Tuesday, September 20, 2011

MISI 33 - Bahagian 2-

Assalamu'alaikum,

Petang tadi waktu tengah meniaga, aku dapat satu panggilan dari Tapa, dia beritahu aku yang K.Devan sudah letak jawatan. Aku terus tergelak besar dekat gerai aku. Lepas tu aku terus SMS rakan-rakan yang lain akan berita ini dan ada diantara mereka yang dah tahu. Sewaktu aku sedang kemas-kemas, bersiap nak balik, lalu Nasriq dan aku pun terus panggil;

"Eric!!!" dia pandang dan aku terus tanya "Devan apa cer?" dia jawab dengan isyarat tangan mengatakan Devan sudah tiada sambil satu senyuman kegembiraan terukir diwajahnya lalu aku pun membalas dengan isyarat tangan tanda bagus kepadanya sambil tersenyum.

Dalam perjalanan pulang dari Pasar Malam Seksyen 6 ke rumah, aku tertanya, adakah ini sebenarnya MISI 33 mereka? Entahlah, hanya yang berkenaan sahaja yang tahu. Apa yang aku tahu, aku nak Selangor menjadi juara, menjadi pasukan yang hebat, menjadi raja bolasepak di Malaysia bukan pada sejarahnya tetapi "King of Malaysia" Dulu, Kini & Selamanya.  

Oleh yang demikian, aku tidak kisah siapa jurulatih, siapa pemain, siapa kapten, siapa pengurus, siapa presiden, siapa bendahari, yang penting Selangor GAH di Malaysia dan Asia. Jadi kalau apa yang ada sekarang tidak memadai atau tidak boleh menggalas tanggungjawab itu, maka sebaik-baiknya dipersilakan keluar. Ada nampak itu pintu besar?? Get out!! Ini semua bukan untuk jurulatih sahaja, tetapi semua secara keseluruhan dalam pasukan Selangor, "lu rasa lu takde hati..baik lu lari" sebelum lu disuruh lari..hehehe.

Apa-apa pun, kita tunggu perlawanan Sabtu ini menentang PDRM di STAR Paroi, Negeri Sembilan. Apakah percaturan P.Maniam dan bagaimana perubahan dalam skuad Selangor dan semangat serta cara permainan Selangor. Kata tak suka Devan, nah sekarang dia dah takde, kita tengok apa perubahan yang akan berlaku. 

Selangor sekarang perlu memenangi baki 2 perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar supaya berada dalam kedudukan yang selesa untuk layak ke suku akhir namun bergantung kepada keputusan perlawanan antara Kuala Lumpur & T-Team Sabtu ini, jika Kuala Lumpur menang maka perlu mengharapkan PDRM untuk menumpaskan T-Team pada perlawanan terakhir kumpulan pada 27hb September nanti.

Tunggu je lah Sabtu nanti...tak sabau plak rasanya..hehe... 

Sekadar tulisan dan pendapat.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...