Saturday, October 08, 2011

Kangaroo baham Harimau???


Assalamu'alaikum,

Pelik bukan, bila menerima berita seekor haiwan herbivor telah membaham seekor haiwan karnivor. Apa ke jadahnya!! 

Lalu kedengaranlah pelbagai suara-suara, teriakan-teriakan, idea-idea bernas, cemuhan-cemuhan, caci-maki, pendapat-pendapat dari segenap lapisan masyarakat bolasepak di Malaysia mahupun yang berada di luar Malaysia apabila pasukan Malaysia tewas 0-5 kepada Australia dalam perlawanan persahabatan di Canberra pada 9 Zulkaedah 1432 bersamaan 7hb Oktober 2011.


Apa yang dikatakan oleh semua masyarakat bolasepak di Facebook, Twitter, forum-forum, kedai kopi, pejabat, Pavillion, Sunway Pyramid, suratkhabar, blog-blog dan di mana-mana sekalipun mengenai mutu bolasepak kita adalah benar belaka. Tetapi apa yang aku kasihankan di sini ialah jurulatih dan para pemain, mereka selalu menerima kritikan dan kutukan dari masyarakat bolasepak Malaysia setiap kali tewas dalam perlawanan baik persahabatan mahupun kejohanan.

Mari kita berfikir sejenak;

Australia berada pada tangga ke-19 dunia dan Malaysia di tangga ke-146 dunia, bila mereka bertemu apakah yang diharapkan sebenarnya oleh masyarakat bolasepak Malaysia? Supaya peristiwa 20 tahun lalu di Jakarta berulang kembali? 20 tahun dulu kita menewaskan Australia 0-1 dan sejak itu Australia tidak memandang ke belakang lagi, FFA(Football Federation Australia) terus memajukan dan menaikkan taraf bolasepak mereka dalam kancah bolasepak dunia. Begitu juga sering kedengaran masyarakat bolasepak kita bercakap mengenai dulu Malaysia menewaskan Jepun dan Korea Selatan, tapi sejak dari dulu JFA(Japan Football Association) dan KFA(Korea Football Association) tidak menoleh ke belakang lagi dan terus memajukan dan menaikkan taraf bolasepak mereka dalam kancah bolasepak dunia. Tapi cuba renungkan bolasepak kita? Di mana kita berada? Jadi persoalan di sini apa yang FAM(Football Association of Malaysia) buat dalam menaikkan dan memajukan bolasepak Malaysia? Mengapa 3 pasukan yang kita tewaskan dulu dan dahulunya berada setaraf dengan kita telah memecut laju meninggalkan kita dalam dunia bolasepak? Prestasi dan kemajuan bolasepak sesebuah negara amat memberi kesan kepada prestasi pasukan bolasepak negara tersebut. Liga tempatan amat penting dalam pembangunan bolasepak sesebuah negara dan amat membantu dalam menaikkan prestasi pasukan bolasepak sesebuah negara.

Mengapa pemain kita tidak boleh bersaing dengan pemain dari pasukan seperti Jepun, Australia adalah kerana pemain-pemain mereka sudah berada pada tahap “game pace” yang berlainan dengan kita. Pemain-pemain mereka didedahkan dengan begitu banyak perlawanan berprofil tinggi di peringkat kelab apabila pemain-pemain ini bersaing dalam kejohanan Asian Champions League dan AFC Cup dan ada juga antara pemain-pemain mereka bermain di Eropah dimana “game pace” di sana lebih tinggi dari kita di Asia apatah lagi di ASEAN, jadi apabila bermain untuk negara mereka tidak kekok untuk menghadapi perlawanan yang dikategorikan sebagai “high intensity” kerana pemain telah bersedia dan biasa dengan keadaan begitu. Berbeza dengan pemain kita, hanya didedahkan dengan persaingan peringkat tempatan sahaja, tidak pernah bermain di peringkat Asia, sedangkan besaing dengan kelab-kelab ASEAN pun tidak pernah. Jadi apabila sesekali bertemu pasukan seperti Jepun dan Australia, mereka gugup kerana tidak biasa.

