Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432

Assalamu'alaikum,

Huh!! rasanya lama berehat dari blog nih, kali terakhir menaip adalah pada 26 Syaaban 1432(bersamaan 28hb Julai 2011), lebih sebulan berhenti dari menjenguk blog ini. Apa yang mengejutkan ialah ramai mereka yang berbangsa Inggeris membelek blog aku ni, mengikut dari komen-komen yang ditinggalkan, tidak ku sangka orang Inggeris rupanya faham dan fasih berbahasa Melayu. Sungguh menakjubkan!!!

Baiklah sebenarnya aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan juga memohon maaf kepada semua yang pernah membaca, terbaca, dipaksa baca, terpaksa baca, suka baca, benci tapi nak baca jugak semua hasil nukilan aku di blog ini sekiranya ada penulisan aku yang menyinggung dan menyakitkan hati anda semua.

Ingin aku jelaskan sejelas-jelasnya di sini bahawa setiap penulisan aku adalah atas dasar apa yang aku fikirkan, apa yang aku ingin kongsikan dan ianya tiada kena mengena dengan sesiapa sekalipun serta semua penulisan aku ini bukanlah hasil dari apa yang orang lain fikirkan dan ingin kongsikan tetapi semuanya datang dari diri aku sendiri.

Jadi sekali lagi aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada anda semua dan semoga anda semua bergembira di hari bahagia disamping orang-orang tersayang. Semoga kita semua diberkati oleh-NYA.

Oleh itu aku ingin kongsi satu lagu raya yang menjadi kegilaan aku untuk tahun 1432 Hijrah ini..hehe.. :-)




Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.

Sekadar tulisan dan pendapat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...