Tuesday, October 16, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 17-

Assalamu'alaikum,

Sambungan dari "posting" Presiden FAM Sila Letak Jawatan -Bahagian 12- mengenai nasib bekas pemain Liga Malaysia Ezmi Md Jan.

Kedengaran dan kelihatan ramai yang membantu, seperti biasa rakyat Malaysia memang pemurah, itu kita tidak boleh nafikan, syukur kita dilahirkan dengan keadaan sekeliling yang sebegini, bila susah ramai tangan yang mahu menghulurkan bantuan, Alhamdulillah.

Satu lagi inisiatif dari rakan-rakan serta bekas pelajar Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 iaitu sekolah lama Ezmi, akan mengadakan satu cucian kereta amal serta jualan amal di perkarangan sekolah pada 21hb Oktober 2012(Ahad) bersamaan 4 Zulhijjah 1433(6 hari sebelum Aidiladha). 


Jadi perkara baik mengapa tidak disebarkan, kepada sesiapa yang nak cuci kereta boleh hantar kereta anda ke Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 pada hari Ahad bermula 9:00am hingga 5:00pm. 

Mohon perkara ini disebarkan dan berharap agar semua pegawai FAS dapat turun menghantar kereta mereka untuk dicuci. Dato' Mokhtar, Dato' Hamidin dan konco-konco diharap dapat turun, kalau rasa malas dan susah nak bangun pagi, mohon hantar pemandu peribadi supaya dapat menghantar kereta untuk dicuci, saya percaya tentu banyak kereta Dato'-Dato' serta pegawai FAS yang lain untuk dicuci dan sekaligus membantu bekas pemain Selangor ini.

Lebih mengharukan aku jika Presiden FAM juga dapat turun untuk menghantar 3-4 biji kereta untuk dicuci, mereka tidak minta RM50,000 seperti yang telah dihadiahkan kepada ATM, cuma kalau boleh bantulah sedikit yang mampu sebab ini semua berlaku pun ada sedikit dari serpihan peristiwa gelap 28 tahun menjahanamkan bolasepak Malaysia.

Pesanan kepada Presiden PFA, tak perlu pinjam "along" untuk membantu bekas pemain Perlis ini.

Kepada sesiapa sahaja yang membaca, jika berdekatan mungkin boleh singgah cuci kereta, kalau rasa malas atau tiada masa mungkin boleh sebarkan berita ini kepada rakan-rakan. 

Kalau ada yang terbaca blog ini dari kalangan pegawai FAM atau FAS atau PFA, mohon tolong panjangkan perkara ini kepada presiden masing-masing serta pegawai, ahli majlis tertinggi yang lain. Pesan kat diaorang, jangan nak duduk sedap je kat pejabat tuh.

Terima kasih diucapkan!!

Sekadar tulisan dan pendapat. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...