Bagaimana hendak mengatasi masalah di atas? Prestasi liga kita tidak melayakkan pasukan dari Liga-M bertanding di ACL dan kita hanya layak bertanding untuk kejohanan AFC Cup sahaja itu pun pasukan negeri akan tarik diri atas sebab-sebab tertentu. Jadi bagaimana pemain hendak maju jika pengurusan sendiri tidak mempunyai visi dan misi untuk memajukan pasukan itu sendiri. Balik-balik “target” Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA, bila nak main ACL? Bila nak jadi juara AFC Cup? BILA NAK MAJUUUU DEYYHH!! Untuk pengetahuan anda semua pretasi sesebuah liga dinilai oleh AFC Pro-League Committee dari aspek “football competitiveness”, “professionalism”,”marketability” dan “financial status of the league and clubs”. Jadi anda semua fikir adakah liga kita melepasi kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas?? Gaji pemain tak bayar, penonton tiada, padang teruk, pengurusan kucar-kacir, permainan tidak kompetitif, jadi haruskah K.Rajagobal dan pemain-pemain disalahkan?? TIDAKKKK…ini semua kerja FAM dan FA Negeri. Pengurusan macam #%^@!!! Sebab tu lah bolasepak kita masih di tahap ini sejak dari dulu walaupun pesaing-pesaing kita telah maju ke hadapan seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia yang mana kita kata “dulu kita penah kalahkan diaorang nih” itu semua duluuuuuuuuuuu…!!!

Ramai juga yang bersuara supaya tukar jurulatih, tukar pemain, ambil pemain itu, buang pemain ini. Aku nak anda semua fikir sejak tahun 1984 hingga tahun 2011 selama 27 tahun jurulatih telah bertukar ganti, pemain datang dan pergi, perabot di Wisma FAM telah berapa kali tukar aku tak pasti, padang di FAM telah diganti dan dinaik taraf, lampu di Wisma FAM sudah berkali-kali diganti, kerani juga mungkin sudah bertukar, Setiausaha, Naib Presiden, AJK semuanya sudah bertukar, bas FAM juga berganti, jersi pasukan Malaysia juga berganti, stadium bertukar dari Stadium Merdeka ke Stadium Nasional, tapi bolasepak kita masih lagi tidak maju dan tidak membangun. Jadi apa masalahnya?? Cuba kita teliti apa yang sudah diganti namun masih ada satu perkara lagi yang belum ditukar dan masih berada disitu sejak 27 tahun yang lalu dan tidak membawa apa-apa kebaikkan langsung kepada bolasepak Malaysia.

Jadi dari pemerhatian dan pembacaan aku tentang komen-komen dan idea-idea bagaimana nak memajukan bolasepak Malaysia, begitu ramai yang memberikan idea dan komen yang bernas dan boleh berhasil jika betul caranya, dalam rancangan bual bicara sukan di televisyen ramai panel-panel yang hebat dan berkaliber dan bekas-bekas pemain dipanggil untuk memberikan pendapat bagaimana untuk memajukan bolasepak Malaysia, semua memberikan idea dan komen yang bernas dan mereka semua termasuk semua masyarakat bolasepak di Malaysia memang inginkan bolasepak kita maju dalam kancah bolasepak dunia dan ramai yang ternyata hampa dan kecewa dengan kemunduran bolasepak Malaysia dan selalunya hanya jurulatih dan pemain menjadi sasaran kritikan dan dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan bolasepak kita.

