Friday, February 03, 2012

Jenaka -Bahagian 3-

Assalamu'alaikum,

Aku tak sangka ada sambungan dari lawak jenaka yang aku "post" petang semalam. Nah klik dan baca lawak jenaka nih.. 

Aku ingat lagi dulu sewaktu Safee nak berhijrah ke Indonesia, masa tu belum pasti Safee akan ke kelab mana, tapi spekulasi mengatakan yang Safee akan bermain di liga Indonesia, dan TV3 telah menemuramah Timbalan Presiden FAM dalam segmen Buletin Sukan.

Memang terngiang-ngiang lagi "kalau Safee nak berhijrah biarlah ke liga yang lebih baik tarafnya"...memang aku ingat..Timbalan Presiden bajet Liga-M taraf dia Gred A kot masa tu..sama taraf ngan J-League, K-League dan A-League. 

Nah sekarang cerita sudah kasi putar lain bunyi sudah...

“Saya tidak tahu tahap liga itu
di Indonesia, namun saya tahu dia sudah memiliki semuanya dan sedikit sebanyak bina kemahiran di sana," titah Tengku Abdullah.

Timbalan Presiden FAM tidak mengetahui tentang tahap liga di negara jiran, negara serantau??? pelik???

Sekarang kita sudah tahu kenapa bolasepak Malaysia tak maju-maju dan masih berada pada tahap terendah..nah!! kerana Persatuan Bolasepak Malaysia kita ditadbir oleh orang-orang komedi.. :-)
Sekadar tulisan & pendapat.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...