Friday, October 14, 2011

Malaysia U-23 lwn Nepal

Assalamu'alaikum,

RM20?????? Aku dengar-dengar harga tiket bagi perlawanan pemanas badan untuk pasukan Bwh-23 Malaysia. Apa tujuan FAM mengenakan bayaran sebegitu di mana ia setanding dengan harga tiket bagi sesuatu perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA kelas A?? Apa motif mereka?? 

Mentang-mentang 2 perlawanan pemanas badan sebelum ini yang melibatkan pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sambutan luar biasa dari penyokong Malaysia, di mana perlawanan menentang Arbil di Padang FAM dan menentang Oman Bwh-23 di Stadium UiTM dipenuhi penyokong maka mereka cuba mengait keuntungan atas angin dari kesetiaan penyokong-penyokong ini semua.

Bukan nak kata yang kita nak berkira dalam memberikan sokongan tapi "kemon la", RM20 untuk perlawanan yang tak kan memberikan kebaikkan dari segi ranking FIFA kepada negara?? Apakah tujuan sebenarnya?? 

Jadi aku sarankan kepada sesiapa yang mempunyai hajat untuk ke Stadium MBPJ esok bagi menyaksikan perlawanan, aku harap anda semua fikir dan renung-renungkan lah kembali. Kadang-kadang kita perlu tunjukkan kuasa kita sebagai penyokong kepada FAM nih, jangan diaorang boleh buat sesuka hati diaorang jek. Ingat, bukan kita tak nak sokong, tapi kesetiaan kita kepada bolasepak Malaysia cuba disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka.

Kalau alasan nak bayar sewa stadium sekalipun, berapa puluh ribu pulak MBPJ letak sewa sampai kena letak harga tiket RM20. Tak kan FAM dah sengkek sampai RM5k-7k pun takde, katalah stadium tu disewa dengan harga tu. Hurm...

Pada aku tak patut harga tiket RM20 kalau betul lah esok dia kenakan harga sebanyak tu. Kalau ye pun nak kenakan bayaran, letak lah seminimum boleh RM5 atau RM8 ke, ini RM20 dah setaraf harga tiket perlawanan kelas A...apa cer?? tak ke majal si FAM nih...selalu bikin orang panassss jek. haishh!! 

Sebab tu lah stadium kita kosong, sebab ada bebal-bebal yang macam nih..

Sekadar tulisan dan pendapat.

13 comments:

  1. aku da cakap pengurusan FAM ni hanya tau duit,duit & duit..nak membangunkan bola sepak malaysia xnak pulak...cibai lu FAM!!!

    ReplyDelete
  2. mmg amik kesempatan arr tue...dierang LUPA sekarang pemiat + peyokong malaysia mahukan 1 revolusi baru..kami xnak kita hanya berada di takuk lama..no more kepentingan peribadi dalam bolasepak mahupun sukan2 lain...jgn ada agenda sendiri saja..agenda UTAMA adalah perubahan dalam FAM sendiri...

    ReplyDelete
  3. saya baru nak pegi tgk sekali kena bayar.. xpela ...
    buhsan2 sggh2 ngan FAM

    ReplyDelete
  4. 20 hinggit??? oh tidak...baik aku makan roti jang!

    ReplyDelete
  5. mahal sialllll....!!!!

    ReplyDelete
  6. Basic economi supply & demand. Lagi tinggi permintaan, lagi tinggi harga.

    ReplyDelete
  7. terbaik bro,,kritik yang deconkonsruktif

    ReplyDelete
  8. yaaaa yg terbaek kita boikot !!!
    uar2 kan benda nie !

    ReplyDelete
  9. korang ni,,rilekla...mmg patutla kalau tiket mahal pun..kan ranking nepal lebih tinggi dari kita..hahah

    ReplyDelete
  10. RM20 ? biar betik? nampak sgt nk untung lebih.. FAM perlu dirombak... tunggu jer la..waktu tu akan tiba jua.. rombak fam rombak!

    ReplyDelete
  11. baru tahu ke FAMville ni kaki kikis duit penyokong?ala, macam xbiasa dgr FAM denda team tu, denda team ni..saje nk tebalkan poket.. friendly je pun da nk kutip tiket..apa kes?

    kalo cenggini la, sampai bila bolasepak Malaysia takkan maju..tak pelik kalu suatu hari nanti bolasepak Malaysia akan jadi seperti dulu, main tanpa penyokong..

    ReplyDelete
  12. rombak FAM & FA . sume tau untung je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...