Jadi pada padangan aku, bolasepak kita merosot adalah disebabkan oleh pihak pengurusan yang menguruskan bolasepak Malaysia ini begitu “bijak” dalam menjalankan pentadbiran dan memajukan bolasepak Malaysia. Pendapat aku, segala idea-idea bernas, teriakan, komen-komen bernas, suara-suara yang mahukan bolasepak Malaysia maju tidak akan tercapai selagi pucuk pimpinannya tidak ditukar. Jadi perkara pertama yang perlu dilakukan demi kemajuan bolasepak Malaysia dan sukan yang paling aku cintai ini ialah;


Ini adalah satu-satunya idea yang aku tak pernah dengar keluar dari mulut panel-panel yang hebat dan bekas-bekas pemain serta kolum-kolum disuratkhabar apabila diajukan soalan "Bagaimana hendak memajukan bolasepak Malaysia" ataupun bercerita mengenainya walaupun pada hakikatnya dalam hati mereka, mereka berkata perkara ini amat perlu.

Kita sebenarnya memerlukan pengurusan yang baru dengan visi dan misi yang baru, FAM harus dirombak semula dari jawatan pengawal keselamatan sehinggalah ke jawatan presiden. Setiap orang harus bertanggungjawab atas kemerosotan bolasepak Malaysia dan jangan hanya menyalahkan jurulatih dan para pemain. Kalau disenaraikan tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk memajukan bolasepak Malaysia, aku rasa semua langkah dah buat, ambil jurulatih asing, hantar jurulatih kursus sana-sini, hantar pemain ke Eropah untuk  latihan pendek, infrastruktur telah dinaik taraf, dan bermacam-macam lagi telah dilakukan namun semuanya tidak berhasil dan sebenarnya hanya satu perkara ini sahaja lah yang kita belum cuba lagi.

Berapa lama lagi kita harus tunggu??? Pengurusan tetap begitu, bolasepak tidak maju-maju. Jadi aku rasa tindakan ini perlu, kerana aku yakin selagi kepimpinan FAM tidak berubah selagi itu lah bolasepak kita akan berada pada tahap yang begini. 

Sekadar tulisan dan pendapat.

19 comments:

  1. briliant..absolutely..aku kalau ada pihak2 yg buat badan bebas seperti kempen utk bolasepak negare kite..tak kira lah mogok ke ape ke,desakan2 yg patut,aku akan join!!!..aku dah tak snggup tgok bolasepak malaysia hanya jadi bualan sekampung...rombak yg atasan..!!
    PRESIDEN FAM,sila letak jawatan,kite bukan nak jadi raja asia tenggare sahja!!bertanggungjawab lah!!!ampun tuanku!..

    ReplyDelete
  2. letak jawatan la Sultan Bola woiiiii

    ReplyDelete
  3. tu lah...
    aku nengok list player australia smlm x ramai yg maen dalam liga diorang...
    sume men kat liga luar...
    memang bagus gune anak tempatan...
    tp aku teringit anak2 tempatan tuh bermaen utk liga luar...x yah target liga barat...sblm pergi ke kancah dunia kite kne menempuhi level2 tertentu...
    sedangkan BENUA ASIA kite x mmpu nak tandingi ape tah lg nak memonopoli dunia...
    player2 kite tade pon yg men kat liga j ajau liga korea atau liga australia..
    ok...
    nak kate bab makanan halal susah nak cari..
    kite msh byk liga2 kat asia barat yg kebykkan men kat ACL...so kat arab makanan x yah risau...
    utuk ape?
    utk kemajuan bola sepak negare...bukan stakat kejar piale malaysia yg dok sebok dibangge2kan kite...orng luar nengok cm piale kampong saje...klo kite ade piale ACL tu leh lah gak nak di banggekan...
    tp just bg pendapat...
    yg menerajui FA negare ptt ade fikiran yg mcm nie...kalau lah die nak nengok negare kite dalam kejohanan bola sepak 1 hari nnti...kalau lah...

    -pengimpi piale ACL...

