Sunday, February 05, 2012

Bahrain B-23 lwn Malaysia B-23

Assalamu'alaikum,

Sementara hendak menunggu perlawanan secara langsung di kaca televisyen, tiba-tiba terfikir "sampai bila kita hendak berada di takuk ini, sampai bila nak sokong macam ini, sampai bila nak hadap kemunduran".

Peluang ke Sukan Olimpik London 2012 tipis. Jadi selepas ini apa pula?? Mana hala tuju pemain-pemain ini?? Adakah bolasepak kita akan meningkat prestasinya dari segi liga dan pasukan kebangsaan? Adakah "ranking" FIFA kita akan naik atau terus merudum? Adakah kita boleh mengekalkan kejuaraan Piala AFF 2012 ini nanti? Adakah pemain-pemain di Malaysia akan dapat berkelana di luar Malaysia??

Apa yang aku perhatikan ialah akan tiada kemajuan dalam bolasepak Malaysia dan kita akan terus disajikan dengan bolasepak yang sebegini kelas dan kualitinya, seperti yang ada sekarang ini. Apa yang aku lihat objektif 2015 layak ke Piala Asia nampak mustahil jika pembangunan sukan bolasepak dan pemain berada pada tahap yang ada sekarang. Contohnya pemain seperti Muslim dan K.Gurusamy kembali ke pasukan negeri masing-masing dan ini akan membantutkan serta mengganggu proses pembangunan mereka. Dua pemain ini punya bakat dan boleh bermain lebih baik sekiranya pendedahan yang betul diberikan dan pendedahan bermain di Liga Malaysia nampaknya adalah sesuatu yang bodoh kerana tidak akan memberikan apa-apa manfaat kepada pemain-pemain seperti ini. Tetapi nak buat macam mana, FAM telah menetapkan peraturan yang pemain Harimau Muda setelah "graduate" dari pasukan harus kembali ke pangkuan negeri masing-masing sekurang-kurangnya setahun, kemudian baru boleh berhijrah keluar.

Satu lagi, dari awal musim Liga Malaysia dan sebelum bermulanya lagi kita telah pun dengar berbagai-bagai masalah dari segi pengurusan di peringkat negeri/kelab dan juga FAM sendiri. KLFA tidak cukup dana dan Stadium KLFA tidak boleh digunakan, PBSNT menghadapi masalah dengan FAM, bertelagah mengenai pemain import. FAS menandatangani seorang pemain import yang cedera dan hasilnya terpaksa digugurkan dan dicari ganti, PBNS menandatangani pemain import yang tidak menepati garis panduan yang telah ditetapkan FAM, KFA menghadapi masalah antara pemain dan penyokong dengan pengurusan serta masalah pemain import mereka dan banyak lagi masalah-masalah yang pada pendapat aku tak sepatutnya berlaku dalam keadaan kita telah PROFESIONAL selama 19 tahun. Apakah dalam masa 19 tahun ini pihak pengurusan di FA negeri/kelab dan FAM tidak mempelajari apa-apa??

Apa pun yang anda semua akan cakap, mungkin ada yang akan membela pengurusan persatuan negeri masing-masing dengan mengatakan mereka tak salah yang salah si polan nih si polan tuh terpulanglah. Tetapi pada aku, dalam hal kejatuhan bolasepak Malaysia memang aku letak 100% kesalahan di bahu pengurusan baik FAM mahupun FA Negeri/Kelab. Mungkin tidak semuanya bebal tapi majoritinya adalah YA dan yang minoriti itu tidak mampu menandingi tahap kebebalan yang majoriti itu maka dengan itu selagi begini tahap pengurusan yang ada di Malaysia maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku mengatakan yang kita tidak akan ke Piala Dunia, apatah lagi ke Piala Asia dan hiduplah kita dengan kejuaraan peringkat ASEAN sahaja iaitu Sukan SEA dan Piala AFF sampai bila-bila.

Apa yang boleh disimpulkan ialah Presiden FAM PERLU Letak Jawatan. 27 tahun tanpa apa-apa yang membanggakan, cukup-cukuplah. Sampai bila lagi kami harus menanti dan menanti sedangkan semua di Kelana Jaya terus selesa bermimpi bukan bekerja.

Sekadar tulisan dan pendapat.

2 comments:

  1. ulasan yg menarik brow... nk perubahan, kena la berubah dari akar umbinya,, dan jalan yg terbaik adalah presiden FAM letak jawatan.. FAM berperanan penting dalam menaikkan semangat pemain dan penyokong utk terus membangunkan arena bola sepak tanah air.. dalam bola sepak, pemain dan penyokong adalah segala-galanya.. dan persatuan yg perlu menguruskan pemain dan penyokong nie. FAM perlu memastikan setiap perkara, urusan, peraturan dengan penuh sistematik.. persatuan negeri pun kena terus memastikan gaji pemain diuruskan dengan baik setiap bulan. kita selalu tgk masalah dlm sesuatu persatuan iaitu masalah kewangan. secara x lngsng, prestasi pemain juga akn menurun.. bagi penonton, pihak persatuan memainkan peranan penting untuk terus menaikkan semangat kecintaan rakyat Malaysia utk terus ke stadium sekali gus mencipta satu tonik baru buat pemain2 untuk beraksi dengan lebih baik. FAM ptut contohi KAFA dalam perkara ini.. tgk bagaimana KAFA mampu untuk manarik rakyat untuk terus datang memenuhi stadium. Contohnya, KAFA menghasilkan jenama barangan sendiri iaitu WARRIORS. Selain itu KAFA juga menghasilkan radio online pertama yg bercirikan bola sepak iaitu TRW.fm. Malah KAFA juga ada mnghasilkan majalah rasmi bola sepak Kelantan iaitu Dunia Warriors.. ini secara x langsung akn memastikan semangat rakyat2 Kelantan terhadap TRW di akan pernah putus!

    Kesimpulannya juga, FAM perlu ditukar tampuk kempimpinannya..sekian

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...