Wednesday, October 19, 2011

MISI 33 - Bahagian 8-

Assalamu'alaikum,

Wow!!! Hebat, taktikal, disiplin pemain, "pressing" yang baik setiap kali lawan memegang bola, "counter attack" yang laju, itulah yang menyebabkan Selangor tewas 0-2 di Stadium Shah Alam semalam pada separuh akhir 1 Piala Malaysia 2011. 

Gol awal Manaf Mamat juga memberi kejutan dan tekanan kepada pemain Selangor serta moral pemain juga menurun setelah Manaf menyumbat gol peliknya itu.

Namun pemain Selangor terus berusaha mencari gol tetapi tiada penyudah apabila berada di hadapan pintu gawang Terengganu. Pemain Selangor bagaikan hilang arah dan tertekan dengan gol Manaf tadi, kemudian ditekan sekali lagi dengan gol kedua oleh Manaf menerjah masuk gawang Selangor. 

Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenai perlawanan semalam, ternyata Terengganu hebat merencanakan permainan dan pasukan Selangor seolah-olah tidak mempunyai hala tuju di dalam padang. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi...sokong tetap sokong.. :-)

Mungkin pemain Selangor terkejut semalam kerana stadium agak penuh, kerana kebiasaannya bermain hanya dihadapan sekitar 500 orang penyokong sahaja, jadi bila tiba-tiba ramai pulak, terus "panjat boboi"..langsung huru-hara jadinya mungkin "nervous" barangkali tengok penyokong penuh kan..hehe.

Lepas tu ada pulak yang "boo" Amirulhadi, langsung tekanan mamat tu nak main. Sudah lah datang stadium 2-3 kali setahun, datang pulak pegi boo pemain...ntahlah..masing-masing punya perangai, apa boleh buat dan pe'el nya begitu. Tapi seharusnya P.Maniam sudah mengeluarkan Amirul kerana begitu pasti dia berada di bawah par dalam perlawanan semalam, tapi mungkin tindakan Maniam untuk tidak mengeluarkan Amirul adalah supaya moral pemain itu tidak jatuh terduduk. Mau tak nya..dah la kena "boo" dekat "home" sendiri oleh orang sendiri, kena keluar pulak nanti, langsung koyak mamat tu nanti. 

Cuba anda bayangkan jika yang dalam padang tu anak anda atau saudara-mara anda, apa perasaan bila mereka di "boo" oleh penyokong sendiri, kalau penyokong lawan tu faham jugak lah. Contohnya, jika anak kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara, tak kan kita nak "boo" dia tak?? Rileks la...Torres pun tak score gol walaupun dibeli dengan harga 50 juta pound sterling tapi tak pernah pulak dengar penyokong Chelsea "boo" pemain itu setiap kali dia memegang bola. Ini baru datang bayar RM15 (itu pun kalau bukan tiket free) dah pandai-pandai nak boo pemain, kalau ye pun pemain tu "off form" tak payah lah "boo" pasalnya nanti lagi koyak lah pemain tuh. Kalau marah sangat dan benci sangat, balik jek..tinggalkan stadium kalau dah tak suka dan tak tahan tengok Selangor main cam gitu. Sikap tu..sikap tu...datang stadium bawak otak, jangan tinggal otak dalam kereta atau ikat kat motor macam helmet.

Apa-apa pun, atas kertas sememangnya kita boleh kata yang Terengganu sudah boleh siap-siap untuk ke perlawanan akhir, tapi seperti biasa ayat stereotaip, bola itu bulat, macam-macam boleh jadi. Bagi aku, jika Terengganu bermain seperti semalam, peluang Gergasi Merahku tipis. Tetapi jika Selangor mengubah permainan dan sedikit taktikal serta bermain dengan 200%, insyaALLAH boleh mara.

Bukan tak nak percaya atau menidakkan peluang Selangor, tapi secara logiknya, peluang Selangor sangat tipis sebesar lubang jarum yang paling kecil sekali. Namun sebagai penyokong, aku masih menaruh harapan, ye lah, siapa tak nak pasukan kesayangan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia kan.

Tak boleh cakap apa-apa..tak tau nak cakap apa..tunggu je lah..

InsyaALLAH aku akan bersama-sama anda pemain-pemain semua di Kuala Terengganu nanti, kalah menang tetap bersama!!

Sekadar tulisan dan pendapat.
 

7 comments:

  1. bravo la bro...

    memang setia la.. respek lu..

    ReplyDelete
  2. udah2 la bro..ahad ni pegi tgk bola ngn najib kt umah dia.manu lwn city.hahah.PM kita pn xsapot bola sepak malaysia,jgn bising kalau stadium xpnuh nanti

    ReplyDelete
  3. sama sama la kita doakan selangor berjaya...

    ReplyDelete
  4. bro, apsal org boo amirulhadi tu?

    ReplyDelete
  5. yang wat kecoh.. yang wat onar.. mmg xlaen xbukan.. yg dtg stadium staon skali

    ReplyDelete
  6. respek btol ngn pos ni bro.. sy rasa lu nie antara pnyokong bola sepak malaysia yg ptut dicontohi.pminat yg berfikiran terbuka cmni la kite nk. nie x, menang disanjung, kalah dikeji.. kalau nk kritik tu ok la gak kot. org ckp kritikan membina x pe la.. nie klau boo tgh2 pmain tu main, mmg down la moral dye.. kne boo ngn pnyokong lwn takper la sbb tu tgs pnyokong utk tlg pasukan kesayangan die. tp boo pasukan sndiri nie bg gua agk pelik sbanrnya.. ckp psal pnyokong yg dtg stadium stahun sekali, hahahaha.... mmg btol. pd gua, satu lg bnda yg pelik psal pnyokong nie.. stadium shah alam tu pnyer la besor.. tp pnyokongnya alahaii, CIPUT!!! ngn Stadium Sultan Muhammad IV tu lg ramai pnyokongnya. rasanya pnyokong Red Giants nie kne cntohi pnyokong The Red Warriors nie.. friendly lwn Songkhla FC pon pnuh stadium. malah, kat Stadium Shah Alam sndiri pnah dibanjiri pnyokong TRW nie smpai mngalahkan pnyokong tuan rumah(masa sparuh akhir piala FA).. Akibatnya dr sikap pnyokong cmni, Amirulhadi da nk kuar dr Selangor... ksian tol, dgr2 Amirulhadi kuar, Safiq Rahim kuar, Hardi pn kuar.. da tu sape yg tnggal.. fkir2kan laa.. rasanya lg baek la baling2 botol dlm pdg sbb tu tugas pnyokong nk bg psukan lawan hlang fokus.. srius gua ckp, masa klantan lwn selangor kat SSMIV, amirulhadi antara pmain yg plg kerap kne boo sbb dia psukan lwn. tp klau la Amirulhadi tu saring jersi TRW musim dpn, gua ykin, Amirulhadi tu akn dijulang oleh TRW!!! cntoh plg jelas, Daudsu antara pmain yg diperli seluruh malaysia sbb mnjaringkan gol sendiri masa final piala FA sekaligus enafikan kelantan utk mnjulang piala tu.. tp pnyokong kelantan ttp pnyokong daudsu, malah daudsu merupakan antara pmain yg plg diminati d kelantan.. bkn nk kutuk pnykong mana2. kitorang ada silap, korang pn ada silap.. pape pn, gua respek pnulis blog nie!! gud job!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...