-sekutunya tolong jangan 'rosakkan' pemain-pemain kita yang hebat yang masih muda ini. Susunlah strategi yang bernas yang menjanjikan kejayaan (Insya'Allah) untuk mereka.....Don't spoil them.....respect them, give them the courage and the drive to excel, build them up and support them no matter what, kalah atau menang, jatuh atau bangun. Sebenarnya bukan hanya dalam bolasepak ini, dalam semua sukan yang ada muka-muka baru yang muda-muda yang baru nak kenal erti hidup tolonglah jangan 'rosakkan' mereka. Give them what they need to berjaya demi negara kita yang dicintai. kalau kita sayang negara kita (sepertimana diwar-warkan oleh setengah-setengah pihak yang bertanggungjawab, jalankanlah tugas untuk NEGARA bukan untuk kepentingan diri sendiri. Fikir long-term not just short-term results for your own benefit......Please for our country.....

    ReplyDelete
  4. Masalahnya bro......kelab2 kat luar negara tu yang xnak terima pemain kita.....kalo dorg terima lama dah dihantar kaannn...... contoh mcm FC Vion tu.... bila dorng nk terima boleh la hantar...

    ReplyDelete
  5. Bagi aku, bakat si Nazmi tu memang boleh cungkil betul2. hantar yang talented2 untuk timba pengalaman dia kelab luar.

    ReplyDelete
  6. setuju...da most important thing is pengurusan.. Pembaharuan..Kalaulah FAM tau semua ini kan bagus...

    Malaysia vs Syria??itu sudah pasti!!!!jommmm!!!

    ReplyDelete
  7. Semoga impian rakyat malaysia menjadi nyata..

    ReplyDelete
  8. sentuh mengenai plan jangka panjang ni, setiap FA negeri juga bertanggungjawab untuk cari n develop bakat2 baru..ini penting supaya kekuatan pasukan kita sentiasa konsisten apabila ada barisan pelapis yang berkualiti..ya, buat masa ni kita merasa menjadi juara Asean..tapi untuk jangka masa 5-10 tahun dari sekarang, ke mana arah tuju kita? adakah kita akan sekali lagi menjadi pasukan belasahan atau hanya sekadar berpuas hati menjadi pelengkap jadual? kalau hanya kerana sedikit kejayaan, tetapi kita mendabik dada seolah-olah tidak perlu berbuat apa-apa lagi kerana kita sudah hebat, aku percaya kita tak akan kemana.. jadi setiap pihak harus melipat gandakan lagi usaha untuk mencapai sasaran yang lebih jauh.

    ReplyDelete
  9. Betul pendapat penglipurlara.....kita ni sebenarnya masih di takuk lama, di takuk yang masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara yang dulu menjadi telah sekarang lebih maju ke hadapan....kita asyik asyik SEA Games & now AFF (bukan tak hargai pemain-pemain & kejayaan mereka kerana bukan salah budak-budak ini tapi mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan untuk membawa sukan kita ke hadapan tidak menjalankan tugas mereka demi kepentingan negara). Tolonglah cermin diri masing-masing dan jujurlah pada diri sendiri demi bangsa dan negara.....(sedih terharu memikirkan nasib negara kita yang maruahnya tergadai dek kerana mereka-mereka yang sangka mereka sedang 'berbakti pada negara'...bukan hanya bolasepak tetapi dalam sukan-sukan yang lain juga....)

    ReplyDelete
  10. Boleh tolong ulas tak trend pasukan bola sepak yang sentiasa bertukar ketua jurulatih?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...