Assalamu'alaikum,
Selangor kalah perlawanan pembukaan saingan Piala Malaysia 2011..apooo lahhh..hahaha..MISI 33??? Ke mana arah tujunya??
Aku bukan nak jadi bijak pandai atau nak jadi jurulatih, cuma perlawanan dengan T-Team itu tidak menunjukkan bahawa Selangor sedang menuju ke arah MISI 33 itu jauh sekali mereka berjuang untuk misi yang telah dilancarkan pada Syawal yang ke-6 tempoh hari.

Aku cuma nak jadi realistik di sini, memang kita perlu sokong walau menang atau kalah sekalipun, namun sokongan yang tidak berbelah bagi itu mestilah disertakan dengan akal dan fikiran, jangan sokong membabi buta sahaja sedangkan pihak yang lain tidak ada langsung sekelumit dalam hati untuk bersungguh-sungguh dalam menjayakan misi.
Permainan, taktikal dan semangat pemain tersangatlah hambar bukan bermaksud mereka tidak memberikan 100% apabila di dalam padang, mereka telah memberikan lebih dari 100% tetapi dalam cara yang hambar lagi membosankan.

Taktikal K.Devan adalah perkara yang paling aku tidak fahami sejak dari Liga Super sehinggalah perlawanan semalam, aku cukup tidak faham apakah sebenarnya yang K.Devan ingin buktikan. Kita semua sudah tahu bahawa serangan Selangor amat tumpul, tetapi tiada langsung tindakan untuk menajamkannya.
Masalah penjaga gawang aku kira sudah diperbaiki sedikit dengan kehadiran G.Jeevanathan, boleh dianggap lebih baik dari Iqbal dan Saiful Amar walaupun baru hanya 1 perlawanan kompetitif jadi masih tidak boleh mengatakan bahawa dia adalah yang terbaik tetapi setakat ini YA, dialah orangnya.

Pertahan juga aku kira "boleh pegi lah" kata orang dengan Nasriq kembali berganding dengan Yosri serta Razman dan Gunalan di kanan dan kiri. Harapan cuma mereka ini semua betul-betul bermain bolasepak, bukan sekadar masuk ke padang memenuhi kehendak kontrak.
Tengah pula tidak seimbang dengan Hardi Jaafar berganding bersama Fadzli Saari. Hardi aku kira bermain dengan baik seperti biasa sebagai "Defensive Midfielder" tetapi peranan Fadzli Saari, aku tidak nampak peranan dia dibahagian enjin pasukan itu. Ini adalah tempat yang memang ada kerosakan besar, jadi sebab itu kita lihat tiada "gameplay" dalam setiap perlawanan Selangor. Pihak lawan sudah boleh membaca taktikal Selangor iaitu dengan cuba menembusi kubu lawan menerusi kanan dan kiri kemudian hantaran ke dalam petak penalti untuk Amri & Co menyudahkan, yang setakat ini tidak langsung nampak keberhasilannya. Telalu banyak ruang diantara "Attacking Department" & "Defensive Department" bermakna tengah selalunya kosong apabila pasukan lawan melakukan "Counter Attack". Kelemahan inilah yang selalunya digunakan oleh pihak lawan untuk menembusi benteng Selangor terutama bagi pasukan seperti Kelantan dan Terengganu yang memiliki "Attacking Department" yang sangat agresif.

