Monday, March 12, 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan -3-

Assalamu'alaikum,

Perkara ini dah lama aku nak kongsikan cuma entah kenapa asyik tertangguh dan tertangguh sampai hari ini. Kisah ini berlaku tahun lepas dan kisah ini adalah berkenaan dengan FAM di Kelana Jaya itu.

Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Daud pada ketika itu telah menarik tangan aku sambil berkata;

"Saya tertarik dengan kata-kata awak yang terakhir tadi"...

Kata-kata itu adalah berupa satu ungkapan yang menuntut supaya pucuk pimpinan FAM ditukar dengan erti kata lain Presiden FAM sila letak jawatan. Lalu aku hanya menurut dan bermulalah satu perbualan mengenai FAM antara aku dan Penolong Setiausaha Agung FAM serta sesekali dicelah masuk oleh isteri Tuan Haji Ahmad Fuad. Berikut adalah antara perbualan aku(AM) dan Tuan Haji Ahmad Fuad(AF);

AF:- kenapa awak kata macam tu?
AM:- sebabnya dalam masa 27 tahun nih, apa pembangunan dan 
     peningkatan bolasepak Malaysia yang telah berlaku?? Semua 
     kita dah tukar, coach, pemain, jersi, diver bas, rumput kat  
     FAM, pengawal keselamatan semua kita dah tukar, cuma satu tu 
     jek kita belum tukar.
AF:- awak cakap macam tu awak tahu tak yang kalau takde presiden 
     nih takde lah FAM, tak berjalanlah FAM.
AM:- itulah macam mana sampai persatuan boleh bergantung pada 
     seorang individu, kenapa tidak bergantung pada sukan itu 
     sendiri.
AF:- awak tak tahu macam mana dalam organisasi ni, awak boleh 
     cakap tapi awak tak tahu.
AM:- memang saya tak tahu, ada cara tak macam mana saya nak tahu?? 
     sebab sekarang nih yang saya tahu dalam masa 27 tahun nih, 
     takde apa-apa pun peningkatan dan kemajuan dalam bolasepak 
     Malaysia, oleh sebab itu Presiden harus bertanggungjawab dan 
     letak jawatan.
AF:- boleh, awak tulis surat rasmi dekat FAM dan kita akan tengok 
     macam mana.
AM:- saya dah pernah hantar email dekat Setiausaha Agung, sampai 
     hari ni takde balas.
AF:- email, hantar surat rasmi, kita nak urusan rasmi mesti dengan 
     surat.
AM:- ok, saya akan tulis nanti.
AF:- awak tak tahu yang dia banyak sumbang duit dekat FAM, kalau 
     tidak mana FAM nak dapat duit. Awak tau kenapa ASTRO sponsor 
     kita, sebab presiden lah.Dulu masa Harimau Muda nak pegi 
     Slovakia dia tanya Datuk Azzudin "Datuk, ada duit tak kita 
     nih?" Datuk cakap "takde", dia bagi RM3 juta duit dia. Cuba 
     awak fikir, kalau orang lain boleh bagi tak duit macam tuh, 
     tanpa ada soal siasat dari mana-mana pihak.
AM:- bagi duit tu bagus, tapi kalau 27 tahun tak membangun nak 
     buat apa. Tak kan tugas presiden nak sumbang duit untuk 
     persatuan sahaja. Macam mana itu boleh berlaku? macam mana 
     persatuan boleh takde duit? kita dah PRO tapi pengurusan 
     masih tak PRO lagi. Bolasepak nih boleh datangkan duit kalau 
     betul kena gayanya tapi macam mana FAM boleh takde duit?? itu 
     lah sebab kenapa saya cakap Presiden FAM kena letak jawatan 
     sebabnya takde kemajuan dalam bolasepak Malaysia kalau macam 
     nih gayanya...aku terus membebel..macam mana dalam bolasepak 
     boleh hanya bergantung pada seseorang individu kenapa tidak 
     pada sukan itu sendiri. Macam mana FAM boleh takde duit, apa 
     yang FAM buat selama nih?? Macam mana FAM tak boleh nak tarik 
     sponsor dengan nama sukan itu sendiri tapi terpaksa 
     menggunakan kedudukan dan pangkat individu untuk tarik  
     sponsor. Itu Tuan Haji panggil profesional?? Tapi nak suruh 
     pemain jadi profesional, pengurusan sendiri pun tak 
     profesional macam mana?? sebab tu lah saya cakap presiden 
     kena letak jawatan, kalau tak sampai bila pun macam nih 
     je lah tahap bolasepak kita.

