Sunday, October 16, 2011

MISI 33 - Bahagian 7-

Assalamu'alaikum,

Kenangan yang indah dan membuatkan aku rasa teruja di Ipoh, ketika Rudie Ramli menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin bagi menenggelamkan suara "The Yobs" dan teriakan Sang Gergasi Merah memonopoli ruang udara Stadium Perak di Kampung Simee, Ipoh. 

Namun kami terpaksa meraikan gol itu dengan hadiah-hadiah yang terdiri dari pelbagai perisa air dari penyokong Seladang yang berada di tingkat 2. Itu perkara biasa, kemudian tercetus sedikit pergaduhan kecil antara Sang Gergasi dan Seladang, biasalah yang ini provokasi, yang itu tak tahan, lumrah dalam bolasepak.

Tapi yang buat aku tak puas hati ialah kawalan keselamatan yang diberikan oleh RELA, FRU dan Polis. Cukup aku tak faham. Pada awalnya nampak dah teratur dan tersusun cara mereka memisahkan penyokong Perak dan Selangor. Mereka membahagikan dengan meletakkan anggota RELA yang pada aku cukup untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku diantara kedua-dua penyokong. Tetapi apabila lebih kurang jam 8:30pm, aku lihat mereka membenarkan penyokong Perak duduk di tempat yang mereka telah sediakan untuk penyokong Selangor. Seterusnya aku kurang faham, ke mana hilangnya anggota RELA yang ramai-ramai tadi, bila perlawanan bermula. Kemudian bahagian hujung tingkat 2 juga sepatutnya kosong, telah dipenuhi oleh penyokong Perak.  

Dalam hal ni aku tak salahkan penyokong Perak atau penyokong Selangor kerana sudah jadi lumrah dan kemestian dalam sesuatu perlawanan tambahan pula perlawanan besar seperti ini ada provokasi-provokasi dari penyokong kedua-dua pasukan. Tapi yang penting ialah bagaimana caranya untuk mengurangkan dan mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku. Bila dah bertumbuk, baru FRU sibuk-sibuk nak datang, dah lah baru nak datang berkawad pulak tuh, adoiiiyaaii..!! kenapa tak diletakkan dari awal FRU di kawasan sempadan antara kedua penyokong. Bila dah tak terkawal barulah sekumpulan polis berbaju biasa datang untuk membantu, itupun terlupa bawak bip Polis, kena patah balik pulak nak ambil bip..adoiiiii nya pun..!! Kenapalah perkara ini boleh berlaku, bukan pertama kali jaga perlawanan besar dan panas macam ni..ntah lah..hanya mereka yang tahu.

Bila tiba waktu keluar pula, sudah dicadangkan supaya penyokong Selangor semua keluar ikut pintu utama supaya tidak bertembung dengan penyokong Perak yang keluar dari pintu biasa, tetapi oleh kerana kebijaksanaan pasukan keselamatan malam itu yang terdiri dari FRU, PDRM dan RELA mereka "escort" penyokong Selangor semua keluar ikut pintu yang sama dengan penyokong Perak. Nah seperti yang telah kami jangkakan, pertempuran berlaku, seorang penyokong Selangor cedera akibat terkena lemparan batu. Kemudian semua diarah berpatah balik dan akhirnya semua diarahkan keluar ikut pintu utama seperti yang telah dicadangkan tadi. Adoiii nya pun lah...terlalu bijak PDRM, FRU dan RELA pada malam itu. Bila kita cakap, mereka marah pada kita balik, dah lah salah..tak nak mengaku pulak tu..bikin panassss jekk!!

Apa-apa pun tahniah kepada penyokong Perak yang hadir memenuhi stadium bagi memberikan sokongan dan kepada penyokong Selangor yang hadir juga sebesar tahniah untuk diri kita semua!!!

Satu banner telah menarik perhatian aku;


"33 Tahyul" kata mengkome...hehe


Satu soalan balik kepada yob-yob sekalian, "Tahyul ke??" hehe...aku takde jawapan untuk soalan itu setakat ini, kena tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku minggu depan dan seterusnya. Nak cakap pun segan, jadi tunggu dan lihat je jawapannya sama-sama. Teman bedebor nih Yob!!! 

Sekadar tulisan dan pendapat


(Foto oleh: Shahfreshtilldeath Photography)

3 comments:

  1. tahyul bebenor la jawabnyeerr...kehkeh. jgn mara bro. salam

    ReplyDelete
  2. nmpk semakin tahyul kene pukul dgn ganu semalam haha.

    ReplyDelete
  3. realitinya akan jd tahyul hari sabtu ni..! tunggu amukan Sang Penyu ye..! - Pendekar Penyu..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...