Penyerang, tiada kata untuk menilai bahagian ini. Safiq Rahim kali ini diletakkan di belakang Amri sebagai "back-up" dan Amri bermain sebagai "top"(ini apa yang aku nampak) tetapi sebenarnya Safiq & Amri masing-masing cuba menjadi "back-up" atau "free role" jadi setiap kali serangan dijana, tiada penyerang yang menanti di hadapan untuk melakukan penyudah, ataupun mungkin taktik K.Devan bermain tiada "striker" bermakna "Midfield" dan "Attacker" itulah "Striker", boleh jadi juga. Sebab itulah aku cakap aku sampai sekarang tak faham apa yang cuba diterapkan oleh K.Devan dalam permainan Selangor. Tetapi yang aku nampak adalah permainan dan taktikal stereotaip sejak dari dulu hinggalah hari ini, yang hasilnya memang telah terbukti tiada hasil :-)
Seperti biasa selepas kekalahan, maka kedengaran suara-suara kritikan dan sokongan yang tidak berbelah bagi di sana sini. Pada aku untuk kes Selangor ini, memang perlu dikritik secara keras supaya mereka semua sedar yang sebenarnya penyokong-penyokong bukan tidak mahu sokong, tetapi muak dengan gaya persembahan 110% di dalam padang tetapi dengan cara yang membosankan. Sokong tetap sokong, tapi jangan membabi buta. :-)
Sampai bila pemain, jurulatih dan pengurusan mahu penyokong-penyokong setia Gergasi Merah hidup dengan bayangan sejarah masa lampau, dan terpaksa mengagung-agungkan kenangan lalu untuk kebanggaan. Sedangkan pasukan yang dahulunya kerdil dan baru memenangi kurang dari 10 trofi secara keseluruhan sejak mula ditubuhkan telah mendahului kita yang kononnya "King Of Malaya" dari semua sudut permainan, taktikal, pembangunan remaja, pengurusan, promosi, penjualan tiket, budaya penyokongnya, visi dan juga misi pasukan.
Nak kami sokong, kami dah sokong, macam-macam kami dah bantu, tetapi...hurmmm :-)
Apa sudah jadi FAS???
Nak kami sokong, kami dah sokong, macam-macam kami dah bantu, tetapi...hurmmm :-)
ReplyDeleteayat paling aku suka dan terapkan dari dulu lagi...apa lagi mau???hahahaha
Nak kami sokong, kami dah sokong, macam-macam kami dah bantu, tetapi...hurmmm :-)
ReplyDeletelap u la
rilek, rilek ... baru 1st game, kita boleh cadang byk mende, tapi hanya Devan yang lebih mengetahuinya... kita yang takde lesen A ni hanya boleh lah bagitau apa yg kita nampak atas padang saja ...
ReplyDeletejadi pandangan aku, malam tadi memang Selangor bertemu buku dgn ruas, TTeam juga hampir setanding Kelate / Ganu .. jadi malam tadi sesiapa saja boleh menang, malahan Devan target 1 point je di KT ...
kita tunggu saja game vs Polis & KL .. kalau kalah jugak baru la kita kutuk habis habisan .. haha
1 lagi - misi 33 ni adalah inisiatif FAS yang mahukan lebih sokongan daripada kita. kalu ikutkan, semua pasukan nak juara PM, Kelate Misi ke-2, Ganu misi ke-2, NegeriSembilan misi ke-3, dan lain2 .. cuma mereka tak buat secara rasmi macam Selangor .. Jadi saya rasa patut kita sambut seruan daripada FAS yang melancarkan misi-33 ini untuk harapkan sokongan sepanjang PM ni .. menang kalah belakang kira .. kalau kalah & main tak best, biarlah FAS menentukan nasib Devan tahun depan ..
Alahai.. Kesian plak aku baca ulasan kali ni. Sebenarnya aku dah lama baca blog ni tapi tak penah meninggalkan komen. Aku start baca blog ni sejak dari cerita yang kau pegi Gelora Bung Karno. Aku sgt kagum dan ucapkan tahniah di atas keberanian kau. Memang satu kenangan yang terindah dalam hidup kau pastinya... Tahniah..
ReplyDeleteTerus terang aku cakap, aku fanatik Kelantan tapi aku ada sportmanship dan rasa hormat yang tinggi ngan team musuh macam Selangor dan Terengganu..
Aku tengok live Selangor lawan Kelantan 1st semi piala FA di Shah Alam yg Selangor kena 1-5. Dari situ aku dah dapat detect banyak sangat kelemahan dalam pasukan Selangor yg team lain sudah boleh baca. Yang peliknya sampai sekarang corak Selangor main tetap tak berubah. Skang ngan T-Team plak kena.
Kelemahan paling ketara adalah ketika melakukan gerakan untuk menyerang. Tiada understanding bond antara midfiled dan striker. Serangan Selangor biasanya mengambil masa yang lama.