    ReplyDelete
  4. Apa? Suruh Presiden FAM letak jawatan? Beliau kan sultan, mana ada sultan yang letak jawatan. Haha

    ReplyDelete
  5. betul, ramai yg bersetuju, presiden FAM kini PATUT berundur... pd pandangan saya, buat masa ni mgkn patut kepimpinan tertinggi patut diserahkan pd timbalan FAM(bukan anakanda presiden) iaitu Annuar Musa. Pengurusan mungkin(mungkin, kerana saya bukanlah tukang tilik, tapi berfikir secara waras dan rasional) akan lebih baik dari yg ada skrg. Kita boleh nampak yg annuar ni sorg yg ada visi, macamana dia boleh naikkan kelantan dari zero to hero, menjenamakan TRW sbg kelab bolasepak, ada perancangan masa depan mcm nk mwjdkn superwarriors musim depan, bukan sekadar belasahan kelab luar(mgkn berjaya mgkn tak, tapi perancangan dan wawasan dia sangat terpuji) dan peranannya cuba mewujudkan kembali bolasepak bg golongan wanita dlm FAM. Apa yang penting, patik merayu Tuanku berundurlah secara terhormat, ampun Tuanku!

    ReplyDelete
  6. well said bro..

    kalau ada pemberita tv tanya apa yg boleh memajukan bolasepak kita, aku secara terus terang akan jawab suruh presiden FAM letak jawatan dan berundur dari FAM.

    ReplyDelete
  7. Dengan sukacitanya memohon tuanku meletak jawatan, sepanjang 27tahun Malaysia terus dibelakang.. apa tuanku tidak bersalah? fakta membuktikannya... ampun tuanku...

    ReplyDelete
  8. mohon fans liverpool tegar yang cela blog ini satu tika dulu turut komen dalam entri ini.

    mohon sangat sangat

    ReplyDelete
  9. pada pendapat aku mungkin tak perlu letak jawatan..hnye mungkin perlu terima danh aplikasikan..apa yg bekas pemain.,panel panel hebat tu ckp..tentang cara nak naiktaraf bola sepak kita..aku tgk..bekas pemain,panel panel yg duduk komen kat tv tu tak di endahkan pun apa yg mereka ckp..

    *ni hanyelahh pndpt aku

    ReplyDelete
  10. anak beranak same je.
    anak letak jawatan then ade jwtn blk.
    phui~

    ReplyDelete
  11. Sejak lahirnya kementerian sukan pd tahun 1988, prestasi sukan kita makin menurun, sistem sekolah sukan yg sedia ada telah gagal melahirkan atilit yg berwibawa & matang..satu ketika kita bersaing di peringkat Asia & layak ke olimpik kini hanya di asia Tenggara.Yg kita boleh bangga skrg hanya beberapa individu spt nicol, sazali samad, rosli awang yg saya percaya lebih kpd usaha mrk drp usaha kerajaan. sistem ini hanya sesuai utk negara blok timur serta negara yg mempunyai satu bangsa & agama spt Jepun & Cina.Bagi saya sistem Amerika dgn menerapkan unsur unsur budaya Msia di mana sekolah & Universiti serta badan koprat lebih sesuai utk masyarakat majmuk kita. Ini akan menghasilkan ahli sukan yg berfikir serta matang. Lagi pun cara ini akan menjimatkan kerajaan berjuta juta ringgit..tetapi part jimat ini lah menjadi masalah kerana ada golongan takut tak dapat buat duit, so idea yg bagus tak akan diterima. Contoh yg baik ialah kita di ranking top 30 bola pada peringkat umur 12, 16 & 19 tetapi bila dewasa kita perlukan pemahman tactical, bukan skill atau stamina shj & itu perlukan player berfikir dgn IQ tinggi..saudara suadari harap komen

    ReplyDelete
  12. Cadangan:

    Kita perlu 30 orang utk perlawanan suku akhir piala malaysia. 29 orang, setiap orang pegang 1 kadbod. PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN. Seorang pula berada di sebelah stadium lagi satu untuk tangkap gambar/video. Gambar mesti cantik dan berkualiti. Tak perlu angkat 90 minit, sukuplah 1 minit pada masa yang kita tetapkan. Bila cukup 1 minit, berpecah.