Sedang aku membebel ke Tuan Haji datang isteri dia mencelah..

"sudahlah bang, dia nih cakap pandai lah, suruh dia buat lah nanti dia tahu macam mana, dah jom kita balik"

Lalu Tuan Haji Ahmad Fuad pun berlalu pergi bersama isterinya meninggalkan aku yang masih banyak lagi perkara nak dibebelkan. 

bersambung...
 
  

3 comments:

  1. cerita pasal Presiden bantu FAM tu aku setuju..mmg tak dapat dinafikan....tapi betulkah sbb bola kita tak maju disebabkan presiden? apa pandangan ex player malaysia? saja nak tau..sbb ada veteran x malaysia penah bagitau aku yg FAM x salah, yg salah state FA sbb tak produce player..FAM cuma facilitate/organize competition saja

    ReplyDelete
  2. aku nak tengok anuar musa kritik sultan bola plak camner,sbb dia kritik badan induk takpe, tapi bila bekas juruletih dia sendiri kritik dia dan KAFA, terus kena gantung, dan macam2 lagi ayat dia pusing dia putar dia belit kat FB, salahkan wartawan itu dan ini untuk selamatkan diri dia, aku bleh terima pendapat nuar musa kritik rajagobal dan bcadang utk menguatkan liga domestik kita, tp nuar musa jgn ckp x serupa bikin laa, sampai kadang2 aku tgk telatah nuar musa ni mencari populariti untuk kepentingan politik beliau.

    Tapi betul ke kalo liga kita kuat national team pon akan kuat, tgk indon, ngn thailand sudah camner... liga meriah giler.. tp national team takde la power mana pon.. level lebih kurang je ngn malaysia.. nak salahkan presiden semata2 aku tak setuju.. orang2 bawahkan pon kena buat kerja jga.. jgn nnt jadi mcm indon sudah.. bertambah2 kontroversi dan masalah dalaman bila jawatan presiden dipegang oleh politikus pencen yg syok sendiri bertindak secara autokratik... terus terang aku cakap.. Presiden skang mmg patut pencen dah secara terhormat.. aku lebih suka kalo TM Pahang jadi Presiden... Anuar Musa No!...

    ReplyDelete
  3. Presiden kena bertanggungjawab dgn apa yg berlaku atas organisasi beliau.dgn hanya membberi duit x bermakna tugas sbg presiden dh selesai...klo presiden x main peranan mcm mana plak ngn timb.presiden.
    Mcm mana plak dgn setiausaha..abis klo semua dah xnak main peranan hanya melepas batuk ditangga sj.tu pasal bola sepak negara tak maju.
    Yg tau nak menang jer.bgmana dgn coach..apa yg diterakan oleh coach..masih relevan ker cara coach mgajar team malaysia main bola..nie semua presiden kena amik tahu.klo terlalu sibuk,presiden boleh suruh timb dia pergi ushar..klo timb sibuk boleh suruh timbalan punya timbalan pergi tengok..ni tidak..tau dok goyang kaki ajer..
    Aku bkn ingin mencemuh FAM tapi demi kebaikan negara kita juga.untuk memperbaiki mutu bola sepak negara..
    Coach kena main peranan.bagi aku 2 thn dh cukup utk buat team malaysia berjaya..tapi..hanya gaji sahaja kot yg masih di ambil kira....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...