Kelemahan kedua ialah ketika kehilangan bola. Selangor ialah pasukan yg 'mengizinkan' lawan memegang bola dengan lama. Aku pun tak paham kenapa. Yang aku perasan, taktik ni sama ngan taktik team Rajagopal ketika kalah ngan Singapore. Player2 tak cukup agresif utk merampas balik bola dan formasi tak cukup kompak. Sebab tu Kelantan mudah je bantai sampai 5-1.
Tidak dinafikan Selangor adalah pasukan paling berjaya dengan 32 kejuaraan Piala Malaysia. 32 tu banyak bro, lagi banyak dari umur aku.. Hehehe.. tapi kita perlu ingat, kita start kira dari zaman bila?
Pada abad yang lepas, pembangunan bola sepak antara negeri2 tidak seimbang kerana faktor politik dan kepentingan ekonomi terpilih di negeri2 tertentu sahaja. Selangor hampir tiada saingan dari negeri2 pantai timur dan borneo. Cuma Singapura dan Perak saja yg mampu bagi saingan sebab kedudukan kewangan yang agak baik dari negeri2 lain. Pemain yg terer semua Selangor sapu, so caner negeri lain nak bagi saingan. Tak hairan lah kalau Selangor bleh menang banyak sampai 32 kali :-} sebab tak de lawan betul2 melawan...
Pada abad ini, pembangunan bola sepak antara negeri sudah nampak seimbang. Muncul kuasa baru macam Kelantan, Terengganu dan Kedah yang semakin hari semakin menenggelamkan reputasi Selangor.
Tagline 32 kali juara sudah tak menggerunkan lawan. Penyokong negeri2 lain akan cebik bibir kalau Selangor masih berbangga dengan 'kenangan lama mengusik jiwa' sambil berkata 'hek eleh, korang kira sejak zaman bila tu, bila kalah mula la ungkit dia punya nombor 32 la apa la'
Kepada penyokong Selangor, jangan putus asa. Teruskan sokongan. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Ibarat roda. Kelantan pun tak payah la jadi sombong sangat kalau dah terer, jadi lah adat padi, makin tunduk makin berisi.
Apa apa pun teruskan menulis. bro Jangan putus asa. Aku suka tulisan kau. Aku rasa kau mesti best student karangan bahasa melayu masa sekolah dulu kan? Jeles gak sebab aku tak de bakat menulis macam kau (ye ke.. hehe).
ReplyDeleteGomo Kelate Gomo
semua orang ade hujah masing2..
ReplyDeletejumpe sabtu ni kt s.alam!
bro cabron slalu lepak gate mane? port ultras ke?
Rasanya dah muak dah dengan sikap pemain-pemain, jurulatih, pihak pengurusan dan 'orang-orang' besar pasukan gergasi merah kuning ni. Rasanya tak ada keinginan lagi untuk mereka terus 'berjuang' untuk masa depan bolasepak negeri selangor yang lebih gemilang. Betul cakap tuanpunya blog, Selangor masih hidup dalam 'sejarah' lampau. Hei, sedarlah sikit sejarah dah berlalu, masa dah silih berganti, zaman pun dah berbeza. Apa hal sekarang ni masih nak agung-agungkan zaman kegemilangan lalu. Kalau arwah Mokhtar Dahari (AL-FATIHAH) ada pun dia mesti marah, Selangor yang disayanginya hancur tidak bermaruah, nama Selangor tidak dijaga, Selangor sekarang patut malu dan tolonglah 'bangkit'. Kepada para pemain-pemain, tolonglah main dengan 'hati', anda semua menyarung jersi kebanggaan kami semua, Merah Kuning Selangor, mainlah dengan jujur ikhlas kerana anda memikul tanggungjawab yang besar kepada peminat-peminat dan SELANGOR!!!!! Para pengurusan Selangor dan Devan..........kalau tak boleh bawa Selangor ke mercu kejayaan......anda patut tahu apa yang anda patut buat.......GET LOST!!! Aku doa Selangor bangkit, bangkit dan bangkit.....Ya ALLAH............
ReplyDeleteterbaru 17 sept, selangor 2-1 t team.. semoga pasukan anda boleh bangkit selepas ni.. misi 33 masih belum terkubur... ps : team ak lagi teruk piala malaysia pon x lepas masuk
ReplyDelete