Thursday, March 08, 2012

Gol

Assalamu'alaikum,

Gol adalah sebahagian dari bolasepak, bila gol semua gembira dan bila tak gol semua sedih malah ada yang mencaci maki.

Jadi aku nak kongsi dengan anda satu gambar;

gambar dari selangorfc.com
Aku sengaja nak buat contoh sahaja, bukan nak bangga dengan Selangor atau apa. Ini adalah pengiraan yang aku telah buat mengenai purata jaringan gol oleh 4 penyerang di atas; 

Azman Adnan
13 gol/tahun selama 8 tahun bersama Selangor

Amri Yahya 
10 gol/tahun selama 10 tahun(hingga 2011 pengiraan aku kerana dia masih lagi bermain) 

Brian Fuentes
24 gol/tahun selama 3 tahun bersama Selangor 

Safee Sali 
11 gol/tahun selama 6 tahun bersama Selangor & masih belum bersara dari bolasepak 

Apa yang aku ingin kongsi di sini ialah bukan jumlah jaringan yang mereka telah lakukan tetapi masalah yang terdapat disebalik angka jaringan itu.

Masalah yang tersirat itu sebenarnya ialah masalah untuk menjaringkan gol. Kita boleh lihat seorang penyerang luar boleh menyumbat purata 24 gol untuk setahun hanya dalam masa 3 tahun dia bermain dalam Liga Malaysia untuk satu pasukan manakala seorang penyerang berbisa negara satu ketika dahulu hanya mampu menyumbat
13 gol setahun selama 8 tahun dia berkhidmat untuk satu pasukan. Saya hanya membuat perbandingan untuk satu pasukan ini sahaja tanpa mengambil kira jaringan pemain di atas dalam karier bolasepak mereka.  

Bayangkan seorang pemain yang tidak begitu menonjol dan tidak bertaraf bintang di negara asalnya datang ke liga bertaraf gred D, sudah pasti mampu untuk menyinar, tetapi penyerang tempatan tidak mampu menyaingi taraf penyerang luar yang di negaranya tidak begitu penting. Jadi persoalannya dimanakah taraf penyerang kita berada?? Bermain di negara sendiri pun tidak mampu membuat jaringan sedangkan hanya bermain di sebuah liga gred D sahaja mana mungkin mereka mampu menyinar di liga-liga luar bukan.. :-)

Aku sebenarnya bukan nak kutuk pemain atau liga kita sebaliknya aku nak katakan yang selagi pemain-pemain Malaysia ini terus bermain di liga Malaysia dan tiada usaha oleh pihak berwajib untuk menaikkan taraf liga Malaysia makanya bolasepak kita tidak akan ke mana-mana, setakat berpuas hati untuk peringkat ASEAN sahaja.

Program pembangunan pemain juga penting di sini, di mana seorang pemain yang berbakat menjadi penyerang berbisa harus digilap dari umurnya 10-17 tahun, bukannya umur 21 atau 27 tahun baru nak hantar ke luar bagi pendedahan. Pendedahan di luar harus bermula dari umur 12 tahun hingga 17 tahun dan umur 18 tahun ke atas sepatutnya mereka sudah mampu untuk bersaing dalam pasukan senior dan pentas antarabangsa atau mewakili kelab-kelab asing.

Aku amat berharap kepada semua pemain-pemain muda di Malaysia ini tanamkan lah di dalam kepala anda untuk anda memajukan bolasepak Malaysia dan ingat itu tidak akan berlaku sekiranya anda terus bermain di dalam liga Malaysia. Jangan ingat nak menang Piala Malaysia, harus mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dari itu. Kalau setiap tahun dalam otak sudah tanam ingin menang Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA sahaja, bila kita akan merasa Piala AFC atau Piala Juara-Juara Kelab Asia.

Kita sudah sedia maklum bahawa pengurusan FA Negara dan Negeri di Malaysia ini kurang cerdik, jadi harap pemain-pemain muda dan yang membimbing mereka ini lebih cerdik dan lebih terbuka minda mereka serta lebih profesional dan tidak bermain politik supaya bakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja.

Sampai bila kita nak tengok penyerang tempatan berhempas pulas bermain selama 10 tahun baru nak merasa 100 gol?? Zaman sekarang penyerang dah boleh jaring 100 gol dalam masa 3-4 tahun sahaja bermain.

Ingat aku bukan nak kutuk, tapi cuma nak minta anda semua pemain-pemain muda dan jurulatih yang membimbing mereka supaya berfikiran terbukan dan jauhhhhhhhhhhh...buangkan Liga Malaysia dalam objektif anda semua...pandang Liga-J, Liga-K, Liga-A atau Liga di negara seratau Asia Tenggara kita. Ingat kita tak akan maju selagi pemikiran kita sempit dan hanya melihat Liga Super, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia sahaja. INGATTT!!!!!!

Sekadar tulisan & pendapat.

Macam biasa Presiden FAM dah boleh letak jawatan dah tuh..silalah..

1 comment:

  1. Bagus la lu bro..penat la sy nie mencari rakan blog mcm nie..mmg btl kata ko..pengurusan yg teruk punca bola sepak negara x maju..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...