Assalamu'alaikum,
Hari ini adalah hari penentuan adakah misi ini berhenti di sini dan disambung kembali musim hadapan atau akan berterusan. Apa pun yang terjadi Selangor mesti menang malam ini untuk layak. Bagi Kuala Lumpur, laluan mereka lebih mudah kerana mereka hanya perlu seri sahaja malam ini untuk melayakkan diri ke suku akhir, bermakna Kuala Lumpur hanya perlu memastikan gawang mereka tidak dibolosi sahaja. Mungkin Razip Ismail boleh menggunakan taktikal 8-1-1 yang diguna pakai oleh E.Elavarasan bagi pasukan Felda United ketika menewaskan Kelantan. Namun yang pasti Selangor perlu lebih berusaha kerana harus mempertahankan kubu sendiri serta membolosi kubu lawan, jadi ada dua tugasan penting buat Selangor malam ini berbanding Kuala Lumpur hanya satu iaitu menjaga agar kubu mereka tidak dibolosi.
Pertemuan dengan PDRM Sabtu lalu menampakkan perubahan sedikit dalam permainan pasukan Selangor. Aku tak cakap Selangor main gempak gila..tak..tapi mengikut pemerhatian aku yang tak berapa nak pandai nih, ada perubahan dan kelainan dari segi permainan dan semangat pemain. Namun perlawanan dengan PDRM tidak boleh dijadikan ukuran, kita perlu lihat malam ini, bagaimana pemain Selangor bermain dalam keadaan tekanan yang tinggi dan bagaimana mereka hendak mengatasi Kuala Lumpur.
Apa pun tunggu malam ini..AYUH ORANG SELANGOR KE STADIUM SHAH ALAM 8:45pm malam ini.. perlawanan penentuan...pertembungan dua pasukan lembah kelang... :-)
Tak sabar nak tunggu malam.. :-) malam ni matlamat nak dapatkan bola Nike dari pemain..hahahaha...
Sekadar tulisan dan pendapat.
Ke tepi, ke tepi, GERGASI sudah kembali!!! Program utama untuk menakluk dunia!!!
ReplyDeletekemon FAS thinks outside the box!!!!
Ini bukan setakat lagu tapi sepatutnya macam pernah kita perkatakan FAS perlu keluar dari kepompong dan lebih untuk terjang ke luar pula.