    Balik, kita sebarkan gambar-gambar dan video-video tu. Letak tag apa lawan apa, date sekali. Contohnya Selangor vs Perak, 10 Oct 2011. Kalau setiap vanue joint, lagi cantik. Gabungkan 4 gambar jadikan satu gambar besar.

    Pasti akan menarik perhatian ramai orang & wartawan sukan.

    ReplyDelete
  13. ---——-/´¯/)——--(\¯`\

    ———/—//———--\\—\

    ——--/—//————-\\—\

    —-/´¯/—/´¯\———/¯`\—\¯`\

    -/-/--/—/—/-|_—-_|-\---\—\—\-\ -

    (-(—(—(—/-)--)--(--(-\—)—)—)-)

    -\————\/--/—\—\/————/

    --\———— /——\-————/

    —\-———-(———)———-/ kepada FAM

    ReplyDelete
  14. kenapa xde orang sebaut paslpresiden? sebab presiden ialah RAJA..semua takut...tgok la....kalau presiden sendri letak jawatan..bertimbun akan sokong....sebb mereka takut..!!!!

    ReplyDelete
  15. kalo diorg takot..ape kater kte wat..kte ader hak n kuasa..kte sayangkan pasukan malaysia..time to chance!!!ayuh ramai2 ...ke FAM...wat rombongan dan desak letak jawatan semua jawatan pihak tertinggi!!!amik bekas2 player negara & legend...then swasta kan bola sepak kte!!!

    ReplyDelete
  16. bagus,pujian melambung,,untuk penulis ,,menusuk kalbu untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia..semeoga tersebar terus penulisan yang jujur ni,,,,ayuh sebarkan...

    sekian disudahi dengan lagu butterfingers,,,

    Daulat Tuanku

    Hujan di tengah hari
    Pakai payung emas
    Lumpur yang terpalit
    Dayang-dayang kemas
    Belajar luar negeri
    Duit tak pernah cemas
    Setelah ditabalkan
    Jodoh dengan puteri

    Party hujung minggu
    Kereta BMW
    Cari gebu-gebu
    Teman beradu

    Junjung titah patik harap di ampun

    Daulat Tuanku

    Perempuan zaman modern nak ayam tambatan
    Ataupun anak Sultan lupa daratan
    Panchung sula rejam Woi!
    Aku tak gentar
    Lagi suciku ini milik rakyat jelata

    Junjung titah patik harap di ampun

    Daulat Tuanku

    Oh! Janganlah murka
    Dirgahayu takkan layu
    Oh! Lagu ini takkan berhenti

    OK jumpa lagi di lain hari
    OK cuba lagi sampai mati
    OK jumpa lagi barangkali

    Janganlah cemas


    * Some of words are quite "panas" but we support our Sultan, our Leader...
    ** To listen to the song, please buy "Selamat Tinggal Dunia" album from Butterfinger

    ReplyDelete
  17. kalau dia letak jawatan, agak2, anak dia akan biar saja jawatan 2? dia kan anak bapak ye x?
    ayahanda boleh 27, dia mgkin 20-30 lagi.. da anak bapak.. kesimpulannya = kita bakal jadi sayur kepada thailand , vietnam 20 tahun akan datang..

    ReplyDelete
  18. arggggggggggggghhhhhhhh FAM,,,bila nak sedar

    ReplyDelete
  19. Sudah hampir setahun daahhh....macam cakap kat tiang je....final liga tempatan tak nampak batang hidung pun....tapi friendly lwn kelab orang putih ...ada dtg kot.....apa nak jadi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...