Wednesday, February 22, 2012

Malaysia B-23 lwn Jepun B-23

Assalamu'alaikum,

Malam ini bakal berlangsungnya satu perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Muda kita dan yang paling penting sekali ianya tidak akan membawa apa-apa erti jika menang, kalah atau seri.

Pastinya jika kita kalah 1-0, 2-0, 3-0 mahupun 4-0 atau 5-0 maka jurulatih "part-time" seperti biasa akan menyalahkan jurulatih dan pemain. Taktik tak betul katanya, pemain punya "first touch" haprak katanya, takde "skill" katanya, sepatutnya main taktik begini lah begitu lah katanya. Pasti, saya yakin dan pasti akan berjela-jela komen-komen dari jurulatih "part-time" yang "graduate" dari liga-liga gred A di Eropah dan tak berbayar di laman-laman sosial, kedai mamak dan kawasan sekitarnya.

Jika kita menang atau seri, pastinya para pemain dan jurulatih akan dianggap sebagai wira dan akan bermulalah propaganda media mengatakan bolasepak Malaysia sudah maju dan berada pada landasan yang betul.

Aku cuma nak kongsi antara komen yang "favourite" dan seringkali diutarakan oleh jurulatih "part-time" dan juga penyokong-penyokong setia bolasepak Malaysia.

1. kenapa takde player kita yang macam Messi, Ronaldo, Rooney. Ini 
   tahan bola pun tak betul..macam mana boleh main Malaysia. 

   Tanya balik pada diri anda; 
   Kenapa takde penyokong yang macam...


       ...di Malaysia. Maksud aku, korang nak pemain Malaysia semua 
    macam Messi, Ronaldo, Rooney tapi pernah tak anda fikir pemain-
    pemain dan jurulatih Malaysia atau pasukan negeri/kelab nak 
    penyokong di Malaysia nih semua macam di Eropah??

Kita nak orang buat yang terbaik untuk kita, tapi kita tak pernah nak buat yang terbaik untuk orang, APA CER????

2. Kenapa kita tak boleh main macam Barça atau Manchester atau 
   Real Madrid atau Brazil atau Sepanyol.

   Tanya balik pada diri anda, pemain dan jurulatih pastinya ada 
   bertanya; Kenapa stadium kita selalunya tak penuh macam Barça 
   atau Manchester atau Real Madrid atau Brazil atau Sepanyol.

3. Kenapa "first touch" diaorang nih teruk sangat, training 
   hari-hari..tapi haprak, baik kasi aku main jek macam nih 
   ATAUPUN macam aku main petang-petang je tahan bola, baik aku je 
   yang main..

   Tanya balik pada diri anda; dulu masa anda kecil, anda tak 
   hafal sifir atau dapat keputusan teruk di sekolah, ada tak mak  
   atau ayah anda maki, caci anda?? atau mereka akan terus sokong 
   anda sehingga anda berjaya kini?? kalau mak ayah awak caci maki 
   awak dulu maka tak hairanlah kenapa awak berperangai 
   sedemikian sekarang ini..haha..kesian awak..itu sahaja yang
   saya boleh ucapkan. 

   Maksud aku di sini, kalau anda tak pernah nak bagi sokongan, 
   asyik nak maki caci hamun 24 jam, anda ingat boleh maju ke 
   bolasepak Malaysia?? Asyik-asyik maki pemain, asyik-asyik caci 
   jurulatih..itu je lah modal bila kalah. Yang bangang selama 27  
   tahun tak mahu pulak dicaci maki..apa takut ke??

Itu sahaja rasanya apa yang aku nak kongsi sempena perlawanan Malaysia B-23 lwn Jepun B-23 pada malam ini jam 9:00pm di Stadium Nasional Bukit Jalil.

UBAH DIRI KITA DULU KALAU KITA NAK ORANG LAIN BERUBAH!!!

Kalau nak bolasepak Malaysia sama "standard" dengan bolasepak Eropah, BPL dsbnya, pastikan kita sebagai penyokong juga harus sampai ke "standard" penyokong-penyokong di Eropah, BPL dsbnya. Jangan kita duduk pada mentaliti kelas-3 yang hanya pandai caci maki hamun tapi "action" takdak...

Bagi aku malam ini memang kita dah tiada harapan nak ke London, namun jika kita seri atau menang(InsyaALLAH) malam ini ianya pasti akan menjadi kenangan terindah buat semua kerana kita perlu terima hakikat bahawa kita hanya pasukan kerdil dan Jepun pasukan gergasi, jadi menang atau seri dengan mereka ibarat kita sudah sampai ke London..walaupun pada hakikatnya keputusan itu adalah sukar untuk diperolehi, tapi tak salah sebagai penyokong berangan untuk pasukan kesayangannya kan?? :-)

Apa-apa pun, JOM TURUN STADIUM NASIONAL...siapa lagi nak sokong orang kita kalau bukan kita.. :-)

Sekadar tulisan dan pendapat.

P/S :- Perlunya Presiden FAM Meletak Jawatan...

5 comments:

  1. rambo,tolong tutup kedai malam nih,aku nak pelok ko lagi malam nih macam time nazmi score arituh... kalau first touch semua player okay malam nih la...wakakakakkakaka

    ReplyDelete
  2. Tahniah Malaysia, kena belasah 4-0 sahaja.

    ReplyDelete
  3. Itu dah menang sorak sampai habis, kalah 4-0 apa cerita?

    ReplyDelete
  4. bro, memanmg betul jugak yang kau cakapkan ni..
    tapi cuba kau pikir sebab ape penyokong tak nak datang stadium? kalo main baik, tak payah susah2, penyokong akan datang dengan sendiri. tak kira la yang macam mana punya penyokong pun. tapi ni pegi tengok permainan bola yang lemau, ntah pape. siapa nak pergi? penyokong bayar untuk tengok mutu bola yang bagus. kalo penyokong datang ramai-ramai pergi stadium, kompem ke yang main tu akan main dengan bagus? nak bagi pendek cerita, main bola bagus, ramai lah penyokong.
    just pandangan gua je. bab turunkan presiden FAM tu memang aku sokong 100%.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...