Saturday, February 18, 2012

Makan Suap -Bahagian 2-

Assalamu'alaikum,

Kecoh satu tanah melayu cerita mengenai rasuah dalam liga Malaysia. Apa yang nak dihairankan, bukan liga kita sahaja ada rasuah dan atur perlawanan, liga-liga gred A Asia pun ada rasuah, liga-liga yang saban minggu dipancarkan di kaca televisyen pun ada rasuah, liga-liga yang saban minggu menyebabkan melayu sama melayu, cina sama cina, india sama india gaduh pun ada rasuah, jadi apa nak dihairankan adanya kegiatan mengatur perlawanan dalam liga Malaysia yang tarafnya hanya gred D di Asia.



Setiausaha Agung FAM meminta Chris Eaton membuktikan tuduhan yang ada pegawai FAM terlibat. Apa punya cakap nih?? macam mana nak kemukakan bukti pasal rasuah??? melainkan si penerima dan yang mengatur mengaku, itu sahaja caranya sebab itulah rasuah dan "bookie" tidak boleh dipadamkan dalam dunia sukan bolasepak nih dan tak kira apa sukan pun mesti ada bookie dan aktiviti makan suap sebabnya susah nak buktikan seseorang tu makan rasuah dan atur perlawanan. Kes yang dibangkitkan oleh Chris Eaton ini adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku, dalam FAM sendiri ada pegawai-pegawai dan pemimpin yang kita dengar soseh-soseh suka berjudi, jadi semua ini tidak mustahil, cuma seperti yang Seiausaha Agung FAM minta iaitu bukti, beliau tahu bukti itu adalah sesuatu yang amat sukar untuk dikemukakan, oleh itu beliau berani mencabar walhal beliau sudah tahu perkara itu memang mungkin wujud tetapi barangkali ianya melibatkan pegawai-pegawai atau pemimpin berprofil tinggi maka siapa yang berani :-)

Jadi pada aku, semua rakyat bolasepak di Malaysia tak perlu gaduh-gaduh, kecoh-kecoh pasal kes rasuah ini. Kenapa FAM perbesarkan isu ini?? Sebab mereka nak tutup kecekepan dan kebijaksanaan mereka, jadi mereka boleh kata kepada semua rakyat Malaysia yang bolasepak Malaysia tidak maju kerana gejala rasuah walhal bolasepak kita tak maju adalah atas sebab kepandaian orang-orang di Kelana Jaya SINUN!! Ini semua politik mereka, mahu menyalahkan pemain kerana ingin kekal berkuasa dan supaya penyokong fokus terhadap isu rasuah ini dan terus menyalahkan pemain dan terus lupa akan kebijaksanaan yang telah dilakukan oleh FAM selama ini terhadap bolasepak Malaysia. Jadi rakyat bolasepak Malaysia harus lebih bijak menilai dan jangan sesekali terjerat lagi dengan permainan kotor dari Kelana Jaya ini.

Kita memang benci dan menentang gejala mengatur perlawanan, tetapi harus juga menentang mereka-mereka yang tidak menjalankan tanggunjawab yang telah diamanahkan untuk memajukan bolasepak Malaysia dengan betul dan berkesan. Jika nak buat kain rentang "KAMI BENCI RASUAH" sertakan sekali kain rentang "FAM Itu 'BIJAK'"(harap maklum dalam erti kata lain) supaya mereka di Kelana Jaya sedar yang kita rakyat bolasepak ini tidak bodoh dan tidak akan pernah melupakan kebijaksanaan mereka selama ini.

KITA JANGAN JADI BODOH MACAM MEREKA DAN JANGAN DIPERBODOHKAN OLEH MEREKA...

Akhir kata Presiden FAM Sila Letak Jawatan!!!

Sekadar tulisan dan pendapat

 

1 comment:

  1. cukup 40 orang hari2 doa benda sama..confirm letak jawatan!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...