Wednesday, August 31, 2011

31 OGOS

Assalamu'alaikum,

Tarikh ini dianggap keramat oleh kita rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini telah termaktub dalam sejarah yang telah diturunkan dari generasi ke generasi bahawasanya kita telah merdeka dan sebuah negara telah terbentuk dengan kerajaan yang dipimpin oleh rakyat negara itu sendiri bukannya orang luar yang dipanggil penjajah. 

Bermula detik itu jugalah sejak 54 tahun lalu, kita telah diperkenalkan dengan perlbagi cerita mengenai yang mana wira, yang mana tali barut, yang mana musuh, yang mana hebat, yang mana tidak hebat, yang mana salah dan yang mana tidak salah tanpa kadang-kadang kita fikir apakah yang disuap selama ini itu semuanya benar-benar belaka ataupun tidak.

Ramai yang melaungkan perkataan MERDEKA setiap kali tiba tarikh ini saban tahun, setiap kali itu jugalah kita dapat lihat ramai yang meletakkan status FB atau TWITTER mereka dengan pelbagai kata-kata semangat cintakan negara. Jadi persoalannya di sini adakah kita faham erti kemerdekaan itu? 

Adakah MERDEKA itu bermaksud kita telah bebas dari pemerintahan British? Adakah MERDEKA itu bermaksud kita harus menjadi patriotik dan sayangkan negara? Adakah MERDEKA itu bermaksud kita harus mengenali dan memahami sejarah yang telah ditulis tanpa perlu berfikir atau mengkaji adakah ianya benar atau palsu? Adakah MERDEKA itu bermaksud yang kita perlu perjuangkan bangsa kita? Atau adakah MERDEKA itu bermaksud yang kita perlu mementingkan agama kita lebih dari segalanya?

Fahami perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita yang dahulu samaada mereka berjuang dengan senjata ataupun dengan pena dan kertas. Teliti kembali apakah objektif perjuangan mereka. Jadi jangan hanya kerana ingin menjaga kepentingan diri sendiri dan kepentingan sesetengah individu kita lupa tentang penjajahan alaf baru yang sedang berlaku sekarang ini ke atas kehidupan seharian kita. Sebenarnya kita hanya merdeka di atas kertas, di kaca televisyen, di corong-corong radio, di dada akhbar, di Facebook, di Twitter, dsbnya namun hakikatnya kita tidak sedar yang sebenarnya kita belum lagi merdeka 100% kerana secara senyap kita masih lagi dijajah. Apa bentuk penjajahan itu, marilah kita sama-sama renungkan keadaan sekeliling kita dan kita fikirkan kembali perjuangan orang-orang yang terdahulu. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

2 comments:

  1. terima kasih kerana singgah dan baca...anda telah memberikan blog ini 1 pelawat walau sesungguhnya blog ini boring dan tahi..terima kasih sekali lagi yang tak terhingga... :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...