Assalamu'alaikum,
Sekarang nih tengah kecoh pasal kes Tan Sri Annuar Musa dengan FAM. Tak pelik pun benda nih, pernah berlaku apabila pegawai-pegawai dalam FAM bersuara kerana mengikut Artikel 88 dalam peraturan FAM(seperti yang dijelaskan oleh Datuk Azzudin, Setiausaha Agung FAM) bahawa hanya Presiden dan Setiausahan Agung persatuan sahaja yang boleh memberikan kenyataan/kritikan di media mengenai masalah atau hal-hal berkaitan pasukan atau persatuan(aku tak berapa pasti ayat dalam artikel tu bagaimana tapi lebih kurang macam nih lah dia cakap).
Lalu ramai yang yang berkata "bodoh punya peraturan", "FAM Bangsat", "tak boleh nak bersuara langsung" dan bermacam lagi kata maki hamun dilemparkan kepada FAM di kedai-kedai kopi, Facebook & Twitter. Tapi ramai lupa yang kebodohan dan bebal nih dah bermula sejak 28 tahun yang lalu dan berterusan sehingga sekarang. Namun kebodohan dan kebebalan itu telah ditutup dengan perlantikan dan pemecatan hampir 17 orang jurulatih, pertukaran 4 orang setiausaha agung, pertukaran naib presiden dan timbalan presiden. Namun presiden tetap berada disitu dan menjadi punca utama mengapa perkara-perkara seperti ini berlaku, tapi pelik kenapa yang kena caci dan maki hanya FAM dan orang-orang bawah sahaja?? kenapa tidak ada yang menekan Presiden FAM???
Kedengaran pada 4hb Mac 2012, Rabu akan berlangsungnya Himpunan Merah di Wisma FAM anjuran penyokong-penyokong Kelantan untuk memberkan sokongan kepada Tan Sri Annuar Musa.
Aku suka benda nih cuma aku tak pasti ianya berkesan atau tidak. Pergi berhimpun ramai-ramai biarpun 100,000 ribu orang yang akan turun, tapi apa hasilnya?? adakah FAM akan berubah?? adakah bolasepak Malaysia akan maju?? maksud aku di sini ialah kita harus buka minda kita sikit, fikir dan cari punca permasalahan ini. Kenapa semua ini berlaku. Semua ini adalah disebabkan oleh Presiden FAM yang memerintah selama 28 tahun dengan kegagalan. Jadi itu sepatutnya yang menjadi isu utama dan perbualan hangat kita semua sebagai penyokong bolasepak Malaysia tak kira lah anda dari Kelantan, Perlis, Terengganu, Selangor, Sabah, Sarawak, Kedah atau mana-mana sahaja. Ingin selesaikan masalah ini senang sahaja, kita hanya perlu tekan Presiden FAM supaya letak jawatan.
Cuba fikir sejenak, ini bukan nak kata aku tak sokong apa yang penyokong Kelantan usahakan, bagus usaha mereka menunjukkan "sek-sek demo" bersatu. Cuma aku kongsi sikit sahaja, walau 100,000 ribu sekalipun yang akan turun pada hari tersebut, adakah ianya akan merubah pendirian FAM?? Adakah Presiden FAM akan mengambil kira suara kita semua??Adakah mereka semua nih kisah pasal bolasepak Malaysia?? Ya aku sokong TSAM kerana cara dia membawa naik bolasepak Kelantan, tapi aku tak fikir kalau ramai-ramai turun ke sana dengan objektif untuk memberi sokongan kepada Annuar Musa dan meminta FAM tidak menghukum beliau adalah berkesan. Tapi bukan bermakna korang tak boleh turun ramai-ramai, boleh, ini cuma pendapat aku sahaja, aku pun insyaALLAH akan turun kalau berkesempatan.
Perlu di ingat yang kita nak lawan nih bukan anak ayam, jadi perlu lebih sistematik dan lawan dengan menggunakan akal bukan hati dan perasaan. Kenapa aku cakap begitu?? Sebab mereka tu semua tak sistematik dan tak guna akal, jadi kalau kita lawan diaorang tak guna akal, makanya kita pun dah sama tahap bebal macam diaorang. Paling penting semua rakyat bolasepak perlu bersatu tak kira warna bendera anda. Benda nih mudah sahaja, tukar presiden maka akan berubahlah FAM dan bolasepak Malaysia. Pertama sekali perlu tukar presiden, Presiden FAM perlu letak jawatan, itu yang paling penting dan perlu semua beri penekanan.
Bolasepak kita merudum dalam pemerintahan presiden, Arwah Basri Akil kena bawah presiden, B.Sathianathan kena bawah presiden, Liga bolasepak kita gred D bawah presiden, format liga bertukar-tukar sejak jadi liga profesional bawah presiden jugak, dulu ada sekali liga main sampai 3 pusingan, "home away" berterabur bawah presiden jugak dan kini kes TSAM pula pun masih lagi bawah presiden yang sama, apa tak nampak lagi ke korang-korang semua sebenarnya apa yang patut kita buat????
Korang boleh sokong TSAM, boleh benci Azzudin, boleh caci Hamidin, bawak lah dan angkat lah sejuta sepanduk sekalipun berarak lah 100km sekalipun, berkumpul lah sejuta umat sekalipun, selagi anda tak tekan Presiden FAM untuk letak jawatan, selagi tu lah masalah ini akan berterusan dan tidak akan selesai. Sekarang ini adalah masa untuk tekan Presiden FAM supaya letak jawatan, tekan dan terus tekan hingga letak jawatan dan FAM dirombak dengan hala tuju yang baru serta kepimpinan yang baru. Selagi Presiden duduk di Kelana Jaya maka tiada apa akan berlaku.
Pokoknya di sini kita sebagai rakyat bolasepak perlu bertindak lebih bijak dari FAM dan Presiden, jangan jadi bebal seperti mereka. Kita rakyat bolasepak perlu bersatu tak kira warna bendera anda, jangan jadi macam mereka dengki mendengki dan jatuh menjatuh antara mereka. Kita rakyat bolasepak perlu guna akal dan fikiran bukan hati dan perasaan, jangan jadi macam mereka buat kerja tak guna otak.
Sekadar tulisan dan pendapat.
